Monday 31 May 2010

Nasihat Buat Teman-Teman...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Sekadar Gambar Hiasan

Buat teman-teman,

Program 'Musim Panas' kembali menemui kita bagi mengisi ruang cuti yang panjang. Menjadi tradisi untuk kita meraikan program-program yang telah disusun oleh pimpinan khas buat ahli-ahlinya. Ambillah seberapa banyak manfaat dari program-program yang telah di'tribute'kan buat teman-teman.

Berucap terima kasihlah kepada teman-teman yang sudi meluangkan seketika masa, duit dan sebagainya bagi menjayakan program 'grand' ini. Semoga pengorbanan ini dibayar setimpal dengan apa yang telah dilakukan. Moga ikhlas menjadi tunjang utama sesuatu amalan.

Teman-teman dikasihi,

Dalam kita begitu sibuk, semangat, tertekan dan sebagainya ketika menguruskan sesuatu program, suka saya mengingatkan bahawa tahap kita berada di mana sekarang? Bukan untuk mematahkan semangat teman-teman berprogram, akan tetapi ingin sama-sama berkongsi dengan teman-teman mengenai slogan "Pelajaran No 1, Persatuan bukan No 2".

Program bukanlah untuk menggembirakan teman-teman semata-mata, apatah lagi untuk menyusahkan. Akan tetapi untuk melatih teman-teman dalam menyusun masa, waktu dan jadual harian teman-teman. Seandainya teman-teman berjaya menyusunnya dengan baik maka itulah sebaiknya tetapi jika sebaliknya maka ia akan lebih merugikan.

Buat saya dan teman-teman yang bakal exam dinasihatkan ready la awal-awal. Jangan sehari lagi nak exam baru nak nak jenguk kitab..maaf pancung sikit..Jangan terlalu semangat berprogram sampai tak buka kitab langsung ye..agak panas sikit ayat ini..

Teman-teman disayangi,

Mohon kemaafan sekiranya rasa tersinggung jika membacanya, moga-moga nasihat berguna buat teman-teman. Sekadar peringatan dari seorang abang kepada adik-adiknya, seorang adik kepada abang-abangnya, seorang naqib kepada anak halaqahnya dan seorang teman buat teman-temannya.

Bit tawfiq wan najah buat teman-teman tahun 1 & 3 yang bakal exam. tak ketinggalan buat teman-teman tahun 2 yang senasib dengan saya. Ingat. jangan bagi pisang berbuah dua kali tau.. Sirru ala barakatillah..

Sunday 23 May 2010

Janganlah Menangisi Dunia Wahai Teman...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Sumber : Klik Di Sini

Tatkala kita hidup di atas muka bumi ini, kadang-kadang banyak masalah yang menimpa kita.

Ya…selaku hamba yang menyatakan Perasaan Cinta dan Kasih yang setinggi-tingginya terhadap Maha pencipta, iaitu Allah s.w.t., usahlah kita merasa sedih, kerana ujian dan musibah itu adalah tanda Allah s.w.t. ingat kepada kita.

Tiadalah tempat berehat yang paling baik dan mulia kecuali di syurga nanti.

Tatkala kita ditimpa musibah, besar mahupun kecil, ingatlah sesungguhnya Nabi kita dahulu telah melaluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan.

Malah, apalah nilai sebuah dunia yang penuh liku-liku ini jika dibandingkan dengan syurga yang hakiki yang menanti kita di akhirat kelak.

Usahlah menangis kerana duniamu, tetapi menangislah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan kerana penyesalan terhadap dosa-dosamu yang lalu.

Teanangkanlah hatimu dengan ingatan Nabi yang bermaksud:

“Seandainya dunia ini di sisi Allah s.w.t. sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah s.w.t. tidak akan memberi minum terhadap orang kafir walau seteguk airpun.”

JIka kita ada teman, kawan, ibu-bapa dan sesiapa sahaja yang boleh memahami kita…mereka itu tetap manusia, dan manusia tidak akan mampu memahami masnusia sepenuhnya..Itulah hakikat manusia…Namun, sedarlah, jika kita letakkan seluruh pengaduan dan diri kita untuk Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. sajalah yang mampu memahami kita sebagai manusia. Allah s.w.t. maha pencipta, Dia telah mencipta diri manusia dan Dialah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita sebagai manusia.

Ibnu al-Mubarak, seorang Ulama’ yang sangat masyhur, pernah mengatakan: “Aku lebih suka lantunan syair ‘Adi bin Zaid daripada istana Raja Thahir bin al-Husain.

Syair yang indah lagi mempersonakan itu berbunyi:

”Wahai orang yang bergembira,

Di atas penderitaan orang lain,

Dan selalu memburuk-burukkan masa,

Apakah kamu orang yang selamat serta terlindung,

Atau apakah kamu punya perjanjian yang kuat,

Yang menjaminmu daripada Hari ke hari,

Sesungguhnya kamu adalah orang bodoh yang tertipu.”

Ertinya: Wahai orang-orang yang sering bergembira dengan penderitaan orang lain, adakah dirimu itu punyai perjanjian bahawa dikau tidak akan ditimpa musibah sebagaimana orang yang kamu berasa gembira dengannya? dan apakah dikau punyai jaminan bahawa dikau akan selamat daripada segala bencana dan bahaya? Jika begitu, mengapa kamu bergembira dengan penderitaan orang lain, padahal engkau tidak memiliki apa-apa jaminan dan perjanjian.

Ingatlah, dunia ini hanyalah medan ujian untuk kita. Maka, kita tidak harus bergembira di atas penderitaan orang lain..sentiasalah menadah tangan dan mendoakan saudara-saudara kita yang tidak seuntung kehidupan kita.

Ingatlah juga wahai teman, walau apapun musibah yang menimpa, usahlah menangisinya kerana dunia ini hakikatnya hanyalah sebuah kehinaan yang tidak memberi sebarang untung terhadap setiap titis air mata yang kita tumpahkan kerananya.

Bergembiralah kerana Dikau punyai Allah s.w.t dan kitabullah.Tenanglah kerana rasulullah s.a.w. itu tetap hidup di sisi tuhannnya, serta mendoakan kebaikan buat Umat baginda.

Semoga hidup kalian sentiasa diberkati Allah s.w.t..Amiin.


Teruskan Boikot....Jika Sayangkan Palestin...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...









Saya mengajak semua yang sayangkan Masjid al-Aqsa khususnya dan bumi Palestin amnya dan paling penting sayangkan Umat Islam..Marilah sama-sama kita terus mem'boikot' barang-barang buatan Yahudi. Menjadi tanggungjawab kita bersama membantu saudara seislam kita yang teruk dizalimi di bumi Palestin..

Sayangilah MASJID AL-AQSA...!!!
Sayangilah BUMI PALESTIN...!!!
Sayangilah UMAT ISLAM...!!!

Saturday 22 May 2010

Akademi Al-Quran Kembali Dengan Nafas Baru

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...







Sumber : Klik di sini

Setelah setahun berehat, rancangan realiti Akademi Al-Quran - yang pernah mencecah jumlah penonton seramai 1.5 juta kini kembali lagi di TV9 dengan musim keempat. Akademi Al-Quran (AQ4) akan menemui penonton pada setiap Jumaat, jam 9 malam bermula 21 Mei.

Menurut Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, Rozaina Zainul Abidin, AQ4 kali ini telah membuat banyak pembaharuan termasuklah melonggarkan syarat had umur peserta.

“Di atas sambutan yang begitu menggalakkan terutamanya daripada pihak madrasah dan sekolah rendah agama, kami telah melonggarkan syarat had umur kepada para peserta seawal 13 tahun. Kami juga turut menekankan ilmu pembacaan Al-Quran di mana peserta perlu fasih dan lancar membaca Al-Quran dan di samping itu, mereka juga dikehendaki menguasai ilmu tafsiran Al-Quran.

"Pemilihan sebegini amat penting kerana pada musim ini, peserta dikehendaki membaca surah-surah tertentu dan mentafsirkan surah tersebut di hadapan tiga juri berpengalaman. Ini dilakukan supaya mereka benar-benar memahami sesuatu surah itu dan bukan setakat menghafalkannya sahaja.

“Kami turut memperkenalkan tiga pengacara baru di samping seorang juri wanita. AQ4 pastinya semakin menarik dengan penampilan istimewa daripada artis-artis jemputan untuk mendendangkan lagu-lagu bertemakan keagamaan, qasidah dan bacaan Al-Quran seperti Akbar dan kumpulan UNIC. Rancangan menjadi lebih padat dengan kemunculan segmen 'Ustazah AQ' menerangkan kepada penonton tentang tajwid, tarannum, bayati, qiraat dan pecahan-pecahan qiraat, dan juga segmen trivia yang memberikan info-info berkaitan rancangan AQ.”

Tiga pengacara berpengalaman telah dipilih untuk mewarnai AQ4 iaitu Ustaz Mohd Zamri Bin Hj. Mohd Zainuldin bersama dengan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman yang merupakan pemenang kedua AQ3 dan pernah menjuarai Pertandingan Antarabangsa Al-Quran 2009. AQ4 turut diserikan dengan seorang pengacara pembantu di lokasi iaitu Khairul Noormaaidah binti Azali (Aida) yang merupakan Ikon Gadis Melayu 1. Ketiga-tiga pengacara ini fasih berbahasa Arab.

“Kami turut memperkenalkan tiga pengacara baru di samping seorang juri wanita. AQ4 pastinya semakin menarik dengan penampilan istimewa daripada artis-artis jemputan untuk mendendangkan lagu-lagu bertemakan keagamaan, qasidah dan bacaan Al-Quran seperti Akbar dan kumpulan UNIC. Rancangan menjadi lebih padat dengan kemunculan segmen 'Ustazah AQ' menerangkan kepada penonton tentang tajwid, tarannum, bayati, qiraat dan pecahan-pecahan qiraat, dan juga segmen trivia yang memberikan info-info berkaitan rancangan AQ.”

Sementara juri bagi AQ4 terdiri daripada Ustaz Mohd Nazeri Abdullah (qiraat), Ustaz Radzi Kamarul Hailan (tarannum) dan Ustazah Asni Mansor (tajwid dan fasohah).

Sepanjang ujibakat yang diadakan pada bulan Februari lalu, hampir 1,000 penyertaan diterima menerusi sesi ujibakat yang dijalankan di negeri Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka dan Kuala Lumpur. Selepas penyaringan, hanya 12 peserta terbaik dipilih untuk menyertai AQ4 dan terdiri daripada dua peserta perempuan dan 10 peserta lelaki.

Mereka adalah

1. Siti Aishah binti Baain, 13 tahun, Pahang
2. Yahya bin Haji Ali, 23 tahun, Terengganu
3. Ahmad Tirmizi bin Haji Ali, 25 tahun, Terengganu
4. Mohd Ramadan bin Haji Razali, 22 tahun, Perak
5. Mohd Hassan Adli bin Yahya @ Yahuza, 25 tahun, Perak
6. Mohd Nazif bin Zuhairi, 17 tahun, Kedah
7. Husni bin Ali Hassan, 25 tahun, Melaka
8. Mohd bin Ahmad Zahid, 15 tahun, Kuala Lumpur
9. Mohd Kamarulzaman bin Daud, 24 tahun, Terengganu
10. Nor Aslam Faiz bin Othman, 24 tahun, Perak
11. Amirul Shahida binti Md Noor, 22 tahun, Pahang
12. Rusli bin Abd Latif, 22 tahun, Kelantan

Pada musim keempat ini, penyertaan peserta muda belasan tahun sahaja dianggarkan hampir 200 peserta dan akhirnya dua peserta cilik berusia 13 tahun dan 15 tahun dipilih iaitu Siti Aishah Baain dan Mohd bin Ahmad Zahid. Lebih menyeronokkan adik Mohd tidak asing lagi dengan TV9 kerana suara lunaknya sentiasa berkumandang setiap kali masuk waktu solat.

Satu lagi keistimewaan rancangan ini adalah penyertaan adik-beradik daripada Terengganu iaitu Yahya bin Haji Ali dan Ahmad Tirmizi Haji Ali. Mereka telah mencuba nasib mereka ketika ujibakat di Kompleks Sri Iman, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Malahan, mereka juga mendapat sokongan daripada abang-abang mereka yang juga merupakan finalis bagi AQ1 dan 2 iaitu Shukri Haji Ali dan Muslim Haji Ali.

Kesemua peserta akan ditempatkan di Masjid Al-Ghuffran Taman Tun Dr Ismail selama tiga bulan. Mereka akan memulakan pembelajaran mereka di sana di bawah perhatian tiga mursyid, yang juga merupakan pensyarah dan juga finalis kepada rancangan Akademi Al-Quran iaitu Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Anuar Hasin dan Ustaz Ibrahim Abdullah. Sepanjang tiga bulan berkampung di sana, jadual mereka juga akan dipenuhi dengan aktiviti luar dan kemasyarakatan seperti bersukan, gotong-royong dan melawat rumah-rumah kebajikan.

Friday 21 May 2010

Pengenalan Imam Asy-Syathibi Rahimahullah...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...



Nama beliau ialah Al-Qasim bin Firruh bin Ahmad bin Khalaf bin Ahmad Abu Qasim Muhammad Asy-Syathibi Ar-Ra’ini Ad-Dhorir, beliau bermazhab al-Syafie. Beliau merupakan seorang a’jam (bukan bangsa arab). Dilahirkan pada akhir tahun 538 Hijrah di Andalus (Sepanyol) dalam keadaan yang buta. Beliau mengambil Qiraat dari Imam Abi Abdullah Muhammad bin Abi Al-A`sh. Beliau telah menghafaz Al-Qiraat di dalam kitab At-Taisir dan Ilmu Hadis dari seorang ulama` yang bernama Imam Ibnu Huzail.

Beliau telah menunaikan ibadat haji di Baitullah, kemudian mengambil Ilmu Qiraat daripada seorang Syeikh yang bernama Abi Thohir Al-Salafi di Iskandariah Mesir setibanya beliau di negeri tersebut. Setelah beliau memasuki Mesir, beliau telah diberi penghormatan yang tinggi oleh ulama`-ulama` di sana dan dilantik sebagai ketua di dalam Lujnah Ilmu Al-Quran oleh Raja Mesir. Beliau telah diberi kebenaran untuk mengajar Al-Quran di semua tempat di tanah Mesir. Beliau mempunyai beberapa kelebihan antaranya zuhud, amanah, thiqoh, tajam fikiran, banyak beribadat, dan mempunyai ketokohan yang hebat di dalam berpolitik. Beliau seorang yang pendiam dan dikatakan sebagai seorang yang mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. Ketokohan beliau di dalam ilmu agama amat dikagumi oleh ulama’-ulama’ di Mesir, sehingga Imam Al-Hafiz Abu Syammah Ad-Dimasyqi bersyair :

“ Aku melihat para Ulama’ Mesir yang terkemuka mengagungkan Syeikh Asy-Syathibi “

Beliau meninggal dunia ketika berusia 52 tahun, pada hari Ahad selepas sembahyang Asar, 28 Jamadil Akhir, tahun 590 Hijrah dan dikebumikan pada hari Isnin di atas Bukit Muqattam, Mesir. Semoga beliau ditempatkan bersama para Auliya dan Syuhada’ Allah s.w.t… Amiin Ya Rabbal ‘alamiin.

Al-Fatihah buat tokoh mulia dan agung ini.

Thursday 20 May 2010

Sensitiviti Umat Islam Diuji Lagi..!!! Apa Tindakan Kita...?

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Terkejut dan berasa agak marah yang tak terhingga apabila menerima beberapa mesej daripada sahabat-sahabat mengenai kempen Yahudi menghina Nabi Muhammad s.a.w. Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidaka akan berputus untuk terus menghina dan menjatuhkan Umat Islam, dan cara yang paling besar ialah dengan terus menerus menghina Rasulullah s.a.w. Persoalannya, di manakah sensitiviti kita sebagai umat Islam dalam mengahdapi agenda seperti ini.

"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya." dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah. (Al-Baqarah:120)

Di sini disertakan beberapa mesej menerusi YM yang saya terima. Sama-sama kita ambil sensitif agenda Yahudi dan Nasrani ini.

Mohd Suhaimi Ardzi: Besok adalah hari yang sangat mencabar bagi umat Islam di seluruh dunia. . Karena besok di INTERNET non muslim akan mengatur acara yang mengerikan. . . Hari Melukis MUHAMMAD (S. A. W),... Jadi, sebagai Muslim kita harus bycott acara ini. . . Jadi malam ini di 12:00 mlam, hanya log off dari semua halaman sosial seperti: Orkut, Facebook, Twitter, Hi5, dan banyak lagi. Dengan melakukan hal ini, orang-orang ini akan menghadapi kehilangan berat financal Insya Allah. . . waktunya untuk menunjukkan kita LOVE dan RESPECT untuk kita Nabi MUHAMMAD (SA W). Silakan maju teks ini sebagai BANYAK orang mungkin saya berharap kita boleh melakukan sekurang-kurangnya ini banyak kita Nabi (SAW). Jika anda tidak percaya pergi saja ke laman web CNNBookmarkBookmark

puterahuffaz_85:Only someone so ignorent with their deen,
n d sirah of prophet muhammad would no sign this petition
to block this FB group.
http://www.facebook.com/photos.php?id=121369914543425#!/pages/Everybody-Draw-Mohammed-Day/121369914543425?v=wall

...Allah yutimmu nurihi wa lau karihal kafirun.

Sign this petition please muslims!!
http://www.thepetitionsite.com/1/ban-groups-related-to-everybody-draw-muhammad-day-20th-may-on-facebook/964696449/tafBookmark
Md Anuar: Log Out FB anda buat sementara waktu. tanda bantahan dan boikot 'Log in Fb $5 kepada Israel' dan pertandingan karikatur nabi yang menghina kesucian Islam.

amin_87: Tomorrow is a very challenging day for Muslims around the world . . Because tomorrow on the INTERNET a few non Muslims are organizing a horrible event. . . Draw MUHAMMAD (S. A. W), day... So as Muslims we have to bycott this event. . . So tonight at "12am", just log off from all social sites such as: Orkut, Facebook, Twitter, Hi5, and many more. By doing this these people will face a heavy financal loss INSHAALLAH. . . Its time to show our LOVE and RESPECT for our NABI MUHAMMAD (S. A. W). Please forward this text to as MANY people as you can I hope we can do at least this much for our Prophet (S.A.W). If you don't believe just go to the CNN website

ain_87: Bantah provokasi jahat di facebook 19 Mei 2010 Dihantar dari kawan-kawan(Mesej Yahoo Messenger): Mulai hari ini sehingga 21 Mei 2010, orang Yahudi membuat kempen untuk menghina agama Islam dan Rasul. Setiap kali anda LOG IN ke facebook, akan menyumbang sejumlah $5 kepada pihak Yahudi. Link jahat : Adakah kita sanggup biarkan begini? Mana pemimpin umat Islam? Mana kerajaan Islam? Anda pula.. Menurut berita ringkas Al-Jazeerah, Pakistan telah menutup facebook berikutan tanda protes terhadap satu pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW. Sumber 19/05/2010, berita Al-Jazeerah Facebook banned in Pakistan Link untuk bantahan : BANTAH khazinatul asrar: sebarkan

Wednesday 19 May 2010

Mudahnya menjadi Muslim, Namun.....

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...



Anda perlukan cuma sepuluh minit untuk solat subuh, sedangkan anda boleh meluangkan masa sejam bersiap untuk ke majlis tertentu atau ke kuliah.

Anda hanya perlu dua saat untuk memberi salam kepada ibu bapa, isteri, anak-anak atau kawan serumah, sedangkan anda memerlukan tiga minit untuk memakai kasut.

Anda hanya perlu lima minit untuk memakai tudung atau jilbab, sedangkan anda boleh meluangkan masa untuk mendandan rambut.

Anda hanya perlu sepuluh minit ntuk menunaikan solat asar, sedangkan anda boleh luangkan masa sehingga bergayut pada telefon atau di depan komputer.

Anda hanya perlu lima belas minit untuk mebaca al-Quran, tidak selama menonton cerita bersiri, kadangkala sehingga berjam-jam.

Solat maghrib hanya tujuh minit tetapi berita televisyen melebihi setengah jam.

Hanya dua saat untuk anada mengucapkan salam dan kasih kepada ibu bapa, suami isteri, anak-anak atau kawan serumah sedangkan kadangkala perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga dua puluh minit.

Anda perlukan lima minit untuk menatap sepotong hadis Rasulullah s.a.w. walhal anda sanggup menatap majalah berulang-ulang kali lebih dari itu.

Anda hanya perlu sepuluh minit untuk menunaikan solat Isyak sedangkan anak anda perlu setengah jam untuk bersiap tidur atau sanggup menonton tayangan lewat malam sampai 'The End'.

Monday 17 May 2010

80 % Umat Islam di Malaysia Tidak Solat...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...



"Sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menunaikan solat lima waktu dalam sehari". Anda meungkin terkejut dengan data ini tetapi itulah hakikatnya. Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh tokoh moivasi terkenal di Malaysia, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari.

Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini.

Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah antara golongan yang kerap meninggalkan ibadah solat ini ialah golongan para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga para peniaga (Utusan Malaysia 2008, 23 Jun).
Menurut kajian itu lagi hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari, sementara bagi pelajar -pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. dan fakta ini ternyata menyamai dapatan kajian yang menunjukkan bahawa sejumlah 86.2% responden mengakui kerap meninggalkan solat dan sejumlah kecil responden yang melaksanakan solat dengan secukupnya.

Selain dari itu kadar pelaksanaan yang rendah dalam ibadah solat di kalangan responden dalam kajian ini juga mungkin dapat dikaitkan dengan tahap pengetahuan dan kemahiran responden dalam menunaikan ibadat tersebut. Apakah faktor yang menyebabkan jumlah besar responden tidak menunaikan solat dalam kehidupan mereka? Persoalan ini mungkin tidak dapat diselesaikan dengan menjaga fakta-fakta atau cara melaksanakan solat. Sesungguhnya ia melibatkan banyak faktor lain termasuk motivasi pelaksanaan solat dan ibadat. Menurut al-Kumayi (2009) terdapat tiga halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu:

* Malas (kesal) mengerjakan ibadat kepada Allah, sedang setiap insan sanggup dan berupaya melakukan ibadah.
* Lemah fikiran (futur) atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan kehidupan dunia.
* Bosan (malas) atau cepat berasa bosan melakukan ibadah sedangkan tujuan belum tercapai.

Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini merupakan masalah yang serius atau cukup barat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan peluh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat dan penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar. Aspek ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam organisasi atau pun yang melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan dengan syarak.

p/s: Adakah kita terkejut dengan data ini ataupun kita anggap ini sebagai perkara biasa..Astaghfirullah..

'SOLATLAH KAMU SEBELUM KAMU DISOLATKAN '

Alhamdulillah Selesai Sudah...Perancangan Seterusnya...?

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Alhamdulillah Selesai Sudah...

Alhamdulillah selesai sudah imtihan untuk tahun ke-2 saya berada di bumi Shoubra ini. Pejam celik tak sedar yang saya sudah 2 tahun berada di bumi qiraat ini. Tolak balik Malaysia tahun lepas, agak-agaknya tinggal berapa bulan sebenarnya saya berada di bumi masyaikh qurra' ini. Persoalannya, sebanyak mana ilmu yang sudah saya kecapi..

Seperti biasa tatkala usainya imtihan maka ramailah yang sibuk menempah tiket untuk 'meraikan' cuti di tanah air. Bagi yang tinggal di bumi anbiya' masa dihabiskan dengan jaulah, talaqqi dan sebagainya. Bagi yang terlibat dengan persatuan, masa cuti inilah akan digunakan dengan sebaiknya bagi membantu DPM MAQAZ dan PMRAM. Sekurang-kurangnya boleh mempelajari sedikit cara berorganisasi sebagai pengalaman untuk digunakan di tanah air kelak. Semestinya banyak program-program menarik yang telah disusun oleh pihak pimpinan.

Perancangan Seterusnya...?

Penat memikir samada ingin pulang ke kampung atau tidak...=(

Seandainya saya pulang, mungkin saya dapat membantu papa menjalankan perniagaan syarikatnya (BIO LIMES SDN BHD) yang selama ini banyak membantu saya. Selain itu, dapat menjadi Imam terawih, menjalani praktikal di Pejabat Agama Islam Pontian, menjalani rawatan penyakit saya dan banyak lagi. Apa pun saya ada 'misi' yang nak dilaksanakan..

Sekiranya saya 'stay' di sini, paling tidak pun saya dapat menyambung bertalaqqi sanad dengan masyaikh qurra' di sini, mantapkan lagi bahasa arab, belajar berorganisai, jaulah segala pelusuk bumi anbiya' dan sebagainya..

Entahlah kedua-dua penting membuatkan saya jadi ................???

Sunday 16 May 2010

Hari Khas Untuk Warga Pendidik...









Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan buat warga pendidik bermula di Tadika Al-Arqam (1990), Tadika Sinar Harapan (1991), SK Bandar Pontian (1992 - 1997), Sek. Agama Bandar Pontian (1993 - 1995), Sek. Agama Parit Semerah (1996 - 1997), Madrasah Tahfiz Al-Quran Batu Pahat (1998 - 2002), Maahad Tahfiz Pasir Gudang (2003 - 2005), Darul Quran JAKIM (2005 - 2008) dan sehingga sekarang Maahad Qiraat Azhar Shoubra, Mesir..

Jasa para pendidik bukan setakat dikenang, akan tetapi amat dihargai dan tidak akan dilupakan. Moga segala tunjuk ajar yang diberikan mendapat ganjaran yang sebaiknya dari Yang Maha Esa.

'Selamat Hari Guru' buat semua warga pendidik di mana saja berada..

Friday 14 May 2010

Apa Sudah Jadi IPT Malaysia...?

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Universiti-universiti utama di Malaysia terus jatuh beberapa takuk dalam senarai Kedudukan 200 Universiti Asia yang dijalankan oleh Times Higher Education-QS World University Rankings.

Antaranya adalah Universiti Malaya (UM) yang jatuh ke kedudukan 42 berbanding 39 yang didudukinya pada 2009.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), juga jatuh daripada kedudukan 51 kepada 58 untuk berada di tangga yang sama dengan National Central University, Taiwan dan Universiti Ateneo de Manila dari Filipina.

UM yang satu ketika dianggap universiti terunggul negara adalah antara 100 universiti terbaik di dunia pada senarai 2004 tetapi terkeluar daripada senarai itu pada 2006.

Bagaimanapun Universiti Putera Malaysia, berjaya memperbaiki kedudukannya daripada 90 kepada 77, manakala Universiti Islam Antarabangsa (UIA) merosot daripada 156 kepada 201.

Universiti Sains Malaysia (USM), yang diberi taraf Universiti Apex pada 2009, kekal pada kedudukan 69 dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga kekal pada tangga 82.

Kajian yang berpangkalan di UK itu meletakkan University of Hong Kong ditangga teratas dan diikuti oleh Hong Kong University of Science and Technology.

National University of Singapore pula berjaya menduduki tempat ketiga.

p/s : Dek kerana terlampau sibuk dalam hal-hal yang tidak sepatutnya IPT Malaysia terus merudum dalam ranking masing-masing. Pentadbir IPT khasnya IPTA bukannya sibuk untuk menaikkan imej dan kualiti IPT masing-masing tetapi sibuk 'berpolitik' dengan student dan kakitangan mereka.

Related Posts with Thumbnails

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA FERRARI

REPLIKA FERRARI

REPLIKA BIKERZ

REPLIKA BIKERZ
Powered By Blogger

PERKEMAT DQ 06/07

PERKEMAT DQ 06/07

IBNU HAJI ABD KARIM © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO