JOM ke Festival Jubli Perak SMAKJ
Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang yang ditubuhkan pada tahun 1988 telah melahirkan anak-anak didik yang berjaya melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara. Sehingga tahun 2013, ramai di kalangan mereka juga telah menempatkan diri di dalam pelbagai bidang dan lapangan kerja dalam usaha untuk terus berjaya, SMAKJ gigih mendidik pelajar-pelajarnya agar cemerlang serta memenuhi keperluan negara di masa hadapan. Bertepatan dengan tema Jubli Perak "Menggamit Memori, Menjejak Akar Budi", Badan Kebajikan Tahfiz Ibnu Sina (BAKTIS) SMAKJ dengan kerjasama pihak sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMAKJ telah merancang program sambutan Festival Jubli Perak 25 Tahun SMAKJ.