Wednesday, 14 July 2010

"Imam Muda" Dapat Liputan Di Jerman, Switzerland

Bismilah ar-Rahman ar-Rahim...

Program realiti di Astro Oasis setipa Jumaat jam 9.00 malam

Sumber : http://utusan.com.my (link)

FRANKFURT 15 Julai - Media di Jerman dan Switzerland melaporkan secara meluas mengenai program realiti televisyen Malaysia berjudul "Imam Muda".

Pada masa di kebanyakan negara di barat, program bakat televisyen dianjurkan bagi memilih bintang Malaysia memilih "bintang imam" berikutnya menerusi program pencarian bakat, seperti yang dilaporkan oleh beberapa akhbar di Jerman dan Switzerland.

Butiran mengenai program "Imam Muda" dilaporkan dengan meluas oleh akhbar harian; daripada Tagesspiegel, Merkur Online menerusi n-tv.de, Bild.de, Sueddeutsche Zeitung sehinggalah kepada akhbar harian Switzerland, Tagesanzeiger - membuatkan pembaca begitu asyik, seperti yang digambarkan oleh pembaca dalam komen mereka terhadap laporan berita itu.

Menerusi program "Imam Muda", kira-kira lapan anak muda muncul di televisyen di Malaysia pada waktu perdana, lengkap berbaju Melayu dan bersongkok.

Tagesanzeiger, misalnya, menyifatkan calon berkenaan sebagai "superstar" di televisyen Malaysia dan melaporkan bahawa mereka nampaknya telah menjadi pujaan hati ramai wanita muda. - Bernama

Kenari : Nuri, awak sokong sapa dalam Imam Muda..?
Nuri : Saya sokong Akademi al-Quran TV9 hari Jumaat jam 9.00 malam..hehe

Tuesday, 13 July 2010

Konspirasi World Cup 2010

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Sumber : http://freeourmind-blog.blogspot.com (link)

Kalian sudah puas dengan keputusan Piala Dunia yang baru lepas? Baiklah, kini kita tumpukan perhatian kita berbalik kpd kajian konspirasi 'kebetulan' semula. Terima kash kpd saudara Rijal82, JTR, BradoKapak dan beberapa lagi pengkaji konspirasi lain atas pendedahan awal mereka mengenai Piala Dunia yang lepas.

Mavi Marmara diserang, satu dunia menumpukan mata pandangan ke Gaza lalu meninggalkan Bilderberg melakukan mesyuarat secara senyap. Terima kasih kpd IbnuYaacob.com yang mendedahkan hal mengenai mesyuarat ini. Mavi Marmara kemudian ditinggalkan kita lalu terbanglah kita keawangan menuju ke Afrika Selatan melihat dan 'memuja' kehebatan ciptaan Tuhan yang juga kebanyakan drpd mereka adalah anti-Tuhan.

Para pengkaji konspirasi telah mendedahkan logo Piala Dunia yang berbentuk kepala Horus dan bola yang digunakan ketika Piala Dunia (Jabulani) yang menyamai lambang Jahbulon. Jahbulon adalah ALAT sembahan Freemason yang dihasilkan drpd gabungan triniti Jehovah, Ba'al dan Osiris. Para saintis terhandal dunia telah membuat beberapa siri kajian supaya bola kesayangan mereka itu menjadi bulatan yang sempurna dan menjadi rebutan dan kesayangan para 'pahlawan' atas padang. Perancangan mereka tidaklah selengkap perancangan Allah. Sepanjang kempen Piala Dunia, 'kesempurnaan' Jabulani telah memberi banyak masalah kepada para pemain dan memaksa Adidas (pengeluar) menghantar bintang-bintang mereka (Ricardo Kaka, Petr Cech, Oliver Kahn, Michael Ballack dan beberapa pemain lain) mempertahankan Jabulani.

Tanpa kita sedari, upacara pembukaan Piala Dunia juga sebenarnya dipenuhi dgn upacara sembahan 'dewa' mereka (saya tidak berkesempatan menyaksikan upacara pembukaan. bahagian ini diceritakan kpd saya melalui gambar-gambar dan penerangan-pe.erangan yg disiarkan di laman BBC. maaf jika ada sebarang bahagian yg salah)

Upacara dimulakan dengan persembahan penyanyi Afrika dengan bunyian gendang dan alat-alat muzik yg lain. Persembahan ini dipanggil The Calling. Siapa yang mereka panggil?

Mungkin ini yg mereka panggil utk masuk ke tengah padang dan menjadi perhatian dunia.. [BBC: A giant human-powered dung beetle dribbles an equally large Jabulani around the pitch to the delight of the fans in the stadium]

Upacara pembukaan diteruskan dengan beberapa krew mengangkat kumbang (Dung Beetle) yang menolak masuk Jabulani ke tengah pentas persembahan/padang. Kumbang juga merupakan salah satu unsur penyembahan firaun mesir kuno. Manusia/kita mengangkat kumbang tersebut dan kumbang tersebut mengangkat Jabulani ke tengah perhatian dunia supaya menjadi tatapan dan pujian semua.

Penyanyi terkenal Hollywood (ejen mata satu terhebat), R Kelly bersama Soweto Spiritual Singers, penyanyi gereja Afrika menyanyikan lagu 'Sign of a Victory' sebagai tanda kemenangan mereka menjauhkan perhatian dunia drpd isu-isu yg jauh lebih penting.

Peta Afrika dilakarkan ditengah padang diperhatikan seluruh masyarakat dunia. Sememangnya tumpuan kita tertumpu disana!

[BBC : A smoking calabash, depicting the stadium design is featured during the opening ceremony]

Mereka diluar stadium (the Hidden Hand) menggunakan kita semua dgn 'membakar' kita dalam kawah berapi besar (stadium) dalam upacara penyembahan matahari mereka! Pembinaan stadium Soccer City, Johannesburg berbentuk kawah berapi disertai dgn bahagian dalaman yg diwarnai dgn warna api.




Sepanjang kempen Piala Dunia, kita disajikan dengan kehebatan sotong Paul menyesatkan umat Islam. Dengan senang kita menerima Paul dan pasangannya Pauline dari Jerman dengan mengiakan kehebatan mereka. Sotong (dalam bahasa Jerman dipanggil Krake) memang sudah sinonim dengan mitos Kraken, sotong gergasi di tengah lautan dalam yang menghancurkan kapal-kapal besar. Sudah terang lagi bersuluh, sotong Jerman tersebut memang disediakan awal-awal bagi memecahkan buih-buih di lautan. Bukankah nabi sudah berpesan, umat Islam akhir zaman hanya ibarat buih-buih di lautan? Jika anda rain perhatikan laman web-laman web yang menyiarkan berita bola sepak sepanjang kempen Piala Dunia, anda sebenarnya dapat mengagak bahawa pemenangnya memang sudah dipilih awal-awal lagi...

Kenari : Rasa macam nak makan sotong sambal la pulak..
Nuri : Em, boleh ambil sotong Paul..goreng pun sodap..!!

Sepanyol Juara Piala Dunia 2010...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010 Afrika Selatan dengan jaringan minit-minit terakhir yang dijaringkan oleh bintang Barcelona Andrei Iniesta pada minit 116 masa tambahan setelah kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan 90 minit masa permainan sebenar.

Perlawanan yang mencatat sejarah kerana dihiasi dengan permainan kasar sehingga pengadil dari England Howard Web melayangkan 13 kad kuning dan 1 kad merah kepada pemain Belanda John Heitinga.

Pada wisel penamat, kelihatan pemain Sepanyol bergegas menukar baju biru mereka kepada baju merah yang lebih sinonim untuk menerima trofi. Mereka menyarung jersi yang dihiasi bintang tunggal bagi menandakan kejayaan itu, menjadi negara kelapan menerima penghormatan tertinggi dalam sejarah 80 tahun temasya Piala Dunia.

Keputusan penuh Sepanyol 1 Belanda 0.

Kenari : Habis dah Piala Cawan kita ni..
Nuri : Budak-budak Qiraat stanby exam pulak ye..

Thursday, 8 July 2010

Sepanyol vs Belanda Final Piala Dunia 2010

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Pasukan Belanda dengan gandingan mantap Wesley Scneijder - Robin van Persie - Arjen Robben terlebih dahulu melangkah ke perlawanan akhir setelah menewaskan pasukan Uruguay kelmarin yang diketuai oleh Diego Forlan dengan jaringan 3 gol berbalas 2.

Gol pasukan Belanda dijaringkan oleh pemain pertahanan Giovanni van Bronckhorst pada minit ke-18, Wesley Scneijder (minit ke-70) dan Arjen Robben (minit ke-73). Manakala gol Uruguay dijaringkan oleh penyerangnya Diego Forlan pada minit ke-41 dan Maximiliano Pereira pada minit ke-91 waktu kecederaan.

Manakala Sepanyol mara ke final setelah menewaskan pasukan German dengan jaringan 1 gol hasil tandukan ketua pasukan Bercelona Carlos Puyol setelah menerima hantaran dari sepakan sudut yang diambil oleh Xavi.

Puyol yang berada dalam kotak panelti, melompat dan menanduk kencang bola ke arah kiri gol lawan. Tandukan tersebut gagal diselamatkan oleh penjaga gol Jerman Manuel Neuer.

Perlawanan akhir Piala Dunia 2010 dijadualkan akan berlangsung pada 11 Julai nanti.

Kenari : Dunia beralih sekejap ke Piala Dunia 2010 yang dah nak tamat.
Nuri : Apa cerita Palestin ye..? Umat islam leke seketika terhadap Palestin..

Sunday, 4 July 2010

Lagi Tentang Boikot...

Bismillah ar-Rahim ar-Rahim...

Top's Boycott yang tak diboikot...

  • Berapa banyak wang yang sudah dihabiskan untuk membeli barangan boikot ini...?
  • Berapa banyak jumlah nilaian wang yang sudah disumbangkan kepada syarikat boikot ini?
  • Berapa bilangan umat Islam yang telah terkorban hasil dari sumbangan syarikat ini...?
  • Betul ke nilai RM1 @ LE1 bersamaan 1 peluru yang mengorbankan umat Islam...?
  • Apa yang menyebabkan kita sukar untuk tidak membeli barangan boikot ini...?
  • E, sebenarnya perlu ke kita boikot barangan ini...?
Kita membeli barangan boikot daripada kedai-kedai orang Islam.. Kedai-kedai orang Islam ini pula mendapat barangan boikot daripada pemborong-pemborong orang Islam.. Para pemborong Islam pula mendapat barangan boikot daripada pengusaha-pengusaha kilang orang-orang Islam.. Usahawan Islam ini pula mendapat barangan boikot daripada luar dengan kelulusan para pemimpin umat Islam sendiri.. Hakikatnya kita boikot siapa sebenarnya..? Siapalah sebenarnya yang bertanggungjawab dalam pemboikotan ini..? Sama-sama kita ambil ihtimam..


Friday, 2 July 2010

Bulan Ramadhan Para Huffaz Ber’BISNEZ'…!!!

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Masjid Jamek Daerah Pontian, Johor

Tanpa kita sedar kita sudah berada di dalam bulan Rejab, bermakna bulan yang sangat mulia iaitu bulan Ramadhan akan menemui kita tidak lama lagi. Seperti tahun-tahun yang lalu, ketika ini sudah banyak masjid-masjid ataupun surau-surau sudah mula sibuk untuk menempah para huffaz untuk dijadikan Imam Solat Terawih. Ketika ini jugalah para huffaz akan akan cuba mencari ‘lubuk’ untuk dijadikan tempat mengulang hafazan al-Quran masing-masing. Moga niat yang baik dan ikhlas menjadi penentu segalanya.

Teringat kata-kata seorang ustaz yang mengatakan bahawa bulan Ramadhan adalah masa untuk para hafiz menjalankan ‘business’ masing-masing. Betul ke? Mungkin apa yang dikatakan itu adalah satu sindiran atau mungkin juga hanyalah gurauan semata-mata. Apapun hakikatnya adalah benar belaka. Mana tidaknya, wang ‘upahan’ sebagai ganjaran yang diberikan oleh sesetengah tempat begitu lumayan sekali.

Bagi mereka yang mempunyai suara yang lunak dan ‘merdu’ dan mempunyai personaliti yang baik, tentu sekali permintaan untuk dijadikan pilihan menjadi imam adalah tinggi. Bagi mereka yang mempunyai kelebihan dalam ingatan hafazan (masyi) pula, ini adalah satu kelebihan bagi mereka untuk mengkhatamkan hafazan al-Quran 30 juzuk sepanjang Ramadhan.

Tidak dapat dinafikan, terdapat juga para huffaz yang hanya memilih masjid dan surau yang ternama dan yang boleh memberikan hasil yang lumayan. Terdapat juga yang hanya memilih masjid dan surau yang boleh mengkhatamkan al-Quran 30 juzuk dalam solat Terawih.

Ketika ini juga para huffaz akan dinilai oleh masyarakat. Golongan para huffaz keluaran pondok-pondok dan madrasah-madrasah tahfiz swasta akan dihantar ke mana sahaja di atas permintaan masyarakat. Golongan ini mempunyai kelebihan dari segi kelancaran hafazan al-Quran dan mampu untuk mengkhatamkannya, akan tetapi mempunyai terdapat kelemahan dari segi tajwid kerana mereka hanya menghafaz sahaja tanpa menekankan dari aspek tajwid .

Manakala bagi golongan para huffaz keluaran kerajaan, boleh dikatakan hanya sedikit yang mampu untuk mengkhatamkan al-Quran. Ya, pasti ada yang tidak setuju dengan kenyataan ini. Apapun kenyataan ini dibuat berdasarkan pengalaman dan bukti yang ada. Golongan ini jugalah yang kerap memberi alasan antaranya :

“Kau dululah, aku lain kali. Bila dah betul-betul lancar nanti aku jadilah….”

“Anta je lah jadi imam, ana tak masyi macam anta…”

Persoalannya, sampai bila alasan-alasan seperti ini akan berterusan. Bila pula yang kita akan betul-betul lancar baru mampu untuk menjadi imam dan mengkhatamkannya. Masa inilah salah satu cara untuk kita mengulang hafazan yang dihafaz selain dari cara dan masa yang lain.

Apa yang ingin ditekankan oleh penulis dalam artikel ini ialah jagalah niat ketika kita menjalankan amanah untuk menjadi imam. Elakkanlah niat kita hanya untuk mendapat habuan sahaja, akan tetapi hanya untuk mendapat keredhaan Allah swt semata-mata di samping boleh mengulang hafazan al-Quran.

Ingatlah! Syaitan akan berusaha untuk mempermainkan hati dan niat kita untuk menghalang kita dari mendapat rahmat dan keredhaan Allah swt. Oleh itu, janganlah kita terpedaya dengan tipu muslihat syaitan.

Kenari : Jaga niat sangat penting...

Nuri : Yang penting dapat jaga al-Quran...

Thursday, 1 July 2010

Letih Layan Arab Mesir Yang Suka Menipu...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Malam tadi, saya terpaksa pergi ke sarafah di Dauran kerana tidak sempat untuk pergi ke Attaba. Walaupun sebenarnya tempat ini adalah target saya tempat yang suka menipu. Seperti biasa saya ingin menukar beberapa wang nilai USD kepada Egyptian Pound (LE). Hendak dijadikan cerita sekali lagi saya hampir mengalami nasib yang sama. Ditambah lagi, papan tukaran matawang tiada pada malam tadi seperti kebiasannya.

Saya berurusan dengan seorang ammu tua beragama 'palang'. Setelah menerima wang LE, saya mengira dan mendapati bilangan wang yang sepatutnya tidak cukup dan masih ada baki sebanyak LE50. Saya terus memberitahu ammu tersebut bahawa jumlah tidak cukup. Seperti biasa orang arab bila berurusan suka meninggikan suara, ammu tersebut menjawab yang bukan beliau yang mengira bilangan wang tetapi mesin yang mengira dan tak kan la mesin tersilap kira.

Saya pun terus mengira wang tersebut di depan beliau dan memang pasti yang wang tidak cukup lagi LE50 sambil menunjukkan resit yang diberikan. Kemudian, beliau bangun dari tempat duduk dan terus mengulang kata-kata tadi. Sempat lagi beliau memperli saya dengan seorang lelaki muda yang mungkin pekerja beliau mengatakan yang saya mempertikai mesin salah mengira.

Hak mesti dipertahankan, saya tetap mengatakan yang duit tidak cukup. Mujur saya tidak pergi beransur terus tanpa mengira terlebih dahulu.Rasa nak marah pun ada juga tetapi bila memikirkan beliau orang tua saya masih lagi menghormati. Akhirnya apa yang berlaku, lelaki muda itu memberitahu ada sekeping wang kertas LE50 berada di atas lantai dan beliau mengambil dan menghempas duit tersebut di atas meja.

Dengan keadaan seyuman yang sinis, saya mengucapkan terima kasih kepada beliau yang mungkin malu dan terus beransur dari situ. Saya tidak tahulah apa yang dibebelkan oleh beliau kepada pekerjanya tadi. Em, entahlah mungkin duit itu terbang ataupun mungkin juga beliau hendak menipu. Terpulanglah janji duit saya dapat walaupun ada baki syiling sebenarnya tetapi seperti biasa tempat itu tidak akan bagi tidak seperti sarafah-sarafah di tempat yang lain.

Kenari : Kadang-kadang "su'us zhon" dengan arab perlu diletakkan no 1.
Nuri : Betul3... baru arab tau budak Melayu bukan senang-senang nak kena tipu...

Related Posts with Thumbnails

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA FERRARI

REPLIKA FERRARI

REPLIKA BIKERZ

REPLIKA BIKERZ
Powered By Blogger

PERKEMAT DQ 06/07

PERKEMAT DQ 06/07

IBNU HAJI ABD KARIM © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO