Friday, 2 July 2010

Bulan Ramadhan Para Huffaz Ber’BISNEZ'…!!!

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Masjid Jamek Daerah Pontian, Johor

Tanpa kita sedar kita sudah berada di dalam bulan Rejab, bermakna bulan yang sangat mulia iaitu bulan Ramadhan akan menemui kita tidak lama lagi. Seperti tahun-tahun yang lalu, ketika ini sudah banyak masjid-masjid ataupun surau-surau sudah mula sibuk untuk menempah para huffaz untuk dijadikan Imam Solat Terawih. Ketika ini jugalah para huffaz akan akan cuba mencari ‘lubuk’ untuk dijadikan tempat mengulang hafazan al-Quran masing-masing. Moga niat yang baik dan ikhlas menjadi penentu segalanya.

Teringat kata-kata seorang ustaz yang mengatakan bahawa bulan Ramadhan adalah masa untuk para hafiz menjalankan ‘business’ masing-masing. Betul ke? Mungkin apa yang dikatakan itu adalah satu sindiran atau mungkin juga hanyalah gurauan semata-mata. Apapun hakikatnya adalah benar belaka. Mana tidaknya, wang ‘upahan’ sebagai ganjaran yang diberikan oleh sesetengah tempat begitu lumayan sekali.

Bagi mereka yang mempunyai suara yang lunak dan ‘merdu’ dan mempunyai personaliti yang baik, tentu sekali permintaan untuk dijadikan pilihan menjadi imam adalah tinggi. Bagi mereka yang mempunyai kelebihan dalam ingatan hafazan (masyi) pula, ini adalah satu kelebihan bagi mereka untuk mengkhatamkan hafazan al-Quran 30 juzuk sepanjang Ramadhan.

Tidak dapat dinafikan, terdapat juga para huffaz yang hanya memilih masjid dan surau yang ternama dan yang boleh memberikan hasil yang lumayan. Terdapat juga yang hanya memilih masjid dan surau yang boleh mengkhatamkan al-Quran 30 juzuk dalam solat Terawih.

Ketika ini juga para huffaz akan dinilai oleh masyarakat. Golongan para huffaz keluaran pondok-pondok dan madrasah-madrasah tahfiz swasta akan dihantar ke mana sahaja di atas permintaan masyarakat. Golongan ini mempunyai kelebihan dari segi kelancaran hafazan al-Quran dan mampu untuk mengkhatamkannya, akan tetapi mempunyai terdapat kelemahan dari segi tajwid kerana mereka hanya menghafaz sahaja tanpa menekankan dari aspek tajwid .

Manakala bagi golongan para huffaz keluaran kerajaan, boleh dikatakan hanya sedikit yang mampu untuk mengkhatamkan al-Quran. Ya, pasti ada yang tidak setuju dengan kenyataan ini. Apapun kenyataan ini dibuat berdasarkan pengalaman dan bukti yang ada. Golongan ini jugalah yang kerap memberi alasan antaranya :

“Kau dululah, aku lain kali. Bila dah betul-betul lancar nanti aku jadilah….”

“Anta je lah jadi imam, ana tak masyi macam anta…”

Persoalannya, sampai bila alasan-alasan seperti ini akan berterusan. Bila pula yang kita akan betul-betul lancar baru mampu untuk menjadi imam dan mengkhatamkannya. Masa inilah salah satu cara untuk kita mengulang hafazan yang dihafaz selain dari cara dan masa yang lain.

Apa yang ingin ditekankan oleh penulis dalam artikel ini ialah jagalah niat ketika kita menjalankan amanah untuk menjadi imam. Elakkanlah niat kita hanya untuk mendapat habuan sahaja, akan tetapi hanya untuk mendapat keredhaan Allah swt semata-mata di samping boleh mengulang hafazan al-Quran.

Ingatlah! Syaitan akan berusaha untuk mempermainkan hati dan niat kita untuk menghalang kita dari mendapat rahmat dan keredhaan Allah swt. Oleh itu, janganlah kita terpedaya dengan tipu muslihat syaitan.

Kenari : Jaga niat sangat penting...

Nuri : Yang penting dapat jaga al-Quran...

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA FERRARI

REPLIKA FERRARI

REPLIKA BIKERZ

REPLIKA BIKERZ
Powered By Blogger

PERKEMAT DQ 06/07

PERKEMAT DQ 06/07

IBNU HAJI ABD KARIM © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO