Saturday, 24 July 2010

"Imam Muda" Episod 9 Penuh Air Mata

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Sumber : www.realitimelayu.co.cc

Banyak media cetak dan elektronik dari luar negara termasuk BBC World, CNN, Al-Jazeera, Reuters, Associated Press (AP), Neues Deutschland, National Post Canada dan New York International News sudah memberi liputan positif kepada program realiti dakwah Imam Muda terbitan Astro Qasis.

Terbaru, wakil majalah Der Spiegel Magazine dari Jerman dan akhbar International Herald Tribune, New York turut hadir ketika rakaman program minggu kesembilan berlangsung. Mereka hadir kerana tertarik dengan keindahan agama Islam yang ditampilkan menerusi program itu.

Sejak mula ke udara pada 28 Mei lalu dengan menampilkan 10 peserta, Imam Muda semakin menghampiri kemuncaknya apabila menyingkirkan dua peserta pada minggu kelapan, menyaksikan persaingan antara Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26, Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, dan Mohd Taufek Mohd Noh, 27, yang bersaing bagi merebut tempat untuk ke final.

Acara kemuncak itu akan berlangsung di Dewan Muktamar, Menara Pusat Islam. Kuala Lumpur pada 30 Julai ini.

Begitupun impian untuk ke matlamat berkenaan bukan mudah kerana menurut pengetua Imam Muda, Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz, semakin ke penghujung, cabaran yang diberikan kepada peserta semakin kental.

Untuk siaran pada minggu kesembilan, empat peserta yang tinggal diberi tugasan mendekati orang tua yang tinggal di Rumah Seri Kenangan, Seremban pada 17 Julai lalu dan menyelami perasaan mereka yang tinggal di rumah berkenaan.

Mereka juga perlu memenangi hati warga emas di situ yang dipilih untuk dijadikan sebagai bapa angkat. Semua tugasan ini memerlukan strategi sendiri bagaimana mahu melakukannya.

Sungguh menyayat hati kunjungan mereka ke sana sehinggakan ketika hendak berpisah dengan empat Imam Muda ini, ayah angkat mereka menangis kerana terharu.

Isu perdebatan yang ditampilkan juga sangat menarik, berkisarkan mengenai sikap anak yang sampai hati meninggalkan orang tua mereka di rumah orang tua.

Keempat-empat mereka tampil dengan pandangan sendiri mengenai isu ini. Ada yang kontra antara satu sama lain namun matlamatnya mahu mencari jalan penyelesaian kepada masalah sosial yang makin membarah sekarang. Semua mereka bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik kerana persembahan di pentas dan setiap apa yang dilakukan akan mengundang markah daripada pengetua.

Terdahulu sebagai pembuka program, keempat-empat Imam Muda ini berduet dengan penyanyi nasyid, Nazrey Johani dalam lagu I'tiraf yang begitu menyentuh perasaan. Keikhlasan mereka terpancar.

Apapun, semestinya saat yang paling ditunggu-tunggu penonton ialah persoalan siapa peserta yang tersingkir dan gagal meneruskan perjuangan pada final nanti.

Sungguh berat hati apabila Datuk Hassan tampil membuat rumusan terhadap setiap peserta serta menamakan siapa yang bakal tersingkir.


"Perasaan saya begitu terharu seperti mana minggu lalu di mana dua Imam Muda menamatkan tugasan mereka dan meninggalkan kita. Ini ialah satu keputusan yang amat berat bagi saya dan rakan lain," katanya.

Untuk mengetahui apa cerita menarik mereka ketika berada di Rumah Seri Kenangan serta siapa yang akan tersingkir, sama-sama kita saksikan Imam Muda pada malam ini jam 9 malam.

Sementara itu, Hassan berkata, dari perbincangan awal, mereka akan mengumpul markah setiap peserta dari peperiksaan, teori dan praktikal untuk menilai siapa yang layak ke final.

"Kami mahu cari peserta yang terbaik untuk diangkat sebagai Imam Muda Terunggul. Itulah sebabnya peserta didedahkan dengan macam-macam perkara.

"Di sini kami hanya bagi prinsip asas kerana kebanyakan peserta adalah graduan pengajian Islam. Cuma kami bagi pendedahan menerusi program ini untuk tarik orang ke masjid. "Saya yakin 10 orang peserta yang terbabit akan melahirkan lagi 1,000 Imam Muda di negara kita. Program ini sangat berjaya dan peserta ini menjadi contoh kepada masyarakat terutamanya golongan muda.

"Saya sendiri tak jangka Imam Muda akan diterima sampai ke peringkat antarabangsa dan jadi bualan. Program ini diolah oleh orang yang berpengalaman dalam ilmu agama.

"Ternyata Allah s.w.t bagi hidayah kepada kita. Selama ini TV dianggap sebagai kotak beracun, tapi Imam Muda menjadi penawar kepada semua. Kami sampaikan mesej perpaduan dalam Imam Muda dan apa yang ditampilkan bukan lakonan," katanya.

Datuk Hassan dibantu dua mentor, Ustaz Shahrizan Daud dan Ustaz Syed Norhisyam Al Idrus bagi proses penilaian setiap peserta. Program dihoskan Ustaz Dzulkarnain Hamzah.

Kenari : Final IM 30 Julai manakala final AQ4 6 Ogos.. Nasib baik tak serentak
Nuri : Satu tengok kat Mesir, satu lagi tengok kat Malaysia..hehe

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA FERRARI

REPLIKA FERRARI

REPLIKA BIKERZ

REPLIKA BIKERZ
Powered By Blogger

PERKEMAT DQ 06/07

PERKEMAT DQ 06/07

IBNU HAJI ABD KARIM © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO