Aturcara Seminar Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 yang akan berlangsung pada hari Ahad, 1 Ogos 2010 bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam, JAWI, Kuala Lumpur.
"Aku menghadiahkan selawat dan salamku kepada penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang merupakan sumber pengambilan ilmu ini,Ahli bait Baginda dan para sahabat,kerana mereka merupakan golongan yang mendapat keberkatan persahabatan dengan Nabi,yang merupakan pembawa ilmu ini kepada orang yang selepas mereka,iaitu para Tabi'in yang merupakan ahli ilmi, kerana mereka mendapat didikan daripada para sahabat.Mereka juga merupakan pengembang kepada ilmu ini dengan meletakkan kaedah-kaedah dan usul-usulnya dengan penuh zuhud tanpa mengharapkan pembalasan dunia..Wallahu a'lam...
Dilahirkan di Rengit, Batu Pahat dan dibesarkan di Pontian, Johor. Anak sulong daripada 5 adik-beradik. Melibatkan diri dalam bidang tahfiz sejak tahun 1998 sehingga sekarang. Bermula di Madrasah Tahfiz Al-Quran Batu Pahat (Syahadah) - Maahad Tahfiz Pasir Gudang (SPM & STAM) - Darul Quran JAKIM (DIPLOMA) dan sekarang mengambil IJAZAH SARJANA MUDA AL-QURAN DAN QIRAAT di Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra, Mesir. Mohon segala tunjuk ajar dan bersedia menerima pandangan, teguran dan kritikan bagi memantapkan lagi diri yang faqir ini.
Daripada Abu Sa'id al Khudri, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa yang disibukkan dengan Al -Quran dan menyebut namaKu sehingga tidak sempat meminta kepadaKu, maka aku berikannya sebaik-baik pemberian yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta. Dan keutamaan kalam Allah (Al-Quran) ke atas kalam yang lain adalah seperti keutamaan Allah ke atas hambaNya.
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment