Monday, 2 November 2009

Anak Yang Soleh...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah SWT. Nabi Musa sering bertanya dan Allah SWT akan menjawab pada waktu itu juga. Ini lah kelebihannya yang tiada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa bertanya kepada Allah SWT...

“Ya Allah siapakah orang yang di syurga nanti akan berjiran dengan aku ?”.
Allah SWT menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan Nabi Musa turun dari bukit dan terus berjalan menuju ke tempat yang diberitahu.

Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya beliau sampai ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa penduduk di situ beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah tidak melayan Nabi Musa dan terus masuk ke bilik dan melakukan sesuatu. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor khin’zir betina yang besar dan didokong dengan cermat. Nabi Musa terkejut dan bertanya “Apa hal ini ?” di dalam hatinya penuh kehairanan. Khin’zir itu dimandikan dan dibersihkan dengan baik, dikeringkan, dipeluk dan diciumnya. Selepas itu orang tersebut membawa keluar pula seekor khin’zir jantan dan dilakukan serupa dengan khin’zir betina tadi.

Setelah selasai tugasnya, barulah orang itu melayan Nabi Musa dan lalu bertanya, “Wahai saudara, apa agama kamu ?”.
“Tauhid agamaku”, jawab orang itu iaitu agama Islam.

“Mengapa kamu membela khin’zir, kita dilarang berbuat begitu”, kata Nabi Musa.

“Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua-dua ekor khin’zir itu adalah kedua ibu-bapaku”,terang orang itu. “Oleh kerana kedua-dua mereka telah melakukan dosa besar, Allah SWT telah menukarkan rupa mereka kepada khin’zir. Soal dosa mereka dengan Allah adalah urusan mereka dan urusan Allah. Aku sebagai anaknya akan berbakti dan tetap melaksanakan kewajipan sebagai anak sepertimana yang tuan hamba lihat tadi walaupun mereka telah bertukar menjadi khin’zir”, jelas dengan orang itu lagi.

“Setiap hari aku berdoa kepada Allah SWT agar dosa mereka diampunkan serta menukarkan wajah mereka seperti manusia biasa”, tambah orang itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah SWT menurunkan wahyuNya kepada Nabi Musa. “Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, daripada hasil baktinya yang terlalu tinggi kepada kedua ibu-bapanya, walau pun telah berubah kepada khin’zir. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak yang soleh di sisi Kami. Oleh kerana dia telah berada dimaqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami makbulkan doanya.”

------------------------------------------------------------------------------------

Itulah berkat doa anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa kedua ibu-bapa. Walau macam mana buruk kedua ibu-bapa dan dosa kedua ibu-bapa kita, itu adalah bukan urusan kita. Urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sepertimana mereka menjaga kita sewaktu masih kecil lagi hinggakan dewasa. Walau banyak mana dosa yang dilakukan, urusan kita ialah memohonkan ampun kepada Allah SWT, semoga mendapat tempat di akhirat dan alam kubur. Erti kasih sayang kepada ibu bapa bukanlah wang ringgit, cukuplah dengan doa agar mendapat tempat di sisi Allah SWT.

Apa Kata Mereka...?

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Antara jawapan yang diberikan oleh bekas mahasiswa dan mahasiswi Darul Quran JAKIM bila bersembang untuk melanjutkan pengajian :

“Fadhil…kenapa anta tak join sekali mohon untuk sambung belajar kat Madinah macam sahabat-sahabat anta yang lain?”

“Ana bukan tak nak Sheikh sambung belajar kat sana, tapi bila ana dengar orang lain cakap boleh jadi wahabi bila belajar kat sana….Takut ana!”

-----------------------------------------------------

“Yusuf, kenapa anta tak sambung belajar kat Jordan ke? Syria ke? Kan bagus di sana…. Tempat para-para Nabi dan auliya’ lagi”

“Ana tak mampu la Umar. Kat sana belanjanya mahal la…Ana tak nak susahkan mak ayah ana… Lagipun sekarang ni asyik perang saje..jadi ana sambung IPT dalam negara saje”

----------------------------------------------------

“Mir, kenapa kau tak nak sambung kat IPT dalam Malaysia je…? Tak payah susah-susah nak pergi belajar luar negara sana. Banyak belanjanya pulak tu”

“Aku tak minatlah nak sambung IPT dalam sebab banyak sangat assignment nanti. Lagipun aku nak cari pengalaman kat negara orang..”

------------------------------------------------------

“Ainul, ayah awak suruh sambung belajar kat Timur Tengah ke?”

“Iya.. Ayah saya bagitahu kalau betul-betul nak cari ilmu belajar kat sana. Kat Malaysia cuma belajar cara dan kaedah saje..?”

“Apa beza antara dua tu..?”

“Em, entahlah….”

------------------------------------------------------

“Nizam, kau ambil Syukbah Qiraat kan, kenapa kau tak sambung Mesir je…?

“Malaslah aku Fiz… Kat Mesir dah ramai sangat pelajar Malaysia di sana. Nanti balik tak pandai nak cakap Arab sebab asyik selalu cakap Melayu je..!! Buang duit je...”

-----------------------------------------------------

Semua orang boleh memberikan pendapat dan alasan masing-masing. Ala kulli hal semuanya kembali kepada pilihan masing-masing. Solat Istikharah adalah jalan yang terbaik untuk mendapat petunjuk yang terbaik….Fikir- fikirkanlah…

BIT TAUFIQ WAN NAJAH…..

Related Posts with Thumbnails

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA FERRARI

REPLIKA FERRARI

REPLIKA BIKERZ

REPLIKA BIKERZ

PERKEMAT DQ 06/07

PERKEMAT DQ 06/07

IBNU HAJI ABD KARIM © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO