Showing posts with label Al-Quran Dan Qiraat. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran Dan Qiraat. Show all posts

Sunday, 27 February 2011

10 Peserta Akademi Al-Quran Musim Ke-5...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Akademi Al-Quran kembali lagi untuk musim yang kelima atas sambutan yang menggalakkan dari para penonton dan penyertaan yang cukup memuaskan. Pada musim ini sekali lagi, kita akan dapat menyaksikan 10 peserta dari serata negeri yang telah berjaya dipilih untuk menyertai program ilmiah ini.

Akademi Al-Quran merupakan signature program bagi TV9 dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton sehingga mencecah 1.5 juta penonton telah membuatkan program ini muncul lagi dengan musim kelima. Pada musim terbaru ini, AQ5 bakal menampilkan dua hos berpengalaman, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman yang juga merupakan pemenang kedua AQ3 dan pernah menjuarai Pertandingan Antarabangsa Al-Quran 2009 serta Mohd Zhafran Zainuldin yang juga merupakan adik kepada Ustaz Mohd Zamri Zainuldin. Kelebihan kedua-dua hos ini ialah mereka amat fasih berbahasa Arab. Akademi Al-Quran 5 akan menemui penonton pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam yang sudah pun bermula sejak 8 Januari 2011 yang lalu dan diterajui oleh penerbit Shukri Ibrahim dan penerbit eksekutif Nuraeshah Malik.

Tujuan diwujudkan rancangan ini adalah untuk melahirkan generasi Al-Quran dengan mendedahkan mereka mengenai ilmu pembacaan Al-Quran, menekankan elemen berlagu serta tarannum dan qiraat tertentu dan paling utama adalah menyemarakkan minat penonton terhadap ilmu Al-Quran melalui satu-satunya rancangan realiti berteraskan Al-Quran.


Berikut adalah 10 peserta Akademi Al-Quran musim ke-5:

1. MUHAMMAD ARIFF RAZALI, 15, PERAK
2. MOHD ZAKIUDDIN HJ HANAFI, 16, JOHOR
3. MUHAMMAD SHAMIL SHAIKHUDDIN, 17, KELANTAN
4. MOHAMMAD NAJMI BIN YASAK, 19, KEDAH
5. MOHAMAD HUSAINI MAHMUR, 19, NEGERI SEMBILAN
6. MUHAMAD AZLAN SYAH ZAKARIA, 20, PERAK
7. KHAIRUL AMIN HJ KASSIM, 21, KEDAH
8. MUHAMAD NASIR MOHAMAD SALLEH, 21, SELANGOR
9. SUHAILAH ZULKIFLY, 22, MELAKA
10. MOHD SYAHRIANSYAH APIN, 25, SABAH

AQ5 yang menjadi signature program bagi TV9 ini juga memberi peluang kepada 10 pesertanya untuk menjalani aktiviti mingguan menarik yang mungkin tidak pernah mereka lakukan sebelum ini seperti bertemu secara peribadi tokoh agama yang dihormati YBhg Tan Sri Hassan Azahari, melawat Les Copaque iaitu syarikat yang bertanggungjawab “melahirkan” kartun animasi terkenal Malaysia iaitu Uipn & Ipin dan banyak lagi.

AQ5 yang mempunyai 12 episod ini turut menampilkan tiga juri berpengalaman dan pakar di dalam bidang tertentu seperti Ustaz Nazeri Abdullah (qiraat) dan Ustaz Radhi Kamarul Hailan (tarannum) yang sememangnya telah menjadi juri tetap program ini dari musim pertama. Sementara Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar pula merupakan juri baru yang akan memantau tajwid dan fasohah para peserta kelak.

Menariknya musim kelima ini, penonton berpeluang untuk mengenali 10 bakal peserta AQ5 menerusi Nota AQ5 yang akan disiarkan selama tiga minit pada setiap Isnin hingga Jumaat iaitu pada jam 7.57 pagi dan ulangannya pada 10.57 malam. Penonton akan bersama-sama peserta menimba satu pengalaman baru di mana menerusi segmen ini, ia mengupas tentang perkara seharian yang kita lakukan selama ini yang secara tidak langsung memberi kesan di dalam kehidupan harian kita. Contohnya berkaitan pemakanan, pembacaan dan pentafsiran Al-Quran.

Sementara itu, Di Sebalik AQ5 juga turut diperkenalkan pada musim ini dan akan disiarkan selama setengah jam pada setiap Jumaat pada jam 6.30 petang. Menarik tentang Di Sebalik AQ5 ini, penonton dapat melihat gelagat peserta dan juga perkara-perkara yang bakal terjadi ketika mereka menghadiri kelas tarannum, tajwid dan qiraat dan juga perkara-perkara yang berlaku di dalam kelas.

Teruskan menonton Akademi Al-Quran Musim Kelima menerusi stesen TV9, saluran Di Hatiku.

Friday, 7 January 2011

Pembaharuan Dalam AQ5

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Jamil Khir (lima dari kiri) dan Johan Jaafar (enam dari kiri) bersama barisan pengacara TV9 yang mengendalikan program-program di bawah slot Raudhah.


PROGRAM realiti televisyen (TV) pertama TV9, Akademi Al-Quran kini memasuki musim kelima (AQ5) dan akan menemui para peminatnya mulai 9 malam ini di bawah slot Raudhah.

Tarikan hampir 1.5 juta penonton yang dicatatkan stesen TV itu secara puratanya bagi setiap musim merupakan antara faktor rancangan realiti islamik itu masih lagi kekal bertahan di stesen milik Media Prima Berhad itu.

Dengan empat orang juara kelahiran AQ iaitu Abdullah Fahmi Che Nor (AQ1), Anuar Hasin (AQ2), Fakhrul Radzi Khamaruddin (AQ3) dan Ahmad Tirmizi Ali (AQ4), TV9 baru-baru ini melancarkan musim baru rancangan itu di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya.

Kini, di bawah penjenamaan semula slot baru itu yang dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, AQ5 tampil dengan 10 orang peserta berumur seawal 15 tahun hinggalah 25 tahun.

Hadir sama pada majlis itu adalah Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar.

Menariknya, seorang peserta wanita bertuah berusia 22 tahun turut dipilih sebagai salah seorang peserta akhir untuk bersaing bersama sembilan peserta lelaki. Pastinya masing-masing mempunyai kelebihan untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, pakej umrah, trofi dan senaskhah al-Quran bertinta emas.

Bagaimanapun, menurut Penerbit AQ5, Shukri Ibrahim, senarai nama peserta belum boleh dimaklumkan sehinggalah episod kedua rancangan itu bersiaran pada 15 Januari ini.

Jelasnya, kesemua peserta kali ini hebat-hebat belaka sama seperti peserta musim yang lalu. Tapi, wajah mereka akan tampil secara eksklusif pada episod kedua rancangan itu.

"Ia adalah gimik untuk memberi kelainan pada edisi kali ini. Sesi perkenalan mereka akan diadakan secara langsung menerusi siaran kedua rancangan itu.

"Penonton pasti tertanya-tanya siapakah peserta AQ5 kali ini dan mereka pasti akan menonton rancangan ini ketika ia ke udara," katanya pada majlis pelancaran program itu.

Bersesuaian dengan matlamat melahirkan generasi al-Quran, AQ5 masih lagi menitikberatkan dengan pendedahan ilmu pembacaan al-Quran, menekankan elemen berlagu serta tarannum dan qiraat tertentu. Paling utama adalah menyemarakkan minat penonton terhadap ilmu al-Quran.

Tambah Shukri, realiti TV itu turut memperkenalkan pengacara baru iaitu Mohd. Zhafran Zainuldin yang juga merupakan adik kepada hos Mari Mengaji, Ustaz Mohd. Zamri Zainuldin.

Selain Mohd. Zhafran, AQ5 masih lagi mengekalkan pengacara wanitanya yang lalu iaitu Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman yang juga merupakan pemenang kedua AQ3.

Di samping itu, AQ5 membawa sedikit pembaharuan apabila memperkenalkan segmen Di Sebalik AQ5 yang disiarkan pada setiap hari Jumaat dari jam 6.30 petang.

Menurut Shukri, segmen tersebut membolehkan penonton melihat gelagat peserta ketika menghadiri kelas tarannum, tajwid dan qiraat dan juga insiden yang berlaku di dalam kelas.

"Selain itu, Nota AQ5 juga diperkenalkan untuk memberi peluang kepada penonton mengenali 10 peserta AQ5.

Friday, 29 October 2010

Formula Mencari Muka Surat Juzu' Dalam Al-Quran

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Formula ini boleh digunakan bagi Al-Quran Rasm Uthmani yang standard, sama ada Mushaf Al-Madinah An-Nabawiyyah, Arab Saudi atau Mushaf Tajwid cetakan Darul Ma’rifah, Syria, sama ada berbentuk cetakan kertas atau program/Al-Quran Flash.


besarnya kekuasaan Allah

Berikut adalah formulanya:

Contoh 1:

Untuk mencari Juzuk 14:

14 - 1 = 13
13 x 2 = 26
Kemudian,tambah angka 2 di hujung nombor 26 tadi, menjadi 262. Jadi, permulaan Juzuk 14 adalah pada muka surat 262.
Luasnya ilmu Allah

Contoh 2:

Untuk mencari Juzuk 19:

19 - 1 = 18
18 x 2 = 36

Kemudian,tambah angka 2 di hujung nombor 36 tadi, menjadi 362. Jadi, permulaan Juzuk 19 adalah pada muka surat 362.

Sumber : http://ucmitosboy.blogspot.com

Tuesday, 12 October 2010

Para Huffaz Harta Tidak Ternilai - Lim Guan Eng

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

GEORGETOWN, 11 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggangap para huffaz merupakan harta yang tidak ternilai pada negara kerana memerlukan kepimpinan berketrampilan dan mempunyai cara hidup beragama yang tinggi.

Katanya, jika tidak mengamalkan cara hidup beragama yang tinggi beliau yakin negara boleh musnah ekoran krisis moral yang semakin mengancam negara.

"Para huffaz sama ada yang hadir pada hari ini atau yang ada di luar negara adalah harta yang tidak ternilai pada negara. Kepimpinan yang berakhlak mulia akan mengemudikan negara dengan baik," ujarnya ketika berucap sempena Majlis Pengiktirafan Al-Hafiz dan Ijtimak Huffaz Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang, pagi tadi.

Oleh itu, sambung beliau sejak tiga tahun lepas Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan sumbangan kepada golongan terbabit sebagai menghargai jasa mereka yang sanggup menghafal Al-Quran.

Kerajaan juga, ujarnya menyalurkan bantuan khusus kepada aktiviti keagamaan semata-mata memartabatkan Islam di negeri ini dan hasil program tersebut terhadap pertambahan 40 orang huffaz untuk tahun ini berbanding tahun lalu.

Ia juga, katanya selari dengan matlamat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang mahu melahirkan 'satu keluarga satu hafiz'.

"Saya yakin hasil dari pengiktirafan itu menambahkan lagi para huffaz di negeri ini. Untuk tahun ini sahaja saya difahamkan 40 orang telah dilahirkan. Ini satu kebanggaan," tegasnya.

Selain memberikan pengiktirafan kepada para huffaz yang hadir kerajaan negeri juga memberikan sumbangan kepada Johan Program Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd Ridwan yang telah menaikkan imej Negeri Pulau Pinang serta boleh dijadikan motivasi kepada para huffaz di sini.

Beliau merupakan seorang huffaz lulusan Maahad Tahfiz Al Quran Pulau Pinang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (Kitab).

Turut hadir dalam majlis tersebut Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Seri Utama (Dr) Abdul Rahman Abas.

Saturday, 7 August 2010

Al-Quran Zaman Moden

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Sumber : www.imranshamsir.com

Seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan teknologi, al-Quran juga begitu. Di zaman yang serba moden dan canggih ini, terdapat pelbagai bentuk al-Quran selain dari mushaf Rasm Uthmani yang biasa digunakan oleh majoriti umat Islam di dunia.

Ketika ini, al-Quran boleh didapati dalam beberapa bentuk :

  1. Al-Quran Digital
  2. Audio al-Quran
  3. Perisian (Software) al-Quran

Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang mungkin mengelirukan ramai umat Islam terutamanya tentang hukum menyentuh, memegang dan membawa al-Quran. Ulama’ berbeza pendapat mengenai perkara ini.

1. Al-Quran Digital

lal-Quran Digital

Kini terdapat pelbagai bentuk dan jenama al-Quran digital. Brand atau jenama yang paling dikenali di Malaysia ialah Enmac dan Khaleefa. Semuanya dalam bentuk portable dan mudah alih.

Kelebihan menggunakan al-Quran ini adalah ianya mempunyai pelbagai fungsi. Selain dari objektif asal penggunaannya sebagai mushaf, terdapat fungsi tambahan seperti ebook reader, penunjuk arah kiblat, penggera (alarm) dan sebagainya.

2. Audio al-Quran

CD al-Quran

Audio al-Quran ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk juga. Sama ada dalam bentuk CD, Kaset dan file dalam bentuk mp3 yang boleh dimainkan dalam komputer, PDA, telefon bimbit atau gadget-gadget yang lain.

Saya mengklasifikasikan audio al-Quran dalam kategori ini untuk membezakannya dengan al-Quran digital yang lebih kepada fungsi visual.

3. Perisian al-Quran

software al-Quran

Selain dari dua kategori yang saya nyatakan di atas, al-Quran zaman moden juga boleh didapati dalam bentuk perisian (software) al-Quran. Software paling banyak digunakan ialah Quran In Word, al-Mushaf dan sebagainya.

HUKUM MENYENTUH AL-QURAN

Pertama : Ijma’ fuqaha’ menetapkan harus membaca al-Quran tanpa berwudhu, namun berwudhu itu lebih afdhal (Imam Syaraf an Nawawi, al-Majmu’ Jilid 2, ms 76)

Kedua : Khilaf fiqhi, Jumhur (termasuk Syafi’iyah) menegah orang yang berhadas kecil membaca, menyentuh dan membawa mushaf berdasarkan dalil dari al-Quran Surah al-Waqi’ah : 78-79 dan hadis riwayat Malik dan Baihaqi dari Umar bin Hizam.

Seorang pengkaji semula hukum-hukum feqah dari Saudi, Syaikh Abu Yusof Abd Rahman Abd Samad, al-As’ilatu Thalatah Haulaha al-Jadal merumuskan dari perselisihan fuqaha’ ini, hukum pertengahan ialah makruh hukumnya orang berhadas menyentuh dan membawa mushaf.

DALIL DAN HUJAH

1. Dalil golongan yang mengatakan haram:

Firman Allah Ta’ala dalam Surah al-Waqiah ayat 78-79 :

Surah al-Waqiah 78-79

Pada Kitab yang terpelihara (Lauhul Mahfuzh), Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan.

Ulama’ mengatakan ganti nama nya dalam ayat itu kembali kepada al-Quran, bukannya Luh Mahfuz. Akan tetapi mereka berbeza pendapat, apakah yang dimaksudkan dengan al-Mutahharun?

Ada yang berpendapat : Orang yang suci dari hadas dan najis. Manakala yang lain pula mengatakan : Suci dari syirik dan kekufuran, iaitu orang-orang mukmin. [sila rujuk Tafsir al-Qurtubi 17/226]

Sebahagian ulama’ berpendapat, ganti nama tersebut merujuk kepada Luh Mahfuz. Jadi, tidak boleh berhujah dengan ayat ini. al-Mutahharun pula adalah para Malaikat yang Allah bersihkan mereka dari tabiat yang negatif dan sifat-sifat yang tercela.

Ayat ini sebenarnya satu penafian dan penolakan kepada hujah golongan Musyrikin yang mendakwa Syaitanlah yang telah menurunkan kitab al-Quran ini. Sila rujuk ayat 210-212 surah al-Syu’ara’.

Surah al-Syuara' 210-212

Dan al-Quran itu bukanlah dibawa turun oleh syaitan-syaitan. Dan tidaklah patut mereka membawa turun al-Quran itu, dan merekapun tidak akan Kuasa. Sesungguhnya mereka benar-benar dijauhkan daripada mendengar al-Quran itu.

Antara hujah yang menyokong pendapat ini, sebagaimana yang disebut oleh Qatadah ialah al-Quran boleh dipegang di dunia ini oleh si Majusi dan si Munafiq yang dianggap najis, sedangkan dalam ayat 79 surah al-Waqiah , ia tidak dipegang kecuali oleh mereka yang suci. [sila rujuk Tafsir al-Tabari 17/226]

Al-Alusi menyebut di dalam tafsirnya Ruhul Ma’ani (27/155) : Imam Sayuti menyebut di dalam kitab al-Ahkam: Imam Syafie berdalilkan ayat ini dengan mengatakan orang yang berhadas tidak boleh memegang al-Quran. Ini adalah pilihan yang zahir dari ayat ini.

Akan tetapi oleh kerana ada ihtimal (kemungkinan) ganti nama boleh kembali kepada Qur’an atau juga kepada Luh Mahfuz, dan maksud al-Mutahharun ialah Malaikat al-Muqarrabun, kebanyakan ulama’ yang mengatakannya haram berdasarkan kepada dalil daripada hadis.

Manakala Ibnu Rusyd pula berkata (Bidayatul Mujtahid 1/42) : Sebab khilaf ialah perkataan al-Mutahharun yang boleh membawa makna manusia dan juga malaikat, di samping ayat ini juga boleh jadi suatu perkhabaran yang bermaksud larangan dan juga boleh jadi perkhabaran semata-mata.

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Muwatta’, dari Abdullah bin Abu Bakar bin Hazmi, bahawa dalam kitab yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w kepada ‘Amru bin Hazmi terdapat: أن لا يمس القرآن إلا طاهر (bahawa tidak boleh memegang al-Quran kecuali orang yang suci) [Muwatta' 141].

Hadis ini merupakan petikan dari kitab yang ditulis oleh Nabi kepada ‘Amru bin Hazmi di Yaman. Kitab ini berada bersama kaum keluarga beliau selepas kematiannya.

Al-Dar al-Qutni dan al-Hakim pula meriwayatkan bahawa Umar bin Abdul Aziz telah menghantar wakil ke Madinah untuk mencari sesuatu petunjuk sunnah Nabi dalam bab zakat dan wakilnya itu telah menjumpai kitab ini dalam simpanan keturunan ‘Amru bin Hazmi [lihat komentar Syeikh Ahmad Syakir dlm kitab al-Muhalla oleh Ibn Hazmi 1/82].

Syeikh Ahmad Syakir menyebut bahawa beliau telah menjumpai hadis ini selengkapnya dalam Mustadrak al-Hakim (1/359, cetakan India) di mana sebahagian darinya terdapat juga di dalam Sahih Ibnu Hibban, Sunan al-Dar al-Qutni dan Sunan al-Nasaie.

Komentar tentang hadis ini ialah sanadnya mursal. Ibnu Abdil Barri berkata : Tiada khilaf dari Imam Malik bahawa hadis ini mursal. Walau bagaimanapun ia diriwayat secara bersanad dari jalan lain yang bagus.

Ia adalah sebuah kitab yang masyhur di kalangan ahli sejarah dan terkenal di kalangan ulama’ di mana kemasyhurannya itu menyebabkan ia tidak perlu (dilihat) kepada sanadnya [kata-kata ini dinukil oleh penyunting kitab Muwatta’ ms 141].

Ibnu Kathir menyebut bahawa Abu Daud telah meriwayatkan di dalam kitab al-Marasil dari hadis al-Zuhri bahawa beliau berkata : Aku telah membaca di dalam sahifah Abu Bakar bin Amru bin Hazmi bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Tidak boleh menyentuh al-Quran kecuali orang yang suci.

Ibnu Kathir berkata : Ini adalah sesuatu yang bagus. Al-Zuhri dan lain-lain telah membacanya, dan yang seperti ini sepatutnya diambil (dipegang) [Tafsir Ibnu Kathir 6/537].

Hadis ini diriwayatkan secara bersambung sanadnya dari empat orang sahabat, iaitu ‘Amru bin Hazmi, Hakim bin Hizam, Ibnu Umar, dan Uthman bin Abi al-‘As.

Al-Marhum Syeikh Nasiruddin al-Albani [di dalam kitab Irwa’ul Ghalil (1/160-161)] telah menyebut kesemua sanad hadis ini dan kitab-kitab hadis yang mentakhrijnya, kemudian beliau berkata : Sesungguhnya kesemua jalan hadis ini tidak bebas dari unsur dhaif.

Akan tetapi dhaifnya itu adalah kecil kerana tiada perawi yang dituduh sebagai pendusta. ‘Illah hadis ini hanya irsal atau hafalan yang kurang baik, dan sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam ilmu Mustolah al-Hadis bahawa setiap jalan periwayatan hadis boleh menguatkan di antara satu sama lain sekiranya tiada rawi yang dituduh pendusta.

Ini telah dinyatakan oleh al-Nawawi di dalam Taqribnya dan al-Suyuti di dalam syarahnya. Dan ini menyatakan penerimaan terhadap kesahihan hadis ini, lebih-lebih lagi Imam Ahmad telah berhujah dengan hadis ini.

Imam Ishaq bin Rahawaih juga telah mentashihkannya. Ishaq al-Maruzi berkata di dalam kitab Masail Imam Ahmad : Aku bertanya Imam Ahmad : Bolehkah seorang lelaki itu membaca Quran tanpa wudhu? Imam Ahmad menjawab : Ya, boleh. Tapi dia tidak boleh membacanya dengan memegang mushaf selagi dia tidak berwudhu.

Ini kerana telah thabit dari Nabi S.A.W : Tidak boleh menyentuh al-Quran kecuali orang yang suci. Begitulah juga yang telah dilakukan oleh para sahabat dan tabiein.

Syeikh al-Bani juga menyebut bahawa telah thabit dan sah riwayat yang mengatakan Sa’ad bin Abi Waqas telah menyuruh anaknya Mus’ab supaya berwudhu dahulu sebelum menyentuh al-Quran. Ia diriwayatkan oleh Imam Malik dan al-Baihaqi dengan sanad yang sahih.

Beliau juga berkata bahawa beliau telah membaca kitab Fawa’id Abi Syu’aib dan mendapati Imam al-Baghawi telah bertanya Imam Ahmad tentang hadis ini. Imam Ahmad berkata : Aku harap ianya sahih.

Sebenarnya kesahihan hadis ini juga telah dinyatakan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah. Beliau telah berhujah dengan hadis ini di banyak tempat dalam kitabnya [lihat Majmu’ Fatawa 17/12 & 21/228]

Al-San’ani berkata : Kitab ‘Amru bin Hazmi telah sepakat diterima ramai. Ibnu Abdil Barri pula berkata : Ia seperti mutawatir kerana telah sepakat diterima ramai.

Ya’qub bin Sinan juga berkata : Aku tidak tahu di sana ada sebuah kitab yang lebih sahih dari kitab ini. Sesungguhnya para sahabat dan tabiein merujuk kepadanya dan meninggalkan pendapat mereka sendiri.

Al-Hakim berkata : Umar bin Abdul Aziz dan Imam zamannya, iaitu al-Zuhri telah menyaksikan bahawa kitab ini adalah sahih [lihat Subul al-Salam oleh al-San’ani 1/70]

2. Dalil golongan yang mengatakan boleh.

Ibnu Hazmi berkata : Membaca al-Quran, memegangnya, dan berzikir kepada Allah adalah perbuatan baik yang disunatkan dan diberi pahala kepada pelakunya. Sesiapa yang mengatakan ia dilarang perlulah membawakan bukti! [al-Muhalla 1/78]

Hadis dalam Sahih Bukhari : dari Ibnu Abbas bahawa Abu Sufyan ketika beliau berada di Syam sebelum keislamannya telah dipanggil oleh Raja Rom. Kemudian dibawakan surat Nabi S.A.W yang dihantar kepadanya menyeru beliau kepada Islam. Di dalam surat itu terdapat ayat 63 Surah ali-Imran.

Hujah mereka ialah Nabi S.A.W telah menulis kepada Raja Rom yang kafir dan beliau telah memegangnya. Sekiranya orang kafir boleh memegangnya, maka lebih-lebih lagilah orang yang berhadas.

HUKUM MENYENTUH AL-QURAN BUKAN DALAM BENTUK MUSHAF

Berkata Syeikh Abdul Rahman ibn Nasir al-Barraak :

Telefon bimbit dan alat-alat yang serupa dengannya dimana terdapat rakaman al-Quran didalamnya tidak termasuk dibawah hukum yang sama dengan mushaf, kerana huruf al-Quran didalam peralatan in adalah berbeza dari huruf didalam Mushaf.

Ia tidak berbentuk sebagaimana ia dibaca. Ia wujud sebagai bentuk gelombang yang membentuk huruf apabila diperlukan, maka ia dipaparkan di skrin, kemudian hilang apabila beralih kepada ayat lain. Berdasarkan ini, adalah dbenarkan memegang telefon bimbit atau kaset yang merakam al-Quran tersebut. Dibenarkan membacanya, walaupun tidak suci (tanpa wudhu).

KESIMPULAN

Terpulang kepada pembaca untuk berpegang kepada salah satu hukum sama ada boleh atau tidak menyentuh dan membawa al-Quran tanpa wudhu. Namun hukum membaca al-Quran tanpa wudhu adalah diharuskan.

Berdasarkan hujah dan dalil yang telah dikemukakan diatas, maka saya berpegang kepada hukum makruh menyentuh dan membawa al-Quran tanpa wudhu. Namun hukum ini diguna pakai pada mushaf sahaja. Manakala bagi peralatan dan gadget zaman moden ini tidak tertakluk pada hukum tersebut.

Tuesday, 3 August 2010

Sejarah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Sumber : http://ms.wikipedia.org

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan yang pertama telah diadakan pada 8 Mac 1960 bersamaan dengan 20 Ramadhan tahun 1379 Hijrah. Pertandingan yang bersejarah ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra. Kesemua 11 buah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu telah menghantarkan wakil masing-masing ke pertandingan ini.

Sebenarnya pertandingan membaca al-Quran merupakan satu tradisi dan peristiwa tahunan bagi kebanyakan negeri di Tanah Melayu. Menurut sumber dan catatan tertentu, pertandingan membaca al-Quran telah bermula di Negeri Kedah oleh Tunku Abdul Rahman Putra dalam tahun 1951. Kemudian pada tahun 1959 pula beliau telah mengambil daya utama menganjurkan pertandingan membaca al-Quran antara Johor dan Kedah.

Tujuan diadakan pertandingan di peringkat Kebangsaan ini adalah untuk meletakkan asas keimanan yang kukuh dan pembangunan rohani umat Islam yang berpandukan kitab suci Al-Quran. Amalan ini pula adalah selaras dengan semangat yang terkandung didalam perlembagaan yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Senarai Johan

Qari

(1960) : En Abdul Hamid Desa (Kedah)
(1961) : Tuan Haji Ahmad Maasom Pergau (Kelantan)
(1962) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah)
(1963) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah)
(1964) : Tuan Haji Mohd Amin Hj Shamsuddin (Kedah)
(1965) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah)
(1966) : Tuan Haji Abd Majid Awang (Kelantan)
(1966) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah) (untuk Tahun 1386 Hijrah)
(1967) : Tuan Haji Saidin Abd Rahman (Pulau Pinang)
(1968) : Tuan Haji Saidin Abd Rahman (Pulau Pinang)
(1969) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah)
(1970) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah)
(1971) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah)
(1972) : En. Abdul Ghani Abdullah (Kedah)
(1973) : En. Affandi Haji Siraj (Johor)
(1974) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah)
(1975) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah)
(1976) : Tuan Haji Mokhtar Haji Ahmad (Kelantan)
(1977) : En. Abdul Ghani Abdullah (Kedah)
(1978) : En. Abdul Ghani Abdullah (Kedah)
(1979) : Tuan Haji Shafie Kati (Selangor)
(1980) : Tuan Haji Abd Hak @ Abdul Ghani Abdullah (Kedah)
(1981) : Tuan Haji Mohamad Hasri (Wilayah Persekutan)
(1982) : Tuan Haji Abd Hak @ Abdul Ghani Abdullah (Kedah)
(1983) : En. Ismawi Haji Duet (Sarawak)
(1984) : En. Noor Din Idris (Kelantan)
(1985) : En. Noor Din Idris (Kelantan)
(1986) : Tuan Haji Mohamad Awang Teh (Terengganu)
(1987) : Tuan Haji Shafie Kati @ Haji Sulaiman (Selangor)
(1988) : En. Ahmad Salleh Saidi (Johor)
(1989) : En. Mohamad Haji Yusof (Kelantan)
(1990) : Tuan Haji Daud Che Man (Terengganu)
(1991) : Tuan Haji Mohamad Haji Yusof (Kelantan)
(1992) : Tuan Haji Mohamad Awang Teh (Terengganu)
(1993) : Tuan Haji Abdul Rahim Haji Ahmad (Kelantan)
(1994) : Tuan Haji Abdul Rahim Haji Ahmad (Kelantan)
(1994) : Tuan Haji Abdul Rahim Haji Ahmad (Kelantan) (untuk Tahun 1415 Hijrah)
(1995) : Tuan Haji Mohamad Awang Teh (Terengganu)
(1996) : En. Mohamad Hussin Mohamad Yunus (Kelantan)
(1997) : En. Mohamad Hussin Mohamad Yunus (Kelantan)
(1998) : Tuan Haji Ahmad Salleh Saidi (Johor)
(1999) : Che Yahaya Daud (Kelantan)
(2000) : Tuan Haji Radzi Kamarul Hailan (Perak)
(2001) : Tuan Haji Abd Ghani Hashim (Perak)
(2002) : Tuan Haji Abd Ghani Hashim (Perak) (Johan Menunggu)
(2003) : En. Ahmad Faizul Ghazali (Pahang)
(2004) : Tuan Haji Radzi Kamarul Hailan (Perak)
(2005) : En. Pisol Yusob (Perlis)
(2006) : En. Shafie Lebai Hanafiah (Pahang)
(2007) : En. Aziz Mustakim (Johor)
(2008) : Encik. Shamsul Ariffin Supian (Perak)

Qariah

(1960) : Cik Saodah Hanafi (Perlis)
(1961) : Cik Rogayah Sulong (Terengganu)
(1962) : Cik Rahmah Abd. Rahman (Johor)
(1963) : Cik Rogayah Sulong (Terengganu)
(1964) : Cik Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1965) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1966) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Terengganu)
(1966) : Cik Siti Noor Ismail (Kelantan) (untuk Tahun 1386 Hijrah)
(1967) : Cik Rodziah Abd Rahman (Pulau Pinang)
(1968) : Cik Rahmah Abd. Rahman (Johor)
(1969) : Puan Hajjah Jamaliah Ahmad (Kedah)
(1970) : Cik Rodziah Abd Rahman (Pulau Pinang)
(1971) : Cik Rodziah Abd Rahman (Pulau Pinang)
(1972) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1973) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Terengganu)
(1974) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Terengganu)
(1975) : Puan Hajjah Rahmah Abd. Rahman (Johor)
(1976) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1977) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1978) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Terengganu)
(1979) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Terengganu)
(1980) : Puan Hajjah Sapinah Mamat (Kelantan)
(1981) : Puan Hajjah Sapinah Mamat (Kelantan)
(1982) : Cik Munirah Kassim (Kelantan)
(1983) : Puan Hajjah Aminah Omar (Terengganu)
(1984) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Johor)
(1985) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Johor)
(1986) : Puan Hajjah Embab @ Siah Mat Amin (Terengganu)
(1987) : Puan Hajjah Sapinah Mamat (Kelantan)
(1988) : Puan Pasiah Hashim (Selangor)
(1989) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1990) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1991) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1992) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Johor)
(1993) : Puan Hajjah Umi Kalthom Mohd Zain (Johor)
(1994) : Puan Hajjah Umi Kalthom Mohd Zain (Johor)
(1994) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Johor) (untuk Tahun 1415 Hijrah)
(1995) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Johor)
(1996) : Puan Hasinah Abdullah (Johor)
(1997) : Puan Hajjah Siti Aminah Awang (Pulau Pinang)
(1998) : Puan Hajjah Sepiah Mohamad (Terengganu)
(1999) : Puan Maznah Awang (Terengganu)
(2000) : Puan Aminah Ayup (Sarawak)
(2001) : Puan Hajjah Pasiah Hashim (Selangor)
(2002) : Puan Hajjah Umi Kalthom Mohd Zain (Johor)
(2003) : Puan Hajjah Hasinah Abdullah (Johor)
(2004) : Puan Hajjah Hasinah Abdullah (Johor) (Johan Menunggu)
(2005) : Puan Faizah Mohd Husain (Selangor
(2006) : Puan Maslina Sinaga Abdul Rahman (Selangor)
(2007) : Puan Aminah Ayup (Sarawak)
(2008) : Puan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohammad Badiuzzaman (Perak)

Monday, 2 August 2010

Sejarah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Sumber : http://ms.wikipedia.org

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan pengasas Majlis Tilawah Al-Quran pada tahun 1961. Majlis tilawah kali pertama diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada tahun 9 Mac 1961 dan disertai oleh 7 negara iaitu Singapura, Brunei, Thailand, Sarawak, Indonesia, Filipina dan Malaya dengan 13 orang peserta mengambil bahagian. Dahulunya majlis ini dikenali sebagai Majlis Musabaqah Al Quran Peringkat Antarabangsa.

Bermula pada tahun 1985 Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa itu telah diubah lokasinya ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sehingga sekarang.

SENARAI JOHAN

Qari

  1. (1961) : Tuan Haji Ahmad Maasom Pergau (Malaysia)
  2. (1962) : En. Mohd Yusof Abdullah (Malaysia)
  3. (1963) : Tuan Haji Manaf Sasaelos (Thailand)& Tuan Haji Ismail Hashim (Malaysia)
  4. (1964) : En Hasan Musa (Malaysia)
  5. (1965) : Tuan Haji Ismail Hashim (Malaysia)
  6. (1966) : Tuan Haji Abd Majid Awang (Malaysia)
  7. (1966) : Tuan Haji Ismail Hashim (Malaysia) (untuk Tahun 1386 Hijrah)
  8. (1967) : En. Abdul Ghani Abdullah (Malaysia)
  9. (1968) : Tuan Haji Saidin Abd Rahman (Malaysia)
  10. (1969) : Tuan Haji Abd Majid Awang (Malaysia)
  11. (1970) : Tuan Haji Abd Majid Awang (Malaysia)
  12. (1971) : Tuan Haji Abd Majid Awang (Malaysia)
  13. (1972) : En. Abdul Ghani Abdullah (Malaysia)
  14. (1973) : En. Mohamad Taghi Morowat (Iran)
  15. (1974) : Tuan Haji Ismail Hashim (Malaysia)
  16. (1975) : Tuan Haji Ismail Hashim (Malaysia)
  17. (1976) : En. M Ali Yusni (Indonesia)
  18. (1977) : Tuan Haji Mashud Awang Damit (Brunei)
  19. (1978) : Tuan Sofad Awang (Thailand)
  20. (1979) : Tuan Abbas Salimi Naleeni (Iran)
  21. (1980) : Tuan Haji Abd Hak @ Abdul Ghani Abdullah (Malaysia)
  22. (1981) : Sheikh Al-Amin Mohamad Thoumi (Libya)
  23. (1982) : Tuan Haji Abd Hak @ Abdul Ghani Abdullah (Malaysia)
  24. (1983) : Tuan Haji Mirwan Batubara (Indonesia)
  25. (1984) : En. Mohamed Abu Snena (Libya)
  26. (1985) : En. Noor Din Idris (Malaysia)
  27. (1986) : En. Ahmad Khader al-Tarablushi (Kuwait)
  28. (1987) : En. Ali Sayyah Gordji (Iran)
  29. (1988) : En. Syarifuddin M.BA (Indonesia)
  30. (1989) : En. Brahang Harang (Thailand)
  31. (1990) : En. Abbas Emam Jameh (Iran)
  32. (1991) : Tuan Haji Mohamad Haji Yusof (Malaysia)
  33. (1992) : En. Mansoor Ghazrizadeh (Iran)
  34. (1993) : En. Ahmad Abu Al-Ghasimi (Iran)
  35. (1994) : Tuan Haji Abdul Rahim Haji Ahmad (Malaysia)
  36. (1995) : Tuan Haji Abdul Rahim Haji Ahmad (Malaysia)
  37. (1995) : Sheikh El-Sahat El Sayed Hassan (Mesir)(untuk Tahun 1416 Hijrah)
  38. (1996) : Sheikh Mekkawi Mahmoud Mohamed (Mesir)
  39. (1997) : En. Mohamad Hussin Mohamad Yunus (Malaysia)
  40. (1998) : En. Mohamad Gandom Najad Toosi (Iran)
  41. (1999) : Che Yahaya Daud (Malaysia)
  42. (2000) : Tuan Haji Radzi Kamarul Hailan (Malaysia)
  43. (2001) : En. Mas’ud Sayah Gorji (Iran)
  44. (2002) : En. Bakri Waru (Indonesia)
  45. (2003) : En. Ahmad Faizul Ghazali (Malaysia)
  46. (2004) : Tuan Haji Radzi Kamarul Hailan (Malaysia)
  47. (2005) : En. Indra Gunawan (Indonesia)
  48. (2006) : En. Hossein Saeid Rostami Tabrizy (Iran)
  49. (2007) : En. Aziz Mustakim (Malaysia)
  50. (2008) : Tuan Haji Mu’min Mubarok (Indonesia)
  51. (2009) : En. Usamah Abdullah (Iraq)

Qariah

  1. (1961) : Tiada Penyertaan
  2. (1962) : Tiada Penyertaan
  3. (1963) : Tiada Penyertaan
  4. (1964) : Cik Faridah Mat Saman (Malaysia)
  5. (1965) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia)
  6. (1966) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Malaysia)
  7. (1966) : Cik Siti Noor Ismail (Malaysia)(untuk Tahun 1386 Hijrah)
  8. (1967) : Cik Rodziah Abd Rahman (Malaysia)
  9. (1968) : Cik Rahmah Abd. Rahman (Malaysia)
  10. (1969) : Cik Maimunah Mo-air Saard (Thailand)
  11. (1970) : Cik Rodziah Abd Rahman (Malaysia)
  12. (1971) : Cik Rodziah Abd Rahman (Malaysia)
  13. (1972) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia)
  14. (1973) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Malaysia)
  15. (1974) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Malaysia)
  16. (1975) : Puan Hajjah Nursiah Ismail (Indonesia)
  17. (1976) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia)
  18. (1977) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia)
  19. (1978) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Malaysia)
  20. (1979) : Puan Sarini Abdullah (Indonesia)
  21. (1980) : Cik Maria Ulfa Haji Mudhafar (Indonesia)
  22. (1981) : Puan Hajjah Sapinah Mamat (Malaysia)
  23. (1982) : Cik Rahmas Abdullah (Malaysia)
  24. (1983) : Puan Hajjah Aminah Omar (Malaysia)
  25. (1984) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Malaysia)
  26. (1985) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Malaysia)
  27. (1986) : Puan Rahmawati A. Rani (Indonesia)
  28. (1987) : Puan Hajjah Sapinah Mamat (Malaysia)
  29. (1988) : Puan Hajjah Pasiah Hashim (Malaysia)
  30. (1989) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia)
  31. (1990) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia)
  32. (1991) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia)
  33. (1992) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Malaysia)
  34. (1993) : Puan Fatimah Haji Madiah (Thailand)
  35. (1994) : Puan Hajjah Umi Kalthom Mohd Zain (Malaysia)
  36. (1995) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Malaysia)
  37. (1995) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Malaysia) (untuk Tahun 1416 Hijrah)
  38. (1996) : Puan Sainab Abdulromae (Thailand)
  39. (1997) : Puan Wildayati Nusril (Indonesia)
  40. (1998) : Puan Sepiah Mohamad (Malaysia)
  41. (1999) : Puan Maznah Awang (Malaysia)
  42. (2000) : Puan Isniarah Bantayao (Filipina)
  43. (2001) : Puan Hajjah Pasiah Hashim (Malaysia)
  44. (2002) : Dayang Hajjah Aminah Haji Abd Manaf (Brunei)
  45. (2003) : Puan Hajjah Djihadiah Badar (Indonesia)
  46. (2004) : Puan Nurhidayah Sulaiman (Indonesia)
  47. (2005) : Puan Faizah Mohd Husain (Malaysia)
  48. (2006) : Puan Sainab Abdulromee (Thailand)
  49. (2007) : Puan Amnah Ayub (Malaysia)
  50. (2008) : Puan Fatimoh Ha’Ra’Ti (Thailand)
  51. (2009) : Cik Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd. Badiuzzaman (Malaysia)

STATISTIK JOHAN

Qari
  • Malaysia : 27 kali
  • Iran : 9 kali
  • Indonesia : 6 kali
  • Thailand : 3 kali
  • Libya : 2 kali
  • Mesir : 2 kali
  • Brunei : 1 kali
  • Kuwait : 1 kali
  • Iraq : 1 kali

Qariah

  • Malaysia : 34 kali
  • Indonesia : 7 kali
  • Thailand : 5 kali
  • Filipina : 1 kali
  • Brunei : 1 kali

Friday, 30 July 2010

Finalis Akademi Al-Quran 4 (6 Ogos 2010)

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

RM 30 ribu buat juara

Setelah lapan minggu melalui pelbagai cabaran dan rintangan ketika berada di dalam Akademi Al-Quran musim keempat, akhirnya empat peserta layak melangkah ke peringkat akhir pertandingan berbentuk ilmiah ini.

Mereka adalah Husni bin Ali Hassan, 25, Muhammad Ahmad Zahid, 15, dan pasangan adik-beradik, Ahmad Tirmizi Ali, 25 dan Yahya Ali, 23.

Juara Akademi Al-Quran musim keempat akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 berserta hadiah sampingan yang terdiri daripada trofi, pakej umrah, dan sebuah Al-Quran digital. Tempat kedua pula akan mendapat wang tunai sebanyak RM15,000, trofi dan sebuah Al-Quran digital. Manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan RM2,000.

Sepanjang pertandingan dijalankan, peserta bukan sahaja dinilai melalui pembacaan mereka, malah ilmu pengetahuan mereka dalam mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran juga diambil kira supaya mereka lebih menghayati kandungan kitab suci itu.

Program yang dihoskan oleh Ustaz Mohd Zamri, Sharifah Khasif Fadzilah dan Khairul Noormaaidah ini turut menonjolkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh peserta dalam pelbagai aktiviti luar seperti gotong-royong, melawat rumah kebajikan dan bersukan.

Sejak bersiaran, Akademi Al-Quran musim keempat menerima sambutan menggalakkan dan berjaya menarik perhatian lebih 600,000 penonton.

Peringkat akhir program ini akan disiarkan secara langsung di TV9 pada 6 Ogos bermula jam 9 malam hingga 11 malam dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kenari : Bayaran Akademi Quran tak setanding Akademi Fantasia..teruk-teruk
Nuri : Bayaran Imam Terawih 30 hari tak setanding penyanyi konsert 2 jam..Lagi teruk
Bukan kerana duit tapi inilah realiti bila artis lebih diagungkan dari ulama'..

Wednesday, 28 July 2010

Pemenang Akademi Al-Quran 1, 2 & 3

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Akademi Al-Quran Musim Pertama :

  1. Abdullah Fahmi Che Nor (Wang tunai RM30,000 dan pakej umrah)
  2. Amirahman Abas (Wang tunai RM20,000 dan pakej umrah)
  3. Azraie Abdul Hak (Wang tunai RM10,000 dan pakej umrah)
Akademi Al-Quran Musim Kedua :
  1. Anuar Hasin (Wang tunai RM30,000, pakej umrah dan barangan elektrik RM20,000)
  2. Mohamad Hafas Ali (Wang tunai RM20,000, pakej umrah dan barangan elektrik RM5,000)
  3. Mohd Muslim Ali (Wang tunai RM10,000, pakej umrah dan barangan elektrik RM3,000)
Akademi Al-Quran Musim Ketiga :
  1. Mohd. Fakhrul Radhi Khamaruddin (Wang tunai RM30,000, kereta Proton Saga dan piala)
  2. Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzaman (Wang tunai RM20,000)
  3. Ahmad Tarmizi Abdul Rahman (Wang tunai RM10,000)

Monday, 26 July 2010

Seminar Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali-2

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Aturcara Seminar Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 yang akan berlangsung
pada hari Ahad, 1 Ogos 2010 bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam,
JAWI,
Kuala Lumpur.

Monday, 21 June 2010

Bagaimana Melatih Anak Menjadi Hafiz...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Adik Nuramirah Azhari

Sumber : http://anakkusoleh.blogspot.com (link)
KEMAMPUANNYA menghafaz 30 juzuk al-Quran pada usia tujuh tahun amat membanggakan dan kejayaannya muncul naib johan pertandingan tahfiz peringkat negeri Perak pada sambutan Maulidur Rasul 11 April lalu memberi kepuasan kepada kedua-dua ibu bapanya yang berjaya mengasah bakat luar biasanya.

Nuramirah Azhari, 10, yang mula mengenal al-Quran pada usia lima tahun berjaya menamatkan hafalannya dua tahun kemudian selepas dilatih sehelai muka surat setiap hari oleh ibunya, Nurzahidah Hashim, 37. Dia belajar antara tujuh hingga lapan jam sehari.

Tanpa menunjukkan sebarang rasa jemu, Nuramirah empat beradik bersama abangnya Muhammad Adam, 12, Nurnabilah, 8, dan Muhammad Amin, 5, berlatih menghafaz al-Quran empat kali sehari iaitu waktu pagi, tengah hari, petang dan malam untuk mengasah daya ingatan mereka.

Lebih membanggakan Nuramirah sudah mempunyai 10 anak murid berusia antara enam hingga 12 tahun sejak setahun lalu dan dia berazam memastikan anak-anak muridnya itu berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh dua tahun dengan berlatih sehelai muka surat setiap hari.

Ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tengku Husin, Gugusan Manjoi, Ipoh, Perak, Nuramira menyatakan rasa gembira kerana tarikh lahirnya mengikut kalendar Islam adalah sama dengan tarikh lahir Rasulullah s.a.w..

"Mungkin ini kelebihannya (sama tarikh lahir dengan Rasulullah), tetapi yang penting kalau hendak jadi seorang huffaz atau hafizah yang baik kita mesti berlatih bersungguh-sungguh," katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor atau pensyarah universiti. Ibunya, Nurzahidah dan bapanya, Azhari Abu Hassan, 39, seorang pelukis pelan mengajar Nuramirah dan anak-anaknya menghafaz al-Quran setiap hari sebaik sahaja mereka berusia lima tahun sementara anak bongsunya, Muhammad Aslam, yang baru berusia dua tahun diberi pendedahan awal melihat abang dan kakaknya mengaji.

JADUAL

Menurut Nurzahidah, beliau dan suami menyediakan jadual waktu khas untuk dipraktikkan oleh anak-anaknya. Bermula pukul 5 pagi mereka disuruh bangun membersihkan diri untuk bersolat tahajud, subuh dan membaca al-Quran sebelum berehat selama sejam setengah bermula pukul 7 pagi.

Selepas dikejutkan semula pada pukul 8.30 pagi untuk membersihkan diri dan bersarapan mereka akan berlatih semula menghafaz al-Quran pada pukul 9.45 hingga 1 tengah hari sebelum berhenti rehat untuk bersembahyang zuhur dan makan tengah hari.

Pada pukul 2 petang hingga 2.30 petang anak-anak diajar ilmu dakwah, akhlak, matematik, sains dan bahasa Inggeris. Mereka akan direhatkan selama sejam untuk tidur pada pukul 3 hingga 4 petang sebelum dikejutkan untuk sembahyang asar dan kembali menghafaz al-Quran sehingga pukul 6.15 petang.

Nurzahidah memberitahu, anak-anaknya akan berehat semula selama 45 minit untuk bermain dan pada sebelah malam seawal pukul 7 mereka sudah dihidangkan makan malam sebelum kembali menghafaz sehingga pukul 9.45 malam bersama anak-anak muridnya seramai lebih 30 orang.

"Pada pukul 10.30 malam hingga 11.30 malam mereka akan disuruh berlatih sekali lagi menghafaz dan pada waktu malam juga saya akan turut mengumpulkan anak-anak untuk bermuzakarah bagi memberi ruang kepada mereka meluahkan masalah masing-masing kerana pendekatan kami berdamping sambil mendidik.

"Inilah amalan harian kami dan pada hari-hari tertentu saya akan pastikan anak-anak dibawa menziarahi sanak-saudara atau sahabat handai serta membawa mereka beriadah seperti pergi ke taman permainan atau berenang. Kami tidak mahu mengongkong kehidupan zaman kanak-kanak mereka," jelasnya.

Walaupun memilih untuk tidak menghantar anak-anaknya mengikuti pendidikan formal, Nurzahidah dan Azhari mengajar mereka membaca, menulis dan mengira di rumah dan tetap bertegas untuk mengekalkan cara didikan sedemikian dengan mendaftarkan mereka mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
atau Sijil Menengah Agama kelak.

ILMU AKHIRAT

Dengan alasan tersendiri mereka mahu kesemua anaknya dibekalkan dengan ilmu akhirat kerana yakin dengan cara tersendiri anak-anak akan menjadi manusia berguna dan kukuh pegangan agama berbanding anak-anak yang dihantar ke sekolah biasa.

"Anak yang dihantar ke sekolah tidak akan berada di rumah untuk tempoh yang panjang, pagi ke sekolah, petang mereka mengikuti aktiviti kokurikulum, pergi mengaji dan malam mengikuti kelas tuisyen, justeru berapa jam yang ada untuk kita bersama-sama mereka," soalnya.

Mengenai petua yang diamalkan, Nurzahidah memberitahu, semasa mengandung beliau akan membaca surah Yasin, membaca al-Quran dan banyak berdoa ketika bersolat. Beliau juga akan memastikan hanya mendapat pemeriksaan dan rawatan daripada doktor wanita ketika mengandung sehingga melahirkan anak.

Dari segi pemakanan pula, beliau tidak menyediakan masakan tertentu sebaliknya percaya air tangan setiap ibu merupakan pengikat kasih yang paling mustajab untuk melembutkan hati anak-anak kerana bermula daripada menumis sehingga menghidangkan makanan beliau akan berselawat dan membaca doa tertentu.

"Saya dan suami akan duduk bersama anak-anak untuk bersarapan, makan tengah hari, petang dan malam bersama-sama kerana pada kesempatan itu kita boleh bermuzakarah dan menjelaskan kepada mereka tentang sesuatu perkara seperti hubungan erat sesama keluarga, sanak saudara dan sahabat," katanya.

Sementara itu, Azhari memberitahu, untuk membolehkan anak-anak memberi tumpuan kepada menghafaz al-Quran, rumahnya tidak mempunyai televisyen. Sebaliknya mereka hanya menyediakan sebuah radio untuk membolehkan keluarga mengikuti perkembangan semasa.

"Alhamdulillah anak-anak tidak pernah bersungut kerana sejak kecil lagi mereka sudah diajar supaya menjadi seorang tahfiz, malah saya bimbang dengan adanya televisyen tumpuan mereka pada al-Quran sedikit terganggu.

"Saya juga tidak akan memewahkan anak-anak dengan wang ringgit kerana tidak mahu mereka lalai sebaliknya membelikan barangan yang perlu sahaja," katanya.

Menurut Azhari, ibu bapa yang berhasrat mendidik anak sebagai tahfiz perlu mengikis tanggapan bahawa mereka juga perlu menjadi tahfiz kerana beliau dan isteri bukannya tahfiz tetapi bersyukur kerana dapat mendidik anak-anak sebagai tahfiz dan mempunyai lebih 30 anak murid.



Saturday, 19 June 2010

Akademi Duat Melahirkan Graduan Berkepimpinan

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Sumber : http://pmram.org (link)


KAHERAH, 15 Jun - Bertempat di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan di Hayyu Sabiek, telah berlangsung satu program di bawah anjuran program induk Liqa’ Mahabbah 2010 (LIMA 10). Program Akademi Du`at yang berlangsung selama dua hari, bermula pada 15 Jun 2010 dan berakhir pada 16 Jun 2010 disertai seramai 27 peserta daripada mahasiswa tahun satu DPM (MAQAZ) Shoubra.

Program Akademi Du`at dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan ucapan perasmian oleh SaudaraMohd Farkhan bin Md Zain, Naib Presiden III Persekutuan Republik Melayu Arab Mesir (PMRAM). Sebelum itu, majlis perasmian Akademi Du`at didahului dengan ucapan alu-aluan oleh pengarah program, Mohammad Afif bin Abd Karim. Seterusnya, ucapan Setiausaha Agung DPM (MAQAZ) Shoubra merangkap pengarah program Liqa’ Mahabbah 2010, Saudara Ahmad `Afif Zuhdi bin Ahmad Zaki.

Meneruskan lagi perjalanan program, para peserta disajikan dengan pengisian 1 yang bertajuk Fiqh Aulawiyat oleh Saudara Abdul Mui`zz bin Mohamad, mantan presiden PMRAM 2009. Sejurus selepas peserta menikmati sajian sarapan pagi, peserta didedahkan pula dengan pengisian seterusnya yang bertajuk Skema Kertas Kerja & Surat Program oleh Saudara Ahmad `Afif Zuhdi bin Ahmad Zaki, Setiausaha Agung PMRAM cawangan Shoubra. Seterusnya, peserta dilatih untuk menyediakan kertas kerja program melalui Gerak Kerja Berkumpulan (GKB). Setiap kumpulan GKB dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Tadbir DPM (MAQAZ) Shoubra yang bertindak sebagai fasilitator.

Demi mencapai matlamat program untuk melahirkan para du`at yang disegani, peserta Akademi Du`at didedahkan dengan Seni Komunikasi Berkesan yang disampaikan oleh Saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Setiausaha Agung PMRAM 2010 merangkap Ketua Lajnah Pendaftaran. Selepas selesai menunaikan solat zohor dan makan tengah hari, program diteruskan lagi dengan pengisian yang bertajuk Pengurusan Stress yang disampaikan oleh Saudara Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil, mantan YDP Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir.

Perjalanan program diteruskan lagi dengan tayangan multimedia kemudian disambung dengan GKB yang seterusnya. Kali ini, para peserta dilatih oleh fasilitator cara untuk mengendalikan sesuatu majlis. Selesai GKB, majlis diteruskan dengan solat Asar secara berjemaah dan minum petang. Program ditangguhkan sekitar jam 4.45 petang.

HARI KEDUA (16 JUN 2010)

Sebagai santapan awal, peserta disajikan dengan pengisian bertajuk Fiqh Dakwah oleh Saudara Hairul Nizam bin Mat Hussain, mantan presiden PMRAM 2005/2006. Selesai pengisian mengenai Fiqh Dakwah, para peserta didedahkan dengan Pengurusan & Pengendalian Mesyuarat serta Minit Mesyuarat yang disampaikan oleh Saudara Muhammad Yazid bin Hanzir, Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir.

Program bersambung dengan pengisian Etika dan Protokol Majlis yang disampaikan oleh Saudara Mohd Zahid bin Abu Bakar, Timbalan Setiausaha Agung PMRAM 2010. Selesai menjamu selera dengan hidangan sarapan pagi, para peserta dilatih untuk mengendali mesyuarat melalui GKB. Peserta kemudian menikmati jamuan tengah hari serta solat zohor.

Sekitar 2.30 petang, program diteruskan dengan talkshow “Warna-warni Dunia Kepimpinan” yang disampaikan oleh Saudara Mohamad Azlan bin Haji Alias, Naib Presiden II PMRAM 2010 dan Saudari Siti Anisah binti Ahmad, mantan ketua HEWI PMRAM 2009. Selesai talkshow, peserta didedahkan secara praktikal mengenai pembentangan kertas kerja melalui GKB. Program diteruskan dengan solat Asar berjemaah dan seterusnya para peserta menikmati hidangan minum petang.

Sekitar jam 5.00 petang, majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman, Timbalan Presiden PMRAM 2010 merangkap Ketua Lajnah Perancang dan Panitia. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada perasmi sebagai tanda penghargaan di atas kesudian beliau untuk menjayakan program.
Program Akademi Du`at 2010 berakhir sekitar jam 5.45 petang dan disusuli dengan sesi fotografi bersama Timbalan Presiden PMRAM.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak PMRAM Pusat, PMRAM cawangan Shoubra, PMRAM cawangan Wilayah Persekutuan, PMRAM cawangan Pulau Pinang, serta kepada AJK Pelaksana & para peserta serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Akademi Du`at 2010. Semoga segala usaha yang dilakukan dinilai oleh Allah SWT.

Friday, 18 June 2010

Mushaf Al-Quran Berusia 450 Tahun...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

اضغط هنا لترى الصورة بحجمها الطبيعى

اضغط هنا لترى الصورة بحجمها الطبيعى

اضغط هنا لترى الصورة بحجمها الطبيعى

اضغط هنا لترى الصورة بحجمها الطبيعى

اضغط هنا لترى الصورة بحجمها الطبيعى


Saturday, 12 June 2010

Terangilah Hati Anda Dengan Al-Quran...!

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


اللهم اشرح صدورنا بالقرآن




Sekadar ingin berkongsi dengan semua...
Agak-agaklah dari mana datangnya cahaya-cahaya tersebut ye?
Terpulang kepada tafsiran masing-masing..Apa yang pentingnya, teruskan dan istiqamah dalam membaca dan mengulang al-Quran... Selamat beramal...!!!

Sunday, 6 June 2010

Al-Quran Mashaf Othmani Yang Sebenar Di Mesir...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Sumber : Klik di sini

الوصف : تعريف بهذا المصحف كما ورد في تقديم القائمين عليه في وزاةر الأوقاف المصرية : مصحف ثالث الخلفاء الراشدين أمير المؤمنين ذي النورين عثمان بن عفان رضي الله عنه. هذا المصحف نسخة من المصاحف الستة التي نسخت بأمر عثمان رضي الله عنه ثم أرسل أربعةً منها إلى الأمصا


http://www.almwsoaa.com/media/pics/3df1d4b96d8976f.jpg

Friday, 4 June 2010

HAFLAH TAKRIM AL-QURRA" : DUA Kebanggaan Saya

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...








HAFLAH TAKRIM AL-QURRA" : DUA Kebanggaan bagi saya

PERTAMA : Saya termasuk dalam golongan warga Qurra' Qiraat Shoubra & Mansurah yang turut sama dalam majlis yang gemilang seperti ini.

KEDUA : Lebih membanggakan lagi, majlis meraikan dan memuliakan para 'Masyaikh Qurra' ini diadakan di Rumah Johor Raba'ah. Sebagai warga kelahiran Johor saya berasa amat gembira dan bangga.

Apa-pun perasaan bangga ini didahului dengan rasa rendah diri dan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi dan di atas kesempatan ruang dan peluang untuk bersama-sama dalam majlis yang mulia ini. Terima kasih juga ditujukan kepada semua yang menjayakan program ini.

Kenangan majlis ini dimemorikan dalam pautan di bawah untuk tatapan semua :

Haflah Takrim al-Qurra' Menghimpunkan Sepuluh Masyaikh Qiraat
http://liqa-mahabbah.blogspot.com (link)

Memori Haflah Takrim al-Qurra'
http://zulikhwanzahari.blogspot.com (link)

Ya Allah, Berkatilah & Rahmatilah Masyaikh Kami
http://ghulamwan.blogspot.com (link)

Galeri Haflah Takrim al-Qurra' ada di sini

p/s : tersengih dan tersenyum bila melihat sahabat2 ISMA senyap dan tersenyum sama lain ketika menyanyikan lagu PMRAM. Ada juga yang komplen..nyanyi je la bukan dosa pun..hehe..

Wednesday, 2 June 2010

Natijah Imtihan Qiraat Mansurah...

Bismilah ar-Rahman ar-Rahim...

Maahad Qiraat Mansurah

Sumber : Klik di sini

Mansurah, 2 Jun 2010 - Keputusan peperiksaan mahasiswi Qiraat tahun dua telah keluar di Maahad Qiraat Fatayat, Mansurah pada 29 Mei baru-baru ini. Seramai 34 orang siswi Qiraat tahun dua yang menduduki imtihan syafawi yang bermula pada 29 April dan disambung dengan imtihan tahriri sebanyak lima madah pada 8 Mei dan berakhir pada 16 Mei 2010.

Daripada keputusan imtihan ini, seramai 22 orang siswi Qiraat tahun dua telah berjaya dan lulus sepenuhnya untuk naik ke tahun tiga, manakala 12 orang siswi yang lain akan menduduki imtihan dur thani pada 17 Julai ini bagi menentukan kejayaan mereka ke tahun tiga.

Mengikut laporan yang diberikan, keluarnya natijah imtihan mereka pada tahun ini agak cepat kerana kebiasaannya setiap tahun mereka akan menduduki imtihan bersama-sama mahasiswi Qiraat tahun satu, tetapi disebabkan masalah muqayyad nama pelajar tahun satu ini menyebabkan mereka tidak dibenarkan menduduki peperiksaan pada akhir April itu bersama-sama pelajar Qiraat tahun dua. Sepertimana yang dimaklumkan, pelajar Qiraat tahun satu akan menduduki imtihan mereka pada 17 Julai 2010 bersama mahasiswi tahun dua yang akan menduduki imtihan dur thani.

Didoakan semoga Allah mengurniakan kejayaan kepada mereka dan tahniah diucapkan kepada mahasiswi Qiraat tahun dua yang telah berjaya.

Tuesday, 1 June 2010

Pengenalan Bacaan Berqiraat...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...



Sumber : Klik di sini

Pengenalan Qiraat


Ulama Qiraat mengistilahkan (menta'rifkan) ilmu Qiraat ini sebagai:
"Satu ilmu yang menerangkan kaedah-kaedah membaca kalimah-kalimah dalam al-Quran dan perbezaan-perbezaan yang wujud dari kalimah itu serta bersandarkan kepada orang yang membawa bacaan itu".

Maka Qiraat adalah bentuk-bentuk perbezaan dari sudut bahasa dan sebutan yang Allah s.w.t.. sendiri membenarkan perbezaan bacaan itu sebagai kemudahan dan keringanan kepada hamba-hambanya yang mempunyai pelbagai latarbelakang terutamanya dari kalangan masyarakat Arab untuk membaca al-Quran.

Hubungannya dengan al-Quran:

Al-Quran: adalah wahyu yang telah diturunkan ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai keterangan dan i'jaz (melemahkan kepandaian manusia dengan hikmah-hikmah yang terdapat di dalamnya).

Qiraat: adalah perbezaan lafaz wahyu itu pada segi huruf dan cara menuturkannya. Maka semestinya orang yang ingin mengetahuinya mengambil melalui jalan talaqqi dan musyafahah (secara berguru yakni guru yang mengetahui tentangnya).

Dalil Pembuktian

Datang dari hadis-hadis Rasulullah s.a.w. seperti berikut:

1) Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas r.a. menyatakan: Telah bersabda Nabi s.a.w.: "Malaikat Jibril a.s. telah membacakan kepadaku dengan satu huruf (bentuk bacaan) lalu aku mengulang bacaan itu, aku sentiasa meminta Jibril supaya menambahkan lagi huruf yang lain (meminta Jibril a.s. supaya mohon dari Allah s.w.t. bentuk bacaan yang lain) dari ayat tersebut dan beliau menambahkan sehingga kepada tujuh huruf".

2) Dari Bukhari dan Muslim juga bahawa Umar bin al-Khattab r.a. berkata: "Aku mendengar Hisyam bin Hakim r.a. (yang sedang sembahyang) membaca surah al-Furqan ketika itu Rasulullah saw masih hidup. Lalu aku perhati bacaannya, dia membaca dengan banyak huruf yang aku sendiri tidak baca seperti itu di depan Rasulullah s.a.w. Aku berazam untuk menangkapnya sejurus saja dia selesai sembahyang, aku tunggu sehingga dia memberi salam kemudian aku pegang dia dengan kain selempangnya dan bertanya: "Siapa yang bacakan kepada kau sepertimana yang aku dengar tadi?". Dia menjawab: "Rasullullah s.a.w. yang bacakan kepadaku (seperti itu)". Aku berkata: "Kau penipu, demi Allah Rasulullah tidak bacakan kepadaku seperti itu". Kemudian aku membawa dia bertemu Rasulullah saw dan aku bertanya: "Wahai Rasulullah! Aku mendengar dia membaca surah al-Furqan dengan huruf yang kau tidak bacakan kepadaku sedangkan kau telah mengajarkan aku bacaan surah itu". Lalu Rasulullah saw bersabda: "Lepaskan dia wahai Umar! Bacalah wahai Hisyam!". Dia pun membaca seperti yang aku dengar tadi dan Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demikianlah seperti itu diturunkan", kemudian Rasulullah s.a.w. menyuruhku pula: "Bacalah wahai Umar!". Maka aku baca sepertimana yang Baginda ajarkan, dan Rasullullah s.a.w. bersabda: "Itu juga seperti yang telah diturunkan, sesungguhnya ini adalah al-Quran yang diturunkan dengan tujuh huruf maka bacalah apa yang mudah (bagi kamu) dari salah satu huruf itu".

Di sana banyak lagi dalil-dalil yang datang dari Baginda Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan bahawa bentuk-bentuk bacaan yang berbeza itu adalah kehendak Rasulullah sendiri agar Allah s.w.t. menurunkan satu-satu ayat al-Quran dengan pelbagai bentuk bacaan supaya memudahkan umatnya yang terdiri dari pelbagai kabilah dan peringkat umur untuk membaca al-Quran dengan kesesuaian lidah mereka (ini dikhususkan kepada kaum Arab sahaja, kerana ketika turunnya ayat-ayat Allah s.w.t. ini bangsa Arab ramai yang mula masuk agama Islam sedangkan mereka dari pelbagai kabilah, daerah dan peringkat umur, sudah tentu lidah antara mereka mempunyai perbezaan dalam menuturkan bahasa arab itu sendiri apatah lagi al-Quran yang datang untuk mereka baca dan berpegang dengannya).

Sejarah

Telah jelas penurunan ayat al-Quran berserta dengan tujuh huruf semenjak dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Para sahabat dibacakan setiap seorangnya dengan satu huruf sahaja kemudian mereka bertebaran ke seluruh pelusuk dunia yang dibuka dengan membacakan huruf yang telah dipelajari dari Baginda s.a.w. tanpa mereka ketahui bacaan huruf sahabat yang lain. Ini berkembang dengan anak murid masing-masing yang mempelajari bacaan al-Quran sedangkan di tanah pembukaan Islam yang lain mempunyai bacaan yang lain pula tanpa mereka ketahui kerana para sahabat ra pada masa itu bertebaran membawa dakwah risalah Islam ke seluruh alam.

Namun ada juga di antara para sahabat yang mengambil dari Baginda s.a.w. dengan dua huruf atau lebih, kemudian mereka bertebaran ke suluruh dunia dan hal ini berterusan dari tabi'in kepada tabi' tabi'in sehingga sampai kepada satu umat yang mula mengambil ketekunan dalam masalah ini.

Diperselisihkan oleh ulama bahawa ia bermula di tanah suci Mekah atau Madinah Munawwarah kerana kebanyakkan surah adalah surah Makki, sebahagian besarnya. Namun, boleh juga dikatakan selepas Hijrah kerana umat Islam mula bercampur dan berkembang lalu bahasa dan lahjah mereka bercampuk aduk.

Dari Sahabat turun kepada tabi'in, kemudia turun kepada tabi' tabi'in dan seterusnya begitulah sampai kepada kita melalui jalan talaqi dan musyafahah. Di pertengahan itu, ada ulama yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. peluang dan kecerdikan untuk menyampaikan bacaan itu kepada umat Islam secara formal, lalu namanya terkenal dan disandarkan jenis bacaan yang diajarnya kepada namanya diantaranya Nafi', Ibnu Kathir, Abu Amru dan lain-lain lagi. Sehingga dikatakan terdapat dua puluh lima imam qurra' yang telah dicatatkan, namun yang terkenal pada hari ini dan dipelajari tujuh, sepuluh atau empat belas imam sahaja atas sebab-sebab tertentu yang telah dibincangkan oleh alim ulama dalam masalah ini.

Tahukah anda, pada kurun kesebelas Hijrah yang lampau, Masjidil Haram Mekah sendiri menggunakan bacaan Ibnu Kathir, tetapi pada hari ini kita dapati telah menggunakan bacaan Hafs dan diguna pakai di kebanyakan tanah umat Islam.



Related Posts with Thumbnails

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA FERRARI

REPLIKA FERRARI

REPLIKA BIKERZ

REPLIKA BIKERZ
Powered By Blogger

PERKEMAT DQ 06/07

PERKEMAT DQ 06/07

IBNU HAJI ABD KARIM © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO