Monday, 2 November 2009

Anak Yang Soleh...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah SWT. Nabi Musa sering bertanya dan Allah SWT akan menjawab pada waktu itu juga. Ini lah kelebihannya yang tiada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa bertanya kepada Allah SWT...

“Ya Allah siapakah orang yang di syurga nanti akan berjiran dengan aku ?”.
Allah SWT menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan Nabi Musa turun dari bukit dan terus berjalan menuju ke tempat yang diberitahu.

Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya beliau sampai ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa penduduk di situ beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah tidak melayan Nabi Musa dan terus masuk ke bilik dan melakukan sesuatu. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor khin’zir betina yang besar dan didokong dengan cermat. Nabi Musa terkejut dan bertanya “Apa hal ini ?” di dalam hatinya penuh kehairanan. Khin’zir itu dimandikan dan dibersihkan dengan baik, dikeringkan, dipeluk dan diciumnya. Selepas itu orang tersebut membawa keluar pula seekor khin’zir jantan dan dilakukan serupa dengan khin’zir betina tadi.

Setelah selasai tugasnya, barulah orang itu melayan Nabi Musa dan lalu bertanya, “Wahai saudara, apa agama kamu ?”.
“Tauhid agamaku”, jawab orang itu iaitu agama Islam.

“Mengapa kamu membela khin’zir, kita dilarang berbuat begitu”, kata Nabi Musa.

“Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua-dua ekor khin’zir itu adalah kedua ibu-bapaku”,terang orang itu. “Oleh kerana kedua-dua mereka telah melakukan dosa besar, Allah SWT telah menukarkan rupa mereka kepada khin’zir. Soal dosa mereka dengan Allah adalah urusan mereka dan urusan Allah. Aku sebagai anaknya akan berbakti dan tetap melaksanakan kewajipan sebagai anak sepertimana yang tuan hamba lihat tadi walaupun mereka telah bertukar menjadi khin’zir”, jelas dengan orang itu lagi.

“Setiap hari aku berdoa kepada Allah SWT agar dosa mereka diampunkan serta menukarkan wajah mereka seperti manusia biasa”, tambah orang itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah SWT menurunkan wahyuNya kepada Nabi Musa. “Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, daripada hasil baktinya yang terlalu tinggi kepada kedua ibu-bapanya, walau pun telah berubah kepada khin’zir. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak yang soleh di sisi Kami. Oleh kerana dia telah berada dimaqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami makbulkan doanya.”

------------------------------------------------------------------------------------

Itulah berkat doa anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa kedua ibu-bapa. Walau macam mana buruk kedua ibu-bapa dan dosa kedua ibu-bapa kita, itu adalah bukan urusan kita. Urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sepertimana mereka menjaga kita sewaktu masih kecil lagi hinggakan dewasa. Walau banyak mana dosa yang dilakukan, urusan kita ialah memohonkan ampun kepada Allah SWT, semoga mendapat tempat di akhirat dan alam kubur. Erti kasih sayang kepada ibu bapa bukanlah wang ringgit, cukuplah dengan doa agar mendapat tempat di sisi Allah SWT.

Apa Kata Mereka...?

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Antara jawapan yang diberikan oleh bekas mahasiswa dan mahasiswi Darul Quran JAKIM bila bersembang untuk melanjutkan pengajian :

“Fadhil…kenapa anta tak join sekali mohon untuk sambung belajar kat Madinah macam sahabat-sahabat anta yang lain?”

“Ana bukan tak nak Sheikh sambung belajar kat sana, tapi bila ana dengar orang lain cakap boleh jadi wahabi bila belajar kat sana….Takut ana!”

-----------------------------------------------------

“Yusuf, kenapa anta tak sambung belajar kat Jordan ke? Syria ke? Kan bagus di sana…. Tempat para-para Nabi dan auliya’ lagi”

“Ana tak mampu la Umar. Kat sana belanjanya mahal la…Ana tak nak susahkan mak ayah ana… Lagipun sekarang ni asyik perang saje..jadi ana sambung IPT dalam negara saje”

----------------------------------------------------

“Mir, kenapa kau tak nak sambung kat IPT dalam Malaysia je…? Tak payah susah-susah nak pergi belajar luar negara sana. Banyak belanjanya pulak tu”

“Aku tak minatlah nak sambung IPT dalam sebab banyak sangat assignment nanti. Lagipun aku nak cari pengalaman kat negara orang..”

------------------------------------------------------

“Ainul, ayah awak suruh sambung belajar kat Timur Tengah ke?”

“Iya.. Ayah saya bagitahu kalau betul-betul nak cari ilmu belajar kat sana. Kat Malaysia cuma belajar cara dan kaedah saje..?”

“Apa beza antara dua tu..?”

“Em, entahlah….”

------------------------------------------------------

“Nizam, kau ambil Syukbah Qiraat kan, kenapa kau tak sambung Mesir je…?

“Malaslah aku Fiz… Kat Mesir dah ramai sangat pelajar Malaysia di sana. Nanti balik tak pandai nak cakap Arab sebab asyik selalu cakap Melayu je..!! Buang duit je...”

-----------------------------------------------------

Semua orang boleh memberikan pendapat dan alasan masing-masing. Ala kulli hal semuanya kembali kepada pilihan masing-masing. Solat Istikharah adalah jalan yang terbaik untuk mendapat petunjuk yang terbaik….Fikir- fikirkanlah…

BIT TAUFIQ WAN NAJAH…..

Thursday, 20 August 2009

ANDA BELUM MATANG SEKIRANYA…..

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Menghabiskan nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan ‘kekasih’ sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa anda.

Rela menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, semata-mata untuk melihat gadis yang anda ’cintai’ melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres (kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung!

Memarahi bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersentum sekalipun dimaki-hamun atau dihina oleh wanita yang anda minati.

Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal anda tidak pernah membaca al-Quran walaupun satu muka surat dalam setahun!

Asyik terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang berbulan-bulan tidak anda temui.

Susah hati jika tidak menerima surat, e-mail atau SMS daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita, menelefon atau memberi SMS kepada ibu bapa anda di kampung.

Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika solat.

Lebih banyak mengucapkan kalimah ’I Love You’ berbanding kalimah zikir seperti: Subhanallah, Alhamdulillah dan Allah hu Akbar!

Sunday, 12 July 2009

Siapakah Kita...?

SIAPAKAN ORANG YANG SIBUK ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA ?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimba musibah lalu dia kata "Inna Lillahi Wainna Illaihi Rajiu'un". Lalu sambil berkata: Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuan Mu ini: sambil mengukir senyuman.

SIAPAKAH ORANG YANG KAYA ?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

SIAPAKAH ORANG YANG MISKIN ?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

SIAPAKAH ORANG YANG RUGI ?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK ?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG LUAS ?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG SEMPIT ?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL ?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Tuesday, 16 June 2009

Secebis Kenangan 'Ibnu Jalali'

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...








Masih segar dalam ingatan ketika bersama dengan sahabat-sahabat sekelas 'Ibnu Jalali'. Nama diambil bersempena dengan nama ayahanda guru tasmi' kelas kami iaitu Ustaz Abdul Jalal bin Abdul Manaf. Kelas kami adalah kelas yang semua pernah menghafaz sebelum masuk Darul Quran. Seorang yang terkenal dengan syadid tentang hafazan al-Quran tetapi peramah, pemurah dan baik ketika di luar kelas.

Kelas kami dimulakan dengan ketua kelas yang dedikasi akh Shauqi. Bendahari yang amanah iaitu penulis sendiri.hehe.. Orang yang selalu menjadi 'drebar' ustaz akh Solihin Muda dan Zulikhwan manakala 'drebar rehlah kami' akh Hafizuddin dan Ezmir. Penyeri dalam kelas akh Nizam Muda, Saiful dan Fadzli. Yang paling 'masyi' dalam kelas akh Syafiq dan Fikri. Yang paling tua akh Syaibani Muda (sahabat karib penulis).

Kenangan rehlah di Bukit Chamang, Pahang (sem2), Amberstone Batang Kali, Selangor (sem4) dan Tiara Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan (sem6). Semua rehlah ustaz Jalal banyak support kami terutama bila disuruh barbeque ayam, kambing dan kerang. Setiap kali hari raya kami akan buat majlis di rumah ustaz di kuarters DQ. Kami juga tak pernah ketinggalan untuk menyambut hari lahir ustaz iaitu pada setiap tanggal 24 Mei (sama dengan tarikh lahir ibu ustaz). Ustaz juga kerap belanja kami sarapan pagi seperti nasi lemak ayam goreng ngan air teh paling kurang sebulan sekali tapi kadang-kadang seminggu ada sampai dua kali. Semoga ustaz dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu.Amin.

Setiap kali majlis khatam antara kami juga akan disambut di rumah ustaz. Setiap kali bila ustaz pergi mengajar di Masjid Negara, ustaz akan membawa beberapa orang dikalangan kami sebagai teman dan balik memang confirm la ustaz akan belanja. Entah berapa banyak kali ntah ustaz belanja penulis. Apa yang menarik, penulis berjaya mengkhatamkan tasmik hafazan dengan ustaz selama 2sem dan tarikh khatam pada 10 Februari 2006 iaitu tarikh hari lahir penulis sendiri. Penulis juga memilih ustaz sebagai mentor penulisan tesis untuk diploma tahun akhir besama akh Shauqi dan Syaibani Muda.

Kini kami di hala tuju masing-masing. Penulis bersama akh Shauqi, Fadzli, Zulikhwan dan Ezmir (dah kahwin la) di Shoubra Mesir. Akh Solihin Muda di Mu'tah Jordan, akh Syaibani Muda di UKM, akh Hafizuddin di USIM, akh Syafiq jadi Imam Besar di Kuala Lumpur, akh Nizam Muda dengarnya bekerja dan nak kahwin tak lama lagi, akh Fikri akan sambung Shoubra Mesir hujung tahun ni dan akh Saiful hilang tanpa khabar berita.


Monday, 8 June 2009

Segalanya Bermula Di Sini....

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...






Segalanya bermula di sini. Pengalaman yang telah mematangkan penulis terutama dari segi daya pemikiran dan pengurusan diri. Bermula dengan taklifan Bendahari Unit Tugas-Tugas Khas (sem1), kemudian ditaklifkan sebagai Perwakilan Unit Pendidikan Huffazul Furqan As-Salihun (UNIKS) sesi sem2 - sem4 di samping taklifan Bendahari Lajnah Pendidikan PERKEMAT DQ dan akhirnya taklifan Exco Lajnah Pendidikan Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) bagi sesi 2006/2007.


Kenangan suka dan duka bersama adik beradik exco tidak pernah dilupakan begitu sahaja. Kenangan bersama akhi Zool Amali, Fadhil Muda, Awis Qarny, Rashidi, Syeikh Mujahid, Muaz, Syafiq Jusoh, Raja Fadhil, Bukhori, Abg Solihin Muda dan Redzwan. Begitu juga kepada ukhti Syazila, Fathiah, Hanisah, Kak Latifah Muda, Hamizah, Farhana, Dafiqah, Shaafiqah, Hidayah, Kak Aisyah Muda dan Hana'.


Taklifan yang paling besar diterima penulis ialah apabila ditaklifkan sebagai Pengarah Penyelaras Penamaan Calon (PPC'07) untuk pilihanraya exco PERKEMAT DQ yang baru bagi sesi 2007/2008. Melaksanakan taklifan berpaksikan ikhlas, jujur dan telus menjadi mainan sepanjang hampir 3 minggu bersama-sama sahabat seperjuangan seperti akh Fadhlan, Muizuddin, Azfar Syahmi, Nur Hidayah (Timb. Pengarah) dan sahabat-sahabat lain. Dalam tempoh tersebut kami dikuarantinkan demi menjaga ketelusan.


Sekalung penghargaan buat ayahanda dan bonda penasihat Al-Fadhil Ustaz Mohd Zamri Zainuldin dan Al-Fadhilah Ustazah Shahidah Shuib yang telah banyak memberi pandangan dan sentiasa menyokong penulis dan sahabat-sahabat pimpinan yang lain.


Tidak dilupakan kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu penulis dalam menjayakan matlamat, misi dan visi Lajnah Pendidikan khususnya dan PERKEMAT DQ amnya.

Sunday, 7 June 2009

Selamat Pengantin Baru

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...



Selamat Pengantin Baru buat pasangan Muhammad Nur Amir Rahmat bersama Rokhaizat Rahmat dan pasangan Mohd Fadlullah bersama Ku Rohana Ku Anera... Semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu...

Thursday, 4 June 2009

Salam Perkenalan Dari Saya...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Gambar ini diambil ketika berada di bumi Barakah Darul Quran JAKIM dalam perjalanan ke Masjid DQ menunaikan Solat Asar. Angin kuat sangat pad masa ini.

Related Posts with Thumbnails

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA FERRARI

REPLIKA FERRARI

REPLIKA BIKERZ

REPLIKA BIKERZ

PERKEMAT DQ 06/07

PERKEMAT DQ 06/07

IBNU HAJI ABD KARIM © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO