Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Friday, 16 December 2011

Huffaz : Pemakanan Aspek Utama

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Antara sebab mereka boleh ingat hafazan mereka dengan baik ialah ketika mula menghafaz sehingga khatam, mereka dididik dan begitu cukup dijaga tentang pemakanan samada segi zahiriah mahupun batiniah. Contohnya tukang masak yang betul2 menjaga amal infradi, solat fardhu dan sunat, berzikir sewaktu masak dan sebagainya.

Pernah satu hari pada bulan Ramadhan selepas pulang dari menjadi Imam Solat Terawih jemputan, si pengiring telah membawa pelajar tersebut ke kedai makan. Setelah menghantar pulang Tuan Mudir (Allahyarham) telah memarahi dan memberi amaran supaya tidak melakukan lagi perkara tersebut kerana katanya makanan di luar tidak sihat kerana dimasak oleh orang yg tidak jaga solat, tidak menutup aurat dan tidak menjaga amalan seorang Muslim. Jika tidak, pelajar tersebut tidak boleh lg jadi imam di situ.

Pernah terjadi apabila ada orang menyedekahkan kuih dalam jumlah yg banyak dan masih baik lebihan dari majlis kenduri dan jualan. Tuan Mudir bertegas tidak memberi pelajarnya makan kuih tersebut dengan alasan pelajar huffaz tidak layak makan makanan tersebut. Pelajar huffaz bukanlah tong sampah yang boleh makan saki baki, sisa-sisa makanan yg tidak habis dijual atau dimakan sebaliknya hendaklah makanan yg 'fresh'.

Tujuannya adalah untuk mencari keberkatan. Makanan adalah aspek yg sangat penting dalam jiwa orang Muslim lebih2 lagi bagi mereka yg ingin manghafaz Al-Quran. Janganlah setelah kita berhempas pulas menghafaz dengan susah payah, sekelip mata keberkatan hilang hasil dari memakan makanan seperti disebut di atas.

Teringat kata2 ini : "Saya ingatkan diri saya dan semua jangan membeli juadah berbuka puasa dari tangan yang tidak solat, tangan yang melakukan maksiat pada Allah swt. lapan jam kita menahan diri dari makan dan minum, tiba2 kita berbuka puasa dari tangan2 yang tidak takutkan Allah.... -Dato` Tuan Ibrahim Tuan Man

Ini baru puasa sebulan, yg kita hafaz untuk kekal hingga akhir hayat..Allahu Rabbi..Sama-samalah kita muhasabah bersama.. Mohon maaf andai ada yg tersinggung..Moga manfaat untuk semua..

Wednesday, 21 July 2010

Hukum Minyak Wangi Alkohol...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Terdapat banyak pertanyaan tentang penggunaan minyak wangi beralkohol. Disini saya membawa sedikit berkenaan dengan perbincangan hukum alkohol..

Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hakikat alkohol ini diantara ianya bahan beracun atau bahan memabukkan..

Jika ianya bahan beracun maka jelas sepakat para ulama kata ia adalah benda yg bersih tidak najis dan boleh dibawa dalam solat..

Adapun sekiranya ia adalah bahan yang memabukkan maka ade 2 pendapat yang kuat dalam masalah ini. Tetapi mereka bersepakat berkata alkohol yangg memabukkan haram diminum. adapun yang 2 pendapat ini adalah adakah ia najis ataupun bersih..2 pendapat itu seperti berikut:

Pendapat pertama: Mereka mengatakan arak dan juga cecair yang memabukkan adalah najis. Ini adalah pendapat utama dlm Mazhb Maliki, Hanafi, Syafie dan Hambali.
Dalil: Mereka menggunakan ayat dibawah:

إنما الخمر والميسر والأنصاب والأزلام رجس

Ayat ini jelas menunjukkan kapad arak adalah najis berdasarkn kalimah رجس yg bermaksud najis.

Pendapat kedua: Arak dan seumpamnya tidak najis. Ini pendapat Imam Rabie tok guru Imam Malik, Imam Laith bin Saad, Muzani murid imam utama Syafie, Imam Syaukani, Sun'ani, sidiq hasan khan dlm kitab (Raudah alBahiyah) dan Syeikh Rashid Redo.

Dalil:

1.Perkataan رجس dalam Quran adalah najis dr segi makanawi sahaja seperti najisnya orang kafir.

2. Asal bagi sesuatu adalah suci. Tidak ada Nas yang sahih yang menyatakan ianya najis.

3. Para sahabat telah menuang arak di jalan di Madinah sebaik sahaja datang ayat yang menyatakan ianya haram diminum.

Kesimpulan: Syeikh Atiah Saqor (gambar) mantan Mufti Mesir dlm Fatwanya telah memilih pendapat yang kedua.

Kalau kita lebih warak kita guna pendapat yang pertama. Tak perlulah kita taksub mana-mana pendapat. Kedua-duanya adalah ijtihad para ulama yang muktabar.

Kenari : Saya baru je beli perfume Desire Blue hari tu..
Nuri : Em, sama la saya beli Davidoff Cool Water..hehe

Tuesday, 13 July 2010

Konspirasi World Cup 2010

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Sumber : http://freeourmind-blog.blogspot.com (link)

Kalian sudah puas dengan keputusan Piala Dunia yang baru lepas? Baiklah, kini kita tumpukan perhatian kita berbalik kpd kajian konspirasi 'kebetulan' semula. Terima kash kpd saudara Rijal82, JTR, BradoKapak dan beberapa lagi pengkaji konspirasi lain atas pendedahan awal mereka mengenai Piala Dunia yang lepas.

Mavi Marmara diserang, satu dunia menumpukan mata pandangan ke Gaza lalu meninggalkan Bilderberg melakukan mesyuarat secara senyap. Terima kasih kpd IbnuYaacob.com yang mendedahkan hal mengenai mesyuarat ini. Mavi Marmara kemudian ditinggalkan kita lalu terbanglah kita keawangan menuju ke Afrika Selatan melihat dan 'memuja' kehebatan ciptaan Tuhan yang juga kebanyakan drpd mereka adalah anti-Tuhan.

Para pengkaji konspirasi telah mendedahkan logo Piala Dunia yang berbentuk kepala Horus dan bola yang digunakan ketika Piala Dunia (Jabulani) yang menyamai lambang Jahbulon. Jahbulon adalah ALAT sembahan Freemason yang dihasilkan drpd gabungan triniti Jehovah, Ba'al dan Osiris. Para saintis terhandal dunia telah membuat beberapa siri kajian supaya bola kesayangan mereka itu menjadi bulatan yang sempurna dan menjadi rebutan dan kesayangan para 'pahlawan' atas padang. Perancangan mereka tidaklah selengkap perancangan Allah. Sepanjang kempen Piala Dunia, 'kesempurnaan' Jabulani telah memberi banyak masalah kepada para pemain dan memaksa Adidas (pengeluar) menghantar bintang-bintang mereka (Ricardo Kaka, Petr Cech, Oliver Kahn, Michael Ballack dan beberapa pemain lain) mempertahankan Jabulani.

Tanpa kita sedari, upacara pembukaan Piala Dunia juga sebenarnya dipenuhi dgn upacara sembahan 'dewa' mereka (saya tidak berkesempatan menyaksikan upacara pembukaan. bahagian ini diceritakan kpd saya melalui gambar-gambar dan penerangan-pe.erangan yg disiarkan di laman BBC. maaf jika ada sebarang bahagian yg salah)

Upacara dimulakan dengan persembahan penyanyi Afrika dengan bunyian gendang dan alat-alat muzik yg lain. Persembahan ini dipanggil The Calling. Siapa yang mereka panggil?

Mungkin ini yg mereka panggil utk masuk ke tengah padang dan menjadi perhatian dunia.. [BBC: A giant human-powered dung beetle dribbles an equally large Jabulani around the pitch to the delight of the fans in the stadium]

Upacara pembukaan diteruskan dengan beberapa krew mengangkat kumbang (Dung Beetle) yang menolak masuk Jabulani ke tengah pentas persembahan/padang. Kumbang juga merupakan salah satu unsur penyembahan firaun mesir kuno. Manusia/kita mengangkat kumbang tersebut dan kumbang tersebut mengangkat Jabulani ke tengah perhatian dunia supaya menjadi tatapan dan pujian semua.

Penyanyi terkenal Hollywood (ejen mata satu terhebat), R Kelly bersama Soweto Spiritual Singers, penyanyi gereja Afrika menyanyikan lagu 'Sign of a Victory' sebagai tanda kemenangan mereka menjauhkan perhatian dunia drpd isu-isu yg jauh lebih penting.

Peta Afrika dilakarkan ditengah padang diperhatikan seluruh masyarakat dunia. Sememangnya tumpuan kita tertumpu disana!

[BBC : A smoking calabash, depicting the stadium design is featured during the opening ceremony]

Mereka diluar stadium (the Hidden Hand) menggunakan kita semua dgn 'membakar' kita dalam kawah berapi besar (stadium) dalam upacara penyembahan matahari mereka! Pembinaan stadium Soccer City, Johannesburg berbentuk kawah berapi disertai dgn bahagian dalaman yg diwarnai dgn warna api.




Sepanjang kempen Piala Dunia, kita disajikan dengan kehebatan sotong Paul menyesatkan umat Islam. Dengan senang kita menerima Paul dan pasangannya Pauline dari Jerman dengan mengiakan kehebatan mereka. Sotong (dalam bahasa Jerman dipanggil Krake) memang sudah sinonim dengan mitos Kraken, sotong gergasi di tengah lautan dalam yang menghancurkan kapal-kapal besar. Sudah terang lagi bersuluh, sotong Jerman tersebut memang disediakan awal-awal bagi memecahkan buih-buih di lautan. Bukankah nabi sudah berpesan, umat Islam akhir zaman hanya ibarat buih-buih di lautan? Jika anda rain perhatikan laman web-laman web yang menyiarkan berita bola sepak sepanjang kempen Piala Dunia, anda sebenarnya dapat mengagak bahawa pemenangnya memang sudah dipilih awal-awal lagi...

Kenari : Rasa macam nak makan sotong sambal la pulak..
Nuri : Em, boleh ambil sotong Paul..goreng pun sodap..!!

Sunday, 4 July 2010

Lagi Tentang Boikot...

Bismillah ar-Rahim ar-Rahim...

Top's Boycott yang tak diboikot...

  • Berapa banyak wang yang sudah dihabiskan untuk membeli barangan boikot ini...?
  • Berapa banyak jumlah nilaian wang yang sudah disumbangkan kepada syarikat boikot ini?
  • Berapa bilangan umat Islam yang telah terkorban hasil dari sumbangan syarikat ini...?
  • Betul ke nilai RM1 @ LE1 bersamaan 1 peluru yang mengorbankan umat Islam...?
  • Apa yang menyebabkan kita sukar untuk tidak membeli barangan boikot ini...?
  • E, sebenarnya perlu ke kita boikot barangan ini...?
Kita membeli barangan boikot daripada kedai-kedai orang Islam.. Kedai-kedai orang Islam ini pula mendapat barangan boikot daripada pemborong-pemborong orang Islam.. Para pemborong Islam pula mendapat barangan boikot daripada pengusaha-pengusaha kilang orang-orang Islam.. Usahawan Islam ini pula mendapat barangan boikot daripada luar dengan kelulusan para pemimpin umat Islam sendiri.. Hakikatnya kita boikot siapa sebenarnya..? Siapalah sebenarnya yang bertanggungjawab dalam pemboikotan ini..? Sama-sama kita ambil ihtimam..


Friday, 2 July 2010

Bulan Ramadhan Para Huffaz Ber’BISNEZ'…!!!

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Masjid Jamek Daerah Pontian, Johor

Tanpa kita sedar kita sudah berada di dalam bulan Rejab, bermakna bulan yang sangat mulia iaitu bulan Ramadhan akan menemui kita tidak lama lagi. Seperti tahun-tahun yang lalu, ketika ini sudah banyak masjid-masjid ataupun surau-surau sudah mula sibuk untuk menempah para huffaz untuk dijadikan Imam Solat Terawih. Ketika ini jugalah para huffaz akan akan cuba mencari ‘lubuk’ untuk dijadikan tempat mengulang hafazan al-Quran masing-masing. Moga niat yang baik dan ikhlas menjadi penentu segalanya.

Teringat kata-kata seorang ustaz yang mengatakan bahawa bulan Ramadhan adalah masa untuk para hafiz menjalankan ‘business’ masing-masing. Betul ke? Mungkin apa yang dikatakan itu adalah satu sindiran atau mungkin juga hanyalah gurauan semata-mata. Apapun hakikatnya adalah benar belaka. Mana tidaknya, wang ‘upahan’ sebagai ganjaran yang diberikan oleh sesetengah tempat begitu lumayan sekali.

Bagi mereka yang mempunyai suara yang lunak dan ‘merdu’ dan mempunyai personaliti yang baik, tentu sekali permintaan untuk dijadikan pilihan menjadi imam adalah tinggi. Bagi mereka yang mempunyai kelebihan dalam ingatan hafazan (masyi) pula, ini adalah satu kelebihan bagi mereka untuk mengkhatamkan hafazan al-Quran 30 juzuk sepanjang Ramadhan.

Tidak dapat dinafikan, terdapat juga para huffaz yang hanya memilih masjid dan surau yang ternama dan yang boleh memberikan hasil yang lumayan. Terdapat juga yang hanya memilih masjid dan surau yang boleh mengkhatamkan al-Quran 30 juzuk dalam solat Terawih.

Ketika ini juga para huffaz akan dinilai oleh masyarakat. Golongan para huffaz keluaran pondok-pondok dan madrasah-madrasah tahfiz swasta akan dihantar ke mana sahaja di atas permintaan masyarakat. Golongan ini mempunyai kelebihan dari segi kelancaran hafazan al-Quran dan mampu untuk mengkhatamkannya, akan tetapi mempunyai terdapat kelemahan dari segi tajwid kerana mereka hanya menghafaz sahaja tanpa menekankan dari aspek tajwid .

Manakala bagi golongan para huffaz keluaran kerajaan, boleh dikatakan hanya sedikit yang mampu untuk mengkhatamkan al-Quran. Ya, pasti ada yang tidak setuju dengan kenyataan ini. Apapun kenyataan ini dibuat berdasarkan pengalaman dan bukti yang ada. Golongan ini jugalah yang kerap memberi alasan antaranya :

“Kau dululah, aku lain kali. Bila dah betul-betul lancar nanti aku jadilah….”

“Anta je lah jadi imam, ana tak masyi macam anta…”

Persoalannya, sampai bila alasan-alasan seperti ini akan berterusan. Bila pula yang kita akan betul-betul lancar baru mampu untuk menjadi imam dan mengkhatamkannya. Masa inilah salah satu cara untuk kita mengulang hafazan yang dihafaz selain dari cara dan masa yang lain.

Apa yang ingin ditekankan oleh penulis dalam artikel ini ialah jagalah niat ketika kita menjalankan amanah untuk menjadi imam. Elakkanlah niat kita hanya untuk mendapat habuan sahaja, akan tetapi hanya untuk mendapat keredhaan Allah swt semata-mata di samping boleh mengulang hafazan al-Quran.

Ingatlah! Syaitan akan berusaha untuk mempermainkan hati dan niat kita untuk menghalang kita dari mendapat rahmat dan keredhaan Allah swt. Oleh itu, janganlah kita terpedaya dengan tipu muslihat syaitan.

Kenari : Jaga niat sangat penting...

Nuri : Yang penting dapat jaga al-Quran...

Thursday, 24 June 2010

Adab Memilih Sahabat...

Bismillah ar-Rahim ar-Rahim...


  • Pilihlah rakan berakhlak mulia dan Taat kepada Allah SWT.
  • Pilihlah rakan yang tidak mementingkan diri sendiri.
  • Pilihlah rakan yang Ikhlas dalam semua perkara.
  • Pilihlah rakan yang mahu membantu diwaktu senang dan susah.
  • Pilihlah rakan yang rajin dan mahu diajak mengulangkaji pengajian.
  • Pilihlah rakan yang suka memaafkan kesalahan.
  • Pilihlah rakan yang bersifat rendah diri dan tidak sombong.
  • Pilihlah rakan yang mengingatkan kita kepada Allah SWT dan perkara kebaikan.
  • Hindarilah teman yang suka berdusta dan tidak jujur

Wednesday, 9 June 2010

Kenapa Perlu Solat...?

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Sumber : http://peribadirasulullah.wordpress.com (link)

  • Kerana Solat Adalah Hasil Rumusan Segala Arahan Agama.
  • Bersabar Atas Solat Merupakan Arahan Allah.
  • Kerana Solat Diantara Rukun IslamKerana Solat A dalah Tiang Agama.
  • Kerana Solat Menjadi Petunjuk Kepada Segala Nabi-Nabi Dan Utusan Allah.
  • Kerana Ianya Lambang Islam Dan Membezakan Antara Islam Dan Bukan Islam.
  • Mengeluarkan Kita Dari Lingkungan Atau Persekitaran Dosa.
  • Dapat Menyucikan Dosa Di Hadapan Allah SWT.
  • Kerana Allah Tidak Menerima Alaman Soleh Dari Mereka Yang Meninggalkan Solat.
  • Kerana Solat Dapat Menarik Pertolongan Daripada Allah SWT.
  • Kerana Solat Adalah Pakaian Islam-Terdapat Riwayat Dalam Hadis.
  • Kerana Solat Adalah Pesanan Terakhir Dari Rasulullah Sebelum Baginda Wafat.
  • Dapat Menjadi Benteng Daripada Melakukan Perkara Maksiat.
  • Amalan Pertama Akan Disoal Pada Hari Kiamat.
  • Kerana Solat Adalah Amanah Daripada Allah Dan Sesiapa Menjaganya Akan Mendapat Perlindungan Daripada Allah Azzawajal.

Monday, 7 June 2010

Mamnu' Tadkhin...No Smooking..Di Larang Merokok...(Siri 2)

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Sumber : http://peribadirasulullah.wordpress.com (link)

Bagaimana Memerangi Rokok ?

Tak syak lagi bahawa setiap penyakit ada ubatnya. tetapi untuk mengatasi ketagihan merokok hendaklah melalui proses-proses berikut:

  1. Tarbiyah (pendidikan) rohani yang sungguh-sungguh untuk setiap individu masyarakat.

  2. Adanya teladan yang baik semasa di rumah, sekolah dan persekitaranya.

  3. Melarang para guru merokok di depan murid-murid terutama yang masih lingkungan belia.

  4. Penerangan yang cukup dan intensif tentang bahaya merokok.

  5. Membebankan kos perbelanjaan yang tinggi terhadap berbagai jenis rokok.

  6. Melarang merokok di tempat-tempat kerja, di bandar dan di tempat-tempat awam dan lain-lain tempat.

  7. Menyebarkan fatwa para ulama yang menjelaskan tentang haramnya rokok.

  8. Menyebarkan nasihat-nasihat dan peringatan-peringatan dari doktor tentang bahaya rokok.

  9. Peringatan tentang bahaya rokok dalam ceramah-ceramah, khutbah dan lainnya.

  10. Nasihat secara pribadi kepada perokok.

Semuanya berpunca dari rokok

  1. Setiap hari 44 orang meninggal dunia di England akibat rokok.

  2. Setengah batang terakhir dari rokok yang dihisap mengandungi narkotin yang lebih bahaya dari setengah yang pertama.

  3. Kerajaan Itali pada tahun 1962 melalui UU. No. 65 melarang melakukan iklan rokok dan berbagai hal yang berkaitan dengannya.

  4. Sebahagian doktor berkata, bukti-bukti sangat jelas sehingga sampai pada tingkat tidak ada jalan lain menurut perasaan kita sebagai doktor yang bertanggung jawab terhadap kesihatan umat manusia kecuali kita harus memperingatkan masyarakat dari bahaya rokok yang mengancam mereka. Kerana itu mereka harus berhenti merokok!

  5. Syeikh Muhammad bin Abdullah Al-Masuti sangat tegas dalam hal rokok, sehingga buku-buku yang ditulisnya banyak membahas tentang haramnya rokok, di antaranya:
    “Pemahaman dan Penjelasan tentang Bahaya Tembakau yang dikenal dengan Nama Rokok”
    “Mutiara-mutiara Pilihan dalam Penjelasan Tentang Haramnya Tembakau yang dikenal dengan Nama Rokok.”
    “Penjelasan dan Keterangan Tentang Haramnya Merokok.”
    Dan dikatakan bahwa rokok dikenali di dunia Arab dan dunia Islam pada umumnya sekitar tahun 1012 H.

Perlakuan Terhadap Perokok Tempo Dulu

Syaikh Abdullah bin Muhammad rahimahullah berkata: “Adapun orang yang mengisap rokok, jika ia mengisapnya setelah mengetahui hukumnya haram, maka ia dirotan 80 kali dengan pukulan ringan yang tidak membahayakannya. Dan jika dia mengisapnya kerana kebodohannya maka tidak ada keraguan atasnya dan ia diperintahkan bertaubat dan beristighfar. Dan jika ada orang mengatakan, rokok itu tidak haram dan tidak halal, maka dia adalah orang bodoh yang tidak mengerti apa yang dikatakannya. Beliau juga mengatakan, ‘Orang yang menanam tembakau harus dihukum, juga orang yang menyimpannya di dalam rumah atau mengisapnya, dia harus dihukum.’

Fatwa-fatwa

Ditanyakan kepada Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, ‘Apa hukum mengisap rokok berikut dalil nya dari Al-Qur’an dan Al-Hadis?’

Jawab: Rokok adalah haram. Dalilnya adalah firman Allah:
“Dan janganlah kamu membunuh dirimu sendiri. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepada mu.” (An-Nisa: 29)

“Dan janganlah kamu menjerumuskan dirimu sendiri dalam kebinasaan.” (Al-Baqarah: 195)
“Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya harta (mereka yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan.” (An-Nisa: 5)

Allah telah banyak memberi ingatan dan amaran dalam ayatNya melarang kita berbelanja dengan boros. Dan, tak diragukan lagi membeli rokok adalah satu sikap pemborosan dan sekaligus perosak kepada kesihatan sehingga termasuk perkara yang dilarang. Dalam Sunnah Rasulullah SAW melarang memsia-siakan harta. Dan tentu membelanjakan wang untuk rokok adalah membazirkan harta. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Tidak boleh mendatangkan bahaya dan membalasnya dengan bahaya.”

Dan semua mengetahui, merokok sangat membahayakan. Di samping itu, jika telah ketagihan rokok, seseorang akan sakit dan sesak nafas adalah disebabkan rokok. semua ini seolah-olah memaksa dirinya untuk melakukan sesuatu yang sia-sia.

Akhir yang Memilukan

Seorang pemuda berusia 25 tahun dan penagih rokok selama bertahun-tahun. Suatu masa nanti ia akan masuk ke hospital kerana sakit secara tiba-tiba akan lemah jantung. Selama berhari-hari ia dirawat di Wad ICU dengan berbagai peralatan kedoktoran yang canggih. Doktor yang menangani pasakit tersebut menyarankan kepada para juruawat agar pesakitnyanya itu dijauhkan dari rokok, kerana rokok itulah penyebab utama kepada sakitnya, bahkan doktor mengarahkankan agar setiap hari diperiksa agar pesakitnya tidak merokok walaupun secara sembunyi. Selangi penyakitnya tidak sembuh. suatu masa ia kembali kepada tabiat merokok. Dia tidak mengindahkan nasihat doktor agar berhenti merokok.

Suatu hari, pemuda tersebut hilang, semua orang sibuk mencarinya. Mereka akhirnya menemui pemuda tersebut merengkok di sebuah bilik mandi mati dengan memegang rokok. Kita berlindung kepada Allah dari kesudahan yang demikian.

Bagaimana Meninggalkan Kebiasaan Merokok?

Semoga Anda insya Allah telah dapat menerima hukum haramnya merokok. Semoga Anda telah yakin tentang bahayanya rokok samada terhadap diri Anda sendiri ataupun terhadap masyarakat. Mudah-mudahan Allah memudahkan Anda untuk bertaubat. Inilah yang diharapkan dari Anda. Jika Anda telah berusaha bersungguh-sungguh meninggalkan tabiat merokok, maka ikutilah langkah-langkah ini:

  1. Setelah anda tahu bahaya-bahaya rokok, mulalah berfikir untuk meninggalkannya dan kuatkan keyakinan anda untuk bertawakkal secara menyeluruh kepada Allah SWT.

  2. Buatlah perubahan harian tentang keburukan-keburukan rokok terhadap diri anda, sahabat-handai, anak-anak anda, jiran tetangga anda dan lain-lain pihak yang terlibat dengan anda.

  3. Jauhkanlah diri anda sedaya-upaya yang boleh dari merokok dan asap rokok. Sentiasalah berusaha untuk berada dalam suasana udara yang bersih dan sibukkanlah diri anda dengan hal-hal yang bermanfaat.

  4. Jika Anda telah mengetahui bahaya rokok dan hukumnya haram, maka hendaknya anda membenci dan meninggalkannya kerana Allah dan jauhilah dari bertkawan dengan perokok.

  5. Gunalah berus gigi, bersugi atau sebagainya jika diserang kembali ketagihan merokok.

  6. Kurangkan minum teh dan kopi tetapi perbanyakan makan buah-buahan dan lain-lain makanan yang berkhasiat.

  7. Minumlah jus epal atau lain-lain jus setiap pagi kerana ianya boleh mengurangkan keinginan merokok.

  8. Ketahuilah, Sesiapa meninggalkan sesuatu perkara kerana Allah, nescaya Allah akan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya, dalam waktu terdekat atau dalam jangka masa yang agak lama,namun yang pasti Allah tidak lupa setiap usaha terdetik dengan niat pada Allah.

  9. Dan terakhir, lakukanlah semua ini dengan hati yang penuh ikhlas berserta dengan keinginan yang kuat untuk meninggalkannya yang terbit dari dalam hati Anda sendiri.

Mamnu' Tadkhin...No Smooking..Di Larang Merokok...(Siri 1)

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Sumber : http://peribadirasulullah.wordpress.com (link)

Fakta-fakta

  1. Kajian WHO, 10/10/1983 menyebutkan jika 2/3 dari perbelanjaan yang digunakan di dunia untuk membeli rokok digunakan untuk kepentingan kesihatan, pasti boleh memenuhi keperluan kesihatan asasi manusia di muka bumi.

  2. WHO juga menyebutkan bahwa di Amerika, sekitar 346 ribu orang meninggal setiap tahun disebabkan rokok.

  3. 90% dari 660 orang yang terkena penyakit kanser di salah sebuah hospital Sanghai Cina adalah disebabkan rokok.

  4. Penyebab kematian disebabkan rokok adalah lebih tinggi dibandingkan kerana perang dan kemalangan jalanraya.

  5. 20 batang rokok sehari menyebabkan berkurangnya 15% haemoglobin, iaitu zat asasi pembentuk darah merah.

  6. Peratusan kematian orang yang berusia 46 tahun keatas adalah 25 % disebabkan rokok.

Dakwaan-dakwaan kosong perokok

  1. Merokok membantu berfikir, padahal kenyataannya merokok boleh merosakan pemikiran, mengurangi tumpuan berfikir kerana rokok menyebabkan menyempitan saluran pernafasan dan tengkorak kita menjadi kering.

  2. Merokok membantu melegakan urat saraf, padahal sebaliknya rokok memberi kesan buruk pada urat saraf, sebagaimana ia menyebabkan kencangnya denyutan jantung dan itu sangat berbahaya.

  3. Kawan yang datang hanyalah waktu merokok sahaja,sedangkan di saat rokok telah habis,maka hilanglah kawan kita.

  4. Merokok menghilangkan rasa lelah, padahal menambah kelelahan dan kesulitan yang banyak kepada organ tubuh seperti urat saraf, nafsu batin dsb.

  5. Merokok bisa menghapus kesedihan dan kerisauan, padahal ia mendatangkan kesedihan, kecelaruan dan bencana, di antaranya kerana ia harus terus mengganggu suasa di pejabat dan dengan merokok bererti ia secara terang-terangan melakukan maksiat kepada Allah.

Bahaya Merokok

Merokok sangat berbahaya dan merosak kesihatan. Di antara bahaya merokok adalah:

  1. Melemahkan iman dan menjauhkan diri dari Alla SWT.

  2. Mengurangkan nafsu makan.

  3. Menyebabkan penyakit TB.

  4. Menyebabkan sesak nafas.

  5. Melemahkan siatem penghadaman makanan.

  6. Menyebabkan penyakit pada hati.

  7. Menyebabkan berhentinya denyutan jantung.

  8. Menyebabkan penyakit kanser.

  9. Menyebabkan batuk dan lendir.

  10. Menyebabkan sesak nafas dan kurus.

  11. Menyebabkan luka pada otak.

  12. Menyebabkan kebakaran.

  13. Menyebabkan isteri tidak ada minat terhadap suaminya.

Mungkin beberapa masalah di atas belum nampak pada masa muda kerana daya tahan tubuh yang diberikan Allah SWT masih kuat. Tetapi pada usia tua, berbagai penyakit itu akan timbul kecuali jika Allah menghendaki kebaikan untuknya atau menyelamatnya.

Thursday, 8 April 2010

Ada Apa Dengan Facebook?

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.

Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.
Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.

Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.

Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.
Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.

Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.
Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.

Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.
Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.

Catatan: Kerana sebab-sebab sebegini ada orang mengelakkan bergambar. Hatta, pelajar agama pun tidak sensitif tentang perkara begini, Apatah lagi, oran awam yang tidak tahu hukum-hakam. Wallahul must'aan wa 'alaihi tuklan wa la haula wa laa quwwata illa billah

Related Posts with Thumbnails

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA FERRARI

REPLIKA FERRARI

REPLIKA BIKERZ

REPLIKA BIKERZ
Powered By Blogger

PERKEMAT DQ 06/07

PERKEMAT DQ 06/07

IBNU HAJI ABD KARIM © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO