Showing posts with label Sejarah Islam. Show all posts
Showing posts with label Sejarah Islam. Show all posts

Wednesday, 17 November 2010

Kiswa Baru Untuk Kaabah

Bismillah ar-rahman ar-Rahim...

Kain penutup Kaabah yang dikenali sebagai 'Kiswa' diganti baru dalam satu majlis tahunan di Makkah yang disiarkan secara langsung oleh televisyen tempatan.

Menurut sebuah akhbar tempatan di Makkah, Saudi Gazette, majlis pemasangan Kiswa yang baru itu disempurnakan oleh para petugas dari Majlis Agung yang menjaga Hal Ehwal Dua Masjid Suci.

Kiswa baru berharga SR20 juta (100 Saudi Riyal bernilai kira-kira USD26.67) setinggi 14 meter yang diperbuat dari sutera serta bersulam benang emas itu dihasilkan di sebuah kilang khas.

Ia turut merangkumi satu langsir di bahagian pintu Kaabah yang diperbuat daripada sutera khas, enam setengah meter tinggi dan tiga meter lebar, yang dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang disulam indah dengan benang diperbuat daripada emas dan perak.

Tuesday, 3 August 2010

Senarai Yang di-Pertuan Agong

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Raja-raja berikut pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong sebelum ini:

1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.

2. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.

3. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000

4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979

5. Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975

6. Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979

7. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984

8. Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 2010

9. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994

10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2008

11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001

12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006

13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-

Sultan Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

  1. 1511-1528: Sultan Mahmud Shah I
  2. 1528-1564: Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali/Raja Alauddin)
  3. 1564-1579: Sultan Muzaffar Shah II (Raja Muzafar/Radin Bahar)
  4. 1579-1580: Sultan Abd. Jalil Shah I (Raja Abdul Jalil)
  5. 1580/81-1597: Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Raja Umar)
  6. 1597-1615: Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur)
  7. 1615-1623: Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (Raja Mansur)
  8. 1623-1677: Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang)
  9. 1677-1685: Sultan Ibrahim Shah (Raja Ibrahim/Putera Raja Bajau)
  10. 1685-1699: Sultan Mahmud Shah II (Raja Mahmud)
  11. 1699-1720: Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil)
  12. 1718-1722: Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil/Yang DiPertuan Johor)
  13. 1722-1760: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Raja Sulaiman/Yang DiPertuan Besar Johor-Riau)
  14. 1760-1761: Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah
  15. 1761: Sultan Ahmad Riayat Shah
  16. 1761-1812: Sultan Mahmud Shah III (Raja Mahmud)
  17. 1812-1819: Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (Tengku Abdul Rahman)
  18. 1819-1835: Sultan Hussain Shah (Tengku Husin/Tengku Long)
  19. 1835-1877: Sultan Ali (Tengku Ali; tetapi baginda tidak diiktiraf oleh Inggeris)
  20. 1855-1862: Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (Seri Maharaja Johor)
  21. 1862-1895: Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (Temenggung Che Wan Abu Bakar/Ungku Abu Bakar)
  22. 1895-1959: Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar
  23. 1959-1981: Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim
  24. 1981-2010: Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj
  25. 2010-Kini: Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar

Wednesday, 14 July 2010

Sejarah Ringkas Al-Azhar

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

UNIVERSITI TERAWAL & TERULUNG DI DUNIA

Sejarah ringkas Al-Azhar

Kali ini, afifzahrah tertarik hati untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang Al-Azhar yang mana dikatakan universiti yang terulung dan tertua di dunia. Al-azhar adalah tempat afifzahrah menuntut dan mengaji.

Seluruh pelusuk dunia dan zaman berzaman mengetahui Al-Azhar adalah pusat ilmu yang melahirkan professional Islam yang sering menggocakkan kealpaan jahiliyyah. Sejak dari dahulu lagi Al-Azhar didatangi oleh oleh pelajar dari seantaro dunias eperti Eropah, China , India, Asia, Tanah Melayu dan lain-lain. Semakin ramai tokoh pemikir Islam dapat dilahirkan semenjak pemerintahn kerajaan Fatimiyyah lagi.


Mengikut sejarah , Khalifah Aziz Billah telah menubuhkan universiti Islam pertama di dunia iaitu Al-Azhar. Mengikut lembaran awal, tertera bahawa tanggal 969 Masihi merupakan satu tarikh agung bagi negara ini. Kaherah dibuka rasminya dan dijadikan sebagai ibu Negara Mesir. Lebih kurang setahun selepas itu, 4 April 970 M bersamaan 24 Jamadil Awwal 359 Hijrah, kerja-kerja pembinaan masjid Al-Azhar mula dijalankan. Pembinaan masjid dimulakan oleh seorang panglima tentera yang gagah perkasa dibawah zaman yang bernama Jauhari As-soqali di bawah zaman Fatimiyyah. Usaha ini mula selesai pada hari Jumaat 22 Jun 972 Masihi bersamaan 7 Ramdhan 361 Hijrah. Pada hari Jumaat yang bersejarah inilah, solat Jumaat yang pertama didirikan. Pada tahun 378H (988M), seorang wali kerajaan Abbasiyyah di Mesir, Yaakub bin Kals telah mencadangkan, Khalifah al-Aziz Billah untuk menjadikan msjid tersebut sebgai Jami’, institusi pendidikan yang menawarkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Bermula dari tarikh tersebut, ramai umat Islam yang berduyun-duyun ke kawasan tersebut. Masjid itu dinamakan Jami’Azl-azhar.

Mercu Azan

Masjid Al-Azhar mempunyai 3 mercu azan. Walaupun rupa dan bentuk mercu ini berbeza di antara satu sama lain, namun pintu gerbang al-Azhartetap nampak terserlah dengan kewujudan ketiga-tiga mercu tersebut.

Mercu-mercu ini dibina pada 3 zaman. Mercu disebelah kiri pintu gerbang dibina pada zaman pemerintahan Sultan Qaitibay, sementara sebelah kanan didirikan pada 1501 Masihi oleh Sultan Qansuh al-Ghauri, sultan terakhir pada zaman kesultanana Mamalik.

Kemudiannya pada kurun ke-18, satu lagi mercu dibina oleh al-Aamir Abdul Rahman . Semenjak itu, kekallah Al-azhar dengan 3 mercu azan. Setiap mercu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri hasil paduan seni tiga zaman kesultanan Islam.


Gempa bumi di Mesir.

Sekitar tahun 1315 Masihi bersamaan 702 Hijrah,, satu bencana alam yang dahsyat berlaku.
Banyak kerosakan dan kerugian harta benda terpaksa ditanggung oleh rakyat dan kerajaan Mesir.Al-Azharr juga kehilangan sebhagian besar binaanya ketika gempa bumi tersebut.Namun kerja pembaikan dijalankan kali ini keluasannya bertambah beberapa kali ganda. Pada detik inilah bermulanya pengajian di Masjid Al-Azhardan Madrasah Tibrisiah merupahkan madrasah pertan. Ia diasaskan oleh oleh al-Amir Tibris bin Abdullah al-Waziri, seorang ketua tentera pada zaman Sultan al-Mansur. Beliau meninggal dunia pada 719 Hijrah dan jenazah beliau beliau dikebumikan di madrasah tersebut.

Matlamat Al-Azhar

Cemburu musuh Al-azhar meluap-luap melihat Az-Azhar.Kenapa? Tidak lain dan tidak bukan kerana adalah sasaran dan objektif nya satu hari nanti akan menghancurkan mereka.Pada oktober 1798, terjadi satu pemberontakan besar yang pertama dalam sejarah Mesir gara-gara menentang penempatan baru penjajah Perancis di tanah zaitunini. Ketua jihad ini terdiri daripada Syeikh-syeikh al-Azhar yang bersemangat. Antaranya syeikh Sulaiman Jasuqi dan Syeikh Mauruqi. Targedi ini berlakuberlaku di persekitaran al-Azhar dan Hussien .Perkara ini menyemarakkan kemarahan ialah pemusnahan ribuan kitab oleh penjajahan Perancis.Namun umat Islam tidak akan berdiam diri apabila diperlakukan sedemekian rupa.Pada tahun 1800M, bangkit Sulaiman al-Halbi dan beliau menumpahkan darah Cilber , ketua Perancis di Kaherah kerana perbuatannya .


Selepas itulah , tercatat sekali lagi apabila sejarah buat pertma kalinya orang-orang Mesir memilih hakim di kalangan azhari.Muhammad Ali hakiman , hakim lulusan al-Azhar dilantik pada 1805 M dan beliau berjaya menentang Inggeris yang lancang menghina al-Azhar.. Lanjutan daripada itu, Mesir dihimpit krisis permusuhan 3 segi pada tahun 1956 dalam masa pemerintahan Jamal Abdul Nasir.Sekali lagi Mesir berada dalam keadaan aman dan nama al-Azhar semakin mekar di jambangn dan harumnya tersebar ke serta dunia.

AL-AZHAR PADA ZAMAN PEMERINTAHAN AYYUBIAH (567-648) (1170-1250)

Salahuddin Yusof bin Ayyub ini amat menekankan pendidikan dan memperbaiki keberkesanannya di samping memberi bantuan yang banyak ke arah itu.Beliau meneroka ilmu-ilmu naqli seperti Tafsir , Hadis, Ilmu Fiqh, ilmu Kalam , bahasa Arab dan sastera.Di samping itu ilmu aqli seperti Falsafah, mantiq, sejarah, kesihatan, perubatan dan lain-lain turut diajarkan.Antara perubahan besar yang berlaku kepada institusi pengajian ini ialah perubahan orientasi pengajianyang berteraskan ajaran Islam tulen iaitu Ahlu Sunnah Wal-Jamaah sehingga ajaran Syiah yang telah diselewengkan telah dihapuskan.


AL-AZHAR PADA ZAMAN PEMERINTAHAN KERAJAAN UTHMANIAH

Buat pertama kalinya , bendera kerajaan Islam Uthmaniah telah berkibar di Mesir , iaitu pada Januari 1517 M.Hal ini berlaku berlaku setelah Sultan Salim berjaya mengalahkan kerajaan Mamalik dan bermastautin selama 8 bulan sebelum pulang ke Qastantaniah , pusat pemerintahannya. Kepulangan baginda bersama pakar-pakar dalam bidang-bidang dari Mesir beserta kitab-kitab yang berharga dari maktabah al-Azharr untuk dgunakan bagi memajukan kota raya yang pesat itu.

Al-Azhar menjadi tempat terpenting dalam perkembangan ilmu pengetahuan dan agama, terutamanya pada azaman pemerintajhan keturunan Basya yang diutuskan dari Turki. Mereka merupakan par ulama’ yang disegani dan mempunyai kedudukan yang yang tinggi. Di samping mempunyai ilmu yang melaut, mereka juga terkenal dengan sifat-sifat wara’. Pada zaman inilah, gelaran as-Syeikh Jamil’ al-Azhar yang dianugerhakan oleh Khalifah semenjak abad ke-17M lantas dikekalkan hingga ke hari ini..

PENGAJIAN DI AL-AZHAR

Pengajian di Al-Azhar dimulakan dengan menggunakan kitab I’tisar yang mengajar Fiqh Syiah sebaik sahaj dibina dalam tahun 365H (975M) setelah mendapat arahan daripada pemerintahan kerajaan Fatimiyaah al-Maiz li Din Daulah, Qadhil Quda’ Abu Hassan Ali bin Nikman bin al-Qaitawani. Jawatan paling tinggi disandang oleh daie ialah Du’at. Walaupun jawatan ini diberikan kepada Khalifah tetapi ia mempunyai kredibiliti yang tersendiri, bebas dari Khalifah. Ia boleh menjalankan kerja-kerja agama dan memberi pandangan bebas.


Di bawah kerajaan Ayyubiah pula, Sultan Salahuddin, yang telah berjaya menghapuskan pengaruh dan fahaman Syiah telah mengemaskinikan sistem pembelajaran berdasarkan mazhab Ahlus Sunnah Waljamaah dengan membawa masuk fiqh empat mazhab. Di samping itu, baginda juga menggalakkan doctor peribadinya, Musa bin Maimun mengajar ilmu perubatan, falaq, dan riadhah.Ilmu kesusasteraan Arab pula diajarkan oleh Abdul Latif al-Baghdadi, seorang guru dari Baghdad yang bijak dalam bidang ilmu qalam, mantiq dan perubatan.



Pendekatan berbentuk halaqah yang mana soeorang syeikh akan mengambil tempat yang agak tinggi di tepi tiangmasjid dilingkungi oleh-oleh murid. Pembelajaran dimulakan dengan Bismillah, doa, salam dan selawat kepada Rasulullah SAW serta diikuti ilmu yang akan dipelajari.

Pada zaman pemerintahan Mamalik pula , Jami’ al-Azhar telah mengekalkan kegemilangannya ketika seluruh Jawami’ dan universiti universiti Islam di Bghdad telah hancur akibat serangan tentera Monggol yang dipimpin oleh Hulago Khan. Air Sungai Furat dan Dajlah yang berwarna biru telah bertkar menjadi hitam kesan tindakan mereka menjadikan kitab-kitab Islam sebagai jambatan.Namun al-Azhar masih tegak dan kukuh dengan keilmuannya.


Selepas beberapa tahun, penekanan terhadap pendidikan wanita diutamakan pada zaman pemerintahan Ismail Basha apabila beberapa buah sekolah wanita telah didirikan.



NAMA-NAMA AL-AZHAR

Jamie al-Aazhar pernah memperoleh beberapa nama dalam lipatan sejarah.Pada peringkat pertama, al-azhar dikenali sebagai Jamie Kaherah iaitu disandarkan kepada ibu kota Mesir yang terletaknya. Menurut Ahmad Mohd Auf ialh seorang penulis Al-Azhar, pada masa tersebut Jami’ al-Amru bin Al-as dikenali sebagai Jam’ulal-Jawamie.


Masjid al-Jamie atau Taj –al-Jawamie’. Selepas itu, masjid tersebut ditukarkan nama kepada Jamie’ al-Azhar bersandarkan kepada nama seorang puteri Rasulullah. Kajian dilakukan tidak dapat memberikan jawapan yang tepat terhadap pemilihan nama ketiga. Ini kerana terdapat ikhtilaf pendapat. Pendapat pertama mengatakan lafaz al-Azhar ini dinisbahkan kepada Saidina Fatimah binti Rasulillah SAW yang dikenali sebagai Fatimah az-Zahrahra’.

Pendapat yang kedua, nama dikaitkan dengan istana az-Zahirah yang dibina sewaktu pembukaan kota Kaherah. Seterusnya yang ketiga, berpendapat bahawa nama ini dicadangkan bersesuaian dengan kedudukan dan martabat al-Azhar yang tinggi sebagai tempat penyebaran ilmu Islam.


Afifzahrah teringat dengan satu kalam dari Dr.Syeikh Yusof Qardhawi ulama’ mujaddid abad ke-21pernah mengatakn peranan al-Azhar adalah Jami’ (masjid), jamiah (universiti) dan Jam’iyyah (persekutuan).

Walau apa-apa nama pun, al-Azhar tetap utuh seutuh namanya yang berusia lebih 1000 tahun ini. Dan perlu didiingatkan kepada mahasiswa al-azhar, afifzahrah ingin menyelitkan satu cadangan bahawa apa-apa pun kesukaran yang pernah menempuh dalam mempelajari ilmu di sini dan karenah orang-orang arab Mesir terutamanya hendaklah sentiasa mendokan kesejahteraan dan kerahmatan kepada al-Azhar ini samada syeikh-syeikh dan doktor-doktor ini serta tak dilupakan negara Mesir kerana al-Azhar tidak berdekatan atau terletak di Negara Hijjaz atau Haramain dan juga Palestin bahkan terletak di Mesir Ummu Dunia. Moga Allah terus mengekalkan dan memayungi al-Azhar sebagai manar ilmu ( obor ilmu ) yang terus menyinari Islam dengannya...amin.


Firman Allah SWT dalm surah at-Taubah (ayat 32) “ Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama ) Allah dengan mulut mereka (ucapan-ucapan) mereka) dan ALLAH tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya, walupun orng0orng yang kafir tidak menyukainya...

Friday, 18 June 2010

Mushaf Al-Quran Berusia 450 Tahun...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

اضغط هنا لترى الصورة بحجمها الطبيعى

اضغط هنا لترى الصورة بحجمها الطبيعى

اضغط هنا لترى الصورة بحجمها الطبيعى

اضغط هنا لترى الصورة بحجمها الطبيعى

اضغط هنا لترى الصورة بحجمها الطبيعى


Sunday, 6 June 2010

10 Sahabat Terkemuka Perlu Diingati...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


10 SAHABAT TERKEMUKA PERLU DIINGATI

1. Abu Bakar as-Siddiq ( tahun 51SH - 13H , 573 - 634M )

2. Umar bin al-Khattab ( tahun 40SH - 23H , 584 - 64M )

3. Othman bin Affan ( tahun 47SH - 35H , 577 - 656M )

4. Ali bin Abu Talib ( tahun 23SH - 40H , 600 - 661M )

5. Abdul Rahman bin Auf ( md pd tahun 32H , 652M )

6. Abdullah bin Mas'ud bin Ghafil ( md pd tahun 32H , 652M )

7. Abu Ubaidah al-Jarrah ( md pd tahun 18H , 639M )

8. Az - Zubair al - Awwam ( md pd tahun 36H , 656M )

9. Saad bin Abi Waqqas ( md pd tahun 55H , 675M )

10. Talhah bin Ubaidillah ( md pd tahun 36H , 656M )

Perihal Batu Besar Tergantung Di Masjid Al-Aqsa...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Sumber : Klik di sini

Minda Dr Haron Din  Ulama umumnya berpendapat Rasulullah s.a.w. bermikraj dari satu tempat di Biatulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.

Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud 'Tempat Nabi bermikraj', disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): "Berkatalah al-Imam Aku Bakar Ibnul 'Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.

"Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.

"Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi s.a.w. berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda s.a.w maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.

"Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain."

Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul 'Arabi.

Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad s.a.w tergantung-gantung.

Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.

Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.

Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.

Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan.

Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya.

Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.

Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas.

Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.

Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap.

Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.

Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul 'Arabi seperti dalam bukunya.

Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua'lam.

Salahudin Bebas Baitulmaqdis Daripada Cengkaman Kristian...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Sumber : Klik di sini


PERNAH solat Jumaat tidak didirikan selama 90 tahun di Baitulmaqdis kerana dikuasai tentera Kristian. Tetapi selepas tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Salahuddin al-Ayyubi, menakluki Kota Suci Ketiga umat Islam itu, solat Jumaat didirikan semula di sana pada Jumaat, 27 Rejab 583 Hijrah/1187 Masihi.

Salahuddin al-Ayyubi mempunyai jiwa pejuang yang ilmuwan. Keilmuan al-Ayyubi terserlah sejak dia kanak-kanak. Dia memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh dan mengetahui setiap suku kaum Arab serta adat mereka. Bahkan dia mengetahui sifat kuda Arab walaupun dia beretnik Kurd, utara Iraq. Di samping al-Quran, dia banyak menghafal syair Arab. Salahuddin mempunyai pengetahuan luas dan gemar mendalami bidang akidah, ilmu hadis, sanad dan perawinya, syariah dan usul fiqh dan tafsir al-Quran.

Nama sebenar al-Ayyubi ialah Yusuf bin Ayyub, lahir pada 1137 Masihi. Dia dilahirkan dalam keluarga Kurdi di Tikrit dan dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya. Ayahnya, Najmuddin Ayyub adalah gabenor wilayah Balbaik.

Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Shirkuh panglima kepada Nuruddin dan sering mewakili Nuruddin dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyah di Mesir sekitar 1160 Masihi. Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah (akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada 1169 Masihi.

Ketika Salahuddin menguasai Mesir, dia berubah. Dia yakin bahawa Allah mempertanggungjawabkan kepadanya tugas berat yang tidak mungkin dapat dilaksanakan jika dia tidak bersungguh-sungguh. Sejurus dia menjadi pemerintah Mesir, dunia dan kesenangannya lenyap.

Dia menumpukan seluruh tenaganya membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir daripada tanah air Islam sejak 1099 Masihi. Salahuddin pernah berkata: “Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku.”

Perang Hittin antara Salahuddin dan gabungan kuasa Guy dari Lusignan, raja negeri Salib, dan Raymond III dari Tripoli pada 1187 Masihi menyaksikan kejayaan memihak tentera Islam. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin ditawan bersama Reginald dari Chatillon.

Ramai tentera Salib berpangkat tinggi ditawan. Stanley Lane-Poole menceritakan seorang tentera Islam membawa 30 tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian mati dalam peperangan berkenaan.

Kejayaan tentera Islam menawan semula Baitulmaqdis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai ‘Cukai Salahuddin’.

Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa, Raja Jerman, Richard The Lion, Raja England, Philips Augustus, Raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders bersatu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tenteranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.

Peperangan ini berlanjutan selama lima tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua-dua pihak bersetuju untuk membuat perjanjian di Ramla pada 1192 Masihi. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah penguasa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib Ketiga.

Mengenai Salahuddin dan Raja Richard, kedua-dua pemimpin amat menghormati antara satu sama lain. Mereka juga pernah bercadang untuk berdamai dengan mengahwinkan adik perempuan Richard, Joan kepada adik lelaki Salahuddin, al-Adil, dengan kota Baitulmaqdis menjadi hantarannya. Rundingan ini gagal berikutan kebimbangan berhubung hal agama antara kedua-dua pihak.

Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika dia wafat, malah harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk belanja pengebumiannya.

Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung belanja pengebumian itu. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya. Salahuddin sudah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyatnya yang miskin dan sifat inilah yang menjadikan Salahuddin sebesar namanya dalam sejarah Islam.

Related Posts with Thumbnails

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA FERRARI

REPLIKA FERRARI

REPLIKA BIKERZ

REPLIKA BIKERZ
Powered By Blogger

PERKEMAT DQ 06/07

PERKEMAT DQ 06/07

IBNU HAJI ABD KARIM © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO