Wednesday, 11 August 2010

Sejarah Daerah Pontian

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Sumber : http://ms.wikipedia.org


Pontian ialah salah satu daerah di Johor, Malaysia yang terletak 62 kilometer dari Johor Bahru, ibu negeri Johor. Ibu daerah Pontian ialah Pontian Kechil. Kebanyakan kawasan di sini adalah terdiri daripada paya bakau. Menangkap ikan masih merupakan aktiviti utama penduduk di daerah ini.

Pontian diduduki oleh orang Melayu yang berketurunan Bugis dan Jawa, terutamanya di kawasan pesisiran. Kebanyakan Cina di Pontian adalah berketurunan Teochew.

Tanjung Piai terletak di Mukim Serkat, Pontian dan merupakan titik yang paling selatan di benua Asia. Pekan-pekan lain adalah:

Sebanyak 11 mukim di daerah Pontian. Berikut adalah mukim-mukim yang terdapat dalam daerah Pontian.

Pontian boleh dihubungi melalui Lebuh raya Utara selatan. Pengunjung dari arah utara boleh menggunakan susur keluar Tol Simpang Renggam ataupun susur keluar Tol Sedenak untuk ke Pontian. Pontian tidak mempunyai perkhidmatan kereta api tetapi boleh berbuat demikian dengan menggunakan stesen terdekat KTM Kulai untuk berbuat demikian.

MUZIUM BUGIS

muziumbugis

Bugis adalah salah satu rumpun Melayu yang berasal dari Sulawesi dan datang berhijrah ke Tanah Melayu pada lewat kurun ke-18 dan 19. Atas tujuan memperkenalkan dan mengabadikan budaya dan cara hidup komuniti Bugis di Johor, sebuah muzium telah dibina di daerah Pontian. Di Muzium Bugis ini, para pengunjung akan berpeluang melihat pelbagai artifak orang Bugis dan berbual dengan penjaga muzium yang berketurunan Bugis yang akan menceritakan tentang budaya dan adapt resam mereka.

Panduan: Jika pengunjung menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, sila ikut susur keluar Simpang Renggam dan ambil jalan ke arah Benut. Dari Benut, bergerak ke arah selatan jalan menuju ke Bandar Pontian. Dari Bandar Pontian, pengunjung terus bergerak ke selatan kira-kira 9km melewati Pekan Rambah. Di sana pengunjung akan melihat papan arah menuju ke Muzium Bugis yang tidak jauh dari Pantai Rambah.

Saturday, 7 August 2010

Al-Quran Zaman Moden

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Sumber : www.imranshamsir.com

Seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan teknologi, al-Quran juga begitu. Di zaman yang serba moden dan canggih ini, terdapat pelbagai bentuk al-Quran selain dari mushaf Rasm Uthmani yang biasa digunakan oleh majoriti umat Islam di dunia.

Ketika ini, al-Quran boleh didapati dalam beberapa bentuk :

  1. Al-Quran Digital
  2. Audio al-Quran
  3. Perisian (Software) al-Quran

Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang mungkin mengelirukan ramai umat Islam terutamanya tentang hukum menyentuh, memegang dan membawa al-Quran. Ulama’ berbeza pendapat mengenai perkara ini.

1. Al-Quran Digital

lal-Quran Digital

Kini terdapat pelbagai bentuk dan jenama al-Quran digital. Brand atau jenama yang paling dikenali di Malaysia ialah Enmac dan Khaleefa. Semuanya dalam bentuk portable dan mudah alih.

Kelebihan menggunakan al-Quran ini adalah ianya mempunyai pelbagai fungsi. Selain dari objektif asal penggunaannya sebagai mushaf, terdapat fungsi tambahan seperti ebook reader, penunjuk arah kiblat, penggera (alarm) dan sebagainya.

2. Audio al-Quran

CD al-Quran

Audio al-Quran ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk juga. Sama ada dalam bentuk CD, Kaset dan file dalam bentuk mp3 yang boleh dimainkan dalam komputer, PDA, telefon bimbit atau gadget-gadget yang lain.

Saya mengklasifikasikan audio al-Quran dalam kategori ini untuk membezakannya dengan al-Quran digital yang lebih kepada fungsi visual.

3. Perisian al-Quran

software al-Quran

Selain dari dua kategori yang saya nyatakan di atas, al-Quran zaman moden juga boleh didapati dalam bentuk perisian (software) al-Quran. Software paling banyak digunakan ialah Quran In Word, al-Mushaf dan sebagainya.

HUKUM MENYENTUH AL-QURAN

Pertama : Ijma’ fuqaha’ menetapkan harus membaca al-Quran tanpa berwudhu, namun berwudhu itu lebih afdhal (Imam Syaraf an Nawawi, al-Majmu’ Jilid 2, ms 76)

Kedua : Khilaf fiqhi, Jumhur (termasuk Syafi’iyah) menegah orang yang berhadas kecil membaca, menyentuh dan membawa mushaf berdasarkan dalil dari al-Quran Surah al-Waqi’ah : 78-79 dan hadis riwayat Malik dan Baihaqi dari Umar bin Hizam.

Seorang pengkaji semula hukum-hukum feqah dari Saudi, Syaikh Abu Yusof Abd Rahman Abd Samad, al-As’ilatu Thalatah Haulaha al-Jadal merumuskan dari perselisihan fuqaha’ ini, hukum pertengahan ialah makruh hukumnya orang berhadas menyentuh dan membawa mushaf.

DALIL DAN HUJAH

1. Dalil golongan yang mengatakan haram:

Firman Allah Ta’ala dalam Surah al-Waqiah ayat 78-79 :

Surah al-Waqiah 78-79

Pada Kitab yang terpelihara (Lauhul Mahfuzh), Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan.

Ulama’ mengatakan ganti nama nya dalam ayat itu kembali kepada al-Quran, bukannya Luh Mahfuz. Akan tetapi mereka berbeza pendapat, apakah yang dimaksudkan dengan al-Mutahharun?

Ada yang berpendapat : Orang yang suci dari hadas dan najis. Manakala yang lain pula mengatakan : Suci dari syirik dan kekufuran, iaitu orang-orang mukmin. [sila rujuk Tafsir al-Qurtubi 17/226]

Sebahagian ulama’ berpendapat, ganti nama tersebut merujuk kepada Luh Mahfuz. Jadi, tidak boleh berhujah dengan ayat ini. al-Mutahharun pula adalah para Malaikat yang Allah bersihkan mereka dari tabiat yang negatif dan sifat-sifat yang tercela.

Ayat ini sebenarnya satu penafian dan penolakan kepada hujah golongan Musyrikin yang mendakwa Syaitanlah yang telah menurunkan kitab al-Quran ini. Sila rujuk ayat 210-212 surah al-Syu’ara’.

Surah al-Syuara' 210-212

Dan al-Quran itu bukanlah dibawa turun oleh syaitan-syaitan. Dan tidaklah patut mereka membawa turun al-Quran itu, dan merekapun tidak akan Kuasa. Sesungguhnya mereka benar-benar dijauhkan daripada mendengar al-Quran itu.

Antara hujah yang menyokong pendapat ini, sebagaimana yang disebut oleh Qatadah ialah al-Quran boleh dipegang di dunia ini oleh si Majusi dan si Munafiq yang dianggap najis, sedangkan dalam ayat 79 surah al-Waqiah , ia tidak dipegang kecuali oleh mereka yang suci. [sila rujuk Tafsir al-Tabari 17/226]

Al-Alusi menyebut di dalam tafsirnya Ruhul Ma’ani (27/155) : Imam Sayuti menyebut di dalam kitab al-Ahkam: Imam Syafie berdalilkan ayat ini dengan mengatakan orang yang berhadas tidak boleh memegang al-Quran. Ini adalah pilihan yang zahir dari ayat ini.

Akan tetapi oleh kerana ada ihtimal (kemungkinan) ganti nama boleh kembali kepada Qur’an atau juga kepada Luh Mahfuz, dan maksud al-Mutahharun ialah Malaikat al-Muqarrabun, kebanyakan ulama’ yang mengatakannya haram berdasarkan kepada dalil daripada hadis.

Manakala Ibnu Rusyd pula berkata (Bidayatul Mujtahid 1/42) : Sebab khilaf ialah perkataan al-Mutahharun yang boleh membawa makna manusia dan juga malaikat, di samping ayat ini juga boleh jadi suatu perkhabaran yang bermaksud larangan dan juga boleh jadi perkhabaran semata-mata.

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Muwatta’, dari Abdullah bin Abu Bakar bin Hazmi, bahawa dalam kitab yang ditulis oleh Rasulullah s.a.w kepada ‘Amru bin Hazmi terdapat: أن لا يمس القرآن إلا طاهر (bahawa tidak boleh memegang al-Quran kecuali orang yang suci) [Muwatta' 141].

Hadis ini merupakan petikan dari kitab yang ditulis oleh Nabi kepada ‘Amru bin Hazmi di Yaman. Kitab ini berada bersama kaum keluarga beliau selepas kematiannya.

Al-Dar al-Qutni dan al-Hakim pula meriwayatkan bahawa Umar bin Abdul Aziz telah menghantar wakil ke Madinah untuk mencari sesuatu petunjuk sunnah Nabi dalam bab zakat dan wakilnya itu telah menjumpai kitab ini dalam simpanan keturunan ‘Amru bin Hazmi [lihat komentar Syeikh Ahmad Syakir dlm kitab al-Muhalla oleh Ibn Hazmi 1/82].

Syeikh Ahmad Syakir menyebut bahawa beliau telah menjumpai hadis ini selengkapnya dalam Mustadrak al-Hakim (1/359, cetakan India) di mana sebahagian darinya terdapat juga di dalam Sahih Ibnu Hibban, Sunan al-Dar al-Qutni dan Sunan al-Nasaie.

Komentar tentang hadis ini ialah sanadnya mursal. Ibnu Abdil Barri berkata : Tiada khilaf dari Imam Malik bahawa hadis ini mursal. Walau bagaimanapun ia diriwayat secara bersanad dari jalan lain yang bagus.

Ia adalah sebuah kitab yang masyhur di kalangan ahli sejarah dan terkenal di kalangan ulama’ di mana kemasyhurannya itu menyebabkan ia tidak perlu (dilihat) kepada sanadnya [kata-kata ini dinukil oleh penyunting kitab Muwatta’ ms 141].

Ibnu Kathir menyebut bahawa Abu Daud telah meriwayatkan di dalam kitab al-Marasil dari hadis al-Zuhri bahawa beliau berkata : Aku telah membaca di dalam sahifah Abu Bakar bin Amru bin Hazmi bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Tidak boleh menyentuh al-Quran kecuali orang yang suci.

Ibnu Kathir berkata : Ini adalah sesuatu yang bagus. Al-Zuhri dan lain-lain telah membacanya, dan yang seperti ini sepatutnya diambil (dipegang) [Tafsir Ibnu Kathir 6/537].

Hadis ini diriwayatkan secara bersambung sanadnya dari empat orang sahabat, iaitu ‘Amru bin Hazmi, Hakim bin Hizam, Ibnu Umar, dan Uthman bin Abi al-‘As.

Al-Marhum Syeikh Nasiruddin al-Albani [di dalam kitab Irwa’ul Ghalil (1/160-161)] telah menyebut kesemua sanad hadis ini dan kitab-kitab hadis yang mentakhrijnya, kemudian beliau berkata : Sesungguhnya kesemua jalan hadis ini tidak bebas dari unsur dhaif.

Akan tetapi dhaifnya itu adalah kecil kerana tiada perawi yang dituduh sebagai pendusta. ‘Illah hadis ini hanya irsal atau hafalan yang kurang baik, dan sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam ilmu Mustolah al-Hadis bahawa setiap jalan periwayatan hadis boleh menguatkan di antara satu sama lain sekiranya tiada rawi yang dituduh pendusta.

Ini telah dinyatakan oleh al-Nawawi di dalam Taqribnya dan al-Suyuti di dalam syarahnya. Dan ini menyatakan penerimaan terhadap kesahihan hadis ini, lebih-lebih lagi Imam Ahmad telah berhujah dengan hadis ini.

Imam Ishaq bin Rahawaih juga telah mentashihkannya. Ishaq al-Maruzi berkata di dalam kitab Masail Imam Ahmad : Aku bertanya Imam Ahmad : Bolehkah seorang lelaki itu membaca Quran tanpa wudhu? Imam Ahmad menjawab : Ya, boleh. Tapi dia tidak boleh membacanya dengan memegang mushaf selagi dia tidak berwudhu.

Ini kerana telah thabit dari Nabi S.A.W : Tidak boleh menyentuh al-Quran kecuali orang yang suci. Begitulah juga yang telah dilakukan oleh para sahabat dan tabiein.

Syeikh al-Bani juga menyebut bahawa telah thabit dan sah riwayat yang mengatakan Sa’ad bin Abi Waqas telah menyuruh anaknya Mus’ab supaya berwudhu dahulu sebelum menyentuh al-Quran. Ia diriwayatkan oleh Imam Malik dan al-Baihaqi dengan sanad yang sahih.

Beliau juga berkata bahawa beliau telah membaca kitab Fawa’id Abi Syu’aib dan mendapati Imam al-Baghawi telah bertanya Imam Ahmad tentang hadis ini. Imam Ahmad berkata : Aku harap ianya sahih.

Sebenarnya kesahihan hadis ini juga telah dinyatakan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah. Beliau telah berhujah dengan hadis ini di banyak tempat dalam kitabnya [lihat Majmu’ Fatawa 17/12 & 21/228]

Al-San’ani berkata : Kitab ‘Amru bin Hazmi telah sepakat diterima ramai. Ibnu Abdil Barri pula berkata : Ia seperti mutawatir kerana telah sepakat diterima ramai.

Ya’qub bin Sinan juga berkata : Aku tidak tahu di sana ada sebuah kitab yang lebih sahih dari kitab ini. Sesungguhnya para sahabat dan tabiein merujuk kepadanya dan meninggalkan pendapat mereka sendiri.

Al-Hakim berkata : Umar bin Abdul Aziz dan Imam zamannya, iaitu al-Zuhri telah menyaksikan bahawa kitab ini adalah sahih [lihat Subul al-Salam oleh al-San’ani 1/70]

2. Dalil golongan yang mengatakan boleh.

Ibnu Hazmi berkata : Membaca al-Quran, memegangnya, dan berzikir kepada Allah adalah perbuatan baik yang disunatkan dan diberi pahala kepada pelakunya. Sesiapa yang mengatakan ia dilarang perlulah membawakan bukti! [al-Muhalla 1/78]

Hadis dalam Sahih Bukhari : dari Ibnu Abbas bahawa Abu Sufyan ketika beliau berada di Syam sebelum keislamannya telah dipanggil oleh Raja Rom. Kemudian dibawakan surat Nabi S.A.W yang dihantar kepadanya menyeru beliau kepada Islam. Di dalam surat itu terdapat ayat 63 Surah ali-Imran.

Hujah mereka ialah Nabi S.A.W telah menulis kepada Raja Rom yang kafir dan beliau telah memegangnya. Sekiranya orang kafir boleh memegangnya, maka lebih-lebih lagilah orang yang berhadas.

HUKUM MENYENTUH AL-QURAN BUKAN DALAM BENTUK MUSHAF

Berkata Syeikh Abdul Rahman ibn Nasir al-Barraak :

Telefon bimbit dan alat-alat yang serupa dengannya dimana terdapat rakaman al-Quran didalamnya tidak termasuk dibawah hukum yang sama dengan mushaf, kerana huruf al-Quran didalam peralatan in adalah berbeza dari huruf didalam Mushaf.

Ia tidak berbentuk sebagaimana ia dibaca. Ia wujud sebagai bentuk gelombang yang membentuk huruf apabila diperlukan, maka ia dipaparkan di skrin, kemudian hilang apabila beralih kepada ayat lain. Berdasarkan ini, adalah dbenarkan memegang telefon bimbit atau kaset yang merakam al-Quran tersebut. Dibenarkan membacanya, walaupun tidak suci (tanpa wudhu).

KESIMPULAN

Terpulang kepada pembaca untuk berpegang kepada salah satu hukum sama ada boleh atau tidak menyentuh dan membawa al-Quran tanpa wudhu. Namun hukum membaca al-Quran tanpa wudhu adalah diharuskan.

Berdasarkan hujah dan dalil yang telah dikemukakan diatas, maka saya berpegang kepada hukum makruh menyentuh dan membawa al-Quran tanpa wudhu. Namun hukum ini diguna pakai pada mushaf sahaja. Manakala bagi peralatan dan gadget zaman moden ini tidak tertakluk pada hukum tersebut.

Tuesday, 3 August 2010

Senarai Yang di-Pertuan Agong

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Raja-raja berikut pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong sebelum ini:

1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.

2. Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.

3. Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000

4. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979

5. Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975

6. Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979

7. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984

8. Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 2010

9. Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994

10. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2008

11. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001

12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006

13. Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-

Sultan Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

  1. 1511-1528: Sultan Mahmud Shah I
  2. 1528-1564: Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali/Raja Alauddin)
  3. 1564-1579: Sultan Muzaffar Shah II (Raja Muzafar/Radin Bahar)
  4. 1579-1580: Sultan Abd. Jalil Shah I (Raja Abdul Jalil)
  5. 1580/81-1597: Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Raja Umar)
  6. 1597-1615: Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur)
  7. 1615-1623: Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (Raja Mansur)
  8. 1623-1677: Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang)
  9. 1677-1685: Sultan Ibrahim Shah (Raja Ibrahim/Putera Raja Bajau)
  10. 1685-1699: Sultan Mahmud Shah II (Raja Mahmud)
  11. 1699-1720: Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil)
  12. 1718-1722: Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil/Yang DiPertuan Johor)
  13. 1722-1760: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Raja Sulaiman/Yang DiPertuan Besar Johor-Riau)
  14. 1760-1761: Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah
  15. 1761: Sultan Ahmad Riayat Shah
  16. 1761-1812: Sultan Mahmud Shah III (Raja Mahmud)
  17. 1812-1819: Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (Tengku Abdul Rahman)
  18. 1819-1835: Sultan Hussain Shah (Tengku Husin/Tengku Long)
  19. 1835-1877: Sultan Ali (Tengku Ali; tetapi baginda tidak diiktiraf oleh Inggeris)
  20. 1855-1862: Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (Seri Maharaja Johor)
  21. 1862-1895: Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (Temenggung Che Wan Abu Bakar/Ungku Abu Bakar)
  22. 1895-1959: Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar
  23. 1959-1981: Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim
  24. 1981-2010: Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj
  25. 2010-Kini: Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar

Sejarah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Sumber : http://ms.wikipedia.org

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan yang pertama telah diadakan pada 8 Mac 1960 bersamaan dengan 20 Ramadhan tahun 1379 Hijrah. Pertandingan yang bersejarah ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra. Kesemua 11 buah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu telah menghantarkan wakil masing-masing ke pertandingan ini.

Sebenarnya pertandingan membaca al-Quran merupakan satu tradisi dan peristiwa tahunan bagi kebanyakan negeri di Tanah Melayu. Menurut sumber dan catatan tertentu, pertandingan membaca al-Quran telah bermula di Negeri Kedah oleh Tunku Abdul Rahman Putra dalam tahun 1951. Kemudian pada tahun 1959 pula beliau telah mengambil daya utama menganjurkan pertandingan membaca al-Quran antara Johor dan Kedah.

Tujuan diadakan pertandingan di peringkat Kebangsaan ini adalah untuk meletakkan asas keimanan yang kukuh dan pembangunan rohani umat Islam yang berpandukan kitab suci Al-Quran. Amalan ini pula adalah selaras dengan semangat yang terkandung didalam perlembagaan yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Senarai Johan

Qari

(1960) : En Abdul Hamid Desa (Kedah)
(1961) : Tuan Haji Ahmad Maasom Pergau (Kelantan)
(1962) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah)
(1963) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah)
(1964) : Tuan Haji Mohd Amin Hj Shamsuddin (Kedah)
(1965) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah)
(1966) : Tuan Haji Abd Majid Awang (Kelantan)
(1966) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah) (untuk Tahun 1386 Hijrah)
(1967) : Tuan Haji Saidin Abd Rahman (Pulau Pinang)
(1968) : Tuan Haji Saidin Abd Rahman (Pulau Pinang)
(1969) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah)
(1970) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah)
(1971) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah)
(1972) : En. Abdul Ghani Abdullah (Kedah)
(1973) : En. Affandi Haji Siraj (Johor)
(1974) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah)
(1975) : Tuan Haji Ismail Hashim (Kedah)
(1976) : Tuan Haji Mokhtar Haji Ahmad (Kelantan)
(1977) : En. Abdul Ghani Abdullah (Kedah)
(1978) : En. Abdul Ghani Abdullah (Kedah)
(1979) : Tuan Haji Shafie Kati (Selangor)
(1980) : Tuan Haji Abd Hak @ Abdul Ghani Abdullah (Kedah)
(1981) : Tuan Haji Mohamad Hasri (Wilayah Persekutan)
(1982) : Tuan Haji Abd Hak @ Abdul Ghani Abdullah (Kedah)
(1983) : En. Ismawi Haji Duet (Sarawak)
(1984) : En. Noor Din Idris (Kelantan)
(1985) : En. Noor Din Idris (Kelantan)
(1986) : Tuan Haji Mohamad Awang Teh (Terengganu)
(1987) : Tuan Haji Shafie Kati @ Haji Sulaiman (Selangor)
(1988) : En. Ahmad Salleh Saidi (Johor)
(1989) : En. Mohamad Haji Yusof (Kelantan)
(1990) : Tuan Haji Daud Che Man (Terengganu)
(1991) : Tuan Haji Mohamad Haji Yusof (Kelantan)
(1992) : Tuan Haji Mohamad Awang Teh (Terengganu)
(1993) : Tuan Haji Abdul Rahim Haji Ahmad (Kelantan)
(1994) : Tuan Haji Abdul Rahim Haji Ahmad (Kelantan)
(1994) : Tuan Haji Abdul Rahim Haji Ahmad (Kelantan) (untuk Tahun 1415 Hijrah)
(1995) : Tuan Haji Mohamad Awang Teh (Terengganu)
(1996) : En. Mohamad Hussin Mohamad Yunus (Kelantan)
(1997) : En. Mohamad Hussin Mohamad Yunus (Kelantan)
(1998) : Tuan Haji Ahmad Salleh Saidi (Johor)
(1999) : Che Yahaya Daud (Kelantan)
(2000) : Tuan Haji Radzi Kamarul Hailan (Perak)
(2001) : Tuan Haji Abd Ghani Hashim (Perak)
(2002) : Tuan Haji Abd Ghani Hashim (Perak) (Johan Menunggu)
(2003) : En. Ahmad Faizul Ghazali (Pahang)
(2004) : Tuan Haji Radzi Kamarul Hailan (Perak)
(2005) : En. Pisol Yusob (Perlis)
(2006) : En. Shafie Lebai Hanafiah (Pahang)
(2007) : En. Aziz Mustakim (Johor)
(2008) : Encik. Shamsul Ariffin Supian (Perak)

Qariah

(1960) : Cik Saodah Hanafi (Perlis)
(1961) : Cik Rogayah Sulong (Terengganu)
(1962) : Cik Rahmah Abd. Rahman (Johor)
(1963) : Cik Rogayah Sulong (Terengganu)
(1964) : Cik Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1965) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1966) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Terengganu)
(1966) : Cik Siti Noor Ismail (Kelantan) (untuk Tahun 1386 Hijrah)
(1967) : Cik Rodziah Abd Rahman (Pulau Pinang)
(1968) : Cik Rahmah Abd. Rahman (Johor)
(1969) : Puan Hajjah Jamaliah Ahmad (Kedah)
(1970) : Cik Rodziah Abd Rahman (Pulau Pinang)
(1971) : Cik Rodziah Abd Rahman (Pulau Pinang)
(1972) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1973) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Terengganu)
(1974) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Terengganu)
(1975) : Puan Hajjah Rahmah Abd. Rahman (Johor)
(1976) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1977) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1978) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Terengganu)
(1979) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Terengganu)
(1980) : Puan Hajjah Sapinah Mamat (Kelantan)
(1981) : Puan Hajjah Sapinah Mamat (Kelantan)
(1982) : Cik Munirah Kassim (Kelantan)
(1983) : Puan Hajjah Aminah Omar (Terengganu)
(1984) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Johor)
(1985) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Johor)
(1986) : Puan Hajjah Embab @ Siah Mat Amin (Terengganu)
(1987) : Puan Hajjah Sapinah Mamat (Kelantan)
(1988) : Puan Pasiah Hashim (Selangor)
(1989) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1990) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1991) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Kelantan)
(1992) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Johor)
(1993) : Puan Hajjah Umi Kalthom Mohd Zain (Johor)
(1994) : Puan Hajjah Umi Kalthom Mohd Zain (Johor)
(1994) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Johor) (untuk Tahun 1415 Hijrah)
(1995) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Johor)
(1996) : Puan Hasinah Abdullah (Johor)
(1997) : Puan Hajjah Siti Aminah Awang (Pulau Pinang)
(1998) : Puan Hajjah Sepiah Mohamad (Terengganu)
(1999) : Puan Maznah Awang (Terengganu)
(2000) : Puan Aminah Ayup (Sarawak)
(2001) : Puan Hajjah Pasiah Hashim (Selangor)
(2002) : Puan Hajjah Umi Kalthom Mohd Zain (Johor)
(2003) : Puan Hajjah Hasinah Abdullah (Johor)
(2004) : Puan Hajjah Hasinah Abdullah (Johor) (Johan Menunggu)
(2005) : Puan Faizah Mohd Husain (Selangor
(2006) : Puan Maslina Sinaga Abdul Rahman (Selangor)
(2007) : Puan Aminah Ayup (Sarawak)
(2008) : Puan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohammad Badiuzzaman (Perak)

Monday, 2 August 2010

Sejarah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Sumber : http://ms.wikipedia.org

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan pengasas Majlis Tilawah Al-Quran pada tahun 1961. Majlis tilawah kali pertama diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada tahun 9 Mac 1961 dan disertai oleh 7 negara iaitu Singapura, Brunei, Thailand, Sarawak, Indonesia, Filipina dan Malaya dengan 13 orang peserta mengambil bahagian. Dahulunya majlis ini dikenali sebagai Majlis Musabaqah Al Quran Peringkat Antarabangsa.

Bermula pada tahun 1985 Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa itu telah diubah lokasinya ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sehingga sekarang.

SENARAI JOHAN

Qari

  1. (1961) : Tuan Haji Ahmad Maasom Pergau (Malaysia)
  2. (1962) : En. Mohd Yusof Abdullah (Malaysia)
  3. (1963) : Tuan Haji Manaf Sasaelos (Thailand)& Tuan Haji Ismail Hashim (Malaysia)
  4. (1964) : En Hasan Musa (Malaysia)
  5. (1965) : Tuan Haji Ismail Hashim (Malaysia)
  6. (1966) : Tuan Haji Abd Majid Awang (Malaysia)
  7. (1966) : Tuan Haji Ismail Hashim (Malaysia) (untuk Tahun 1386 Hijrah)
  8. (1967) : En. Abdul Ghani Abdullah (Malaysia)
  9. (1968) : Tuan Haji Saidin Abd Rahman (Malaysia)
  10. (1969) : Tuan Haji Abd Majid Awang (Malaysia)
  11. (1970) : Tuan Haji Abd Majid Awang (Malaysia)
  12. (1971) : Tuan Haji Abd Majid Awang (Malaysia)
  13. (1972) : En. Abdul Ghani Abdullah (Malaysia)
  14. (1973) : En. Mohamad Taghi Morowat (Iran)
  15. (1974) : Tuan Haji Ismail Hashim (Malaysia)
  16. (1975) : Tuan Haji Ismail Hashim (Malaysia)
  17. (1976) : En. M Ali Yusni (Indonesia)
  18. (1977) : Tuan Haji Mashud Awang Damit (Brunei)
  19. (1978) : Tuan Sofad Awang (Thailand)
  20. (1979) : Tuan Abbas Salimi Naleeni (Iran)
  21. (1980) : Tuan Haji Abd Hak @ Abdul Ghani Abdullah (Malaysia)
  22. (1981) : Sheikh Al-Amin Mohamad Thoumi (Libya)
  23. (1982) : Tuan Haji Abd Hak @ Abdul Ghani Abdullah (Malaysia)
  24. (1983) : Tuan Haji Mirwan Batubara (Indonesia)
  25. (1984) : En. Mohamed Abu Snena (Libya)
  26. (1985) : En. Noor Din Idris (Malaysia)
  27. (1986) : En. Ahmad Khader al-Tarablushi (Kuwait)
  28. (1987) : En. Ali Sayyah Gordji (Iran)
  29. (1988) : En. Syarifuddin M.BA (Indonesia)
  30. (1989) : En. Brahang Harang (Thailand)
  31. (1990) : En. Abbas Emam Jameh (Iran)
  32. (1991) : Tuan Haji Mohamad Haji Yusof (Malaysia)
  33. (1992) : En. Mansoor Ghazrizadeh (Iran)
  34. (1993) : En. Ahmad Abu Al-Ghasimi (Iran)
  35. (1994) : Tuan Haji Abdul Rahim Haji Ahmad (Malaysia)
  36. (1995) : Tuan Haji Abdul Rahim Haji Ahmad (Malaysia)
  37. (1995) : Sheikh El-Sahat El Sayed Hassan (Mesir)(untuk Tahun 1416 Hijrah)
  38. (1996) : Sheikh Mekkawi Mahmoud Mohamed (Mesir)
  39. (1997) : En. Mohamad Hussin Mohamad Yunus (Malaysia)
  40. (1998) : En. Mohamad Gandom Najad Toosi (Iran)
  41. (1999) : Che Yahaya Daud (Malaysia)
  42. (2000) : Tuan Haji Radzi Kamarul Hailan (Malaysia)
  43. (2001) : En. Mas’ud Sayah Gorji (Iran)
  44. (2002) : En. Bakri Waru (Indonesia)
  45. (2003) : En. Ahmad Faizul Ghazali (Malaysia)
  46. (2004) : Tuan Haji Radzi Kamarul Hailan (Malaysia)
  47. (2005) : En. Indra Gunawan (Indonesia)
  48. (2006) : En. Hossein Saeid Rostami Tabrizy (Iran)
  49. (2007) : En. Aziz Mustakim (Malaysia)
  50. (2008) : Tuan Haji Mu’min Mubarok (Indonesia)
  51. (2009) : En. Usamah Abdullah (Iraq)

Qariah

  1. (1961) : Tiada Penyertaan
  2. (1962) : Tiada Penyertaan
  3. (1963) : Tiada Penyertaan
  4. (1964) : Cik Faridah Mat Saman (Malaysia)
  5. (1965) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia)
  6. (1966) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Malaysia)
  7. (1966) : Cik Siti Noor Ismail (Malaysia)(untuk Tahun 1386 Hijrah)
  8. (1967) : Cik Rodziah Abd Rahman (Malaysia)
  9. (1968) : Cik Rahmah Abd. Rahman (Malaysia)
  10. (1969) : Cik Maimunah Mo-air Saard (Thailand)
  11. (1970) : Cik Rodziah Abd Rahman (Malaysia)
  12. (1971) : Cik Rodziah Abd Rahman (Malaysia)
  13. (1972) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia)
  14. (1973) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Malaysia)
  15. (1974) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Malaysia)
  16. (1975) : Puan Hajjah Nursiah Ismail (Indonesia)
  17. (1976) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia)
  18. (1977) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia)
  19. (1978) : Puan Hajjah Rogayah Sulong (Malaysia)
  20. (1979) : Puan Sarini Abdullah (Indonesia)
  21. (1980) : Cik Maria Ulfa Haji Mudhafar (Indonesia)
  22. (1981) : Puan Hajjah Sapinah Mamat (Malaysia)
  23. (1982) : Cik Rahmas Abdullah (Malaysia)
  24. (1983) : Puan Hajjah Aminah Omar (Malaysia)
  25. (1984) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Malaysia)
  26. (1985) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Malaysia)
  27. (1986) : Puan Rahmawati A. Rani (Indonesia)
  28. (1987) : Puan Hajjah Sapinah Mamat (Malaysia)
  29. (1988) : Puan Hajjah Pasiah Hashim (Malaysia)
  30. (1989) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia)
  31. (1990) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia)
  32. (1991) : Puan Hajjah Faridah Mat Saman (Malaysia)
  33. (1992) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Malaysia)
  34. (1993) : Puan Fatimah Haji Madiah (Thailand)
  35. (1994) : Puan Hajjah Umi Kalthom Mohd Zain (Malaysia)
  36. (1995) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Malaysia)
  37. (1995) : Puan Hajjah Rahmas Abdullah (Malaysia) (untuk Tahun 1416 Hijrah)
  38. (1996) : Puan Sainab Abdulromae (Thailand)
  39. (1997) : Puan Wildayati Nusril (Indonesia)
  40. (1998) : Puan Sepiah Mohamad (Malaysia)
  41. (1999) : Puan Maznah Awang (Malaysia)
  42. (2000) : Puan Isniarah Bantayao (Filipina)
  43. (2001) : Puan Hajjah Pasiah Hashim (Malaysia)
  44. (2002) : Dayang Hajjah Aminah Haji Abd Manaf (Brunei)
  45. (2003) : Puan Hajjah Djihadiah Badar (Indonesia)
  46. (2004) : Puan Nurhidayah Sulaiman (Indonesia)
  47. (2005) : Puan Faizah Mohd Husain (Malaysia)
  48. (2006) : Puan Sainab Abdulromee (Thailand)
  49. (2007) : Puan Amnah Ayub (Malaysia)
  50. (2008) : Puan Fatimoh Ha’Ra’Ti (Thailand)
  51. (2009) : Cik Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd. Badiuzzaman (Malaysia)

STATISTIK JOHAN

Qari
  • Malaysia : 27 kali
  • Iran : 9 kali
  • Indonesia : 6 kali
  • Thailand : 3 kali
  • Libya : 2 kali
  • Mesir : 2 kali
  • Brunei : 1 kali
  • Kuwait : 1 kali
  • Iraq : 1 kali

Qariah

  • Malaysia : 34 kali
  • Indonesia : 7 kali
  • Thailand : 5 kali
  • Filipina : 1 kali
  • Brunei : 1 kali

Related Posts with Thumbnails

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA FERRARI

REPLIKA FERRARI

REPLIKA BIKERZ

REPLIKA BIKERZ

PERKEMAT DQ 06/07

PERKEMAT DQ 06/07

IBNU HAJI ABD KARIM © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO