Friday, 30 July 2010

Juara Imam Muda Musim Pertama

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...



Imam Muda Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan telah dinobatkan menjadi juara Program Imam Muda Musim Pertama di Dewan Muktamar Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Bermula dengan 10 orang peserta yang telah terpilih memasuki rancangan ini. Akhirnya hanya 2 orang sahaja yang layak ke peringkat akhir iaitu :
  1. Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27 tahun (Kedah)
  2. Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26 tahun (Pulau Pinang)
Seperti yang dikhabarkan juara dihadiahkan dengan sebuah kereta bernilai lebih RM150,000, pakej menunaikan haji, wang tunai RM20,000 serta komputer riba Apple Macpro dan peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi. Pemenangnya juga akan ditawarkan memegang jawatan imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Walau bagaimana pun, tahniah diucapkan kepada pihak Astro Oasis yang berjaya menerbitkan program realiti agama setanding dengan program realiti agama yang lain seperti Akademi Quran dan Akademi Nasyid terbitan TV9.

Semoga dengan terbitnya program-program realiti agama seperti ini dapat memenangi hati golongan remaja masa kini yang sudah banyak disajikan dengan program realiti yang lebih kepada hiburan semata-mata seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, One In A Millione, Gangstar, Mentor dan banyak lagi.

Finalis Akademi Al-Quran 4 (6 Ogos 2010)

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

RM 30 ribu buat juara

Setelah lapan minggu melalui pelbagai cabaran dan rintangan ketika berada di dalam Akademi Al-Quran musim keempat, akhirnya empat peserta layak melangkah ke peringkat akhir pertandingan berbentuk ilmiah ini.

Mereka adalah Husni bin Ali Hassan, 25, Muhammad Ahmad Zahid, 15, dan pasangan adik-beradik, Ahmad Tirmizi Ali, 25 dan Yahya Ali, 23.

Juara Akademi Al-Quran musim keempat akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 berserta hadiah sampingan yang terdiri daripada trofi, pakej umrah, dan sebuah Al-Quran digital. Tempat kedua pula akan mendapat wang tunai sebanyak RM15,000, trofi dan sebuah Al-Quran digital. Manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan RM2,000.

Sepanjang pertandingan dijalankan, peserta bukan sahaja dinilai melalui pembacaan mereka, malah ilmu pengetahuan mereka dalam mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran juga diambil kira supaya mereka lebih menghayati kandungan kitab suci itu.

Program yang dihoskan oleh Ustaz Mohd Zamri, Sharifah Khasif Fadzilah dan Khairul Noormaaidah ini turut menonjolkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh peserta dalam pelbagai aktiviti luar seperti gotong-royong, melawat rumah kebajikan dan bersukan.

Sejak bersiaran, Akademi Al-Quran musim keempat menerima sambutan menggalakkan dan berjaya menarik perhatian lebih 600,000 penonton.

Peringkat akhir program ini akan disiarkan secara langsung di TV9 pada 6 Ogos bermula jam 9 malam hingga 11 malam dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kenari : Bayaran Akademi Quran tak setanding Akademi Fantasia..teruk-teruk
Nuri : Bayaran Imam Terawih 30 hari tak setanding penyanyi konsert 2 jam..Lagi teruk
Bukan kerana duit tapi inilah realiti bila artis lebih diagungkan dari ulama'..

Wednesday, 28 July 2010

Pemenang Akademi Al-Quran 1, 2 & 3

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Akademi Al-Quran Musim Pertama :

  1. Abdullah Fahmi Che Nor (Wang tunai RM30,000 dan pakej umrah)
  2. Amirahman Abas (Wang tunai RM20,000 dan pakej umrah)
  3. Azraie Abdul Hak (Wang tunai RM10,000 dan pakej umrah)
Akademi Al-Quran Musim Kedua :
  1. Anuar Hasin (Wang tunai RM30,000, pakej umrah dan barangan elektrik RM20,000)
  2. Mohamad Hafas Ali (Wang tunai RM20,000, pakej umrah dan barangan elektrik RM5,000)
  3. Mohd Muslim Ali (Wang tunai RM10,000, pakej umrah dan barangan elektrik RM3,000)
Akademi Al-Quran Musim Ketiga :
  1. Mohd. Fakhrul Radhi Khamaruddin (Wang tunai RM30,000, kereta Proton Saga dan piala)
  2. Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzaman (Wang tunai RM20,000)
  3. Ahmad Tarmizi Abdul Rahman (Wang tunai RM10,000)

Monday, 26 July 2010

Seminar Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali-2

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Aturcara Seminar Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 yang akan berlangsung
pada hari Ahad, 1 Ogos 2010 bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam,
JAWI,
Kuala Lumpur.

Juara Imam Muda - Tajaan Belajar Di Madinah

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Muhammad Asyraf (kiri) dan Hizbur Rahman bertanyakan sesuatu kepada Dr. Muhammad
(dua dari kanan) sambil disaksikan Bahrudin di Shah Alam semalam.

SHAH ALAM - Dua finalis program realiti Imam Muda akan ditaja melanjutkan pengajian di Universiti Antarabangsa Al-Madinah oleh Yayasan Antarabangsa Al-Madinah.

Ketua Pengarah yayasan itu, Bahrudin A. Rahman berkata, kedua-dua finalis iaitu Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, dan Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, 26, diberi pilihan sama ada untuk mengikuti pengajian secara dalam talian atau sepenuh masa di universiti tersebut.

Katanya, serentak dengan tajaan itu juga, mereka layak untuk belajar secara percuma sehingga mendapat ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang pilihan masing-masing dengan kos keseluruhan mencecah sehingga RM100,000.

"Ini bukan pinjaman tetapi tajaan sepenuhnya yang diperoleh daripada wang wakaf dan sedekah oleh negara-negara Teluk. Ini bukan bantuan yang pertama yayasan lakukan.

"Untuk tahun lalu sahaja, yayasan sudah menaja 265 pelajar yang mendapat tawaran daripada Universiti Al-Madinah yang mempunyai cawangan di lapan negara di seluruh dunia," katanya selepas menerima kunjungan dua finalis berkenaan di di Bangunan Plaza Masalam di sini semalam.

Saturday, 24 July 2010

Hukum Fiqh : Red Devil, Jersi Bola & Tanda Salib

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Assalamualaikum ustaz, saya adalah salah seorang peminat bola sepak dunia.. saya meminati banyak pasukan Eropah. ini kerana ada lambang Salib Setan .. saya mahu tahu adakah saya sebagai seorang muslim boleh memakai jersi tersebut. Saya hanya meminati pasukan tersebut, sekiranya tidak boleh dipakai, adakah dalil yang melarang kita memakainya. Saya ada berbincang bersama rakan - rakan, mereka beritahu saya bahawa kita boleh memakai asalkan kita tidak mengagungkan lambang tersebut. Saya memang ragu - ragu dalam hal ini. Tolonglah selesaikan masalah saya ini ustaz. sekian, wassalam.

JAWAPAN

Wa'alaikumussalam,

Apa-apa sahaja logo jika adalah benar-benar sebuah lambang salib, ia tidak boleh dipakai sama ada di baju atau lainnya bagi seorang Muslim. Kerana penganut Islam tidak dibenarkan mengiklankan sebarang perkara yang bertentangan dengan Islam. Dalilnya adalah cukup mudah iaitu firman Allah:-

وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلإِثْمِ وَٱلْعُدْوَانِ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ

Ertinya : dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya ( Al-Maidah : 2)

Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini membawakan sebuah hadis yang menjelaskan lagi larangan memberi apa jua bantuan sama ada tersirat dan tersurat kepada hal ehwal yang bertentangan dengan aqidah dan hukum Islam. Hadisnya

ومن دعا إلى ضلالة كان عليه من الإثم مثل آثام من اتبعه إلى يوم القيامة ، لا ينقص ذلك من آثامهم شيئا

Ertinya : Barangsiapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya sehinggalah hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit ( Riwayat Muslim & Ibn Majah )

RED DEVIL, CARLSBERG & CHEVROLET


Jika ia bukan lambang salib, tapi hanya dirasakan sebagai salib hasil imaginasi sendiri, maka tiada masalah untuk memakainya, contohnya seperti kereta Chevrolet. Lambang kereta ini, seseorang individu mungkin menganggapnya sebagai salib namun jika dilihat di forum ini, penganut Kristian merasakan lambang Chevrolet itu adalah anti-kristian dan bukannya pro kristian. Apapun, jika seseorang itu secara tidak dapat dikawal sentiasa terbayang merasakan ia lambang salib, tatkala itu, elok ia dijauhi juga. Namun, dalam konteks biasa, logo kereta tersebut bukanlah salib.

Satu persoalan berkaitan adalah lambang Red Devil pada logo Manchester United.

Walaupun hakikat sebenarnya kita tidak tahu bentuk Syaitan yang sebenarnya, namun apabila manusia telah membuat imaginasi tersendiri berkenaan bentuk Syaitan, menamakannya sebagai Devil dan diterima umum sebagai satu lambang Devil. Tatkala itu lambang Red Devil yang berada di logo Manchester United juga termasuk di antara logo-logo yang TIDAK BOLEH, diiklankan dan disyiarkan (ditayang dan dibanggai) oleh seorang Muslim sama ada ditampal di dinding mahupun digunakan di atas pakaiannya.

Justeru, apa-apa logo jika telah diterima umum sebagai satu lambang syaitan, kemungkaran, kejahatan, heavy metal dihiasi amalan dan perbuatan kesyaitanan seperti (Black Metal), logo itu telah menjadi haram untuk digunapakai.

Berbalik kepad Red Devil, jika ia benar-benar membawa imej umum sesuatu yang bersifat kesyaitanan, atau apa-apa aktiviti kesyaitanan dan dosa, tatkala itu ia sudah termasuk dalam kategori Black Metal dan sememangnya tidak terlepas dari hukum haram.

LOGO MANCHESTER UNITED HARUS DAN MAKRUH BILA ?

Tetapi jika imej kesyaitanan dan aktviti dosa besar seperti Black Metal tersebut tidak berkait dengan Red Devil, kerana ia lebih membawa imej umum kepada hal bola sepak dan sukan, tatkala itu ia masih boleh digunakan.


Begitu juga jika ada individu tertentu boleh menyongsang arus lalu mendakwa ia berjaya mengelakkan hati dan pemikirannya dari mengakui ia sebuah lambang syaitan, dan kekal merasakan ia hanya sebuah lambang kumpulan bola sepak terkenal dunia yang tiada kaitan dengan syaitan atau sepertinya, tatkala itu BOLEH dan DIHARUSKAN baginya untuk memakainya.

Walaupun begitu, jika ia boleh menimbulkan fitnah dikalangan orang lain yang melihat, sehingga pemakai dianggap selaku menyokong sesuatu yang diharamkan, hukum HARUS berubah kepada makruh. Kesimpulannya, dalam hal Red Devil, hukum boleh jadi berbeza-beza kerana kepercayaan, keyakinan si pemakai dan orang yang melihat. Yang terbaik, sudah tentulah menjauhinya akibat rasa syubhah yang wujud.

Yang pasti, individu yang soleh dan mengabdikan diri kepada Allah tidak akan sama sekali memerlukan logo ini di dalam kehidupannya. Jika berminat sekalipun, cukuplah menyokong pasukan tersebut dalam pertandingannya tanpa perlu melibatkan diri dan menghabiskan duit dengan membeli jersi-jersi dan barang berlogo sebegitu.

Namun begitu, memakai jersi pasukan Liverpool yang dengan jelas memaparkan logo arak Carlsberg adalah muktamad hukumnya adalah HARAM menurut hukum Islam berdasarkan dalil-dalil dan hujah sebelum ini dan juga yang diberikan di bawah.

Pengharaman juga adalah MUKTAMAD bagi mana-mana pakaian dan barangan yang mempromosi iklan bank-bank konvensional ( seperti Standard Chartered) yang menawarkan produk Riba. Umat Islam dilarang sama sekali secara sepakat ulama, mempromosikan manamana bank konvensional kerana dosanya sama seperti berperang dengan Allah dan RasulNya serta berzina 36 kali. Baca di SINI (http://www.zaharuddin.net/content/view/75/93/ ) dan SINI (http://www.zaharuddin.net/content/view/301/93/ ).


Hujah dan tulisan ini bukan semata-mata TERHAD kepada kumpulan dan logo yang disebutkan, namun meliputi logo-logo dan jersi-jersi mana-mana pasukan dan kumpulan lain di dunia.

LAGI DALIL HADIS

Selain dalil Al-Quran di atas, sebahagian dalil lain kepada pengharaman mengguna termasuk memakai sesuatu yang diharamkan untuk Muslim adalah hadis :-

نهانا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نشرب في آنية الذهب والفضة وأن نأكل فيها، وعن لبس الحرير والديباج
وأن نجلس عليه، وقال: هو لهم (أي للكفار) في الدنيا ولنا في الآخرة

Ertinya : Rasulullah Sallahualahiwassalam telah melarang kami makan dan minum dari bekas yang diperbuat dari emas dan perak, dan memakai (kaum lelaki) pakaian dari sutera dan juga menggunakannya untuk alas duduk, baginda juga berkata : itu semuanya untuk orang kafir di dunia, dan kita hanya dibenarkan di Syurga kelak. ( Riwayat Al-Bukhari)

Berasaskan dari hadis terbabit, lalu para ulama membuat kesimpulan sebuah kaedah iaitu :-
وما حرم استعماله حرم اتخاذه تحفة وزينة

Ertinya : dan apa-apa yang diharamkan penggunaanya, diharamkan juga mengambilnya sebagai barangan yang disayangi ( barang dianggap berharga = masterpiece) dan perhiasan. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusuf Al-Qaradawi)

Kaedah ini menjawab persoalan sama ada ia diagungkan atau tidak, hakikatnya pemakaian, menjadikan hiasan sama ada sebagai pakaian, hiasan di rumah dan ditontonkan kepada orang ramai itu adalah sebenarnya secara langsung merupakan satu bentuk pengagungannya.

KESIMPULAN


Hukum memakai baju kumpulan bola berlambang salib secara jelas dan berlogo apaapa jenama yang diharamkan oleh Islam seperti Carlsberg itu adalah berdosa dan diharamkan untuk orang Islam memakainya dan dijadikan perhiasan dan masterpiece yang dibanggai.

Manakala hukum memakai pakaian yang berlambang Red Devil adalah di antara Harus dan Makruh sebagaimana yang disebutkan di atas dengan melihat kepada situasi yang berbeza-beza. Namun, sekiranya ia benar-benar dianggap sebagai logo dan tanda Devil dan tanda negatif dan kejahatan bagi masyarakat awam di sesuatu tempat, ia boleh berubah menjadi haram.

Manakala menggunakan kereta berlogo Chevrolet adalah harus.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
24 Julai 2010
ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/944/72/

Kenari : Kalau buang logo je boleh..Buang lambang devil tu..
Nuri : Tukar je kepada lambang Muslimin United..kan senang..huhu

External Hard Disk : Tips Yang Perlu Diketahui

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

External hard disk pelbagai jenama menjadi pilihan untuk kita simpan pelbagai file, lagu gambar tapi bagaimana kalau Hard disk kesayangan anda tu buat hal atau rosak dengan tiba-tiba.Tak kisah lah anda nak pilih brand apa..Hitachi ke Maxtor ke Toshiba ke Seagate ke. Pengguna yang suka sangat brand Maxtor akan cakap maxtor bagus..pengguna brand Hitachi akan cakap external hard disk dia lagi mantop..
tapi sekarang kita nak tahu sifat sifat external hard disk tu secara am..


Antara sifat sifat external hard disk yang perlu anda tahu:


  • Sensitif(mudah merajuk kalau dia manusia..hehehe).Sifatnya tidak boleh terhempas atau terjatuh.Disebabkan ianya boleh diubah sana sini tidak seperti internal hard disk yang berada dalam cpu diskru dan stabil kedudukannya.
  • External hard disk mudah terdedah pada peluh,tangan berair dan sebagainya.
  • Tidak boleh berdebu berhabuk.simpan dalam tempat yang bersih dan selalu jaga kebersihan ye.Macam orang kena mandi.
  • Usia hard disk- jika sudah lama dipakai dan dibawa keluar masuk segala macam data,spinning progressing berkurangan.
  • Tidak boleh panas sangat- external hard disk tak seperti internal hard disk yang ada kipas dah jadi tak boleh guna terlalu lama.

Bagaimana kalau external hard disk tu sudah kita jaga rapi, ditatang bagai minyak penuh tapi rosak le jugak..antara faktornya mungkin:

  • 1.kecacatan semasa pengeluaran
  • 2.kecederaan masa penghantaran/packing
  • 3.cara cara pekedai tu jaga hard disk tu di kedai..samada dia jaga ok ke tak.
  • 4.Terlalu banyak kali format- akan memendekkan usia hdd tu.Macam manusia jugak ye.

Tips semasa membeli external hard disk:
  • 1.Jika beli di pc fair-pastikan alamat kedai di mana supaya nanti senang nak claim atau hantar repair.
  • 2.Pastikan ada waranty.




**Ada yang berpendapat hard disk tak patut dijadikan external hard disk kerana sifatnya yang sangat-sangat sensitif, tapi memandangkan permintaan pengguna yang tinggi maka pasaran semakin hangat.

Sumber : http://nurizspace.blogspot.com

"Imam Muda" Episod 9 Penuh Air Mata

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Sumber : www.realitimelayu.co.cc

Banyak media cetak dan elektronik dari luar negara termasuk BBC World, CNN, Al-Jazeera, Reuters, Associated Press (AP), Neues Deutschland, National Post Canada dan New York International News sudah memberi liputan positif kepada program realiti dakwah Imam Muda terbitan Astro Qasis.

Terbaru, wakil majalah Der Spiegel Magazine dari Jerman dan akhbar International Herald Tribune, New York turut hadir ketika rakaman program minggu kesembilan berlangsung. Mereka hadir kerana tertarik dengan keindahan agama Islam yang ditampilkan menerusi program itu.

Sejak mula ke udara pada 28 Mei lalu dengan menampilkan 10 peserta, Imam Muda semakin menghampiri kemuncaknya apabila menyingkirkan dua peserta pada minggu kelapan, menyaksikan persaingan antara Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26, Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, dan Mohd Taufek Mohd Noh, 27, yang bersaing bagi merebut tempat untuk ke final.

Acara kemuncak itu akan berlangsung di Dewan Muktamar, Menara Pusat Islam. Kuala Lumpur pada 30 Julai ini.

Begitupun impian untuk ke matlamat berkenaan bukan mudah kerana menurut pengetua Imam Muda, Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz, semakin ke penghujung, cabaran yang diberikan kepada peserta semakin kental.

Untuk siaran pada minggu kesembilan, empat peserta yang tinggal diberi tugasan mendekati orang tua yang tinggal di Rumah Seri Kenangan, Seremban pada 17 Julai lalu dan menyelami perasaan mereka yang tinggal di rumah berkenaan.

Mereka juga perlu memenangi hati warga emas di situ yang dipilih untuk dijadikan sebagai bapa angkat. Semua tugasan ini memerlukan strategi sendiri bagaimana mahu melakukannya.

Sungguh menyayat hati kunjungan mereka ke sana sehinggakan ketika hendak berpisah dengan empat Imam Muda ini, ayah angkat mereka menangis kerana terharu.

Isu perdebatan yang ditampilkan juga sangat menarik, berkisarkan mengenai sikap anak yang sampai hati meninggalkan orang tua mereka di rumah orang tua.

Keempat-empat mereka tampil dengan pandangan sendiri mengenai isu ini. Ada yang kontra antara satu sama lain namun matlamatnya mahu mencari jalan penyelesaian kepada masalah sosial yang makin membarah sekarang. Semua mereka bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik kerana persembahan di pentas dan setiap apa yang dilakukan akan mengundang markah daripada pengetua.

Terdahulu sebagai pembuka program, keempat-empat Imam Muda ini berduet dengan penyanyi nasyid, Nazrey Johani dalam lagu I'tiraf yang begitu menyentuh perasaan. Keikhlasan mereka terpancar.

Apapun, semestinya saat yang paling ditunggu-tunggu penonton ialah persoalan siapa peserta yang tersingkir dan gagal meneruskan perjuangan pada final nanti.

Sungguh berat hati apabila Datuk Hassan tampil membuat rumusan terhadap setiap peserta serta menamakan siapa yang bakal tersingkir.


"Perasaan saya begitu terharu seperti mana minggu lalu di mana dua Imam Muda menamatkan tugasan mereka dan meninggalkan kita. Ini ialah satu keputusan yang amat berat bagi saya dan rakan lain," katanya.

Untuk mengetahui apa cerita menarik mereka ketika berada di Rumah Seri Kenangan serta siapa yang akan tersingkir, sama-sama kita saksikan Imam Muda pada malam ini jam 9 malam.

Sementara itu, Hassan berkata, dari perbincangan awal, mereka akan mengumpul markah setiap peserta dari peperiksaan, teori dan praktikal untuk menilai siapa yang layak ke final.

"Kami mahu cari peserta yang terbaik untuk diangkat sebagai Imam Muda Terunggul. Itulah sebabnya peserta didedahkan dengan macam-macam perkara.

"Di sini kami hanya bagi prinsip asas kerana kebanyakan peserta adalah graduan pengajian Islam. Cuma kami bagi pendedahan menerusi program ini untuk tarik orang ke masjid. "Saya yakin 10 orang peserta yang terbabit akan melahirkan lagi 1,000 Imam Muda di negara kita. Program ini sangat berjaya dan peserta ini menjadi contoh kepada masyarakat terutamanya golongan muda.

"Saya sendiri tak jangka Imam Muda akan diterima sampai ke peringkat antarabangsa dan jadi bualan. Program ini diolah oleh orang yang berpengalaman dalam ilmu agama.

"Ternyata Allah s.w.t bagi hidayah kepada kita. Selama ini TV dianggap sebagai kotak beracun, tapi Imam Muda menjadi penawar kepada semua. Kami sampaikan mesej perpaduan dalam Imam Muda dan apa yang ditampilkan bukan lakonan," katanya.

Datuk Hassan dibantu dua mentor, Ustaz Shahrizan Daud dan Ustaz Syed Norhisyam Al Idrus bagi proses penilaian setiap peserta. Program dihoskan Ustaz Dzulkarnain Hamzah.

Kenari : Final IM 30 Julai manakala final AQ4 6 Ogos.. Nasib baik tak serentak
Nuri : Satu tengok kat Mesir, satu lagi tengok kat Malaysia..hehe

Thursday, 22 July 2010

"Imam Muda" Bagai Penawar

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Populariti IM dianggap dapat seimbangkan program hiburan sedia ada

Sumber : www.bharian.com.my

JIKA dulu ada suara yang membisikkan bahawa program ilmiah pertama di dunia yang melahirkan pemimpin Islam berkaliber, Imam Muda bakal mendapat kritikan. Semuanya adalah disebabkan faktor agama yang membataskan perjalanannya.

Sebaliknya semua yang membataskan itu datang sendirinya daripada orang Islam yang tidak yakin dengan pegangan sendiri. Kini seluruh dunia termasuk negara bukan Islam sedang bercerita mengenai program yang bakal berakhir 30 Julai ini.

Sebelum ini juga, stesen televisyen dunia termasuk negara kita kian sarat dengan pelbagai program hiburan yang tidak lain mengajak penonton mencari kebendaan duniawi semata.

Sebaik gabungan antara satu badan penyiaran swasta, Astro Oasis bersama agensi kerajaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang keduanya mempunyai hala tuju yang berbeza, Imam Muda menjadi pencetus kepada dunia penyiaran dunia.

Kesempatan menemubual Mudir Imam Muda yang juga mantan Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hassan Mahmud berkata, kejayaan program ini memang membuka mata banyak stesen TV dari negara luar.

“Program ini berjaya kerana adanya orang dalam Astro yang pakar dalam bidang produksi dan aspek komersial. Ia juga disiarkan di saluran media iaitu televisyen yang dianggap sebagai ‘kotak beracun’.
“Banyak racun di dalamnya berbanding penawarnya. Sekarang dengan adanya program seperti ini ia dapat menjadi penawar kepada program hiburan sedia ada.

“Antara kejayaan besar yang dapat dilihat adalah dapat menyampaikan mesej perpaduan di dalamnya, kasih sayang kerana inilah kekuatan bagi kita sebagai manusia,” katanya yang ditemui pada sesi rakaman program ini bagi episod kesembilan baru-baru ini.

Program yang menggunakan modul pendidikan sepenuhnya daripada JAWI itu dinilai 100 peratus daripada prestasi teori dan praktikal peserta tiap minggu berlandaskan tahap yang ditentukan.

“Setiap mereka yang mendapat markah tinggi dari segi peperiksaan teori dan praktikal, dialah yang layak ke peringkat seterusnya dan yang gagal pada satu tahap yang ditetapkan, ‘dihentikan’ perjalanan mereka daripada program ini.

“Soalan yang diberikan kepada mereka bukan sembarangan soalan tetapi soalan yang di peringkat tinggi. Boleh dikatakan setaraf dengan soalan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di dalam pelbagai subjek di dalamnya. Setiap minggu soalan yang diberikan semakin berat dan sulit untuk diselesaikan.

“Ada soalan objektif dan soalan yang memerlukan mereka memberi pendapat dan idea, daripada situ markah mereka dinilai kerana kita mencari imam muda yang berketrampilan dan serba boleh serta mudah berhadapan dengan masyarakat,” katanya yang bukan saja menekankan subjek agama tetapi mereka juga harus mahir menggunakan bahasa Inggeris dan Arab.

Sehingga kini banyak ilmu yang sudah dicurahkan sebagai bekalan kepada mereka sebelum bersedia melangkah ke dunia sebenar selepas berakhirnya program ini.

“Apa yang kita bagi kepada mereka adalah secara global, mereka ini sudah memiliki ilmu agama sendiri kerana kebanyakan mereka adalah lepasan universiti bukan saja di negara ini malah dari luar negara yang berkaitan pengajian Islam.

“Di sini kita bagi tugasan kepada mereka bagaimana mereka ingin menguruskan orang ramai, masjid, bagai mana mereka nak menjadi cemerlang agar orang ramai mudah mendekati masjid, semua diajar di sini.

“10 Imam Muda ini bakal melahirkan 1,000 lagi Imam Muda yang lain seperti mana mereka melahirkan tokoh dari bidang lain,” katanya yang juga tidak pernah tidak menjangka program ini akan menembusi pasaran antarabangsa selepas memasuki episod ketiga lalu.

Imam Muda yang disiarkan Astro Oasis saluran 106 jam 9 malam setiap Jumaat akan berakhir 30 Julai ini di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Wednesday, 21 July 2010

Hukum Minyak Wangi Alkohol...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Terdapat banyak pertanyaan tentang penggunaan minyak wangi beralkohol. Disini saya membawa sedikit berkenaan dengan perbincangan hukum alkohol..

Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hakikat alkohol ini diantara ianya bahan beracun atau bahan memabukkan..

Jika ianya bahan beracun maka jelas sepakat para ulama kata ia adalah benda yg bersih tidak najis dan boleh dibawa dalam solat..

Adapun sekiranya ia adalah bahan yang memabukkan maka ade 2 pendapat yang kuat dalam masalah ini. Tetapi mereka bersepakat berkata alkohol yangg memabukkan haram diminum. adapun yang 2 pendapat ini adalah adakah ia najis ataupun bersih..2 pendapat itu seperti berikut:

Pendapat pertama: Mereka mengatakan arak dan juga cecair yang memabukkan adalah najis. Ini adalah pendapat utama dlm Mazhb Maliki, Hanafi, Syafie dan Hambali.
Dalil: Mereka menggunakan ayat dibawah:

إنما الخمر والميسر والأنصاب والأزلام رجس

Ayat ini jelas menunjukkan kapad arak adalah najis berdasarkn kalimah رجس yg bermaksud najis.

Pendapat kedua: Arak dan seumpamnya tidak najis. Ini pendapat Imam Rabie tok guru Imam Malik, Imam Laith bin Saad, Muzani murid imam utama Syafie, Imam Syaukani, Sun'ani, sidiq hasan khan dlm kitab (Raudah alBahiyah) dan Syeikh Rashid Redo.

Dalil:

1.Perkataan رجس dalam Quran adalah najis dr segi makanawi sahaja seperti najisnya orang kafir.

2. Asal bagi sesuatu adalah suci. Tidak ada Nas yang sahih yang menyatakan ianya najis.

3. Para sahabat telah menuang arak di jalan di Madinah sebaik sahaja datang ayat yang menyatakan ianya haram diminum.

Kesimpulan: Syeikh Atiah Saqor (gambar) mantan Mufti Mesir dlm Fatwanya telah memilih pendapat yang kedua.

Kalau kita lebih warak kita guna pendapat yang pertama. Tak perlulah kita taksub mana-mana pendapat. Kedua-duanya adalah ijtihad para ulama yang muktabar.

Kenari : Saya baru je beli perfume Desire Blue hari tu..
Nuri : Em, sama la saya beli Davidoff Cool Water..hehe

Monday, 19 July 2010

Pakaian Renang 'Islamik' Produk Cina Di Mesir

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Sumber : www.eramuslim.com

Pakaian renang 'Islami' produk Cina menyerbu pasar Mesir sejak awal musim panas di tengah gelombang protes para ulama yang berpendapat hal itu merupakan pelanggaran terhadap ajaran-ajaran Islam.

Para wanita berjilbab maupun yang tidak berjilbab di Mesir berduyun-duyun ke toko-toko yang menjual pakaian renang 'Islami' itu, yang menurut mereka "halal" dikenakan di kolam renang ataupun di pantai - pakaian renang ini diimpor dari Cina - dan para wanira Mesir mulai bersaing dengan rekan-rekan Libanon mereka yang telah menggunakan mode ini di musim panas sebelumnya.

Pakaian renang 'Islami' terdiri dari atasan lengan panjang, celana ketat tertutup dengan rok pendek, dan jilbab. Kainnya sama dengan pakaian renang biasa.

Bertentangan dengan apa yang terjadi dalam beberapa tahun terakhir, para wanita yang aslinya tidak berjilbab mulai membeli pakaian renang 'Islami' ini karena adanya insiden pelecehan seksual yang meningkat di beberapa pantai, kata pemilik toko Sabry Murad.

"Bikini dan pakaian renang 'satu lembar' dapat diterima di beberapa tempat dan para gadis yang mengenakannya kadang-kadang dilecehkan, sehingga mereka merasa lebih aman untuk memakai pakaian renang yang menutupi seluruh tubuh," kata Sabry kepada Al Arabiya.

Harga pakaian renang 'islami' buatan Cina ini sangat terjangkau karena berkisar 75-500 Pounds Mesir, kata salah seorang pemilik toko Muhammad Jamal.

"Itulah sebabnya seluruh keluarga membelinya," katanya kepada Al Arabiya.

Pada saat penjualan pakaian renang 'Islami' meroket tinggi, para ulama Islam menyangkal konsep umum yang menyatakan bahwa pakaian tersebut sesuai dengan ajaran Islam.

Dr. Suad Shalih, profesor perbandingan fikih di al-Azhar University, berpendapat bahwa meskipun pakaian renang 'Islami' ini menutupi seluruh tubuh, pakaian ini masih ketat terutama saat basah.

Ini sama saja membatalkan tujuan pakaian 'Islami' yang seharusnya tidak membentuk lekuk tubuh, apalagi dipakai di pantai umum," katanya Al Arabiya.

Dr. Shalih mengatakan bahwa perempuan berhak untuk menikmati diri mereka sendiri di musim panas selama mereka mematuhi aturan Islam.

"Mereka dapat berenang di pantai yang khusus untuk wanita atau tidak berenang di semua pantai yang bercampur baur," tambahnya.

Dr. Ahmed Omar Hashem, former head of al-Azhar University and chairman of the Religious Affairs Committee at the People's Assembly, agreed with Saleh.

Dr. Ahmad Umar Hasyim, mantan kepala al-Azhar University dan ketua Komite Agama di Majelis Rakyat, setuju dengan pernyataan Dr. Shalih.

"Wanita muslim hanya dapat menggunakan pakaian renang, apakah pakaian renang biasa atau 'Islami', selama tidak ada orang di sekitar mereka," katanya kepada Al Arabiya.

Dr. Mustafa Imara, profesor Teologi di al-Azhar University dan anggota Dewan Tertinggi Urusan Islam, menyerukan untuk membangun pantai yang khsusu wanita untuk menghindari pelanggaran hukum Islam kesopanan dan kesusilaan.

"Seorang wanita tidak boleh mengungkapkan bagian dari tubuh mereka kecuali ada kebutuhan seperti kondisi medis atau sebuah sayatan bedah," katanya kepada Al Arabiya.

Ketika ditanya tentang pakaian renang 'Islami', EIara mengatakan bahwa hal itu hanya tren komersial yang tidak ada hubungannya dengan Islam.

"Mereka sebut 'Islami' untuk mendapatkan keuntungan. Tidak ada yang namanya baju renang relijius atau baju renang sekuler," ia menyimpulkan.

Gerakan Anti Islam Antarabangsa

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Sumber : www.eramuslim.com

Tidak puas cuma menghina Islam, anggota parlimen Belanda yang dikenal anti-Muslim Geert Wilders menyatakan akan membentuk sebuah gerakan untuk membendung masuknya para imigran dari negara Muslim ke negara-negara Barat.

Gerakan anti imigran Muslim itu, kata Wilders akan dilancarkan tahun ini dan untuk tahap awal, gerakan itu akan dibentuk di lima negara; AS, Kanada, Britain, Jerman dan Perancis. "Pesan yang akan disampaikan dalam gerakan ini adalah 'Stop Islam, Pertahankan Kebebasan', pesan ini penting bukan hanya untuk Belanda tapi untuk semua negara Barat yang bebas," ujar ketua Parti Kebebasan di Belanda ini.

Selain melarang para imigran dari negara muslim masuk ke negara Barat, gerakan ini juga bertujuan untuk melarang diberlakukannya syariah Islam. Wilders mengungkapkan harapannya, gerakan yang didakwanya berasal dari kalangan akar umbi ini boleh meluas dan mendapat dukungan dari anggota parlimen lainnya.

Menanggapi rencana Wilders ini, pemuka Muslim di Belanda, Ayhan Tonca menyatakan khuaatir propaganda yang disebarkan Wilders akan makin menyuburkan sentimen anti-Islam yang terus tumbuh di Eropah dalam beberapa tahun terakhir.

"Sepanjang hal-hal seperti ini sejalan dengan buruknya perekonomian, banyak orang yang selalu mencari kambing hitam. Saat ini, yang menjadi kambing hitam adalah kaum Muslimin di Eropah Barat," ujar Tonca. Ia menyatakan, warga Eropah yang baik selayaknya menentang gerakan Wilders.

Di Belanda, Wilders mendapat perlindungan 24 jam penuh kerana ia kerap mendapat ancaman akan dibunuh akibat pernyataan-pernyataannya yang anti-Muslim dan melecehkan Islam. Bulan Oktober mendatang, ia akan menjalani proses persidangan terkait filemnya berjudul "Fitna" yang menyebut Quran sebagai kitab suci yang rasis dan memicu terorisme. Tapi dengan arogan Wilders menyatakan akan memperluas propaganda anti-Islamnya ke luar Negara Kincir Angin.

"Saya melihat perjuangan untuk kebebasan dan perlawanan terhadap Islamisasi merupakan fenomena yang sudah mendunia dan menjadi persoalan yang harus diselesasaikan," tukas Wilders yang akan menamakan gerakan barunya dengan Geert Wilders International Freedom Alliance. (ln/guardian)

Kenari : Moga Allah menggagalkan usaha anti-muslim ini..

Nuri : Bangunlah wahai umat Islam...!!!

Tokoh Tahfiz & & Syariah Terima Anugerah KITAB

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Sumber : http://malaysiakini.com

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) buat julung kalinya akan menganugerahkan 'tokoh ilmuan' kepada dua tokoh agama tempatan di atas sumbangan mereka dalam perkembangan Islam di negeri tersebut.

Anugerahkan tersebut akan disampaikan oleh Yang Terutama Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas sewaktu konvokesyen KITAB pada 27 Julai ini.

Penerima augerah tersebut ialah imam Masjid Kapitan Keling yang juga seorang guru tahfiz, Datuk Sheikh Abdullah Abdullah Bukhari yang banyak berjasa dalam bidang tahfiz al-Quran.

Manakala seorang lagi penerima anugerah tersebut ialah ahli Majlis Fatwa Pulau Pulau Pinang yang juga pensyarah di Universiti Islam
Antarabangsa, Datuk Mohd Salleh Ahmad yang menyumbangkan jasanya dalam bidang syariah.

"Apabila kita memberi sumbangan ini, mereka akan menjadi rujukan kepada masyarakat dan institusi lain," kata Rektor KITAB, Dr Mustapa Kassim ketika dihubungi Malaysiakini.

Mengenai konvokesyen ketiga kolej tersebut, Dr Mustapa berkata 28 pelajar akan menerima diploma Syariah dan Tahfiz Al-Quran manakala 260 pelajar lagi menerima sijil dalam bidang bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

"Dua daripada pelajar diploma itu adalah pelajar antarabangsa, masing-masing dari Indonesia dan Singapura," katanya.

Manakala dalam bidang sijil pula, Mustafa berkata, dua orang pelajar dari Thailand juga bakal menerima sijil mereka pada hari bersejarah itu.

Mustafa berkata, setakat ini kolej tersebut yang mula beroperasi pada 12 Mei 2005, mempunyai 262 pelajar yang mengikuti lima bidang pengajian di peringkat diploma.

Selain menawarkan pengajian diploma Syariah dan Tahfiz Al-Quran, tiga bidang lagi yang ditawarkan adalah Diploma Kewangan, Perbankan dan Qiraat Al-Quran yang telah mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Menurutnya, terdapat pelajar yang tamat pengajian dari kolej itu sebelum ini telah melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), antaranya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Univerisiti Multimedia (MMU), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Malah kata Mustafa, terdapat juga pelajarnya yang melanjutkan pelajar ke peringkat ijazah pertama di Univerisiti Islam Negeri (UIN) di Medan, Indonesia.

Di samping itu, kini terdapat 60 pelajar tempatan yang telah bekerja yang mengikuti pengajian hujung minggu di kolej tersebut - masing-masing 47 dalam bidang Diploma Syariah dan 13 orang dalam bidang Tahfiz Al-Quran.

Menurut Dr Mustafa, KITAB kini mempunyai 30 tenaga pengajar yang majoritinya anak tempatan dan telah mengikuti kursus pengajaran di Univerisiti Sains Malaysia (USM).

Katanya, kolej tersebut yang sebelum ini merupakan sebuah pusat pengajian tahfiz, adalah milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

"Kami menjangkakan dalam masa lima tahun lagi, kami mempunyai universiti sendiri," katanya sambil menambah MAINPP turut menyelia tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah yang diletak di bawah satu struktur.

Beberapa jawatankuasa dibentuk bagi memastikan KITAB beroperasi dalam keadaan yang mantap, teguh dan dipercayai, iaitu Jawatankuasa Merangka Kurikulum, Jawatankuasa Pakar Menyemak Kurikulum dan Lembaga Pengarah KITAB.

Jawatankuasa tersebut dianggotai pakar-pakar dalam pelbagai bidang di peringkat negeri dan kebangsaan.

Program Diploma Syariah, Diploma Tahfiz al-Quran dan Diploma Qira'at juga diiktiraf oleh universiti di Timur Tengah seperti di Mesir, Arab Saudi, Jordan dan Maghribi untuk membolehkan pelajar kolej tersebut melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda.

Friday, 16 July 2010

Taktik Piala Dunia...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Berikut adalah taktik2 yang digunakan oleh beberapa negara. Camana boleh kantoi ni?

Sumber http://ohtidak.com

lagi..




Lagi..lagiiii


Lagi..lagi..

Ok yang No 8 ni kalau nak letak Malaysia pun kami tak marah.


Kenari : Lawak sungguh tengok taktik ni..hahaha
Nuri : Kalau tak lawak tak paham la maknanya..wawawa

Thursday, 15 July 2010

Tentatif 2nd Annual Festival Of BKPJM 2010

Bsimillah ar-Rahman ar-Rahim...


Sumber : http://mybkpjm.blogspot.com (link)

18 JULAI 2010 (AHAD)


(MAHASISWA/WI)
Aturcara - Indoor Games (Ilmiah)
Waktu : Pagi dan Petang
Tempat : Asrama pelajar johor rabaah.
Yuran : LE 1 bagi setiap seorang untuk 1 penyertaan (Penyertaan adalah terhad).

08.30 pg – 11.00 tgh :“Who Wants To Be A Da’ie”
- Penyertaan adalah terhad kepada 3 orang : 1 kumpulan
- Bentuk pertandingan
  • Pilihan jawapan
  • Teka Fatwa
  • “Win, Lost of Draw”
  • Islamic Puzzle
  • Map of al-Ardh
  • Pyramid Games
11.00 tgh – 1.00 ptg :Hukumah VS Mu’aridhah ( bahas ala parlimen )
(Antara tajuk yang bakal dipilih untuk diperbahaskan) :
  • Cinta Islamik : sebelum kahwin atau selepas berkahwin?
  • Nikah semasa pengajian, atau selepas tamat ?
  • Mahasiswa berpolitik : Relevankah?
  • Tinggal di Asrama Pelajar Negeri, atau di rumah sewa?
  • Perpindahan ke Kaherah : Perlu atau tidak?
- Penyertaan adalah terhad kepada 4 orang mahasiswa dan 4 orang mahasiswi sahaja)
- Pemilihan tajuk adalah berdasarkan cabutan undi.

1.00 ptg – 2.00 ptg :Rehat dan Solat Zohor.

2.00 ptg– 3.00 ptg :Seni Pantun dan Anda (pertandingan balas pantun)

5.00 ptg – 7.00 ptg : Forum
Tajuk : “Rehlah ke bumi Al Quds”
Panel 1 : Ust Abdul Muin bin
Panel 2 : Ustaz Farkhan bin Md Zain
Pengersusi : Ust Aliffuddin bin Ramli

8.30 mlm – 10.00 mlm : Majlis Perasmian Pembukaan AF ’10.
Oleh : Tn. Hj. Ahmad Hanif bin Naim (Pegawai Kebajikan Pelajar Johor Mesir)

10.00 mlm – 10.30 mlm : Jamuan & majlis ditangguhkan

19 JULAI 2010 (ISNIN)

(MAHASISWA)
Aturcara : Olimpik Champion
Waktu : Pagi dan petang -
Tempat : Mukhayam Daim ( hayyu sadis).
Yuran : Pendaftaran Le 5.00 (setiap seorang)

7:00 pg - 7.30 pg : persiapan padang

7.30 pg - 8:30 pg : pendaftaran dan pembahagian kumpulan

8:30 pg - 9:00 pg : penerangan pertandingan

9:00 pg -1:00 ptg : Acara balapan:
  • 100 miter
  • 200 miter
  • 4X100 miter
  • 400 miter
  • Tarik tali
  • Lompat tinggi
  • Lompat jauh
  • Lontar lembing
  • Lontar peluru
1:00 ptg-2:30 ptg : Rehat, solat & makan

2:30 ptg-4:00 ptg : Street Soccer ( bola sepak)

4:00 ptg-5:30 ptg : Bola tampar

(MAHASISWI)

Aturcara : Outdoor Games
Waktu : Pagi dan petang
Tempat : Nadi Syabab Hayyu Asyir dan APJ Rabaah.
Yuran : Pendaftaran Le 2.00 termasuk sukan (setiap seorang)

7:30 pg-8.00 pg : pendaftaran peserta program

8:00 pg-8.20 pg : senamrobik

8:20 pg-8.30 pg : taklimat utk para peserta (penerangan&pembahagian kump.) - 25 org./kump.

8:30 pg-9.30 pg : sukaneka (semua peserta terlibat)
  • minimarathon 1 (lari dlm. guni,gelek gelung rotan,tiup belon) -(5 org./kump)
  • minimarathon 2 (teng-teng,baling selipar,skipping,lari sebelah kaki,tiup belon)- (5 org./kump)
  • permainan tarik tali (15 org./kump) - (peserta-peserta yg.tidak terlibat dalam minimarathon 1 & 2)
9:30pg-10.30pg : Bola Tampar (6 org./kump)

10:30pg-11.30tgh : Bola Jaring (7 org./kump)
  • permainan Rounders (5 org./kump)

11:30 tgh : Berkemas pulang ke APJ Raba’ah.

2:00 ptg-2.30ptg : Kehadiran semua peserta di dewan APJ 4

2.30 ptg-5.30ptg : Indoor Games
  • EXPLORace ~ (5 org./kump).
  • badminton (beregu) ~ (2 org./kump).
  • ping pong (beregu) ~ (2 org./kump).
  • catur ~ (1 org./kump).
  • Scrabble ~ (2 org./kump)
  • lompat tali ~ (5 org./kump)
  • Sudoku ~ (terbuka)
  • puzzle ~ (terbuka)
  • rebut kerusi ~ (terbuka)
  • peraduan cari perbezaan ~ (terbuka)
5:30 petang : semua aktiviti sukan tamat, berkemas.

20 JULAI 2010 (SELASA)

( MAHASISWA/WI TAHUN 3 & 4)


Aturcara : Kolokium tahun akhir
Waktu : pagi dan petang
Tempat : Dewan APJ Rabaah.
Yuran : LE 5.00 (sijil,sarapan pagi)

8.00 pg-10.00pg : "Persediaan Kerjaya"
Oleh : Syeikh Yusoff bin Ahmad (Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kedah)

10.30pg-12.30tgh : "Azhari dalam Institusi Agama Di Negeri Johor"
Oleh : Ustaz Ahmad Hanif bin Hj Naim (Pegawai Kebajikan Pelajar Johor)

1.30ptg-3.30ptg : FORUM : "Realiti Dakwah Di Malaysia"
Oleh : Ustaz Hairul Nizam Mat Hussin (Mantan Presiden PMRAM 06/07)
Ustazah Fitri Nurul Ain bte Nordin (Mantan AJK HEWI BKASM)

4.00ptg-6.00ptg : "Motivasi & Pengalaman Kerja"
Oleh : Ustaz Ishaq Othaman (Pegawai MARA Timur Tengah)

6.15ptg-7.45ptg : "Azhari sebagai Pegawai Diplomatik"
Oleh : En Shaiful Anuar bin Mohamad (Kuasa Usaha Sementara,KBMK)

21 JULAI 2010 (RABU)

(MAHASISWA)

Aturcara : Indoor Games
Waktu : pagi dan petang
Tempat : Dewan APJ Rabaah.

8.30pg–12.00pg : Sukaneka
- Penyertaan adalah terbuka kepada semua mahasiswa.
- Antara yang menarik :
  • Tenpin Boling Mesir.
  • Kereta Sorong
  • Don’t Drink and Drive.
  • 3 Kaki, 2 Kepala dan lain-lain.
12.00tgh- 4.30ptg : Ping Pong (Men’s Double) dan PES 2010
- Kedua-dua acara dijalankan serentak.
- Penyertaan Ping Pong (Men’s Double) adalah dibuka kepada 8 pasangan sahaja.
- Penyertaan PES 2010 adalah dibuka kepada 16 orang pemain sahaja.
- Peserta hanya dibenarkan memilih salah satu daripada dua acara di atas.

(MAHASISWI)


Aturcara : Jaulah Fayyum
Waktu : pagi dan petang
Yuran : LE 75.00 (Pengangkutan,makan tengah hari)
Tempat lawatan : - Kincir ( As Sawaqi)
- Bahirah Qanun
- Qashru Qanun
- Ladang anggur
- Ladang mangga
- Ladang Matahari dan lain-lain

22 JULAI 2010 (KHAMIS)

(MAHASISWA/WI)

Aturcara : Program Dewan
Waktu : Pagi, petang dan malam
Tempat : Dewan APJ Rabaah

8.30pg-10.30pg : Pembentangan Tesis Master . Oleh : Ust Mohd Fairuz bin Tamjis
1.30ptg-4.30ptg : Hari Keluarga Bait Muslim ( Mutazawijin sahaja)
- Usrah Bersama Abang Long (Pegawai Hal Ehwal Pelajar Johor).
- Kuiz :“Personaliti Pasanganku”.
- Pertandingan Bait Muslim. (Antara yang menarik ) :
  • 3 kaki, 2 mata.
  • Isteri Hias Suami.
  • Gaya Si Comel.
  • Rebut gula-gula.
- Solat dan Jamuan.
  • Port Luck (bertukar-tukar makanan di kalangan mutazauwijin).

8.30mlm-10.30mlm : Forum Bait Muslim dan Hisbah
Panel 1: Ust Mohd Anuar bin Mohd Kamal
Panel 2 : Ustz Maria bte Bakri
Panel 3 : Ust Nuruddin Zanki Hamzah

23 JULAI 2010 (JUMAAT)

(MAHASISWA/WI)


Aturcara - Program Dewan
Waktu : Pagi dan petang
Tempat : Dewan APJ Rabaah

3.00pg-4.00pg : Qiammulail / surah Al-Kahfi

5.00ptg-7.00ptg : Penyampaian Sanad Syamail Muhammadiah dan Hadis Musalsal Bil Awwaliyah.
Oleh : YBhg. Ustaz Masnor bin Hamzah

24 JULAI 2010 (SABTU)

(MAHASISWA)

Atucara : Rehlah Tarbawiyah ke Ain Sukhnah
Waktu : pagi dan petang
Tempat : Pantai Ain Sukhnah
Yuran : LE 65.00

7.00 a.m : Bertolak dari APJ Rabaah

9.30 a.m : Tiba di Pantai Ain Sukhnah

10.00 a.m -1.00 p.m : Aktiviti bermula
  • Arkitek pasir
  • Lanun-lanun
  • Tazkirah 1 minit
  • Sukaneka
  • BBQ
1.00 p.m.– 2.00 p.m : Makan dan solat

2.00 p.m.– 4.30 pm : sukaneka / bola sepak pantai

4.30 p.m.– 5.00 p.m : Solat dan minum petang

5.00 p.m.– 6.30 p.m : sukaneka / bola sepak pantai /aktiviri bebas

6.30 p.m : Bersiap dan pulang

(MAHASISWI)

Atucara : Muslimah Hari Ini (MHI)
Waktu : pagi dan petang
Tempat : APJ Rabaah


TENTATIF MHI 2010

09.00 a.m.– 09.30 a.m. : Pendaftaran

09.30 a.m.– 10.00 a.m. : Perasmian

10.00 a.m.- 10.10 a.m. : Taklimat Disiplin

10.10 a.m. - 11.45 a.m. : Diskusi Kitab (Pengenalan Feqh Wanita)

11.45 a.m.- 12.00 p.m. : Selingan

12.00 p.m - 02.00 p.m. : Pembentangan Kertas Kerja
(Aurat Wanita, Tabarruj, Purdah, Fesyen dll)

02.00 p.m.– 03.00 p.m. :Khidmat Diri

03.00 p.m. - 4.30 p.m. : Forum (Dara)
04.30 pm. - 05.00 p.m. : Solat

05.00 p.m. - 06.30 p.m. : Talk Show (Pesanan Orang Tua Antara Adat dan Syariat)

06.30 p.m. - 07.30 p.m. : Alkisah

07.30 p.m - 08.30 p.m. : Khidmat Diri

08.30 p.m. - 10.00 p.m : Munakahat

10.00 p.m. : Penutup dan Bersurai

25 JULAI 2010 (AHAD)

(MAHASISWA/WI)

Aturcara - Program Dewan
Waktu : petang dan malam
Tempat : Dewan APJ Rabaah

9.00a.m.-11.00 a.m : Diskusi Kitab “ hal islam hual hal”
Oleh : YBhg. Ustaz Mohd Azrul Bin Ismail

1.30p.m.-3.30p.m. : Slot bersama PMRAM

5.00p.m.-7.-00p.m : Forum “bersamamu BKPJM”
Panel 1 : YBhg.Ustaz Mohamed Fairuz bin Tamjis (YDP BKPJM 05/06)
Panel 2 : Saudara Firdauz bin Noh ( YDP BKPJM 08/09)
Panel 3 : Saudara Basir bin Mohamed (YDP BKPJM 09/10)
Pengerusi : Saudara Syed Miftahul Ulum bin S. Mustafa Kamal

Tentatif Malam penutup

8.30p.m. - 9.30 p.m : Majlis Perasmian Penutup
Oleh : Saudara Basir bin Mohamed (YDP BKPJM 09/10)

9.30p.m-10.00p.m : Persembahan Nasyid Izdan

10.00pm.-10.30p.m : Majlis Penyatuan Pelajar
Persembahan Kompang

10.30p.m.-11.00 p.m : Penyampaian Hadiah dan Slide Show

11.00 p.m : Jamuan dan bersurai

"Imam Muda" Perhatian Dunia

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Sumber : www.hmetro.com.my (link)

PROGRAM realiti dakwah Imam Muda terus melakar sejarah kerana berita mengenainya mendapat perhatian media cetak dan elektronik di kebanyakan akhbar utama dunia.

Semakin ramai yang melayari Google, Youtube dan Facebook (FB) untuk mencari maklumat mengenai Imam Muda.

Ternyata Imam Muda membuka lebaran baru dalam program realiti yang bukan bercorak hiburan. Siapa sangka musim pertama program itu menjadi tarikan di seluruh dunia. Di kala ada pihak yang menuduh umat Islam pengganas, tiba-tiba Imam Muda menjadi program yang mendapat liputan meluas media antarabangsa.

Antara media yang menyiarkan berita Imam Muda termasuk Reuters, AP, AFP, Wall Street Journal, The Daily Telegraph, New Straits Times Singapura, Der Spigel (majalah Jerman) dan Daily Tribune. Ada akhbar antarabangsa lain mendapatkan berita program itu menerusi akhbar lain dan juga dengan melayari Internet.

Berita keunikan dan keistimewaan program itu turut disiarkan di saluran televisyen ARD dan ZDF (saluran televisyen Jerman) dan BBC World. Perkembangan program ini turut dapat disaksikan penonton di Tokyo, Jepun, seluruh negara Eropah, Amerika Syarikat, Taiwan dan India.

Lebih membanggakan apabila Isnin lalu, kru produksi Imam Muda didatangi kru dari CNN dan Al-Jazeera.

Koresponden CNN yang berpengkalan di Bangkok, Dan Rivers berkata, program Imam Muda melambangkan corak hidup masyarakat Islam di Malaysia.

"Di Amerika Syarikat sendiri ada banyak program realiti popular seperti X-Factor namun Imam Muda sangat berbeza. Menerusi rakaman ini nanti, saya akan menjelaskan kepada penonton di Amerika kenapa Imam Muda berjaya menjadi program realiti paling popular di Malaysia sekarang.

"Saya mendapat tahu mengenai program ini selepas membaca beritanya yang disiarkan di akhbar Wall Street Journal dan youtube. Daripada maklumat yang saya peroleh, agama Islam itu sendiri sangat menarik dan bersifat terbuka kepada semua masyarakat.

"Cabaran dan tugasan yang diberikan kepada peserta Imam Muda juga dapat menarik minat golongan muda mendekati agama ini dan keunikan program ini apabila ia satu-satunya program realiti agama yang paling mendapat perhatian penonton," katanya.

Produser Kanan Al-Jazeera, Stephanie Scawen pula berkata, dia mengetahui mengenai kewujudan program Imam Muda selepas membacanya di akhbar Daily Telegraph, minggu lalu.

"Berita yang saya baca mengenai Imam Muda sangat menarik dan memang kita tidak sangka program realiti agama ini digemari ramai sedangkan ia bukanlah program bercorak hiburan. Konsep program ini belum pernah diterbitkan mana-mana stesen televisyen di dunia.

"Program ini melambangkan imej negara ini dan saya seperti tidak percaya apabila program ini begitu diminati. Disebabkan itulah saya datang ke rakaman program ini untuk melihatnya sendiri. Sememangnya ia program baru yang lain daripada lain," katanya.

Begitu pantas masa berlalu di mana program itu sudah hampir ke penghujungnya. Tinggal dua minggu saja lagi akan terjawablah siapa akan bergelar juara Imam Muda musim pertama.

Bagaimanapun, sebelum tibanya hari yang paling mendebarkan itu, pengetua program itu, Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz berkata, semakin menuju ke penghujung, soalan dan tugasan semakin sukar.

"Mereka kena menjawab soalan yang disediakan dalam tiga bahasa, Inggeris, Arab dan Melayu. Tugasan praktikal juga semakin mencabar di mana mereka kena pergi ke tempat pembuangan bayi dan rumah orang tua terbiar yang ditinggalkan anak sendiri.

"Untuk mengetahui apa yang terjadi sehingga sanggup membuang ibu bapa sendiri, peserta Imam Muda terpaksa mencari anak mereka untuk memberi nasihat. Mereka juga mesti berusaha lebih sedikit ketika membuat persembahan di pentas dan setiap apa yang mereka lakukan akan dikira markah.

"Waktu semakin suntuk dan saya tengok ada peserta tertekan kerana bimbang akan terkeluar. Ada yang merajuk, sedih dan tidak mahu bercakap kerana mereka tidak mahu dikeluarkan dari program ini, tetapi sudah format program ini begitu, pasti ada yang terpaksa menamatkan perjalanan mereka setakat itu saja.

"Bagi menenangkan perasaan mereka, terpaksa panggil pakar kaunseling untuk memberi nasihat. Mereka semua hebat, boleh membaca al-Quran dengan baik dan fasih berbahasa Arab.

"Mereka boleh menjadi pemimpin masyarakat dan imam yang baik.

"Saya selalu ingatkan mereka, perjuangan mereka yang sebenar adalah di luar sana. Menariknya nanti finalis program ini nanti akan balik ke kampung masing-masing untuk memimpin dan menjadi imam di tempat sendiri. Sudah lama tidak dapat balik kampung dan inilah masanya untuk berjumpa keluarga.

"Mereka akan mengendalikan aktiviti kemasyarakatan seperti mengadakan syarahan agama. Mereka perlu buktikan kebolehan dengan orang kampung dulu sebelum menabur jasa di tempat lain," katanya.

Bagaimanapun tambah Hassan, sekuat mana pun pegangan agama mereka, kesabaran mereka masih rendah kerana kerana usia yang muda dan tiada pengalaman hidup.

"Pengalaman itu sangat penting untuk berhadapan dengan apa saja keputusan dalam hidup ini. Mereka kena menerima kekalahan dengan hati terbuka kerana perjuangan mereka masih panjang. Jangan terlalu mengharapkan kemenangan dan jangan terkesima dengan populariti yang dikecapi ketika ini.

"Lantaran itu saya mengingatkan mereka sebagai orang yang dikenali ramai, berhati-hatilah melangkah kerana apa saja tindakan akan jadi buah mulut orang. Sentiasa bersikap merendah diri dan sehebat mana pun ilmu agama yang ada, hormatilah mereka yang lebih berusia. Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk," katanya.


Jersi Baru Manchester United Musim 2010/2011

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


PEMAIN United (dari kiri) Ryan Giggs, Gabriel Obertan, Wes Brown, John O'Shea dan Dimitar Berbatov memperagakan jersi baru kelab mereka di Chicago, semalam. – AP

Jersi Baru Manchester United

KELAB bola sepak terkemuka dunia, Manchester United akan menggunakan jersi baru pada saingan Liga Perdana England musim 2010/2011, yang akan bermula tidak lama lagi.

Jersi baru United masih mengekalkan ciri lama iaitu berwarna merah, namun mereka mendapat penaja baru iaitu AON.

Jersi baru United itu dilancarkan serentak di seluruh dunia semalam, termasuk di Kuala Lumpur.

"Imam Muda" Beri Kaunseling

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Imam Muda Mohd. Taufek Mohd. Noh ketika menyampaikan khutbah di Masjid Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Sumber : www.utusan.com.my (link)

SATU persatu tugasan mencabar diberikan kepada calon-calon Imam Muda yang masih kekal. Segalanya bagi memastikan kesemua calon terutamanya yang bakal menjadi juara sulung Imam Muda tersedia dengan pakej dan pengetahuan agama selengkapnya.

Jika sebelum ini antara tugasan yang berjaya mereka tempuhi termasuklah menguruskan jenazah, operasi ke rumah pelacuran dan juga melakukan penyembelihan, minggu ini kemampuan mereka teruji lagi.

Tugasan yang diberikan kali ini ialah memberi kaunseling dan nasihat kepada pasangan suami isteri yang memohon untuk bercerai di Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi).

Ketika sesi tersebut, pelbagai keluhan dan luahan dinyatakan oleh pasangan suami isteri yang terlibat sehingga memaksa mereka membuat permohonan perceraian.

Apa yang dipertanggungjawabkan kepada calon-calon Imam Muda, selain mendengar dengan teliti permasalahan yang berbangkit mereka sebaik mungkin cuba memberi pandangan serta panduan agar hubungan suami isteri tersebut dapat diselamatkan.

Antara masalah yang dibangkitkan oleh pasangan-pasangan yang hadir sepanjang sesi tersebut ialah isteri main kayu tiga dan suami anak emak.

Pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh pasangan-pasangan yang hadir termasuklah gelisah, marah serta ada juga yang menitiskan air mata.

Disinilah kemampuan serta kebijaksanaan calon-calon Imam Muda diteliti dan dinilai bagi memenuhi markah mingguan mereka.

Apakah nasihat yang diberikan oleh Imam Muda dalam membantu menyelesaikan permasalahan pasangan yang hadir?

Bagaimanakah pula reaksi para calon Imam Muda dalam berinteraksi serta mengatasi suasana tegang yang berlaku sekitar sesi kaunseling?

Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan Imam Muda yang bersiaran pada malam ini (Jumaat) pukul 9 malam menerusi saluran Oasis (saluran 106, Astro).

Setakat ini, calon-calon yang berjaya mengekalkan diri dalam rancangan tersebut ialah Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, 26, dan Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26.

Empat lagi peserta ialah Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21, Nuri Ali Arbain, 25, dan Mohd. Taufek Mohd. Noh, 27.

Bercerita tentang tugasan pada minggu ini, pengetuanya, Datuk Hassan Mahmood berkata, tugasan mencabar yang diberikan kepada Imam Muda kali ini sebagai latihan memenuhi kriteria figura imam unggul yang dicari.

“Sebelum menjalani sesi kaunseling, para calon diberi penerangan tentang cara-cara berinteraksi serta mengawal pelbagai situasi yang berkemungkinan berlaku ketika sesi kaunseling.

“Malah, sehari sebelum memulakan kaunseling, kesemua peserta diberi pendedahan dan melihat sendiri bagaimana pasangan yang memohon perceraian dibicarakan di mahkamah,” katanya.

Penilaian yang diberikan, kata Hassan, hampir kesemua peserta berjaya menjalani sesi kaunseling dengan baik termasuklah mengatasi suasana tegang yang berlaku di antara pasangan yang hadir.

“Biarpun pada peringkat awal rata-rata Imam Muda kelihatan kelam kabut apabila pasangan yang hadir mula mula berbalah tentang masalah mereka, namun akhirnya mereka menurut panduan serta nasihat yang diberikan oleh Imam Muda.

“Nasihat-nasihat yang diberikan oleh mereka juga memang masuk akal dan di bawah pengawasan pihak jabatan agama,” kata Hassan lagi.

Pada minggu ini, Mohd. Taufek dipertanggungjawabkan menyampaikan kuthbah di Masjid Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Dari segi markah keseluruhan, Hassan merumuskan, berlaku banyak perubahan kedudukan di antara peserta Imam Muda minggu ini.

Ini jelasnya, disebabkan ujian teori yang dijalani oleh para peserta.

Berbeza dengan minggu-minggu sebelum ini, kali ini pengetahuan bahasa Inggeris serta bahasa Arab mereka diuji dan setiap satunya diberi pemarkahan sebanyak 25 peratus.

“Kebanyakan mereka memperoleh markah yang rendah disebabkan ujian teori.

“Bahasa Inggeris yang digunakan juga adalah tinggi dan mungkin disebabkan itu mereka agak sukar memahami dan memperoleh markah yang lebih tinggi.

“Apa yang membantu markah mereka minggu ini ialah peratusan bagi soalan-soalan berbahasa Arab,” ujar beliau lagi.

Mungkinkah ada peserta yang bakal disingkirkan pada minggu ini dan berjayakah calon pilihan anda mengekalkan diri ke peringkat seterusnya?

Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan Imam Muda pada pukul 9 malam ini di saluran Oasis (saluran 106, Astro).

Wednesday, 14 July 2010

Sejarah Ringkas Al-Azhar

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

UNIVERSITI TERAWAL & TERULUNG DI DUNIA

Sejarah ringkas Al-Azhar

Kali ini, afifzahrah tertarik hati untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang Al-Azhar yang mana dikatakan universiti yang terulung dan tertua di dunia. Al-azhar adalah tempat afifzahrah menuntut dan mengaji.

Seluruh pelusuk dunia dan zaman berzaman mengetahui Al-Azhar adalah pusat ilmu yang melahirkan professional Islam yang sering menggocakkan kealpaan jahiliyyah. Sejak dari dahulu lagi Al-Azhar didatangi oleh oleh pelajar dari seantaro dunias eperti Eropah, China , India, Asia, Tanah Melayu dan lain-lain. Semakin ramai tokoh pemikir Islam dapat dilahirkan semenjak pemerintahn kerajaan Fatimiyyah lagi.


Mengikut sejarah , Khalifah Aziz Billah telah menubuhkan universiti Islam pertama di dunia iaitu Al-Azhar. Mengikut lembaran awal, tertera bahawa tanggal 969 Masihi merupakan satu tarikh agung bagi negara ini. Kaherah dibuka rasminya dan dijadikan sebagai ibu Negara Mesir. Lebih kurang setahun selepas itu, 4 April 970 M bersamaan 24 Jamadil Awwal 359 Hijrah, kerja-kerja pembinaan masjid Al-Azhar mula dijalankan. Pembinaan masjid dimulakan oleh seorang panglima tentera yang gagah perkasa dibawah zaman yang bernama Jauhari As-soqali di bawah zaman Fatimiyyah. Usaha ini mula selesai pada hari Jumaat 22 Jun 972 Masihi bersamaan 7 Ramdhan 361 Hijrah. Pada hari Jumaat yang bersejarah inilah, solat Jumaat yang pertama didirikan. Pada tahun 378H (988M), seorang wali kerajaan Abbasiyyah di Mesir, Yaakub bin Kals telah mencadangkan, Khalifah al-Aziz Billah untuk menjadikan msjid tersebut sebgai Jami’, institusi pendidikan yang menawarkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Bermula dari tarikh tersebut, ramai umat Islam yang berduyun-duyun ke kawasan tersebut. Masjid itu dinamakan Jami’Azl-azhar.

Mercu Azan

Masjid Al-Azhar mempunyai 3 mercu azan. Walaupun rupa dan bentuk mercu ini berbeza di antara satu sama lain, namun pintu gerbang al-Azhartetap nampak terserlah dengan kewujudan ketiga-tiga mercu tersebut.

Mercu-mercu ini dibina pada 3 zaman. Mercu disebelah kiri pintu gerbang dibina pada zaman pemerintahan Sultan Qaitibay, sementara sebelah kanan didirikan pada 1501 Masihi oleh Sultan Qansuh al-Ghauri, sultan terakhir pada zaman kesultanana Mamalik.

Kemudiannya pada kurun ke-18, satu lagi mercu dibina oleh al-Aamir Abdul Rahman . Semenjak itu, kekallah Al-azhar dengan 3 mercu azan. Setiap mercu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri hasil paduan seni tiga zaman kesultanan Islam.


Gempa bumi di Mesir.

Sekitar tahun 1315 Masihi bersamaan 702 Hijrah,, satu bencana alam yang dahsyat berlaku.
Banyak kerosakan dan kerugian harta benda terpaksa ditanggung oleh rakyat dan kerajaan Mesir.Al-Azharr juga kehilangan sebhagian besar binaanya ketika gempa bumi tersebut.Namun kerja pembaikan dijalankan kali ini keluasannya bertambah beberapa kali ganda. Pada detik inilah bermulanya pengajian di Masjid Al-Azhardan Madrasah Tibrisiah merupahkan madrasah pertan. Ia diasaskan oleh oleh al-Amir Tibris bin Abdullah al-Waziri, seorang ketua tentera pada zaman Sultan al-Mansur. Beliau meninggal dunia pada 719 Hijrah dan jenazah beliau beliau dikebumikan di madrasah tersebut.

Matlamat Al-Azhar

Cemburu musuh Al-azhar meluap-luap melihat Az-Azhar.Kenapa? Tidak lain dan tidak bukan kerana adalah sasaran dan objektif nya satu hari nanti akan menghancurkan mereka.Pada oktober 1798, terjadi satu pemberontakan besar yang pertama dalam sejarah Mesir gara-gara menentang penempatan baru penjajah Perancis di tanah zaitunini. Ketua jihad ini terdiri daripada Syeikh-syeikh al-Azhar yang bersemangat. Antaranya syeikh Sulaiman Jasuqi dan Syeikh Mauruqi. Targedi ini berlakuberlaku di persekitaran al-Azhar dan Hussien .Perkara ini menyemarakkan kemarahan ialah pemusnahan ribuan kitab oleh penjajahan Perancis.Namun umat Islam tidak akan berdiam diri apabila diperlakukan sedemekian rupa.Pada tahun 1800M, bangkit Sulaiman al-Halbi dan beliau menumpahkan darah Cilber , ketua Perancis di Kaherah kerana perbuatannya .


Selepas itulah , tercatat sekali lagi apabila sejarah buat pertma kalinya orang-orang Mesir memilih hakim di kalangan azhari.Muhammad Ali hakiman , hakim lulusan al-Azhar dilantik pada 1805 M dan beliau berjaya menentang Inggeris yang lancang menghina al-Azhar.. Lanjutan daripada itu, Mesir dihimpit krisis permusuhan 3 segi pada tahun 1956 dalam masa pemerintahan Jamal Abdul Nasir.Sekali lagi Mesir berada dalam keadaan aman dan nama al-Azhar semakin mekar di jambangn dan harumnya tersebar ke serta dunia.

AL-AZHAR PADA ZAMAN PEMERINTAHAN AYYUBIAH (567-648) (1170-1250)

Salahuddin Yusof bin Ayyub ini amat menekankan pendidikan dan memperbaiki keberkesanannya di samping memberi bantuan yang banyak ke arah itu.Beliau meneroka ilmu-ilmu naqli seperti Tafsir , Hadis, Ilmu Fiqh, ilmu Kalam , bahasa Arab dan sastera.Di samping itu ilmu aqli seperti Falsafah, mantiq, sejarah, kesihatan, perubatan dan lain-lain turut diajarkan.Antara perubahan besar yang berlaku kepada institusi pengajian ini ialah perubahan orientasi pengajianyang berteraskan ajaran Islam tulen iaitu Ahlu Sunnah Wal-Jamaah sehingga ajaran Syiah yang telah diselewengkan telah dihapuskan.


AL-AZHAR PADA ZAMAN PEMERINTAHAN KERAJAAN UTHMANIAH

Buat pertama kalinya , bendera kerajaan Islam Uthmaniah telah berkibar di Mesir , iaitu pada Januari 1517 M.Hal ini berlaku berlaku setelah Sultan Salim berjaya mengalahkan kerajaan Mamalik dan bermastautin selama 8 bulan sebelum pulang ke Qastantaniah , pusat pemerintahannya. Kepulangan baginda bersama pakar-pakar dalam bidang-bidang dari Mesir beserta kitab-kitab yang berharga dari maktabah al-Azharr untuk dgunakan bagi memajukan kota raya yang pesat itu.

Al-Azhar menjadi tempat terpenting dalam perkembangan ilmu pengetahuan dan agama, terutamanya pada azaman pemerintajhan keturunan Basya yang diutuskan dari Turki. Mereka merupakan par ulama’ yang disegani dan mempunyai kedudukan yang yang tinggi. Di samping mempunyai ilmu yang melaut, mereka juga terkenal dengan sifat-sifat wara’. Pada zaman inilah, gelaran as-Syeikh Jamil’ al-Azhar yang dianugerhakan oleh Khalifah semenjak abad ke-17M lantas dikekalkan hingga ke hari ini..

PENGAJIAN DI AL-AZHAR

Pengajian di Al-Azhar dimulakan dengan menggunakan kitab I’tisar yang mengajar Fiqh Syiah sebaik sahaj dibina dalam tahun 365H (975M) setelah mendapat arahan daripada pemerintahan kerajaan Fatimiyaah al-Maiz li Din Daulah, Qadhil Quda’ Abu Hassan Ali bin Nikman bin al-Qaitawani. Jawatan paling tinggi disandang oleh daie ialah Du’at. Walaupun jawatan ini diberikan kepada Khalifah tetapi ia mempunyai kredibiliti yang tersendiri, bebas dari Khalifah. Ia boleh menjalankan kerja-kerja agama dan memberi pandangan bebas.


Di bawah kerajaan Ayyubiah pula, Sultan Salahuddin, yang telah berjaya menghapuskan pengaruh dan fahaman Syiah telah mengemaskinikan sistem pembelajaran berdasarkan mazhab Ahlus Sunnah Waljamaah dengan membawa masuk fiqh empat mazhab. Di samping itu, baginda juga menggalakkan doctor peribadinya, Musa bin Maimun mengajar ilmu perubatan, falaq, dan riadhah.Ilmu kesusasteraan Arab pula diajarkan oleh Abdul Latif al-Baghdadi, seorang guru dari Baghdad yang bijak dalam bidang ilmu qalam, mantiq dan perubatan.



Pendekatan berbentuk halaqah yang mana soeorang syeikh akan mengambil tempat yang agak tinggi di tepi tiangmasjid dilingkungi oleh-oleh murid. Pembelajaran dimulakan dengan Bismillah, doa, salam dan selawat kepada Rasulullah SAW serta diikuti ilmu yang akan dipelajari.

Pada zaman pemerintahan Mamalik pula , Jami’ al-Azhar telah mengekalkan kegemilangannya ketika seluruh Jawami’ dan universiti universiti Islam di Bghdad telah hancur akibat serangan tentera Monggol yang dipimpin oleh Hulago Khan. Air Sungai Furat dan Dajlah yang berwarna biru telah bertkar menjadi hitam kesan tindakan mereka menjadikan kitab-kitab Islam sebagai jambatan.Namun al-Azhar masih tegak dan kukuh dengan keilmuannya.


Selepas beberapa tahun, penekanan terhadap pendidikan wanita diutamakan pada zaman pemerintahan Ismail Basha apabila beberapa buah sekolah wanita telah didirikan.



NAMA-NAMA AL-AZHAR

Jamie al-Aazhar pernah memperoleh beberapa nama dalam lipatan sejarah.Pada peringkat pertama, al-azhar dikenali sebagai Jamie Kaherah iaitu disandarkan kepada ibu kota Mesir yang terletaknya. Menurut Ahmad Mohd Auf ialh seorang penulis Al-Azhar, pada masa tersebut Jami’ al-Amru bin Al-as dikenali sebagai Jam’ulal-Jawamie.


Masjid al-Jamie atau Taj –al-Jawamie’. Selepas itu, masjid tersebut ditukarkan nama kepada Jamie’ al-Azhar bersandarkan kepada nama seorang puteri Rasulullah. Kajian dilakukan tidak dapat memberikan jawapan yang tepat terhadap pemilihan nama ketiga. Ini kerana terdapat ikhtilaf pendapat. Pendapat pertama mengatakan lafaz al-Azhar ini dinisbahkan kepada Saidina Fatimah binti Rasulillah SAW yang dikenali sebagai Fatimah az-Zahrahra’.

Pendapat yang kedua, nama dikaitkan dengan istana az-Zahirah yang dibina sewaktu pembukaan kota Kaherah. Seterusnya yang ketiga, berpendapat bahawa nama ini dicadangkan bersesuaian dengan kedudukan dan martabat al-Azhar yang tinggi sebagai tempat penyebaran ilmu Islam.


Afifzahrah teringat dengan satu kalam dari Dr.Syeikh Yusof Qardhawi ulama’ mujaddid abad ke-21pernah mengatakn peranan al-Azhar adalah Jami’ (masjid), jamiah (universiti) dan Jam’iyyah (persekutuan).

Walau apa-apa nama pun, al-Azhar tetap utuh seutuh namanya yang berusia lebih 1000 tahun ini. Dan perlu didiingatkan kepada mahasiswa al-azhar, afifzahrah ingin menyelitkan satu cadangan bahawa apa-apa pun kesukaran yang pernah menempuh dalam mempelajari ilmu di sini dan karenah orang-orang arab Mesir terutamanya hendaklah sentiasa mendokan kesejahteraan dan kerahmatan kepada al-Azhar ini samada syeikh-syeikh dan doktor-doktor ini serta tak dilupakan negara Mesir kerana al-Azhar tidak berdekatan atau terletak di Negara Hijjaz atau Haramain dan juga Palestin bahkan terletak di Mesir Ummu Dunia. Moga Allah terus mengekalkan dan memayungi al-Azhar sebagai manar ilmu ( obor ilmu ) yang terus menyinari Islam dengannya...amin.


Firman Allah SWT dalm surah at-Taubah (ayat 32) “ Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama ) Allah dengan mulut mereka (ucapan-ucapan) mereka) dan ALLAH tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya, walupun orng0orng yang kafir tidak menyukainya...

Related Posts with Thumbnails

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA FERRARI

REPLIKA FERRARI

REPLIKA BIKERZ

REPLIKA BIKERZ

PERKEMAT DQ 06/07

PERKEMAT DQ 06/07

IBNU HAJI ABD KARIM © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO