Showing posts with label Diari Da'ie. Show all posts
Showing posts with label Diari Da'ie. Show all posts

Friday, 11 February 2011

Sedikit Catatan Sepanjang Muzaharat di Mesir..

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Sekadar gambar hiasan

Sedikit catatan saya dari bumi Shoubra, Mesir dan Jeddah, Arab Saudi untuk dikongsi bersama..

25 Januari 2011
-Mula terdengar berita berlakunya rusuhan untuk menjatuhkan Presiden Mubarak. Demonstrasi isu pengeboman gereja di Iskandariah belum lagi reda disambung dengan demonstrasi menjatuhkan kerajaan Mubarak.

30 Januari 2011
- Keadaan semakin tegang. Jumlah rakyat yang menyertai demonstrasi semakin bertambah. Shoubra adalah kawasan penempatan kedua terdekat dengan tempat terbesar rakyat berkumpul di Tahrir selepas Sayyidah Zainab.

31 Januari - 3 Februari 2011
- Line internet dan segala perhubungan telefon mudah alih diputuskan. Sebarang perhubungan untuk mendapatkan maklumat terkini terputus. Lebih merisaukan untuk mengetahui keadaan ibu di Malaysia terputus.

2 Februari 2011
- Cuba keluar ke Rabaah untuk membuat urusan zakat di Rumah Johor Rabaah. Kelihatan sepanjang jalan kiri dan kanan dipenuhi dengan kereta kebal.
- Kelihatan juga banyak bangunan, bank-bank, balai polis habis hangus dibakar. Tentera sudah mula mengambil alih tugas dan kuasa polis.

3 Februari 2011
- Beberapa pelajar menawarkan diri untuk tidak mahu pulang dan di antara alasnnya adalah untuk menjaga barang berharga persatuan dan juga ahli-ahli Shoubra yang lain.

4 Februari 2011
- Pelajar tahun 1 Shoubra mula diarahkan untuk terus ke lapangan terbang Cairo untuk tujuan dihantar ke Jeddah.

5 Februari 2011
- Pagi : Mengemas barang-barang di rumah untuk dipindahkan ke rumah lain disebabkan tidak mampu bayar sewa rumah yang tidak dapat dijangkakan tempoh untuk mengosongkan rumah untuk pulang ke Malaysia.
- Petang : Baki pelajar Shoubra mula bergerak menaiki teksi untuk ke Asrama Rumah Malaysia Abbasiyah untuk proses berangkat ke Jeddah. Teksi ditahan polis dan diselongkar beg ditakuti membawa barang-barang terlarang. Menetap satu malam di ARMA.

6 Februari 2011
- Pagi : Beratur ketika di Suboh hari untuk giliran ke lapangan terbang Cairo
-Petang : Bertolak ke lapangan terbang Cairo dengan menaiki coaster. Terpaksa bermalam di lapangan terbang ekoran ketiadaan pesawat.

7 Februari 2011
- Sempat bergambar 1Malaysia bersama Datuk Aziz sebelum berlepas ke Jeddah dengan menaiki pesawat charlie TUDM seramai 110 orang.
- Sampai di Jeddah terus dihantar menaiki bas menuju ke Madinatul Hujjaj sebagai penempatan sementara menunggu giliran untuk pulang ke Malaysia.
- Dikhabarkan ketika itu terdapat seramai lebih kurang 8000 pelajar daripada pelbagai jurusan berada di Madinatul Hujjaj menunggu giliran untuk pulang.

8 Februari 2011
- Memohon kepada pegawai untuk pulang awal atas alasan kecemasan. Alhamdulillah dibenarkan. Giliran sepatutnya mencecah angka 7......

9 Februari 2011
- Jam 3 petang bertolak dari Madinatul Hujjaj menuju ke lapangan terbang Jeddah. Pulang ke Malaysia dengan menaiki pesawat Malaysian Airlines 777 jam 9.30 malam (waktu Malaysia 2.30 pagi)

10 Februari 2011
- Alhamdulillah kira-kira jam 11 pagi selamat tiba di lapangan terbang KLIA dan disambut oleh pegawai, ahli persatuan dan parti politik.
- Dijemput oleh ayah dan abang saudara. Selamat tiba di Pontian, Johor kira-kira jam 7 petang.
- Lebih menggembirakan dan bersyukur selamat pulang ke Malaysia pada tarikh ulang tahun kelahiran ke-26.
- Teringat pula pada sahabat-sahabat yang masih menunggu giliran untuk pulang. Moga pengorbanan kesabaran akan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah swt..amin

* Jutaan terima kasih kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Lembaga Tabung Haji, Konsulat Jeneral di Jeddah, Malaysian Airlines, Kerajaan Malaysia, Kerajaan Arab Saudi, para pegawai, badan-badan NGO, para sukarelawan, keluarga dan saudara mara, sahabat-sahabat dan seluruh rakyat Malaysia yang membantu dan mendoakan keselamatan kami pelajar Malaysia di Mesir. Hanya Allah yang mampu membalasnya..




Monday, 26 July 2010

Seminar Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali-2

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Aturcara Seminar Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 yang akan berlangsung
pada hari Ahad, 1 Ogos 2010 bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam,
JAWI,
Kuala Lumpur.

Saturday, 19 June 2010

Akademi Duat Melahirkan Graduan Berkepimpinan

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Sumber : http://pmram.org (link)


KAHERAH, 15 Jun - Bertempat di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan di Hayyu Sabiek, telah berlangsung satu program di bawah anjuran program induk Liqa’ Mahabbah 2010 (LIMA 10). Program Akademi Du`at yang berlangsung selama dua hari, bermula pada 15 Jun 2010 dan berakhir pada 16 Jun 2010 disertai seramai 27 peserta daripada mahasiswa tahun satu DPM (MAQAZ) Shoubra.

Program Akademi Du`at dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan ucapan perasmian oleh SaudaraMohd Farkhan bin Md Zain, Naib Presiden III Persekutuan Republik Melayu Arab Mesir (PMRAM). Sebelum itu, majlis perasmian Akademi Du`at didahului dengan ucapan alu-aluan oleh pengarah program, Mohammad Afif bin Abd Karim. Seterusnya, ucapan Setiausaha Agung DPM (MAQAZ) Shoubra merangkap pengarah program Liqa’ Mahabbah 2010, Saudara Ahmad `Afif Zuhdi bin Ahmad Zaki.

Meneruskan lagi perjalanan program, para peserta disajikan dengan pengisian 1 yang bertajuk Fiqh Aulawiyat oleh Saudara Abdul Mui`zz bin Mohamad, mantan presiden PMRAM 2009. Sejurus selepas peserta menikmati sajian sarapan pagi, peserta didedahkan pula dengan pengisian seterusnya yang bertajuk Skema Kertas Kerja & Surat Program oleh Saudara Ahmad `Afif Zuhdi bin Ahmad Zaki, Setiausaha Agung PMRAM cawangan Shoubra. Seterusnya, peserta dilatih untuk menyediakan kertas kerja program melalui Gerak Kerja Berkumpulan (GKB). Setiap kumpulan GKB dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Tadbir DPM (MAQAZ) Shoubra yang bertindak sebagai fasilitator.

Demi mencapai matlamat program untuk melahirkan para du`at yang disegani, peserta Akademi Du`at didedahkan dengan Seni Komunikasi Berkesan yang disampaikan oleh Saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Setiausaha Agung PMRAM 2010 merangkap Ketua Lajnah Pendaftaran. Selepas selesai menunaikan solat zohor dan makan tengah hari, program diteruskan lagi dengan pengisian yang bertajuk Pengurusan Stress yang disampaikan oleh Saudara Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil, mantan YDP Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir.

Perjalanan program diteruskan lagi dengan tayangan multimedia kemudian disambung dengan GKB yang seterusnya. Kali ini, para peserta dilatih oleh fasilitator cara untuk mengendalikan sesuatu majlis. Selesai GKB, majlis diteruskan dengan solat Asar secara berjemaah dan minum petang. Program ditangguhkan sekitar jam 4.45 petang.

HARI KEDUA (16 JUN 2010)

Sebagai santapan awal, peserta disajikan dengan pengisian bertajuk Fiqh Dakwah oleh Saudara Hairul Nizam bin Mat Hussain, mantan presiden PMRAM 2005/2006. Selesai pengisian mengenai Fiqh Dakwah, para peserta didedahkan dengan Pengurusan & Pengendalian Mesyuarat serta Minit Mesyuarat yang disampaikan oleh Saudara Muhammad Yazid bin Hanzir, Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir.

Program bersambung dengan pengisian Etika dan Protokol Majlis yang disampaikan oleh Saudara Mohd Zahid bin Abu Bakar, Timbalan Setiausaha Agung PMRAM 2010. Selesai menjamu selera dengan hidangan sarapan pagi, para peserta dilatih untuk mengendali mesyuarat melalui GKB. Peserta kemudian menikmati jamuan tengah hari serta solat zohor.

Sekitar 2.30 petang, program diteruskan dengan talkshow “Warna-warni Dunia Kepimpinan” yang disampaikan oleh Saudara Mohamad Azlan bin Haji Alias, Naib Presiden II PMRAM 2010 dan Saudari Siti Anisah binti Ahmad, mantan ketua HEWI PMRAM 2009. Selesai talkshow, peserta didedahkan secara praktikal mengenai pembentangan kertas kerja melalui GKB. Program diteruskan dengan solat Asar berjemaah dan seterusnya para peserta menikmati hidangan minum petang.

Sekitar jam 5.00 petang, majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman, Timbalan Presiden PMRAM 2010 merangkap Ketua Lajnah Perancang dan Panitia. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada perasmi sebagai tanda penghargaan di atas kesudian beliau untuk menjayakan program.
Program Akademi Du`at 2010 berakhir sekitar jam 5.45 petang dan disusuli dengan sesi fotografi bersama Timbalan Presiden PMRAM.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak PMRAM Pusat, PMRAM cawangan Shoubra, PMRAM cawangan Wilayah Persekutuan, PMRAM cawangan Pulau Pinang, serta kepada AJK Pelaksana & para peserta serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Akademi Du`at 2010. Semoga segala usaha yang dilakukan dinilai oleh Allah SWT.

Wednesday, 16 June 2010

Akademi Du'at 2010 : Terima Kasih Semua...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Warga Akademi Du'at 2010

Alhamdulillah...tinggi yang tiada terhadnya ku panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. di atas peluang dan ruang kepadaku sebagai pengarah dan sahabat-sahabat AJK pelaksana untuk memecah keringat dan tenaga bagi menjayakan Program Akademi Du'at 2010 di bawah Program Liqa Mahabbah 10.

Jutaan terima kasihku ucapkan kepada pihak PMRAM dan DPM MAQAZ Shoubra (PMRAM Cawangan Shoubra) yang telah memberi amanah kepadaku untuk menjayakan program ini. Bagitu juga buat mentor program ini Ustaz Mohd Nasruddin Mohajir (Penasihat 1) dan Ustaz Muhammad Naim Hassan, (Pengerusi) yang telah memberi idea walaupun sekarang sedang dalam fatrah imtihan syahadah.

Setinggi penghargaan ku ucapkan kepada perasmi pembukaan dan penutup program iaitu Ustaz Mohd Farkhan Md Zain, Naib Presiden 3 PMRAM dan Ustaz Muhamad Zuhaili Saiman, Timbalan Presiden PMRAM.


Terima kasih kepada semua jemputan penceramah seperti Ustaz Abdul Mu'izz Mohammad, Ustaz Ahmad 'Afif Zuhdi Ahmad Zaki, Ustaz Syeikh Muhd Mujahid Sikh Nawawi, Ustaz Muhammad Mujahid Muhammad Fadzil, Ustaz Hairul Nizam Mat Hussin, Dr Muhammad Yazid Hanzir, Ustaz Mohd Zahid Abu Bakar, Ustaz Mohamad Azlan Haji Alias dan Ustazah Siti Anisah Ahmad.

Syabas dan tahniah ku dedikasikan kepada sahabat-sahabat AJK pelaksana iaitu Muhammad Akmal Mukhtar, Sufyan Omar, Mohammad Adlly Mohammad Bukhori, Nurul Amin Ismail, Muhd Naim Asyraf Muhammad, Mohammad Khalis Othman, Muaz Ab Halim, Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi, Mohd Hafizzul Azri Azman, Muhd Asyraf Tajuddin, Saifullah Md Isa, Muadz Husain dan Mohamad Firdaus Musa. Tidak lupa kepada barian fasilitator iaitu Ahmad Huzaifah Fauzi, Md Saifullah Nik Abdulah, Zul Fakaar Mat Ghani, Wan Mohd Kamaruarifin Wan Mohd Salim dan Ahmad Izzuddin Ahmad Shahbudin.

Seterusnya penghargaan kepada Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPM) yang turut sama membantu merealisasikan program ini. Turut sama diucapkan kepada semua para peserta dan mereka-mereka yang turut sama membantu menjayakan program secara langsung atau tidak langsung.

Moga program yang telah berlangsung ini mendapat keredhaan dan ganjaran daripada Allah s.w.t seterusnya mencapai objektif dan hadaf yang telah digariskan oleh pihak kepmpinan.Insyaallah. amin

Bukanlah diri ini nak berbangga tetapi diri ini begitu rasa teruja, terharu dan sangat gembira apabila melihat komitmen yang sangat tinggi yang diberikan oleh semua pihak termasuklah barisan AJKT DPM MAQAZ Shoubra.

Sekali kali ku ucapkan kepada semua "TERIMA KASIH SEMUA..."

Kenari : Jangan lupa kita ada muhasabah program nanti. Akan dimaklumkan..
Nuri : Ade maka-makan tak..hehe

Tuesday, 8 June 2010

Ringkasan Teknik Pengucapan Umum

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Sumber : http://www.zaharuddin.net (link)

RINGKASAN TEKNIK PENGUCAPAN UMUM

1) Persediaan Diri

a- Ilmu.

b- Keyakinan.

c- Susunan kandungan bertulis.

d- Penghayatan kandungan yang dirancang.

e- Mengetahui latar belakang umum pendengar.

f- Mengetahui tahap formality majlis.

g- Mengetahui ruangan waktu yang diberikan.

h- Mengetahui bentuk majlis (forum, seminar, ceramah umum, ceramah masjid, khutbah, ceramah motivasi, ceramah surau di kampung-kampung, ceramah di TV& Radio, Demonstrasi Umum depan Kedutaan Amerika dll )

i- Menguatkan dalaman anda.

j- Perlu banyak membaca dan mendengar ceramah dari penceramah profesional yang digemari.

2) Persembahan

Unsur Bantuan Persekitaran.

Tempat ceramah (kerusi, meja, rostrum)

Kedudukan penceramah dari peserta.

Pakaian (cincin, warna pakaian, jenis pakaian, kebersihan, bau-bauan).

Lampu dan kipas.


TERTIB CERAMAH

TAHAP SATU

a. Pandang dahi pendengar atau lontarkan pandangan anda ke belakang tanpa fokus kepada mana-mana individu.

b. Tarik nafas panjang dan rehatkan minda dan hati.

c. Ikhlaskan niatkan dan doa dalam hati agar dipermudahkan Allah SWT dalam menyampaikan mesej Islam

d. Yakinkan diri bahawa Allah akan membantu anda hingga tahap yang terbaik.

e. Sematkan dalam diri untuk mempersembahkan persemabahan isi yang terbaik…buat sungguh-sungguh, bukan sambil lewa..

f. Muqaddimah Basmalah, pujian kepada Allah SWT dan Selawat ke atas Rasul SAW.

g. Elok jika mulakan dengan ayat atau hadith.

h. Aluan individu terpilih ( Pengerusi, Presiden, Exco, pendengar).

i. Sebut tajuk ceramah yang ditaklifkan kepada anda.

j. Pastikan nada suara rendah dan sederhana di tahap ini.


TAHAP DUA

a. Sebut fokus utama atau isi utama ceramah anda.

b. Mula rancakkan nada suara, tapi sekiranya anda dapati perasaan terutamanya apabila anda rasa gementar.

c. Jika gementar tidak hilang, kurangkan sedikit formality ucapan anda, kepada ucapan kurang rasmi atau ajukan persoalan ringkas pada pendengar tanpa mengharap jawapan.

d. Boleh guna atau campur dialek negeri anda jika anda merasa teramat sukar untuk berbahas fusha Melayu. Tetapi jangan sampai tahap boleh menggelihatikan pendengar yang bukan dari negeri anda.

e. Mula masuk topik dengan memberikan takrifan ringkas, boleh juga masuk topik dengan melontarkan persoalan-persoalan yang ingin anda jawap dalam ceramah kepada pendengar.

f. Jika ada dalil, bawakan dalil beserta terjemahan, pastikan anda lancar dalil ini dan anda boleh memahami terjemahannya.


TAHAP TIGA

a. Anda kini sedang di pertengahan ceramah. Pastikan anda melihat respond pendengar semasa mendengar ceramah anda.

b. Cari pendengar yang kelihatan berminat dan memberikan respond baik semasa mendengar ceramah anda. Kerana dia boleh menaikkan semangat anda untuk meneruskan ceramah dengan baik.

c. Jika terdapat pendengar yang tidur. Anda boleh melakuakn perkara berikut :-

d. - Ajukan soalan kepada orang sebelah si tidur (ini jika majlis kurng rasmi)

• - Naikkan suara dan nadanya dengan semangat.

• - Ubah intonasi ceramah kepada cakap pasar.

e. Dari masa ke semasa, bayangkan anda juga seorang pendengar ceramah anda. Lalu cuba sedaya upaya hayati cermaha anda. Jika masih gagal, berhenti sekitar 3 saat dari bercakap, mulakan degnan nada lain dan cuba menikam hati pendengar dengan ajuan soalan yang tidak perlu dijawab.

f. Timbulkan ‘rasa’ dalam diri pendengar dengan bantuan intonasi dan memek wajah.

g. Pastikan anda lancar dalam majoriti dalil yang anda sebutkan. Jika anda lupa, ajukan kepada pendegar untuk menyambungnya. Jangan malu menyatakan anda lupa sepenuhnya.

h. Anda boleh selitkan antara isi-isi yang berat dan jenaka ringan, samada secara spontan ataupun terancang. Boleh juga cerita-cerita peribadi (yang berkaitan) samada betul-betul berlaku mahupun hanya rekaan semata.

i. Amat baik jika anda mempunyai dalil-dalil qawl dari para sahabat atau tabi’en untuk mempelabagaikan ramuan rencah dalil-dalil selain al-Quran dan Al-hadith.

j. Juga amat baik jika anda mampu menghafal kisah-kisah ringkas silam yang boleh menarik minat.

TAHAP EMPAT (AKHIR)

a. Apabila anda hampir tamat, jangan terganggu sangat dengan mesej kecil dari penganjur mengatakan masa dah cukup atau tinggal 5 minit lagi. Jika terganggu, fokus isi anda akan terganggu.

b. Yang penting, pilih beberapa dalil yang paling hampir dengan isu dan boleh menyentuh pendengar.

c. Jika tidak bersedia dengan dalil terakhir, pastikan anda punyai kalam terakhir yang mampu menusuk qalbu pendengar. Tidak semestinya ia dirancang sebelum ceramah, malah amat mungkin anda mampu menentukan kalam terahkir ini hasil melihat respond pendengar.

d. Tutup majlis dengan memohon maaf kiranya gagal penuhi target penganjur, dan akhirnya dengan istighfar biasa.

p/s: boleh dijadikan panduan dalam program Akademi Du'at. Mohon izin Ustaz Zaharuddin..

Monday, 7 June 2010

Bazaria Edisi World Cup 2010

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Sumber : http://liqa-mahabbah.blogspot.com (link)

TEMPAHAN TENDER BAZARIA EDISI WORLD CUP 2010

- Terbuka kepada semua ahli DPM (MAQAZ) Shoubra
- Tempahan dibuka sehingga 14 Jun 2010
- Harga satu tapak : LE 20

Untuk membuat tempahan, sila hubungi :
- Ustaz Mohammad Afif bin Abd Karim ( 011-6312421)
- Ustaz Nurul Amin bin Ismail (011-5168443)

Bazaria akan diadakan pada 20 - 22 Jun 2010

Anjuran : Program Liqa' Mahabbah 2010 , DPM (MAQAZ) Shoubra

Saturday, 5 June 2010

Akademi Duat Muncul Khas Buat Warga Shoubra...!!!

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Bertemakan 'Menjana Fikrah, Membina Syakhsiah'

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kepada Allah s.w.t. diatas segala kurnia_nya kepada hamba-Nya yang sentiasa mendambakan curahan cinta dan kasih sayang-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. beserta sahabat-sahabat dan ahli keluarga Baginda.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana memberi ruang dan peluang kepada kami warga Shoubra untuk mengadakan suatu program yang melahirkan mahasiswa huffaz yang berketrampilan melalui kepimpinan Islam dalam menjana fikrah Islamiyah mahupun membina syakhsiah diri yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang seiring dengan mahasiswa-mahasiswa jurusan yang lain samada dari pengajan Islam atau sebaliknya.

Lantas, lahirnya ilham yang bernas ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang kaedah-kaedah pengurusan dalam organisasi, cara-cara protokol dalam sesuatu majlis rasmi, berkongsi pengalaman dalam satu-satu oraganisasi atau pimpinan, meng'aula'kan dalam sesuatu perkara, menyelesaikan masalah mengikut kaedah Islam dan banyak lagi.

Ayuh, sahabat-sahabat tahun 1 jangan lepaskan peluang yang jarang-jarang sekali dapat diadakan semoga segala kebaikan yang diperolehi dapat diaplikasikan apabila berada di tanah air kelak. Insyaallah..

Untuk pendaftaran sila hubungi Bendahari Program :

USTAZ SUFYAN OMAR (011 - 9756781)

Sebarang pertanyaan terus hubungi Pengarah Program :

USTAZ MOHAMMAD AFIF ABD KARIM (011-6312421)

Tarikh tutup penyertaan pada 12 Jun 2010
Terhad kepada 30 orang sahaja...Siapa cepat dia dapat...!!!


Monday, 8 June 2009

Segalanya Bermula Di Sini....

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...






Segalanya bermula di sini. Pengalaman yang telah mematangkan penulis terutama dari segi daya pemikiran dan pengurusan diri. Bermula dengan taklifan Bendahari Unit Tugas-Tugas Khas (sem1), kemudian ditaklifkan sebagai Perwakilan Unit Pendidikan Huffazul Furqan As-Salihun (UNIKS) sesi sem2 - sem4 di samping taklifan Bendahari Lajnah Pendidikan PERKEMAT DQ dan akhirnya taklifan Exco Lajnah Pendidikan Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) bagi sesi 2006/2007.


Kenangan suka dan duka bersama adik beradik exco tidak pernah dilupakan begitu sahaja. Kenangan bersama akhi Zool Amali, Fadhil Muda, Awis Qarny, Rashidi, Syeikh Mujahid, Muaz, Syafiq Jusoh, Raja Fadhil, Bukhori, Abg Solihin Muda dan Redzwan. Begitu juga kepada ukhti Syazila, Fathiah, Hanisah, Kak Latifah Muda, Hamizah, Farhana, Dafiqah, Shaafiqah, Hidayah, Kak Aisyah Muda dan Hana'.


Taklifan yang paling besar diterima penulis ialah apabila ditaklifkan sebagai Pengarah Penyelaras Penamaan Calon (PPC'07) untuk pilihanraya exco PERKEMAT DQ yang baru bagi sesi 2007/2008. Melaksanakan taklifan berpaksikan ikhlas, jujur dan telus menjadi mainan sepanjang hampir 3 minggu bersama-sama sahabat seperjuangan seperti akh Fadhlan, Muizuddin, Azfar Syahmi, Nur Hidayah (Timb. Pengarah) dan sahabat-sahabat lain. Dalam tempoh tersebut kami dikuarantinkan demi menjaga ketelusan.


Sekalung penghargaan buat ayahanda dan bonda penasihat Al-Fadhil Ustaz Mohd Zamri Zainuldin dan Al-Fadhilah Ustazah Shahidah Shuib yang telah banyak memberi pandangan dan sentiasa menyokong penulis dan sahabat-sahabat pimpinan yang lain.


Tidak dilupakan kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu penulis dalam menjayakan matlamat, misi dan visi Lajnah Pendidikan khususnya dan PERKEMAT DQ amnya.

Thursday, 4 June 2009

Salam Perkenalan Dari Saya...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Gambar ini diambil ketika berada di bumi Barakah Darul Quran JAKIM dalam perjalanan ke Masjid DQ menunaikan Solat Asar. Angin kuat sangat pad masa ini.

Related Posts with Thumbnails

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA FERRARI

REPLIKA FERRARI

REPLIKA BIKERZ

REPLIKA BIKERZ
Powered By Blogger

PERKEMAT DQ 06/07

PERKEMAT DQ 06/07

IBNU HAJI ABD KARIM © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO