Sunday, 27 June 2010

Sultan Mahu Jambatan Baru Ganti Tambak Johor

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Sumber : http://malaysiakini.com (link)

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail mahu kerajaan pusat mempertimbangkan semula projek jambatan baru menggantikan Tambak Johor yang pembinaannya dibatalkan pada 2006.

Sultan Ibrahim bertitah Tambak Johor amat penting kepada rakyat malah institusi kesultanan Johor sejak pemerintahan terdahulu sentiasa memberi sokongan kepada usaha menaik taraf Tambak Johor.

"Jika disingkap sejak dahulu, tidak dinafikan bahawa Tambak Johor adalah amat penting kepada rakyat. Berdasarkan kepada kepentingan Tambak Johor kepada rakyat, maka keluarga saya sejak zaman moyang Almarhum Sultan Ibrahim sehingga ayahanda saya, almarhum Sultan Iskandar sentiasa memberi sokongan kepada usaha menaik taraf Tambak Johor," titah baginda.

Titah baginda, pada , projek jambatan itu penting untuk rakyat.

Menurut Sultan Johor dengan terbinanya jambatan berkenaan ia melengkapkan peranan Kompleks Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Bangunan Sultan Ismail dan JB Sentral.

Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika merasmikan bangunan JB Sentral dan melancarkan Kembara Mahkota Johor 2010, di Dewan Menunggu Penumpang, JB Sentral, di Johor Baharu hari ini.

Hadir sama isteri baginda Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

Pada 18 Jun tahun lalu, almarhum Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail menolak cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura.

Titah Sultan Johor itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan persidangan penggal kedua DUN Johor.

"Saya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa Tuanku tidak setuju dengan cadangan untuk membina jambatan ketiga," kata Tunku Ibrahim Ismail yang sekarang ini adalah Sultan Johor berikutan kemangkatan ayahandanya.

Pada 12 april 2006, kerajaan mengambil keputusan menghentikan pembinaan jambatan baru itu bagi menggantikan Tambak Johor setelah mengambil kira pandangan semua pihak.

Sebelum itu Malaysia bercadang untuk meneruskan pembinaan jambatan itu di bahagian perairan Malaysia walaupun Singapura enggan berkerjasama.

Jambatan yang pada asalnya disebut sebagai 'Jambatan Bengkok' itu diperlukan untuk menggantikan Tambak Johor yang sesak.

Thursday, 24 June 2010

Adab Memilih Sahabat...

Bismillah ar-Rahim ar-Rahim...


  • Pilihlah rakan berakhlak mulia dan Taat kepada Allah SWT.
  • Pilihlah rakan yang tidak mementingkan diri sendiri.
  • Pilihlah rakan yang Ikhlas dalam semua perkara.
  • Pilihlah rakan yang mahu membantu diwaktu senang dan susah.
  • Pilihlah rakan yang rajin dan mahu diajak mengulangkaji pengajian.
  • Pilihlah rakan yang suka memaafkan kesalahan.
  • Pilihlah rakan yang bersifat rendah diri dan tidak sombong.
  • Pilihlah rakan yang mengingatkan kita kepada Allah SWT dan perkara kebaikan.
  • Hindarilah teman yang suka berdusta dan tidak jujur

Wednesday, 23 June 2010

Robot Pun Nak Main Bola Jugak...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

http://www.utusan.com.my (link)

Kejohanan bola sepak Piala Dunia telah terasa bahangnya dari Afrika Selatan dan perlawanan antara pasukan sudah memasuki minggu kedua. Peminat bola sepak di seluruh dunia telah mula merasai kehangatan acara bola sepak empat tahun sekali itu.

Begitu juga bagi peminat robot, mereka juga tidak ketinggalan memeriahkan sambutan kejohanan tersebut, namun ia dilakukan dengan cara mereka yang tersendiri.

Robot bola

DI Hanover, Jerman, para peminat robot menyambut ketibaan kejohanan bola sepak Piala Dunia dengan menghasilkan empat robot humanoid yang berkebolehan untuk bermain bola sepak.

Empat robot itu yang tingginya kira-kira 60 sentimeter dan dinamakan Rajesh, Penny, Sheldon serta Leonard merupakan sebahagian pasukan B-Human yang memenangi kejohanan Piala Dunia Bola Sepak Robot di Austria pada tahun lalu.

Robot-robot itu mempamerkan kehandalan pada satu perlawanan pertunjukan di CeBIT iaitu pameran teknologi tinggi terbesar di dunia.

SOCCER BOT

Soccers bot merupakan antara ciptaan robot bermain bola untuk pertandingan RoboGames yang menghimpunkan hampir 70 peserta daripada seluruh dunia.

Dicipta menyerupai manusia (humanoid) ia memiliki ciri-ciri asas seperti pemain bola sepak iaitu menendang.

Bersaiz lebih besar daripada sebiji bola tenis, ia mampu melakukan pelbagai pergerakan secara sendiri tanpa memerlukan kawalan daripada manusia.

Selain bermain bola sepak, mereka juga turut memperkenalkan robot untuk pertempuran, Sumo Bots, dan juga android yang mampu melakukan aksi kungfu.

Vision Vgos

Vision Vgos dicipta bagi menyertai pertandingan RoboCup, pertandingan robot humanoid bermain bola diadakan di Suzhou, China.

Setinggi 445 milimeter, ia memiliki 21 sambungan yang bebas bergerak dan diselaputi gentian yang lembut bagi menyerap hentakan.

Rekaan robot ini telah diilhamkan oleh Tomotaka Takashi dari Kyoto, Jepun.

Digelar sebagai Pasukan Osaka, mereka telah mencipta robot yang mampu bermain bola sejak 2003 lagi dan telah menjuarai beberapa siri pertandingan RoboCup.

Hoap-3

Hoap- 3 merupakan sebuah lagi robot yang boleh bermain bola sepak ciptaan Fujitsu Automation dan telah memenangi Anugerah Robot pada tahun 2007.

Ia mampu menendang dan mengesan pergerakan bola di samping mampu menangkapnya namun ia masih perlu dikawal oleh manusia.

Walaupun Hoap-3 masih dikawal menggunakan wayar, namun lihat sahaja pada wajahnya yang memiliki mata dan mulut yang luas memudahkan ia dikawal dan menentukan sasaran iaitu menembusi gawang lawan.

Monday, 21 June 2010

Bagaimana Melatih Anak Menjadi Hafiz...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Adik Nuramirah Azhari

Sumber : http://anakkusoleh.blogspot.com (link)
KEMAMPUANNYA menghafaz 30 juzuk al-Quran pada usia tujuh tahun amat membanggakan dan kejayaannya muncul naib johan pertandingan tahfiz peringkat negeri Perak pada sambutan Maulidur Rasul 11 April lalu memberi kepuasan kepada kedua-dua ibu bapanya yang berjaya mengasah bakat luar biasanya.

Nuramirah Azhari, 10, yang mula mengenal al-Quran pada usia lima tahun berjaya menamatkan hafalannya dua tahun kemudian selepas dilatih sehelai muka surat setiap hari oleh ibunya, Nurzahidah Hashim, 37. Dia belajar antara tujuh hingga lapan jam sehari.

Tanpa menunjukkan sebarang rasa jemu, Nuramirah empat beradik bersama abangnya Muhammad Adam, 12, Nurnabilah, 8, dan Muhammad Amin, 5, berlatih menghafaz al-Quran empat kali sehari iaitu waktu pagi, tengah hari, petang dan malam untuk mengasah daya ingatan mereka.

Lebih membanggakan Nuramirah sudah mempunyai 10 anak murid berusia antara enam hingga 12 tahun sejak setahun lalu dan dia berazam memastikan anak-anak muridnya itu berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh dua tahun dengan berlatih sehelai muka surat setiap hari.

Ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tengku Husin, Gugusan Manjoi, Ipoh, Perak, Nuramira menyatakan rasa gembira kerana tarikh lahirnya mengikut kalendar Islam adalah sama dengan tarikh lahir Rasulullah s.a.w..

"Mungkin ini kelebihannya (sama tarikh lahir dengan Rasulullah), tetapi yang penting kalau hendak jadi seorang huffaz atau hafizah yang baik kita mesti berlatih bersungguh-sungguh," katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor atau pensyarah universiti. Ibunya, Nurzahidah dan bapanya, Azhari Abu Hassan, 39, seorang pelukis pelan mengajar Nuramirah dan anak-anaknya menghafaz al-Quran setiap hari sebaik sahaja mereka berusia lima tahun sementara anak bongsunya, Muhammad Aslam, yang baru berusia dua tahun diberi pendedahan awal melihat abang dan kakaknya mengaji.

JADUAL

Menurut Nurzahidah, beliau dan suami menyediakan jadual waktu khas untuk dipraktikkan oleh anak-anaknya. Bermula pukul 5 pagi mereka disuruh bangun membersihkan diri untuk bersolat tahajud, subuh dan membaca al-Quran sebelum berehat selama sejam setengah bermula pukul 7 pagi.

Selepas dikejutkan semula pada pukul 8.30 pagi untuk membersihkan diri dan bersarapan mereka akan berlatih semula menghafaz al-Quran pada pukul 9.45 hingga 1 tengah hari sebelum berhenti rehat untuk bersembahyang zuhur dan makan tengah hari.

Pada pukul 2 petang hingga 2.30 petang anak-anak diajar ilmu dakwah, akhlak, matematik, sains dan bahasa Inggeris. Mereka akan direhatkan selama sejam untuk tidur pada pukul 3 hingga 4 petang sebelum dikejutkan untuk sembahyang asar dan kembali menghafaz al-Quran sehingga pukul 6.15 petang.

Nurzahidah memberitahu, anak-anaknya akan berehat semula selama 45 minit untuk bermain dan pada sebelah malam seawal pukul 7 mereka sudah dihidangkan makan malam sebelum kembali menghafaz sehingga pukul 9.45 malam bersama anak-anak muridnya seramai lebih 30 orang.

"Pada pukul 10.30 malam hingga 11.30 malam mereka akan disuruh berlatih sekali lagi menghafaz dan pada waktu malam juga saya akan turut mengumpulkan anak-anak untuk bermuzakarah bagi memberi ruang kepada mereka meluahkan masalah masing-masing kerana pendekatan kami berdamping sambil mendidik.

"Inilah amalan harian kami dan pada hari-hari tertentu saya akan pastikan anak-anak dibawa menziarahi sanak-saudara atau sahabat handai serta membawa mereka beriadah seperti pergi ke taman permainan atau berenang. Kami tidak mahu mengongkong kehidupan zaman kanak-kanak mereka," jelasnya.

Walaupun memilih untuk tidak menghantar anak-anaknya mengikuti pendidikan formal, Nurzahidah dan Azhari mengajar mereka membaca, menulis dan mengira di rumah dan tetap bertegas untuk mengekalkan cara didikan sedemikian dengan mendaftarkan mereka mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
atau Sijil Menengah Agama kelak.

ILMU AKHIRAT

Dengan alasan tersendiri mereka mahu kesemua anaknya dibekalkan dengan ilmu akhirat kerana yakin dengan cara tersendiri anak-anak akan menjadi manusia berguna dan kukuh pegangan agama berbanding anak-anak yang dihantar ke sekolah biasa.

"Anak yang dihantar ke sekolah tidak akan berada di rumah untuk tempoh yang panjang, pagi ke sekolah, petang mereka mengikuti aktiviti kokurikulum, pergi mengaji dan malam mengikuti kelas tuisyen, justeru berapa jam yang ada untuk kita bersama-sama mereka," soalnya.

Mengenai petua yang diamalkan, Nurzahidah memberitahu, semasa mengandung beliau akan membaca surah Yasin, membaca al-Quran dan banyak berdoa ketika bersolat. Beliau juga akan memastikan hanya mendapat pemeriksaan dan rawatan daripada doktor wanita ketika mengandung sehingga melahirkan anak.

Dari segi pemakanan pula, beliau tidak menyediakan masakan tertentu sebaliknya percaya air tangan setiap ibu merupakan pengikat kasih yang paling mustajab untuk melembutkan hati anak-anak kerana bermula daripada menumis sehingga menghidangkan makanan beliau akan berselawat dan membaca doa tertentu.

"Saya dan suami akan duduk bersama anak-anak untuk bersarapan, makan tengah hari, petang dan malam bersama-sama kerana pada kesempatan itu kita boleh bermuzakarah dan menjelaskan kepada mereka tentang sesuatu perkara seperti hubungan erat sesama keluarga, sanak saudara dan sahabat," katanya.

Sementara itu, Azhari memberitahu, untuk membolehkan anak-anak memberi tumpuan kepada menghafaz al-Quran, rumahnya tidak mempunyai televisyen. Sebaliknya mereka hanya menyediakan sebuah radio untuk membolehkan keluarga mengikuti perkembangan semasa.

"Alhamdulillah anak-anak tidak pernah bersungut kerana sejak kecil lagi mereka sudah diajar supaya menjadi seorang tahfiz, malah saya bimbang dengan adanya televisyen tumpuan mereka pada al-Quran sedikit terganggu.

"Saya juga tidak akan memewahkan anak-anak dengan wang ringgit kerana tidak mahu mereka lalai sebaliknya membelikan barangan yang perlu sahaja," katanya.

Menurut Azhari, ibu bapa yang berhasrat mendidik anak sebagai tahfiz perlu mengikis tanggapan bahawa mereka juga perlu menjadi tahfiz kerana beliau dan isteri bukannya tahfiz tetapi bersyukur kerana dapat mendidik anak-anak sebagai tahfiz dan mempunyai lebih 30 anak murid.



Saturday, 19 June 2010

Kebersihan Yang Tidak Dititik Beratkan...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


"Inallaha Jamil Yuhibbul Jamal..."

Sepanjang keberadaan saya di Mesir ini sejak bulan September 2008, banyak rumah yang sudah saya ziarahi lebih-lebih lagi di sekitar muhafazah Shoubra. Sedikit pandangan saya ter'fokus' tentang kebersihan yang tidak dititik beratkan apabila melihat rumah-rumah termasuk rumah saya yang sekarang (Syari' Abu Takia) dan rumah yang sebelum ini (Syari' Hasan Bahjat). Bukanlah niat untuk mengaibkan sesiapa, akan tetapi sekadar pandangan yang mungkin boleh diambil peduli walaupun ini hanyalah masalah furu' sahaja.

Kebiasaannya dan kebanyakannya, kesemua rumah-rumah arab di Mesir amnya dan di Shoubra khususnya dibina tandas/bilik mandi berhampiran atau bersebelahan dengan dapur. Maka secara 'adinya pelajar Malaysia akan menggunakan selipar-selipar yang sama untuk tujuan pergi ke tandas ataupun ke dapur.

Seperti yang kita maklum, tandas yang sebersih mana sekalipun kita masih meragui jika kita membawa air (dengan selipar) keluar dari tandas. Kita tidak pasti samada air itu kotor bercampur dengan air najis (percikan air kencing - maaf aib sedikit) ataupun tidak. Kemudian, ada ahli bait atau tetamu yang hadir (kerana tidak tahu) melalui jalan yang sama tanpa memakai selipar dan terus memijak tikar atau karpet yang ada di seluruh rumah. Adapun tikar atau karpet yang dipijak bersama air tadi digunakan pula untuk solat. Habis tercemar satu rumah tanpa disangka-sangka.

Saya tidak mahu untuk mengupas samada sah atau tidak solat, najis atau tidak kerana penerimaan ibadat hanya diketahui oleh Allah swt sahaja. Apa yang ingin dibicarakan di sini ialah kurangnya penjagaan kebersihan oleh orang bergelar pelajar agama. Ini tidak dibincangkan lagi tentang membersihkan alatan makanan dan masakan selepas digunakan dan lain-lain. Apa yang ingin ditekankan di sini ialah tentang menjaga kebersihan.

Apa-apa pun ini sekadar pandangan dan teguran kita bersama, bukanlah niat untuk menyinggung, menyatakan perasaaan tidak puas hati dan sebagainya. Moga yang baik dinilai di sisi Allah Taala dan yang buruk mendapat petunjuk dari Allah Taala jua. Mohon maaf di atas kata-kata dari seorang hamba yang faqir lagi hina ini.

Kenari : Teringat kata-kata seorang senior Shoubra...
Nuri : Kita tiada orang gaji untuk membersihkan rumah kecuali dengan "Ukhwah Fillah"

Akademi Duat Melahirkan Graduan Berkepimpinan

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Sumber : http://pmram.org (link)


KAHERAH, 15 Jun - Bertempat di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan di Hayyu Sabiek, telah berlangsung satu program di bawah anjuran program induk Liqa’ Mahabbah 2010 (LIMA 10). Program Akademi Du`at yang berlangsung selama dua hari, bermula pada 15 Jun 2010 dan berakhir pada 16 Jun 2010 disertai seramai 27 peserta daripada mahasiswa tahun satu DPM (MAQAZ) Shoubra.

Program Akademi Du`at dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan ucapan perasmian oleh SaudaraMohd Farkhan bin Md Zain, Naib Presiden III Persekutuan Republik Melayu Arab Mesir (PMRAM). Sebelum itu, majlis perasmian Akademi Du`at didahului dengan ucapan alu-aluan oleh pengarah program, Mohammad Afif bin Abd Karim. Seterusnya, ucapan Setiausaha Agung DPM (MAQAZ) Shoubra merangkap pengarah program Liqa’ Mahabbah 2010, Saudara Ahmad `Afif Zuhdi bin Ahmad Zaki.

Meneruskan lagi perjalanan program, para peserta disajikan dengan pengisian 1 yang bertajuk Fiqh Aulawiyat oleh Saudara Abdul Mui`zz bin Mohamad, mantan presiden PMRAM 2009. Sejurus selepas peserta menikmati sajian sarapan pagi, peserta didedahkan pula dengan pengisian seterusnya yang bertajuk Skema Kertas Kerja & Surat Program oleh Saudara Ahmad `Afif Zuhdi bin Ahmad Zaki, Setiausaha Agung PMRAM cawangan Shoubra. Seterusnya, peserta dilatih untuk menyediakan kertas kerja program melalui Gerak Kerja Berkumpulan (GKB). Setiap kumpulan GKB dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Tadbir DPM (MAQAZ) Shoubra yang bertindak sebagai fasilitator.

Demi mencapai matlamat program untuk melahirkan para du`at yang disegani, peserta Akademi Du`at didedahkan dengan Seni Komunikasi Berkesan yang disampaikan oleh Saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Setiausaha Agung PMRAM 2010 merangkap Ketua Lajnah Pendaftaran. Selepas selesai menunaikan solat zohor dan makan tengah hari, program diteruskan lagi dengan pengisian yang bertajuk Pengurusan Stress yang disampaikan oleh Saudara Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil, mantan YDP Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir.

Perjalanan program diteruskan lagi dengan tayangan multimedia kemudian disambung dengan GKB yang seterusnya. Kali ini, para peserta dilatih oleh fasilitator cara untuk mengendalikan sesuatu majlis. Selesai GKB, majlis diteruskan dengan solat Asar secara berjemaah dan minum petang. Program ditangguhkan sekitar jam 4.45 petang.

HARI KEDUA (16 JUN 2010)

Sebagai santapan awal, peserta disajikan dengan pengisian bertajuk Fiqh Dakwah oleh Saudara Hairul Nizam bin Mat Hussain, mantan presiden PMRAM 2005/2006. Selesai pengisian mengenai Fiqh Dakwah, para peserta didedahkan dengan Pengurusan & Pengendalian Mesyuarat serta Minit Mesyuarat yang disampaikan oleh Saudara Muhammad Yazid bin Hanzir, Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir.

Program bersambung dengan pengisian Etika dan Protokol Majlis yang disampaikan oleh Saudara Mohd Zahid bin Abu Bakar, Timbalan Setiausaha Agung PMRAM 2010. Selesai menjamu selera dengan hidangan sarapan pagi, para peserta dilatih untuk mengendali mesyuarat melalui GKB. Peserta kemudian menikmati jamuan tengah hari serta solat zohor.

Sekitar 2.30 petang, program diteruskan dengan talkshow “Warna-warni Dunia Kepimpinan” yang disampaikan oleh Saudara Mohamad Azlan bin Haji Alias, Naib Presiden II PMRAM 2010 dan Saudari Siti Anisah binti Ahmad, mantan ketua HEWI PMRAM 2009. Selesai talkshow, peserta didedahkan secara praktikal mengenai pembentangan kertas kerja melalui GKB. Program diteruskan dengan solat Asar berjemaah dan seterusnya para peserta menikmati hidangan minum petang.

Sekitar jam 5.00 petang, majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman, Timbalan Presiden PMRAM 2010 merangkap Ketua Lajnah Perancang dan Panitia. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada perasmi sebagai tanda penghargaan di atas kesudian beliau untuk menjayakan program.
Program Akademi Du`at 2010 berakhir sekitar jam 5.45 petang dan disusuli dengan sesi fotografi bersama Timbalan Presiden PMRAM.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak PMRAM Pusat, PMRAM cawangan Shoubra, PMRAM cawangan Wilayah Persekutuan, PMRAM cawangan Pulau Pinang, serta kepada AJK Pelaksana & para peserta serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Akademi Du`at 2010. Semoga segala usaha yang dilakukan dinilai oleh Allah SWT.

Friday, 18 June 2010

Kekayaan Sultan Brunei Darussalam...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


مشهور بالبذخ الشديد … وأستخدامه للذهب في كل شئ
ولد وهو لا يأكل إلا من ملاعق مصنوعة من ذهب
ملابسه التي يرتديها مطرزة بالذهب والفضة
قصر السلطان حسن

يعتبر أكبر وأفخم قصر في العالم حيث يحتوي يتكون من
1788 غرفة وبعض الموجودات مرصعة بالذهب والألماس
257 حماما وموجودات مرصعة بالذهب والفضة
وجراج يتسع إلى 110 سيارة ويحتوي قصره 650 لوحة … أقل لوحة لا تقل عن 150.000 ألف يورو

سيارة السلطان حسن

بناءً على طلب خاص من السلطان بروناي, قامت شركة روز رويس العالمية بصنع سيارة خاصة تجمع بين تصميم سيارة الروز رويس وسيارة البورش, وهذه السيارة موجودة حالياً في لندن لاستخدامها اثناء تواجده في بريطانيا

طائرة سلطان بروناي

أفخم طائرة بالعالم مرصعة بالذهب
ويملك السلطان أيضا طيارتي «بوينغ 747» تبلغ قيمتها بمائة مليون دولار، ومن ثم أعاد تصميمها من الداخل بكلفة تزيد على المائة والعشرين مليون دولار، ومن الإضافات المميزة حمام ومغطس (بانيو) من الذهب الخالص وست طائرات صغيرة وطائرتي هليكوبتر.

ويملك من السيارات 531 مرسيدس بنز 367 وفيراري و362 بينتلي و185 بي ام دبليو و177 جاكوار و160 بورش و130 رولز رويس و20 لامبرجيني فيصبح مجموع السيارات = 1932 سيارة
تزداد ثروة سلطان بروناي بمقدار 90 يورو في الثانية
.

Mushaf Al-Quran Berusia 450 Tahun...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

اضغط هنا لترى الصورة بحجمها الطبيعى

اضغط هنا لترى الصورة بحجمها الطبيعى

اضغط هنا لترى الصورة بحجمها الطبيعى

اضغط هنا لترى الصورة بحجمها الطبيعى

اضغط هنا لترى الصورة بحجمها الطبيعى


Cabang - Cabang Dajjal Laknatullah...

A'uzubillah Min as-Syaitan ar-Rajim...
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

ZIONISME


Tentu sekali anda menyangka Zionisme merupakan gerakan utama yahudi. dewasa ini juga zionisme sering terpampang di media cetak terutama di dada-dada akhbar, pastinya. zionisme merupakan ideologi yang dianuti yahudi dan ada juga dari bangsa lain. Ia mula wujud sejak penulisan buku ‘Negara Yahudi’ karangan karut Theodore Hertzl. Tujuan utama ideologi sesat ini tidak lain tidak bukan membina Haikal Sulaiman ditapak Masjidil Aqsa sekarang juga menubuhkan Negara Sekular untuk bangsa Yahudi laknatullah. Bersama protokol-protokol yahudi yang hengseng.

BILDERBERG


Joseph Retinger yang merupakan penasihat politik Poland membuat persepakatan dengan putera raja dari Belanda iaitu Bernhard bersama-sama Perdana Menteri Belgium, Paul Van Zoeland. Telah rancak menggiatkan sebuah pertubuhan ‘Bilderberg’ yang menerapkan kebebasan bersuara dalam muktamar mereka. Bilderberg juga mengatur rencana untuk menguasai Pertubuhan Pakatan Atlantik Utara (NATO), iaitu ketenteraan berpuluh-puluh negara dan mempunyai aset peperangan bernilai berbillion-billion ringgit serta pangkalan tentera di merata-rata wilayah yang boleh diatur bila-bila sahaja. kesimpulannya, Bilderberg memegang jatuh naik sesebuah negara. contohnya, Amerika telah menandatangani perjanjian dengan India untuk membangunkan senjata nuklear. Kesannya, kita akan lihat India sudah sebaris dengan Russia, Perancis, dan Jerman. Tetapi apabila Iran mahu membangunkan kuasa nuklear untuk tujuan keamanan, segera dihalang Britain, Perancis, dan Jerman. Sungguh, Bilderberg benar-benar menguasai dunia melalui Amerika dan Eropah, sedangkan Bilderberg itu sendiri di bawah Zionis. Mudahnya, zionis memegang dunia.

FREEMASON


Bermula 10 Sya’ban 1398H bersamaan 15 Julai 1987 masihi, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah Al-Mukarramah telah mengeluarkan fatwa, kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan ‘Freemason’. Impak pertubuhan paling lama bertapak di muka bumi ini menghasilkan implikasi yang benar-benar, paradoksnya. Berhasrat untuk merampas kembali Palestin dari Kristian untuk membina kembali Haikal (Istana) Nabi Sulaiman.


Asetnya tidak manimalis, malah akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Namun, selepas zaman Revolusi Eropah pada kurun ke-17 yang merakamkan kejatuhan kerajaan Kristian dan kegemilangan Islam, perhatian terus dihala kepada Islam.Pertubuhan ini dianggotai bangsa Yahudi tulen, persis Ariel Sharon, Ehud Barak, dan lain-lain. Freemason mempunyai beberapa pertubuhan yang dinaunginya serta menggunakan simbol yang sukar ditafsir, seperti matahari, bulan, mata, pyramid. Antara pertubuhan songsang mereka, Illuminati, Pertubuhan B’nai B’rith, Pertubuhan Bahaiyah – menimbalkan keraguan dalam hati umat Islam mengenai agama yang disyiarkan dan dianuti.Pertubuhan Kesaksian Yehova. Gerakan ini amat banyak di Malaysia yang berselindung disebalik Badan Kebajikan Lions Club dan juga Rotary Clubs. Bahkan ramai juga orang Islam yang terlibat dengan gerakan ini atas nama kebajikan untuk menarik perhatian umat Islam.

ILLUMINATI


Secara nyatanya sejarah awal penubuhan Illuminati yang diambil dari makna perkataan Lucifer(Iblis) yang bererti ‘pemegang cahaya’. Illuminati ini tidak lain hanyalah satu ideologi yang berperintahkan pemerintahan tunggal yang tunduk pada tuhan(kononnya) mereka, iblis. Illuminati juga menguasai media dengan mengaburi mata dunia dengan perancangan pelbagai peperangan dan revolusi menjadi kunci mereka dapat menguasai negara-negara lain. Dengan kehendak Tuhan, apabila utusan Illuminati membawa dokumen penting untuk revolusi di Perancis, mati dipanah petir diatas kudanya sendiri tika dalam perjalanan dari Frankfurt menuju kota paris. Pihak Polis menjumpai dokumen-dokumen penting Illuminati lalu diserahkan kepada pihak pemerintah.Akhirnya, arahan untuk menutup “Lodges Of The Grand Orient” (sarang sulit pertubuhan Illuminati) berkuat kuasa terhadap semua sarang tersebut di Bavaria.


Diasaskan oleh Adam Weishaupt, seorang Freemason, Yahudi Jerman yang berfahaman Zionis. Beliau merupakan seorang pensyarah di Universiti Ingolstadt, Jerman. Asas segala semangat Zionis bermula dari dasar-dasar Adam Weishaupt. Walaupun begitu, Zionist merupakan musuh kita, tetapi bukan kaum Yahudi. Kita sebagai umat Islam dilarang menghina kaum Yahudi. Ini kerana, isteri Rasulullah S.A.W bernama Safiyah bt. Huyay (Bani Quraizah) keturunan Yahudi dari susur galur Nabi Harun A.S. Kita boleh berkawan atau berkahwin dengan orang Yahudi kerana mereka seperti kita juga. Ramai di kalangan orang Yahudi sendiri menentang Zionis. Bagi mereka, Zionis golongan sesat yang menyembah Lucifer (Iblis). Apa yang penting, kita jangan ikut telunjuk Yahudi Zionis yang ternyata ingin memusnahkan kita. Yahudi Zionis adalah dari keturunan Khazars yang sememangnya menentang agama Islam, agama Kristian dan semua agama di dunia ini.


13 keluarga pendokong Illuminati yang paling berkuasa di dunia sejak berzaman – Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassis, Reynolds, Rockefeller, Rothchild, Russel dan Van Duyn. Mereka menguasai dunia di sebalik tabir. Mereka menguasai ekonomi, kewangan dunia, sistem geopolitik, kelas sosial tinggi, pentadbiran kerajaan, sektor swasta & NGO, pendidikan tadika sehingga ke peringkat universiti (terutamanya Oxford, Cambridge, Harvard, Yale), pentadbiran agama, kumpulan “underground” terancang hampir seluruh negara. Mempunyai jentera dan jaringan yang terluas di dunia merentasi 7 benua 7 lautan. Berasa kaget? Lawat laman ini untuk maklumat lanjut. http://www.bibliotecapleyades.net/bloodlines

ILLUMINATI DAN FREEMASON

Setelah buku “The Original Writings Of The Order And Sect Of The Illuminati” yang menyingkap kejahatan Illuminati diterbitkan oleh kerajaan Bavaria pada 1786, Weshaupt terus mengerahkan anggota-anggotanya menyusup ke sarang sulit “Blue Masonary”. Kesan kemasukan Illuminati ke dalam Freemason menyebabkan hampir 40% daripada ahli-ahli Freemason merosot di Amerika. Ini jelas menunjukkan kedudukan illuminati sebenarnya telah mengatsi Freemason pada hakikatnya namun untuk terus mengaburi mata dunia, hanya namanya diletak dibawah Freemason.

Sumber : http://muhammadhanif.wordpress.com (link)

Di Sebalik Identiti David Beckham...

A'uzubillah Min as-Syaitan ar-Rajim...
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Sudah ramai yang mengetahui bahawa bintang bola sepak antarabangsa, David Beckham adalah berbangsa Yahudi walaupun tidak kelihatan imej-imej keyahudiannya di khalayak ramai.

Tetapi beliau tidak dapat menyembunyikan identiti Yahudinya apabila menghadiri upacara pengekebumian datuknya, Joe West di tanah perkuburan Golden Green, North London. Beckham hadir bersama isterinya Victoria Beckham sambil memakai yarmulk biru iaitu ketayap kecil orang Yahudi.

Thursday, 17 June 2010

ILLUMINATI Sudah Ada Di Johor...

(Gambar) Menteri Besar Johor bersama Pengarah Halliburton, David King merasmikan pembukaan kilang pada 29 Mac 2008.

Sumber : http://dajjal.wordpress.com (link)

Dalam sidang perbahasan di parlimen pada 21 Mei (Rabu), Dato’ Seri Tuan Guru Hadi Awang telah mempersoalkan tindakan Kementerian Perdagangan yang memberi kelulusan syarikat Yahudi Zionis untuk membuka kilang seluas 20,000 kaki persegi di Taman Teknologi Johor di Johor.

Syarikat tersebut dikenali sebagai Halliburton Manufacturing & Technology (M) Sdn. Bhd. Tuan Guru mempersoalkannya kerana syarikat tersebut terlibat secara langsung dengan penjajahan Amerika di Iraq, Mesir dan Palestin.

Amat mengecewakan apabila Timbalan Menteri iaitu Dato’ Jacob Dunggau Sagan gagal menjawab soalan Tuan Guru. Beliau hanya sekadar berhelah kosong dan memberitahu kerajaan memberi kebenaran kerana syarikat tersebut mampu membawa pulangan faedah terkumpul yang banyak kepada kerajaan.

Berkenaan Halliburton Manufacturing

Halliburton merupakan syarikat pembekal senjata utama untuk peperangan di Iraq. Syarikat ini juga merupakan syarikat warisan keturunan Yahudi yang bernama Halliburton. Di bawah syarikat ini terdapat banyak lagi syarikat-syarikat yang mengkhusus dalam teknologi senjata dan minyak.

Asalnya Halliburton Manufacturing diasaskan oleh dua orang tokoh perniagaan Yahudi iaitu Vida dan Erle P. Halliburton dan beribu pejabat di Burkburnett, Texas pada 1919. Core business untuk syarikat ini ialah Oil Well Cementing.

Sejak dari 1919 hingga 1982, jumlah pekerja tetap syarikat Halliburton ialah seramai 115,000 orang. Namun jumlah pekerja menurun kepada 73,000 orang pada 1991.

Untuk memantapkan peranan Halliburton Manufacturing, syarikat ini telah menubuhkan sebuah anak syarikat yang berperanan khusus dalam pembekalan alatan perang berteknologi. Anak syarikat tersebut bernama Brown & Root Service.

Peranan Brown & Root Service Dalam Polisi Perang Amerika

BRS adalah sekutu terbesar dalam membekalkan alatan perang sejak 1990-an. BRS secara langsung telah terlibat dalam konflik-konflik seperti…

  • Desert Storm Operation, Kuwait pada 1991,
  • Konflik Balkan, 1990 dan Bosnia-Herzegovina. Dalam konflik ini, Halliburton telah menuubuhkan sebuah lagi anak syarikat baru iaitu Kellog Brown-Root (KBR),
  • Perang Teluk, Perang Afghanistan dan Perang Iraq.

Kekuasaan Halliburton dan Syarikat-Syarikat Yahudi Lain

Pada era Bush, Halliburton adalah penguasa sebenar loji-loji minyak di seluruh tanah Arab atau negara Islam kecuali Iran. Kekuasaan Halliburton bolehlah disamakan dengan kekuasaan Exxon Mobil yang dimiliki oleh David Rockefeller.

Menurut Dr. P.s.Babcock,

“…bagi sesiapa yang bukan dalam bidang industri minyak, Halliburton adalah sebuah syarikat yang misteri. Bagi yang terlibat dengan industri minyak pula, Halliburton adalah syarikat jenayah kolar putih.”

(Logo jenama)

Halliburton boleh disamakan dengan syarikat Yahudi lainnya seperti Baskin Robin (pembekal aiskrim untuk kem tentera Amerika di Iraq) dan pakaian jenama Bill Khakis iaitu pembuat pakaian tentera Amerika dan Zionis sejak 1880-an.

(Dari kiri) Irvin Robbin, pengasas Aiskrim Baskin Robbin dan Erle P. Halliburton

Halliburton sama sahaja dengan kedua-dua syarikat ini, “tidak popular, tetapi amat berkuasa” dan terlibat secara langsung dengan setiap peperangan dunia dengan memainkan peranan masing-masing.

Tidak diketahui adakah pemilihan syarikat Halliburton oleh kerajaan Malaysia dibuat secara paksa atau pilihan terbuka. Adalah amat tidak logik pihak kerajaan Malaysia tidak mengetahui latar belakang syarikat ini.

Tindakan Kementerian Perdagangan itu bukan sahaja dipersoalkan oleh Pakatan Rakyat tetapi juga dari ahli perlimen BN sendiri iaitu Dato’ Mukhriz Tun Mahathir dalam perbahasan parlimen pada hari yang sama.

Related Posts with Thumbnails

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA FERRARI

REPLIKA FERRARI

REPLIKA BIKERZ

REPLIKA BIKERZ

PERKEMAT DQ 06/07

PERKEMAT DQ 06/07

IBNU HAJI ABD KARIM © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO