Wednesday, 23 June 2010

Robot Pun Nak Main Bola Jugak...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

http://www.utusan.com.my (link)

Kejohanan bola sepak Piala Dunia telah terasa bahangnya dari Afrika Selatan dan perlawanan antara pasukan sudah memasuki minggu kedua. Peminat bola sepak di seluruh dunia telah mula merasai kehangatan acara bola sepak empat tahun sekali itu.

Begitu juga bagi peminat robot, mereka juga tidak ketinggalan memeriahkan sambutan kejohanan tersebut, namun ia dilakukan dengan cara mereka yang tersendiri.

Robot bola

DI Hanover, Jerman, para peminat robot menyambut ketibaan kejohanan bola sepak Piala Dunia dengan menghasilkan empat robot humanoid yang berkebolehan untuk bermain bola sepak.

Empat robot itu yang tingginya kira-kira 60 sentimeter dan dinamakan Rajesh, Penny, Sheldon serta Leonard merupakan sebahagian pasukan B-Human yang memenangi kejohanan Piala Dunia Bola Sepak Robot di Austria pada tahun lalu.

Robot-robot itu mempamerkan kehandalan pada satu perlawanan pertunjukan di CeBIT iaitu pameran teknologi tinggi terbesar di dunia.

SOCCER BOT

Soccers bot merupakan antara ciptaan robot bermain bola untuk pertandingan RoboGames yang menghimpunkan hampir 70 peserta daripada seluruh dunia.

Dicipta menyerupai manusia (humanoid) ia memiliki ciri-ciri asas seperti pemain bola sepak iaitu menendang.

Bersaiz lebih besar daripada sebiji bola tenis, ia mampu melakukan pelbagai pergerakan secara sendiri tanpa memerlukan kawalan daripada manusia.

Selain bermain bola sepak, mereka juga turut memperkenalkan robot untuk pertempuran, Sumo Bots, dan juga android yang mampu melakukan aksi kungfu.

Vision Vgos

Vision Vgos dicipta bagi menyertai pertandingan RoboCup, pertandingan robot humanoid bermain bola diadakan di Suzhou, China.

Setinggi 445 milimeter, ia memiliki 21 sambungan yang bebas bergerak dan diselaputi gentian yang lembut bagi menyerap hentakan.

Rekaan robot ini telah diilhamkan oleh Tomotaka Takashi dari Kyoto, Jepun.

Digelar sebagai Pasukan Osaka, mereka telah mencipta robot yang mampu bermain bola sejak 2003 lagi dan telah menjuarai beberapa siri pertandingan RoboCup.

Hoap-3

Hoap- 3 merupakan sebuah lagi robot yang boleh bermain bola sepak ciptaan Fujitsu Automation dan telah memenangi Anugerah Robot pada tahun 2007.

Ia mampu menendang dan mengesan pergerakan bola di samping mampu menangkapnya namun ia masih perlu dikawal oleh manusia.

Walaupun Hoap-3 masih dikawal menggunakan wayar, namun lihat sahaja pada wajahnya yang memiliki mata dan mulut yang luas memudahkan ia dikawal dan menentukan sasaran iaitu menembusi gawang lawan.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA FERRARI

REPLIKA FERRARI

REPLIKA BIKERZ

REPLIKA BIKERZ
Powered By Blogger

PERKEMAT DQ 06/07

PERKEMAT DQ 06/07

IBNU HAJI ABD KARIM © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO