Tuesday, 1 June 2010

Imam Tua, Imam Muda & Imam Arab...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...



Tiba-tiba teringat kisah tujuh tahun yang lalu, ketika dijemput menjadi imam solat terawih bersama sahabat saya Ustaz Aidil di salah sebuah surau di Cheras. Masa itu, kami baru sahaja tamat syahadah khatam 30 juzuk. Sahabat saya ditegur oleh pengerusi kerana bacaannya terlalu laju dan tajwid tunggang-langgang. Kami disuruh tidak mengkhatamkan al-Quran atas alasan para makmum tidak tahan tetapi dalam masa yang sama imam surau dan salah seorang ustaz di situ memuji bacaan kami.

Hendak dijadikan cerita, malam terakhir kami di situ, pengerusi surau telah dijemput menjadi imam witir. Perkara yang membuat saya tersenyum + tersengih ialah apabila Surah al-A'la tidak dapat dihabiskan kerana banyak kali mengulang ayat yang sama walaupun telah ditegur oleh makmum di belakang. Setelah itu, doa yang dibaca hanya mukadimah yang berbahasa arab seterusnya hanya berbahasa Melayu sehinggalah habis doa.

Apa yang ingin saya bawa di sini ialah segelintir orang tua @ imam-imam tua berasa susah untuk menerima teguran orang muda walaupun jelas-jelas bacaannya salah yang nyata. Lebih pelik lagi orang muda @ imam muda diperlekehkan atas alasan tidak banyak pengalaman. Persoalannya, syarat sah sembahyang itu bergantung pada pengalaman atau bacaan yang betul terutama dalam bacaan al-Fatihah?

Tidak terkecuali juga segelintir orang arab apabila menjadi imam. Kadang-kadang pening kita dibuatnya, nak kata bacaan qiraat tidak pula yang pastinya kesalahan tajwid dan makhraj huruf yang nyata. Bila ditegur kami pula yang diperlekeh seolah-olah dia lebih tahu segalanya memandangkan kami orang wafidin.

Kesimpulannya, orang arab pun kena talaqqi al-Quran untuk betulkan bacaan...

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA FERRARI

REPLIKA FERRARI

REPLIKA BIKERZ

REPLIKA BIKERZ
Powered By Blogger

PERKEMAT DQ 06/07

PERKEMAT DQ 06/07

IBNU HAJI ABD KARIM © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO