Sunday, 13 June 2010

Di Sebalik Piala Dunia 2010...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Pada artikel yang lepas (link) ada dipaparkan mengenai bola yang digunakan pada Piala Dunia 2010 yang sedang berlangsung sekarang di Afrika Selatan. Sedikit paparan untuk tatapan umum. Berfikirlah dan bermuhasabah seketika daripada kita terus dibuai dengan keseronokan melayan pasukan pilihan masing-masing. Sekali lagi, apa yang boleh saya katakan ialah 'terpulang kepada tafsiran masing-masing.'

Sebuah persoalan yang kita mesti dan wajib jawab, adakah kita ingin melengkapkan protokol tersebut dengan menjadikan diri kita sebahagian dari mangsa mereka?

Satanic Symbolism


Jahbulon adalah salah satu dari amalan ritual ketuhanan puak freemason. Ia cuba menonjolkan ciri-ciri kesyaitanan.


Semua ini ada terkandung dalam protokol Yahudi seprti di bawah :

Protokol 13 : Untuk melengkapi usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan kaum industrialis dari kalangan bukan Yahudi, di samping terus mendorong adanya spekulasi itu, maka bangsa Yahudi menyebarkan projek-projek kemewahan, badan pertunjukan di kalangan bukan Yahudi kerana semuanya ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalihkan perhatian orang-orang bukan Yahudi dari memikirkan persoalan politik, maka agen-agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga (sukan), pesta-pesta, pertandingan-pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.

Acara Untuk Mengalih Pandang

Perlu kita ingat, menganjurkan acara bertaraf dunia secara besar-besaran ini adalah salah satu dari cara puak ini untuk mengalih pandangan masyarakat dari isu-isu penting umat selain memberi mereka masa yang sesuai untuk menyusun dan menjalankan aktiviti mereka. Dengan cara melekakan masyarakat dunia, mereka boleh bergerak tanpa ada siapa yang sedar aktiviti penting mereka.

Persoalan,
  • Apa yang sedang terjadi di Semenanjung Gaza, Bosnia, masyarakat sunnah di Iraq sekarang ini?
  • Apakah anda tahu pertemuan-pertemuan sulit mereka diatur pada waktu ini?
  • Apa anda tahu, kewangan mereka kembali kukuh dengan adanya acara sebegini?
  • Apa anda tahu, berapa ramai muslim tidak lagi punya rasa marah walaupun di dalam hati apabila melihat wanita separuh bogel melompat-lompat dihadapan mereka?

Jawapan yang mudah, sebilangan besar dari kita tidak tahu sebahagian dari jawapan kepada persoalan di atas. Inilah peranan media mereka dan kotak sihir mereka, iaitu televisyen. Media sekarang ini sama ada yang benar-benar berperanan untuk mengalihkan pandangan atau mereka yang secara tidak sengaja turut mengalihkan pandangan masyarakat dunia kini sedang aktif mengeluarkan isu-isu berkaitan bola. Secara logikalnya, adakah 'bola sepak' tiba-tiba' boleh menjadi isu terbesar dan terpenting untuk dunia? bukankah isu yang agak penting sekarang ini adalah isu kejatuhan ekonomi dan isu flotilla (walaupun ini termasuk dalam perancangan mereka)? Ini bagi saya sesuatu yang janggal dan sangat mustahil. Anda boleh lihat contoh berkaitan media control & mind control:
"Suatu ketika ramai yang marah dan sangat emosi bila media mengeluarkan isu serangan israel terhadap flotilla. Tetapi sekarang, muka-muka yang marah ini tadi bersorak kegembiraan apabila terasminya piala dunia 2010."
Ini contoh yang sangat mudah bagaimana mereka mengawal emosi masyarakat dunia. Sungguh licik dan berperancangan. Renung-renungkanlah.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA FERRARI

REPLIKA FERRARI

REPLIKA BIKERZ

REPLIKA BIKERZ
Powered By Blogger

PERKEMAT DQ 06/07

PERKEMAT DQ 06/07

IBNU HAJI ABD KARIM © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO