Di Sebalik Wang Kertas USD$1...
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...
Bagi mereka yang tidak tahu apa yang tidak kena wang kertas USD$1 ini, mungkin mereka akan terus tertanya-tanya. Namun bagi mereka yang sedar, anda adalah sebahagian daripada umat Islam yang sedar dengan petanda akhir zaman.
The Unfinished Pyramid with An All Seeing Eye
Perhatikan bentuk piramid yang tidak sempurna dan mempunyai satu mata (One-Eyed) yang terapung dalam satu bentuk segitiga di puncaknya. Segitiga yang mempunyai satu mata itu pula memancarkan cahaya seperti matahari. Satu mata itu memerhati semua yang berada di bumi. Satu mata itu dinamakan ‘The All Seeing Eye’ mengikut nama jolokan popular.
Piramid yang tidak sempurna itu pula mempunyai 13 tingkat sebelum dipisahkan dengan segitiga The All Seeing Eye yang terapung. Paras 13 tingkat ketinggian itu juga mempunyai maksud sendiri. Kemudian dituliskan motto Novus Ordo Seclorum dalam bahasa Latin yang bermaksud New Secular Order of the Ages atau New World Order, adakah ia bermaksud ‘pemerintahan dunia yang baru’ atau ‘pemerintah’ itu sudah muncul?
Dan motto yang berada di atas piramid itu pula ditulis Annuit Coeptis yang bermaksud Approving The Undertaking atau Merestui Peralihan (peralihan kuasa dunia?) atau diterjemah kepada maksud kontemporari, ia juga bermaksud ‘He Approves’ atau ‘Dia Merestui’. Siapakah ‘He’ itu, adakah ‘dia’ bermaksud Tuhan atau Mata Satu yang bercahaya itu? Jika dikatakan dengan maksud tuhan merestui, mengapa tidak diletakkan simbol keagamaan negara itu (salib kristian), tetapi mengapa diletakkan ‘Dia Merestui’ sedangkan di bawahnya diletakkan gambar segitiga bermata satu? Apakah maksud kepada semua yang terpampang dalam wang kertas USD$1 itu?
Piramid itu adalah simbol kepada pertubuhan rahsia yang menguasai dunia hari ini, THE ILLUMINATI. Manakala New World Order pula adalah perancangan mereka dalam menyatukan dunia di bawah satu pemerintah melalui strategi-strategi rahsia. He Approves pula bermaksud syaitan sentiasa bersama mereka dalam menjayakan agenda sulit. Kerana syaitan adalah sesuatu yang mereka sembah sejak zaman berzaman, kerana syaitan memberi mereka kuasa dalam politik dunia, syaitan itu akan muncul apabila segala perancangan terlaksana sempurna dan kita menyebutnya sebagai Dajjal.
Ia adalah agenda syaitan sejak zaman berzaman untuk meruntuhkan ketaatan kepada Allah dengan menjadikan dirinya sebagai sesuatu yang disembah manusia selain Allah. Syaitan menawarkan segala kekuasaan politik kepada golongan-golongan elit di dunia seperti ketua-ketua kerajaan (Presidents & Prime Ministers) di Eropah, Amerika dan tidak mustahil jika ia turut melibatkan negara Islam sendiri terutama di rantau Timur Tengah dan Asia Barat. Ia adalah konspirasi bersepadu antara syaitan dan golongan elit ini dalam menuju kekuasaan dunia.
p/s : mula-mula ingat nak simpan duit ni selepas tukar di sarafah, lepas baca artikel ni tukar terus je la ngan duit genih..
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment