Sunday 6 June 2010

Persatuan Ustaz & Imam Hafiz Negeri Johor (PUIHNJ)

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Itulah pepatah Melayu yang menjadi inspirasi dalam membentuk satu kesatuan di bawah satu persatuan. Secara dasarnya cadangan penubuhan persatuan ini adalah untuk menyatukan semua para Ustaz dan para Imam Hafiz di dalam negeri Johor khususnya untuk bersama-sama bersatu padu, mengembling tenaga ke arah kebaikan atas maksud untuk manfaat bersama. Kesatuan yang di bina ini diharapkan dapat membuka lebih ruang untuk ke peringkat yang lebih profesional dan lebih globalisasi, bersesuaian dengan peredaran zaman dan semasa, dengan tidak melewati batasan lingkungan Syariat Islamiah dan As-Sunnah.
OBJEKTIF
  • Menyatukan para Huffaz di bawah satu organisasi.
  • Membuka lebih banyak ruang atau platform bagi tujuan Dakwah Islamiah.
  • Menyediakan para Huffaz untuk berkhidmat kepada masyarakat.
  • Memberi peluang kpd para Huffaz utk mencurahkan dan mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari untuk manfaat semua.
  • Menjalinkan ukhuwah islamiah yg lebih erat dikalangan ahli & masyarakat
  • Bekerjasama untuk kebaikan dan mencegah kemungkaran
MOTTO

Amal, Dakwah & Khidmat
MISI
Bagaimana setiap Ahli dapat bersatu padu dalam menyebarkan Ilmu, Dakwah, Khidmat dan Akhlak yang baik kepada masyarakat, untuk menjadi Asbab atau pencetus kpd Hidayah agar semua orang Islam dapat mengamalkan Agama yang sempurna dalam kehidupan mereka.

VISI


Melahirkan para Huffaz yang berkualiti & berkarisma serta
berakhlak mulia di setiap rumah orang Islam.


P/S : Persatuan ini ditubuhkan oleh para huffaz anak kelahiran Johor lepasan pondok-pondok, madrasah-madrasah dan sekolah tahfiz. Moga dengan tertubuhnya persatuan ini bukan sahaja mampu menyatukan semua ustaz-ustaz dan imam-imam hafiz negeri Johor malah mampu untuk menjadi suara para huffaz dalam membawa masyarakat yang sudah jauh terpesong kembali ke jalan Allah s.w.t.

*pening nak edit post ni..asyik tak berkenan je..

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA FERRARI

REPLIKA FERRARI

REPLIKA BIKERZ

REPLIKA BIKERZ
Powered By Blogger

PERKEMAT DQ 06/07

PERKEMAT DQ 06/07

IBNU HAJI ABD KARIM © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO