Tuesday, 1 June 2010

Tenangnya Bila Menghafaz Kalam Allah...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...




Firman Allah swt:

ألا بذكر الله تطمئن القلوب
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang
(Surah Ar-Ra’d:28)

Antara kelebihan apabila kita menghafaz al-Quran ialah hati kita akan berasa tenang. Dengan hati yang tenanglah akan memudahkan kita untuk mengingati hafazan al-Quran.Selain itu, ia juga akan mencerdaskan otak manusia, menyihatkan tubuh badan dan menjauhkan kita dari melakukan maksiat.

Dalil akal sahaja sudah cukup membuktikan penyataan di atas:

"Apabila kita berusaha untuk mengingati hafazan, kita akan cuba untuk mengelakkan maksiat. Antaranya berfikir perkara-perkara yang tidak berfaedah, melakukan perbuatan yang menyiksa diri sendiri seperti merokok, bergaduh dan sebagainya seterusnya terhindarlah diri dari melakukan dosa..."

WAKTU SESUAI UNTUK MENGHAFAZ AL-QURAN

1. AWAL PAGI SEBELUM DAN SELEPAS SUBUH
- Waktu ini otak manusia masih ‘fresh’ dan tidak memikir untuk hal-hal dunia. Sesuai untuk melancarkan dan mengulang hafazan lama.

2. WAKTU DHUHA SEBELUM MENJELANG TENGAHARI
- Otak, fikiran dan tubuh badan masih segar dan sesuai untuk mengulang al-Quran dan
melancarkan hafazan lama.

3. SELEPAS MAGHRIB
- Waktu yang sunyi dan merehatkan fikiran. Sesuai untuk menghafaz hafazan baru.

4. SEBELUM TIDUR MALAM
- Apa yang dihafaz akan ‘disimpan seketika’ dan akan diulang apabaila bangun dari tidur.

Tidak digalakkan untuk mengulang al-Quran pada waktu tengahari dan waktu petang. Waktu ini disyorkan agar otak diberi ‘rehat seketika’ seperti qailulah dan beriadhah.

Perkongsian buat penghafaz kalam Allah…
  • Betulkan niat setiap kali menghafaz al-Quran hanya kerana Allah.
  • Kurangkan makan makanan segera yang sememangnya diyakini kurang khasiatnya.
  • Kurangkan makan makanan diluar seperti makanan ‘khidmat tawsil’ kerana kita tidak tahu amalan orang yang masak makanan tersebut walau orang Arab sekalipun.
  • Rugi menghafaz hanya semata-mata kerana ‘exam’. Ye, memang ganjaran tetap ada akan tetapi berbeza darajatnya… Renung-renungkan…Selamat Beramal

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA FERRARI

REPLIKA FERRARI

REPLIKA BIKERZ

REPLIKA BIKERZ
Powered By Blogger

PERKEMAT DQ 06/07

PERKEMAT DQ 06/07

IBNU HAJI ABD KARIM © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO