Saturday, 24 July 2010

"Imam Muda" Episod 9 Penuh Air Mata

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Sumber : www.realitimelayu.co.cc

Banyak media cetak dan elektronik dari luar negara termasuk BBC World, CNN, Al-Jazeera, Reuters, Associated Press (AP), Neues Deutschland, National Post Canada dan New York International News sudah memberi liputan positif kepada program realiti dakwah Imam Muda terbitan Astro Qasis.

Terbaru, wakil majalah Der Spiegel Magazine dari Jerman dan akhbar International Herald Tribune, New York turut hadir ketika rakaman program minggu kesembilan berlangsung. Mereka hadir kerana tertarik dengan keindahan agama Islam yang ditampilkan menerusi program itu.

Sejak mula ke udara pada 28 Mei lalu dengan menampilkan 10 peserta, Imam Muda semakin menghampiri kemuncaknya apabila menyingkirkan dua peserta pada minggu kelapan, menyaksikan persaingan antara Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26, Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, dan Mohd Taufek Mohd Noh, 27, yang bersaing bagi merebut tempat untuk ke final.

Acara kemuncak itu akan berlangsung di Dewan Muktamar, Menara Pusat Islam. Kuala Lumpur pada 30 Julai ini.

Begitupun impian untuk ke matlamat berkenaan bukan mudah kerana menurut pengetua Imam Muda, Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz, semakin ke penghujung, cabaran yang diberikan kepada peserta semakin kental.

Untuk siaran pada minggu kesembilan, empat peserta yang tinggal diberi tugasan mendekati orang tua yang tinggal di Rumah Seri Kenangan, Seremban pada 17 Julai lalu dan menyelami perasaan mereka yang tinggal di rumah berkenaan.

Mereka juga perlu memenangi hati warga emas di situ yang dipilih untuk dijadikan sebagai bapa angkat. Semua tugasan ini memerlukan strategi sendiri bagaimana mahu melakukannya.

Sungguh menyayat hati kunjungan mereka ke sana sehinggakan ketika hendak berpisah dengan empat Imam Muda ini, ayah angkat mereka menangis kerana terharu.

Isu perdebatan yang ditampilkan juga sangat menarik, berkisarkan mengenai sikap anak yang sampai hati meninggalkan orang tua mereka di rumah orang tua.

Keempat-empat mereka tampil dengan pandangan sendiri mengenai isu ini. Ada yang kontra antara satu sama lain namun matlamatnya mahu mencari jalan penyelesaian kepada masalah sosial yang makin membarah sekarang. Semua mereka bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik kerana persembahan di pentas dan setiap apa yang dilakukan akan mengundang markah daripada pengetua.

Terdahulu sebagai pembuka program, keempat-empat Imam Muda ini berduet dengan penyanyi nasyid, Nazrey Johani dalam lagu I'tiraf yang begitu menyentuh perasaan. Keikhlasan mereka terpancar.

Apapun, semestinya saat yang paling ditunggu-tunggu penonton ialah persoalan siapa peserta yang tersingkir dan gagal meneruskan perjuangan pada final nanti.

Sungguh berat hati apabila Datuk Hassan tampil membuat rumusan terhadap setiap peserta serta menamakan siapa yang bakal tersingkir.


"Perasaan saya begitu terharu seperti mana minggu lalu di mana dua Imam Muda menamatkan tugasan mereka dan meninggalkan kita. Ini ialah satu keputusan yang amat berat bagi saya dan rakan lain," katanya.

Untuk mengetahui apa cerita menarik mereka ketika berada di Rumah Seri Kenangan serta siapa yang akan tersingkir, sama-sama kita saksikan Imam Muda pada malam ini jam 9 malam.

Sementara itu, Hassan berkata, dari perbincangan awal, mereka akan mengumpul markah setiap peserta dari peperiksaan, teori dan praktikal untuk menilai siapa yang layak ke final.

"Kami mahu cari peserta yang terbaik untuk diangkat sebagai Imam Muda Terunggul. Itulah sebabnya peserta didedahkan dengan macam-macam perkara.

"Di sini kami hanya bagi prinsip asas kerana kebanyakan peserta adalah graduan pengajian Islam. Cuma kami bagi pendedahan menerusi program ini untuk tarik orang ke masjid. "Saya yakin 10 orang peserta yang terbabit akan melahirkan lagi 1,000 Imam Muda di negara kita. Program ini sangat berjaya dan peserta ini menjadi contoh kepada masyarakat terutamanya golongan muda.

"Saya sendiri tak jangka Imam Muda akan diterima sampai ke peringkat antarabangsa dan jadi bualan. Program ini diolah oleh orang yang berpengalaman dalam ilmu agama.

"Ternyata Allah s.w.t bagi hidayah kepada kita. Selama ini TV dianggap sebagai kotak beracun, tapi Imam Muda menjadi penawar kepada semua. Kami sampaikan mesej perpaduan dalam Imam Muda dan apa yang ditampilkan bukan lakonan," katanya.

Datuk Hassan dibantu dua mentor, Ustaz Shahrizan Daud dan Ustaz Syed Norhisyam Al Idrus bagi proses penilaian setiap peserta. Program dihoskan Ustaz Dzulkarnain Hamzah.

Kenari : Final IM 30 Julai manakala final AQ4 6 Ogos.. Nasib baik tak serentak
Nuri : Satu tengok kat Mesir, satu lagi tengok kat Malaysia..hehe

Thursday, 22 July 2010

"Imam Muda" Bagai Penawar

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Populariti IM dianggap dapat seimbangkan program hiburan sedia ada

Sumber : www.bharian.com.my

JIKA dulu ada suara yang membisikkan bahawa program ilmiah pertama di dunia yang melahirkan pemimpin Islam berkaliber, Imam Muda bakal mendapat kritikan. Semuanya adalah disebabkan faktor agama yang membataskan perjalanannya.

Sebaliknya semua yang membataskan itu datang sendirinya daripada orang Islam yang tidak yakin dengan pegangan sendiri. Kini seluruh dunia termasuk negara bukan Islam sedang bercerita mengenai program yang bakal berakhir 30 Julai ini.

Sebelum ini juga, stesen televisyen dunia termasuk negara kita kian sarat dengan pelbagai program hiburan yang tidak lain mengajak penonton mencari kebendaan duniawi semata.

Sebaik gabungan antara satu badan penyiaran swasta, Astro Oasis bersama agensi kerajaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang keduanya mempunyai hala tuju yang berbeza, Imam Muda menjadi pencetus kepada dunia penyiaran dunia.

Kesempatan menemubual Mudir Imam Muda yang juga mantan Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hassan Mahmud berkata, kejayaan program ini memang membuka mata banyak stesen TV dari negara luar.

“Program ini berjaya kerana adanya orang dalam Astro yang pakar dalam bidang produksi dan aspek komersial. Ia juga disiarkan di saluran media iaitu televisyen yang dianggap sebagai ‘kotak beracun’.
“Banyak racun di dalamnya berbanding penawarnya. Sekarang dengan adanya program seperti ini ia dapat menjadi penawar kepada program hiburan sedia ada.

“Antara kejayaan besar yang dapat dilihat adalah dapat menyampaikan mesej perpaduan di dalamnya, kasih sayang kerana inilah kekuatan bagi kita sebagai manusia,” katanya yang ditemui pada sesi rakaman program ini bagi episod kesembilan baru-baru ini.

Program yang menggunakan modul pendidikan sepenuhnya daripada JAWI itu dinilai 100 peratus daripada prestasi teori dan praktikal peserta tiap minggu berlandaskan tahap yang ditentukan.

“Setiap mereka yang mendapat markah tinggi dari segi peperiksaan teori dan praktikal, dialah yang layak ke peringkat seterusnya dan yang gagal pada satu tahap yang ditetapkan, ‘dihentikan’ perjalanan mereka daripada program ini.

“Soalan yang diberikan kepada mereka bukan sembarangan soalan tetapi soalan yang di peringkat tinggi. Boleh dikatakan setaraf dengan soalan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di dalam pelbagai subjek di dalamnya. Setiap minggu soalan yang diberikan semakin berat dan sulit untuk diselesaikan.

“Ada soalan objektif dan soalan yang memerlukan mereka memberi pendapat dan idea, daripada situ markah mereka dinilai kerana kita mencari imam muda yang berketrampilan dan serba boleh serta mudah berhadapan dengan masyarakat,” katanya yang bukan saja menekankan subjek agama tetapi mereka juga harus mahir menggunakan bahasa Inggeris dan Arab.

Sehingga kini banyak ilmu yang sudah dicurahkan sebagai bekalan kepada mereka sebelum bersedia melangkah ke dunia sebenar selepas berakhirnya program ini.

“Apa yang kita bagi kepada mereka adalah secara global, mereka ini sudah memiliki ilmu agama sendiri kerana kebanyakan mereka adalah lepasan universiti bukan saja di negara ini malah dari luar negara yang berkaitan pengajian Islam.

“Di sini kita bagi tugasan kepada mereka bagaimana mereka ingin menguruskan orang ramai, masjid, bagai mana mereka nak menjadi cemerlang agar orang ramai mudah mendekati masjid, semua diajar di sini.

“10 Imam Muda ini bakal melahirkan 1,000 lagi Imam Muda yang lain seperti mana mereka melahirkan tokoh dari bidang lain,” katanya yang juga tidak pernah tidak menjangka program ini akan menembusi pasaran antarabangsa selepas memasuki episod ketiga lalu.

Imam Muda yang disiarkan Astro Oasis saluran 106 jam 9 malam setiap Jumaat akan berakhir 30 Julai ini di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Wednesday, 21 July 2010

Hukum Minyak Wangi Alkohol...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Terdapat banyak pertanyaan tentang penggunaan minyak wangi beralkohol. Disini saya membawa sedikit berkenaan dengan perbincangan hukum alkohol..

Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hakikat alkohol ini diantara ianya bahan beracun atau bahan memabukkan..

Jika ianya bahan beracun maka jelas sepakat para ulama kata ia adalah benda yg bersih tidak najis dan boleh dibawa dalam solat..

Adapun sekiranya ia adalah bahan yang memabukkan maka ade 2 pendapat yang kuat dalam masalah ini. Tetapi mereka bersepakat berkata alkohol yangg memabukkan haram diminum. adapun yang 2 pendapat ini adalah adakah ia najis ataupun bersih..2 pendapat itu seperti berikut:

Pendapat pertama: Mereka mengatakan arak dan juga cecair yang memabukkan adalah najis. Ini adalah pendapat utama dlm Mazhb Maliki, Hanafi, Syafie dan Hambali.
Dalil: Mereka menggunakan ayat dibawah:

إنما الخمر والميسر والأنصاب والأزلام رجس

Ayat ini jelas menunjukkan kapad arak adalah najis berdasarkn kalimah رجس yg bermaksud najis.

Pendapat kedua: Arak dan seumpamnya tidak najis. Ini pendapat Imam Rabie tok guru Imam Malik, Imam Laith bin Saad, Muzani murid imam utama Syafie, Imam Syaukani, Sun'ani, sidiq hasan khan dlm kitab (Raudah alBahiyah) dan Syeikh Rashid Redo.

Dalil:

1.Perkataan رجس dalam Quran adalah najis dr segi makanawi sahaja seperti najisnya orang kafir.

2. Asal bagi sesuatu adalah suci. Tidak ada Nas yang sahih yang menyatakan ianya najis.

3. Para sahabat telah menuang arak di jalan di Madinah sebaik sahaja datang ayat yang menyatakan ianya haram diminum.

Kesimpulan: Syeikh Atiah Saqor (gambar) mantan Mufti Mesir dlm Fatwanya telah memilih pendapat yang kedua.

Kalau kita lebih warak kita guna pendapat yang pertama. Tak perlulah kita taksub mana-mana pendapat. Kedua-duanya adalah ijtihad para ulama yang muktabar.

Kenari : Saya baru je beli perfume Desire Blue hari tu..
Nuri : Em, sama la saya beli Davidoff Cool Water..hehe

Monday, 19 July 2010

Pakaian Renang 'Islamik' Produk Cina Di Mesir

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Sumber : www.eramuslim.com

Pakaian renang 'Islami' produk Cina menyerbu pasar Mesir sejak awal musim panas di tengah gelombang protes para ulama yang berpendapat hal itu merupakan pelanggaran terhadap ajaran-ajaran Islam.

Para wanita berjilbab maupun yang tidak berjilbab di Mesir berduyun-duyun ke toko-toko yang menjual pakaian renang 'Islami' itu, yang menurut mereka "halal" dikenakan di kolam renang ataupun di pantai - pakaian renang ini diimpor dari Cina - dan para wanira Mesir mulai bersaing dengan rekan-rekan Libanon mereka yang telah menggunakan mode ini di musim panas sebelumnya.

Pakaian renang 'Islami' terdiri dari atasan lengan panjang, celana ketat tertutup dengan rok pendek, dan jilbab. Kainnya sama dengan pakaian renang biasa.

Bertentangan dengan apa yang terjadi dalam beberapa tahun terakhir, para wanita yang aslinya tidak berjilbab mulai membeli pakaian renang 'Islami' ini karena adanya insiden pelecehan seksual yang meningkat di beberapa pantai, kata pemilik toko Sabry Murad.

"Bikini dan pakaian renang 'satu lembar' dapat diterima di beberapa tempat dan para gadis yang mengenakannya kadang-kadang dilecehkan, sehingga mereka merasa lebih aman untuk memakai pakaian renang yang menutupi seluruh tubuh," kata Sabry kepada Al Arabiya.

Harga pakaian renang 'islami' buatan Cina ini sangat terjangkau karena berkisar 75-500 Pounds Mesir, kata salah seorang pemilik toko Muhammad Jamal.

"Itulah sebabnya seluruh keluarga membelinya," katanya kepada Al Arabiya.

Pada saat penjualan pakaian renang 'Islami' meroket tinggi, para ulama Islam menyangkal konsep umum yang menyatakan bahwa pakaian tersebut sesuai dengan ajaran Islam.

Dr. Suad Shalih, profesor perbandingan fikih di al-Azhar University, berpendapat bahwa meskipun pakaian renang 'Islami' ini menutupi seluruh tubuh, pakaian ini masih ketat terutama saat basah.

Ini sama saja membatalkan tujuan pakaian 'Islami' yang seharusnya tidak membentuk lekuk tubuh, apalagi dipakai di pantai umum," katanya Al Arabiya.

Dr. Shalih mengatakan bahwa perempuan berhak untuk menikmati diri mereka sendiri di musim panas selama mereka mematuhi aturan Islam.

"Mereka dapat berenang di pantai yang khusus untuk wanita atau tidak berenang di semua pantai yang bercampur baur," tambahnya.

Dr. Ahmed Omar Hashem, former head of al-Azhar University and chairman of the Religious Affairs Committee at the People's Assembly, agreed with Saleh.

Dr. Ahmad Umar Hasyim, mantan kepala al-Azhar University dan ketua Komite Agama di Majelis Rakyat, setuju dengan pernyataan Dr. Shalih.

"Wanita muslim hanya dapat menggunakan pakaian renang, apakah pakaian renang biasa atau 'Islami', selama tidak ada orang di sekitar mereka," katanya kepada Al Arabiya.

Dr. Mustafa Imara, profesor Teologi di al-Azhar University dan anggota Dewan Tertinggi Urusan Islam, menyerukan untuk membangun pantai yang khsusu wanita untuk menghindari pelanggaran hukum Islam kesopanan dan kesusilaan.

"Seorang wanita tidak boleh mengungkapkan bagian dari tubuh mereka kecuali ada kebutuhan seperti kondisi medis atau sebuah sayatan bedah," katanya kepada Al Arabiya.

Ketika ditanya tentang pakaian renang 'Islami', EIara mengatakan bahwa hal itu hanya tren komersial yang tidak ada hubungannya dengan Islam.

"Mereka sebut 'Islami' untuk mendapatkan keuntungan. Tidak ada yang namanya baju renang relijius atau baju renang sekuler," ia menyimpulkan.

Gerakan Anti Islam Antarabangsa

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Sumber : www.eramuslim.com

Tidak puas cuma menghina Islam, anggota parlimen Belanda yang dikenal anti-Muslim Geert Wilders menyatakan akan membentuk sebuah gerakan untuk membendung masuknya para imigran dari negara Muslim ke negara-negara Barat.

Gerakan anti imigran Muslim itu, kata Wilders akan dilancarkan tahun ini dan untuk tahap awal, gerakan itu akan dibentuk di lima negara; AS, Kanada, Britain, Jerman dan Perancis. "Pesan yang akan disampaikan dalam gerakan ini adalah 'Stop Islam, Pertahankan Kebebasan', pesan ini penting bukan hanya untuk Belanda tapi untuk semua negara Barat yang bebas," ujar ketua Parti Kebebasan di Belanda ini.

Selain melarang para imigran dari negara muslim masuk ke negara Barat, gerakan ini juga bertujuan untuk melarang diberlakukannya syariah Islam. Wilders mengungkapkan harapannya, gerakan yang didakwanya berasal dari kalangan akar umbi ini boleh meluas dan mendapat dukungan dari anggota parlimen lainnya.

Menanggapi rencana Wilders ini, pemuka Muslim di Belanda, Ayhan Tonca menyatakan khuaatir propaganda yang disebarkan Wilders akan makin menyuburkan sentimen anti-Islam yang terus tumbuh di Eropah dalam beberapa tahun terakhir.

"Sepanjang hal-hal seperti ini sejalan dengan buruknya perekonomian, banyak orang yang selalu mencari kambing hitam. Saat ini, yang menjadi kambing hitam adalah kaum Muslimin di Eropah Barat," ujar Tonca. Ia menyatakan, warga Eropah yang baik selayaknya menentang gerakan Wilders.

Di Belanda, Wilders mendapat perlindungan 24 jam penuh kerana ia kerap mendapat ancaman akan dibunuh akibat pernyataan-pernyataannya yang anti-Muslim dan melecehkan Islam. Bulan Oktober mendatang, ia akan menjalani proses persidangan terkait filemnya berjudul "Fitna" yang menyebut Quran sebagai kitab suci yang rasis dan memicu terorisme. Tapi dengan arogan Wilders menyatakan akan memperluas propaganda anti-Islamnya ke luar Negara Kincir Angin.

"Saya melihat perjuangan untuk kebebasan dan perlawanan terhadap Islamisasi merupakan fenomena yang sudah mendunia dan menjadi persoalan yang harus diselesasaikan," tukas Wilders yang akan menamakan gerakan barunya dengan Geert Wilders International Freedom Alliance. (ln/guardian)

Kenari : Moga Allah menggagalkan usaha anti-muslim ini..

Nuri : Bangunlah wahai umat Islam...!!!

Tokoh Tahfiz & & Syariah Terima Anugerah KITAB

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Sumber : http://malaysiakini.com

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) buat julung kalinya akan menganugerahkan 'tokoh ilmuan' kepada dua tokoh agama tempatan di atas sumbangan mereka dalam perkembangan Islam di negeri tersebut.

Anugerahkan tersebut akan disampaikan oleh Yang Terutama Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas sewaktu konvokesyen KITAB pada 27 Julai ini.

Penerima augerah tersebut ialah imam Masjid Kapitan Keling yang juga seorang guru tahfiz, Datuk Sheikh Abdullah Abdullah Bukhari yang banyak berjasa dalam bidang tahfiz al-Quran.

Manakala seorang lagi penerima anugerah tersebut ialah ahli Majlis Fatwa Pulau Pulau Pinang yang juga pensyarah di Universiti Islam
Antarabangsa, Datuk Mohd Salleh Ahmad yang menyumbangkan jasanya dalam bidang syariah.

"Apabila kita memberi sumbangan ini, mereka akan menjadi rujukan kepada masyarakat dan institusi lain," kata Rektor KITAB, Dr Mustapa Kassim ketika dihubungi Malaysiakini.

Mengenai konvokesyen ketiga kolej tersebut, Dr Mustapa berkata 28 pelajar akan menerima diploma Syariah dan Tahfiz Al-Quran manakala 260 pelajar lagi menerima sijil dalam bidang bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

"Dua daripada pelajar diploma itu adalah pelajar antarabangsa, masing-masing dari Indonesia dan Singapura," katanya.

Manakala dalam bidang sijil pula, Mustafa berkata, dua orang pelajar dari Thailand juga bakal menerima sijil mereka pada hari bersejarah itu.

Mustafa berkata, setakat ini kolej tersebut yang mula beroperasi pada 12 Mei 2005, mempunyai 262 pelajar yang mengikuti lima bidang pengajian di peringkat diploma.

Selain menawarkan pengajian diploma Syariah dan Tahfiz Al-Quran, tiga bidang lagi yang ditawarkan adalah Diploma Kewangan, Perbankan dan Qiraat Al-Quran yang telah mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Menurutnya, terdapat pelajar yang tamat pengajian dari kolej itu sebelum ini telah melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), antaranya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Univerisiti Multimedia (MMU), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Malah kata Mustafa, terdapat juga pelajarnya yang melanjutkan pelajar ke peringkat ijazah pertama di Univerisiti Islam Negeri (UIN) di Medan, Indonesia.

Di samping itu, kini terdapat 60 pelajar tempatan yang telah bekerja yang mengikuti pengajian hujung minggu di kolej tersebut - masing-masing 47 dalam bidang Diploma Syariah dan 13 orang dalam bidang Tahfiz Al-Quran.

Menurut Dr Mustafa, KITAB kini mempunyai 30 tenaga pengajar yang majoritinya anak tempatan dan telah mengikuti kursus pengajaran di Univerisiti Sains Malaysia (USM).

Katanya, kolej tersebut yang sebelum ini merupakan sebuah pusat pengajian tahfiz, adalah milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

"Kami menjangkakan dalam masa lima tahun lagi, kami mempunyai universiti sendiri," katanya sambil menambah MAINPP turut menyelia tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah yang diletak di bawah satu struktur.

Beberapa jawatankuasa dibentuk bagi memastikan KITAB beroperasi dalam keadaan yang mantap, teguh dan dipercayai, iaitu Jawatankuasa Merangka Kurikulum, Jawatankuasa Pakar Menyemak Kurikulum dan Lembaga Pengarah KITAB.

Jawatankuasa tersebut dianggotai pakar-pakar dalam pelbagai bidang di peringkat negeri dan kebangsaan.

Program Diploma Syariah, Diploma Tahfiz al-Quran dan Diploma Qira'at juga diiktiraf oleh universiti di Timur Tengah seperti di Mesir, Arab Saudi, Jordan dan Maghribi untuk membolehkan pelajar kolej tersebut melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda.

Friday, 16 July 2010

Taktik Piala Dunia...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Berikut adalah taktik2 yang digunakan oleh beberapa negara. Camana boleh kantoi ni?

Sumber http://ohtidak.com

lagi..




Lagi..lagiiii


Lagi..lagi..

Ok yang No 8 ni kalau nak letak Malaysia pun kami tak marah.


Kenari : Lawak sungguh tengok taktik ni..hahaha
Nuri : Kalau tak lawak tak paham la maknanya..wawawa

Related Posts with Thumbnails

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA FERRARI

REPLIKA FERRARI

REPLIKA BIKERZ

REPLIKA BIKERZ
Powered By Blogger

PERKEMAT DQ 06/07

PERKEMAT DQ 06/07

IBNU HAJI ABD KARIM © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO