Wednesday, 28 December 2011

Jom Cuba 'Bio Drop' dan 'Clear Eye'...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Keluaran syarikat BioShop Corporation Sdn Bhd

BIO DROP & CLEAR EYE

Boleh pilih nak yg mana..

Bezanya oren sedikit pedih dari yang biru..

Sebotol cuma RM25.00 @ 1 dirham (termasuk pos)

CARA PENGGUNAAN :

Titiskan 2-3 titik 3-4 kali sehari terutama di waktu pagi dan malam.
Hasilnya mata menjadi lebih terang, segar dan cerlang..

KHASIAT UTAMA :

Membantu mengatasi masalah selaput, rabun jauh dan dekat dan
lain-lain kerumitan yang berkaitan dengan mata.. InsyaAllah..

BERMINAT :

Call / SMS ke 011 - 1998 7860 (Mohd Afif)

Monday, 26 December 2011

Jom Jangan Tinggal Solat..!!!

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Ruginya orang handsome tak solat, Nabi Yusof yang handsome pun solat.

Ruginya orang cantik tak solat, Saidatina Aisyah yang cantik pun solat.

Ruginya orang kaya tak solat, Nabi Sulaiman yang kaya pun solat.

Ruginya orang miskin tak solat, Nabi Muhammad yang miskin pun solat.

Ruginya budak-budak tak solat, Hasan dan Husin budak pun solat. ...

Friday, 16 December 2011

Huffaz : Pemakanan Aspek Utama

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim..

Antara sebab mereka boleh ingat hafazan mereka dengan baik ialah ketika mula menghafaz sehingga khatam, mereka dididik dan begitu cukup dijaga tentang pemakanan samada segi zahiriah mahupun batiniah. Contohnya tukang masak yang betul2 menjaga amal infradi, solat fardhu dan sunat, berzikir sewaktu masak dan sebagainya.

Pernah satu hari pada bulan Ramadhan selepas pulang dari menjadi Imam Solat Terawih jemputan, si pengiring telah membawa pelajar tersebut ke kedai makan. Setelah menghantar pulang Tuan Mudir (Allahyarham) telah memarahi dan memberi amaran supaya tidak melakukan lagi perkara tersebut kerana katanya makanan di luar tidak sihat kerana dimasak oleh orang yg tidak jaga solat, tidak menutup aurat dan tidak menjaga amalan seorang Muslim. Jika tidak, pelajar tersebut tidak boleh lg jadi imam di situ.

Pernah terjadi apabila ada orang menyedekahkan kuih dalam jumlah yg banyak dan masih baik lebihan dari majlis kenduri dan jualan. Tuan Mudir bertegas tidak memberi pelajarnya makan kuih tersebut dengan alasan pelajar huffaz tidak layak makan makanan tersebut. Pelajar huffaz bukanlah tong sampah yang boleh makan saki baki, sisa-sisa makanan yg tidak habis dijual atau dimakan sebaliknya hendaklah makanan yg 'fresh'.

Tujuannya adalah untuk mencari keberkatan. Makanan adalah aspek yg sangat penting dalam jiwa orang Muslim lebih2 lagi bagi mereka yg ingin manghafaz Al-Quran. Janganlah setelah kita berhempas pulas menghafaz dengan susah payah, sekelip mata keberkatan hilang hasil dari memakan makanan seperti disebut di atas.

Teringat kata2 ini : "Saya ingatkan diri saya dan semua jangan membeli juadah berbuka puasa dari tangan yang tidak solat, tangan yang melakukan maksiat pada Allah swt. lapan jam kita menahan diri dari makan dan minum, tiba2 kita berbuka puasa dari tangan2 yang tidak takutkan Allah.... -Dato` Tuan Ibrahim Tuan Man

Ini baru puasa sebulan, yg kita hafaz untuk kekal hingga akhir hayat..Allahu Rabbi..Sama-samalah kita muhasabah bersama.. Mohon maaf andai ada yg tersinggung..Moga manfaat untuk semua..

Friday, 15 July 2011

BERSIH Evolution - Pelbagai Corak Dan Warna...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...










Friday, 8 July 2011

BERSIH - Pelbagai Simbol Dan Logo Menarik...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Antara gambar-gambar menarik tentang BERSIH yang sempat dikumpul buat tatapan umum..











Sunday, 27 February 2011

10 Peserta Akademi Al-Quran Musim Ke-5...

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...


Akademi Al-Quran kembali lagi untuk musim yang kelima atas sambutan yang menggalakkan dari para penonton dan penyertaan yang cukup memuaskan. Pada musim ini sekali lagi, kita akan dapat menyaksikan 10 peserta dari serata negeri yang telah berjaya dipilih untuk menyertai program ilmiah ini.

Akademi Al-Quran merupakan signature program bagi TV9 dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton sehingga mencecah 1.5 juta penonton telah membuatkan program ini muncul lagi dengan musim kelima. Pada musim terbaru ini, AQ5 bakal menampilkan dua hos berpengalaman, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman yang juga merupakan pemenang kedua AQ3 dan pernah menjuarai Pertandingan Antarabangsa Al-Quran 2009 serta Mohd Zhafran Zainuldin yang juga merupakan adik kepada Ustaz Mohd Zamri Zainuldin. Kelebihan kedua-dua hos ini ialah mereka amat fasih berbahasa Arab. Akademi Al-Quran 5 akan menemui penonton pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam yang sudah pun bermula sejak 8 Januari 2011 yang lalu dan diterajui oleh penerbit Shukri Ibrahim dan penerbit eksekutif Nuraeshah Malik.

Tujuan diwujudkan rancangan ini adalah untuk melahirkan generasi Al-Quran dengan mendedahkan mereka mengenai ilmu pembacaan Al-Quran, menekankan elemen berlagu serta tarannum dan qiraat tertentu dan paling utama adalah menyemarakkan minat penonton terhadap ilmu Al-Quran melalui satu-satunya rancangan realiti berteraskan Al-Quran.


Berikut adalah 10 peserta Akademi Al-Quran musim ke-5:

1. MUHAMMAD ARIFF RAZALI, 15, PERAK
2. MOHD ZAKIUDDIN HJ HANAFI, 16, JOHOR
3. MUHAMMAD SHAMIL SHAIKHUDDIN, 17, KELANTAN
4. MOHAMMAD NAJMI BIN YASAK, 19, KEDAH
5. MOHAMAD HUSAINI MAHMUR, 19, NEGERI SEMBILAN
6. MUHAMAD AZLAN SYAH ZAKARIA, 20, PERAK
7. KHAIRUL AMIN HJ KASSIM, 21, KEDAH
8. MUHAMAD NASIR MOHAMAD SALLEH, 21, SELANGOR
9. SUHAILAH ZULKIFLY, 22, MELAKA
10. MOHD SYAHRIANSYAH APIN, 25, SABAH

AQ5 yang menjadi signature program bagi TV9 ini juga memberi peluang kepada 10 pesertanya untuk menjalani aktiviti mingguan menarik yang mungkin tidak pernah mereka lakukan sebelum ini seperti bertemu secara peribadi tokoh agama yang dihormati YBhg Tan Sri Hassan Azahari, melawat Les Copaque iaitu syarikat yang bertanggungjawab “melahirkan” kartun animasi terkenal Malaysia iaitu Uipn & Ipin dan banyak lagi.

AQ5 yang mempunyai 12 episod ini turut menampilkan tiga juri berpengalaman dan pakar di dalam bidang tertentu seperti Ustaz Nazeri Abdullah (qiraat) dan Ustaz Radhi Kamarul Hailan (tarannum) yang sememangnya telah menjadi juri tetap program ini dari musim pertama. Sementara Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar pula merupakan juri baru yang akan memantau tajwid dan fasohah para peserta kelak.

Menariknya musim kelima ini, penonton berpeluang untuk mengenali 10 bakal peserta AQ5 menerusi Nota AQ5 yang akan disiarkan selama tiga minit pada setiap Isnin hingga Jumaat iaitu pada jam 7.57 pagi dan ulangannya pada 10.57 malam. Penonton akan bersama-sama peserta menimba satu pengalaman baru di mana menerusi segmen ini, ia mengupas tentang perkara seharian yang kita lakukan selama ini yang secara tidak langsung memberi kesan di dalam kehidupan harian kita. Contohnya berkaitan pemakanan, pembacaan dan pentafsiran Al-Quran.

Sementara itu, Di Sebalik AQ5 juga turut diperkenalkan pada musim ini dan akan disiarkan selama setengah jam pada setiap Jumaat pada jam 6.30 petang. Menarik tentang Di Sebalik AQ5 ini, penonton dapat melihat gelagat peserta dan juga perkara-perkara yang bakal terjadi ketika mereka menghadiri kelas tarannum, tajwid dan qiraat dan juga perkara-perkara yang berlaku di dalam kelas.

Teruskan menonton Akademi Al-Quran Musim Kelima menerusi stesen TV9, saluran Di Hatiku.

Friday, 11 February 2011

Sedikit Catatan Sepanjang Muzaharat di Mesir..

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...

Sekadar gambar hiasan

Sedikit catatan saya dari bumi Shoubra, Mesir dan Jeddah, Arab Saudi untuk dikongsi bersama..

25 Januari 2011
-Mula terdengar berita berlakunya rusuhan untuk menjatuhkan Presiden Mubarak. Demonstrasi isu pengeboman gereja di Iskandariah belum lagi reda disambung dengan demonstrasi menjatuhkan kerajaan Mubarak.

30 Januari 2011
- Keadaan semakin tegang. Jumlah rakyat yang menyertai demonstrasi semakin bertambah. Shoubra adalah kawasan penempatan kedua terdekat dengan tempat terbesar rakyat berkumpul di Tahrir selepas Sayyidah Zainab.

31 Januari - 3 Februari 2011
- Line internet dan segala perhubungan telefon mudah alih diputuskan. Sebarang perhubungan untuk mendapatkan maklumat terkini terputus. Lebih merisaukan untuk mengetahui keadaan ibu di Malaysia terputus.

2 Februari 2011
- Cuba keluar ke Rabaah untuk membuat urusan zakat di Rumah Johor Rabaah. Kelihatan sepanjang jalan kiri dan kanan dipenuhi dengan kereta kebal.
- Kelihatan juga banyak bangunan, bank-bank, balai polis habis hangus dibakar. Tentera sudah mula mengambil alih tugas dan kuasa polis.

3 Februari 2011
- Beberapa pelajar menawarkan diri untuk tidak mahu pulang dan di antara alasnnya adalah untuk menjaga barang berharga persatuan dan juga ahli-ahli Shoubra yang lain.

4 Februari 2011
- Pelajar tahun 1 Shoubra mula diarahkan untuk terus ke lapangan terbang Cairo untuk tujuan dihantar ke Jeddah.

5 Februari 2011
- Pagi : Mengemas barang-barang di rumah untuk dipindahkan ke rumah lain disebabkan tidak mampu bayar sewa rumah yang tidak dapat dijangkakan tempoh untuk mengosongkan rumah untuk pulang ke Malaysia.
- Petang : Baki pelajar Shoubra mula bergerak menaiki teksi untuk ke Asrama Rumah Malaysia Abbasiyah untuk proses berangkat ke Jeddah. Teksi ditahan polis dan diselongkar beg ditakuti membawa barang-barang terlarang. Menetap satu malam di ARMA.

6 Februari 2011
- Pagi : Beratur ketika di Suboh hari untuk giliran ke lapangan terbang Cairo
-Petang : Bertolak ke lapangan terbang Cairo dengan menaiki coaster. Terpaksa bermalam di lapangan terbang ekoran ketiadaan pesawat.

7 Februari 2011
- Sempat bergambar 1Malaysia bersama Datuk Aziz sebelum berlepas ke Jeddah dengan menaiki pesawat charlie TUDM seramai 110 orang.
- Sampai di Jeddah terus dihantar menaiki bas menuju ke Madinatul Hujjaj sebagai penempatan sementara menunggu giliran untuk pulang ke Malaysia.
- Dikhabarkan ketika itu terdapat seramai lebih kurang 8000 pelajar daripada pelbagai jurusan berada di Madinatul Hujjaj menunggu giliran untuk pulang.

8 Februari 2011
- Memohon kepada pegawai untuk pulang awal atas alasan kecemasan. Alhamdulillah dibenarkan. Giliran sepatutnya mencecah angka 7......

9 Februari 2011
- Jam 3 petang bertolak dari Madinatul Hujjaj menuju ke lapangan terbang Jeddah. Pulang ke Malaysia dengan menaiki pesawat Malaysian Airlines 777 jam 9.30 malam (waktu Malaysia 2.30 pagi)

10 Februari 2011
- Alhamdulillah kira-kira jam 11 pagi selamat tiba di lapangan terbang KLIA dan disambut oleh pegawai, ahli persatuan dan parti politik.
- Dijemput oleh ayah dan abang saudara. Selamat tiba di Pontian, Johor kira-kira jam 7 petang.
- Lebih menggembirakan dan bersyukur selamat pulang ke Malaysia pada tarikh ulang tahun kelahiran ke-26.
- Teringat pula pada sahabat-sahabat yang masih menunggu giliran untuk pulang. Moga pengorbanan kesabaran akan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah swt..amin

* Jutaan terima kasih kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Lembaga Tabung Haji, Konsulat Jeneral di Jeddah, Malaysian Airlines, Kerajaan Malaysia, Kerajaan Arab Saudi, para pegawai, badan-badan NGO, para sukarelawan, keluarga dan saudara mara, sahabat-sahabat dan seluruh rakyat Malaysia yang membantu dan mendoakan keselamatan kami pelajar Malaysia di Mesir. Hanya Allah yang mampu membalasnya..




Related Posts with Thumbnails

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA FERRARI

REPLIKA FERRARI

REPLIKA BIKERZ

REPLIKA BIKERZ
Powered By Blogger

PERKEMAT DQ 06/07

PERKEMAT DQ 06/07

IBNU HAJI ABD KARIM © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO