Saturday 22 May 2010

Akademi Al-Quran Kembali Dengan Nafas Baru

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim...







Sumber : Klik di sini

Setelah setahun berehat, rancangan realiti Akademi Al-Quran - yang pernah mencecah jumlah penonton seramai 1.5 juta kini kembali lagi di TV9 dengan musim keempat. Akademi Al-Quran (AQ4) akan menemui penonton pada setiap Jumaat, jam 9 malam bermula 21 Mei.

Menurut Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, Rozaina Zainul Abidin, AQ4 kali ini telah membuat banyak pembaharuan termasuklah melonggarkan syarat had umur peserta.

“Di atas sambutan yang begitu menggalakkan terutamanya daripada pihak madrasah dan sekolah rendah agama, kami telah melonggarkan syarat had umur kepada para peserta seawal 13 tahun. Kami juga turut menekankan ilmu pembacaan Al-Quran di mana peserta perlu fasih dan lancar membaca Al-Quran dan di samping itu, mereka juga dikehendaki menguasai ilmu tafsiran Al-Quran.

"Pemilihan sebegini amat penting kerana pada musim ini, peserta dikehendaki membaca surah-surah tertentu dan mentafsirkan surah tersebut di hadapan tiga juri berpengalaman. Ini dilakukan supaya mereka benar-benar memahami sesuatu surah itu dan bukan setakat menghafalkannya sahaja.

“Kami turut memperkenalkan tiga pengacara baru di samping seorang juri wanita. AQ4 pastinya semakin menarik dengan penampilan istimewa daripada artis-artis jemputan untuk mendendangkan lagu-lagu bertemakan keagamaan, qasidah dan bacaan Al-Quran seperti Akbar dan kumpulan UNIC. Rancangan menjadi lebih padat dengan kemunculan segmen 'Ustazah AQ' menerangkan kepada penonton tentang tajwid, tarannum, bayati, qiraat dan pecahan-pecahan qiraat, dan juga segmen trivia yang memberikan info-info berkaitan rancangan AQ.”

Tiga pengacara berpengalaman telah dipilih untuk mewarnai AQ4 iaitu Ustaz Mohd Zamri Bin Hj. Mohd Zainuldin bersama dengan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman yang merupakan pemenang kedua AQ3 dan pernah menjuarai Pertandingan Antarabangsa Al-Quran 2009. AQ4 turut diserikan dengan seorang pengacara pembantu di lokasi iaitu Khairul Noormaaidah binti Azali (Aida) yang merupakan Ikon Gadis Melayu 1. Ketiga-tiga pengacara ini fasih berbahasa Arab.

“Kami turut memperkenalkan tiga pengacara baru di samping seorang juri wanita. AQ4 pastinya semakin menarik dengan penampilan istimewa daripada artis-artis jemputan untuk mendendangkan lagu-lagu bertemakan keagamaan, qasidah dan bacaan Al-Quran seperti Akbar dan kumpulan UNIC. Rancangan menjadi lebih padat dengan kemunculan segmen 'Ustazah AQ' menerangkan kepada penonton tentang tajwid, tarannum, bayati, qiraat dan pecahan-pecahan qiraat, dan juga segmen trivia yang memberikan info-info berkaitan rancangan AQ.”

Sementara juri bagi AQ4 terdiri daripada Ustaz Mohd Nazeri Abdullah (qiraat), Ustaz Radzi Kamarul Hailan (tarannum) dan Ustazah Asni Mansor (tajwid dan fasohah).

Sepanjang ujibakat yang diadakan pada bulan Februari lalu, hampir 1,000 penyertaan diterima menerusi sesi ujibakat yang dijalankan di negeri Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka dan Kuala Lumpur. Selepas penyaringan, hanya 12 peserta terbaik dipilih untuk menyertai AQ4 dan terdiri daripada dua peserta perempuan dan 10 peserta lelaki.

Mereka adalah

1. Siti Aishah binti Baain, 13 tahun, Pahang
2. Yahya bin Haji Ali, 23 tahun, Terengganu
3. Ahmad Tirmizi bin Haji Ali, 25 tahun, Terengganu
4. Mohd Ramadan bin Haji Razali, 22 tahun, Perak
5. Mohd Hassan Adli bin Yahya @ Yahuza, 25 tahun, Perak
6. Mohd Nazif bin Zuhairi, 17 tahun, Kedah
7. Husni bin Ali Hassan, 25 tahun, Melaka
8. Mohd bin Ahmad Zahid, 15 tahun, Kuala Lumpur
9. Mohd Kamarulzaman bin Daud, 24 tahun, Terengganu
10. Nor Aslam Faiz bin Othman, 24 tahun, Perak
11. Amirul Shahida binti Md Noor, 22 tahun, Pahang
12. Rusli bin Abd Latif, 22 tahun, Kelantan

Pada musim keempat ini, penyertaan peserta muda belasan tahun sahaja dianggarkan hampir 200 peserta dan akhirnya dua peserta cilik berusia 13 tahun dan 15 tahun dipilih iaitu Siti Aishah Baain dan Mohd bin Ahmad Zahid. Lebih menyeronokkan adik Mohd tidak asing lagi dengan TV9 kerana suara lunaknya sentiasa berkumandang setiap kali masuk waktu solat.

Satu lagi keistimewaan rancangan ini adalah penyertaan adik-beradik daripada Terengganu iaitu Yahya bin Haji Ali dan Ahmad Tirmizi Haji Ali. Mereka telah mencuba nasib mereka ketika ujibakat di Kompleks Sri Iman, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Malahan, mereka juga mendapat sokongan daripada abang-abang mereka yang juga merupakan finalis bagi AQ1 dan 2 iaitu Shukri Haji Ali dan Muslim Haji Ali.

Kesemua peserta akan ditempatkan di Masjid Al-Ghuffran Taman Tun Dr Ismail selama tiga bulan. Mereka akan memulakan pembelajaran mereka di sana di bawah perhatian tiga mursyid, yang juga merupakan pensyarah dan juga finalis kepada rancangan Akademi Al-Quran iaitu Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Anuar Hasin dan Ustaz Ibrahim Abdullah. Sepanjang tiga bulan berkampung di sana, jadual mereka juga akan dipenuhi dengan aktiviti luar dan kemasyarakatan seperti bersukan, gotong-royong dan melawat rumah-rumah kebajikan.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA KERETA ANTIK

REPLIKA FERRARI

REPLIKA FERRARI

REPLIKA BIKERZ

REPLIKA BIKERZ
Powered By Blogger

PERKEMAT DQ 06/07

PERKEMAT DQ 06/07

IBNU HAJI ABD KARIM © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO